30 Jan 2010

Edyesdotcom Berhenti Berblog, PAS Dicabar Ambil Tindakan Keatas Ahli Yang Tentang Keputusan J/K Disiplin

Saya Berhenti Blogging Berkuat Kuasa SERTA MERTA !!
Oleh edyesdotcom

Dengan keputusan jawatankuasa displin PAS yang sangat mengecewakan, dengan keputusan jawatankuasa PAS yang terarah kepada pembentukkan Kerajaan Perpaduan, Saya mengambil satu langkah yang amat drastik demi untuk tidak membuang lebih banyak masa!

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog!

Untuk apa saya mempertaruhkan risiko kehilangan pekerjaan, risiko ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, serta pelbagai lagi risiko, jika akhirnya satu keputusan yang ter-amat tidak-masuk-akal diterbitkan dari serumpun cendiakawan yang berjuang atas nama Allah.

Sehingga satu waktu yang difikirkan sesuai untuk saya kembali, blog edyesdotcom akan diubah menjadi satu blog directory untuk tatapan pengunjung.

Inilah saat paling upset bagi saya sejak memainkan peranan kecil dalam politik tanah air, dan teramat malang sekali kerna ia hadir dari sebuah parti perjuangan Islam PAS!

Saya akhiri blogging saya dengan sebuah pantun;

Paku dulang paku serpih,
Paku berkarat yang keparat juga yang lebih!!
FAKAP FOR ALL !!!

Assalamualaikum...


Tak Boleh, Kita Kena Wala'
Ustadz Zorkharnain Abidin
Exco Dewan Ulama PAS Pusat


Ungkapan biasa kepada seseorang yang mempersoalkan keputusan atau tindakan pimpinan organisasi Islam.

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Ingat, wala’ juga bermaksud nasihat.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa agama itu adalah nasihat. Apabila para sahabat bertanya, “Untuk siapakah nasihat itu?” Rasulullah menjelaskan, “Untuk Allah, rasul-Nya, imam-imam (pemimpin-pemimpin) orang Islam dan orang-orang Islam semua sekali”.



Diam! Jangan cakap apa-apa
Oleh misaimerah

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Jangan cakap apa-apa, jangan komen apa-apa. Bolehka kita kata macam tu bila kita dihukum? Sekarang ni silap sikit nak saman, nak report polis apa punya dayus jadi pemimpin tak berani dengar komen orang.Nak dengar yang baik -baik saja,puji sampai terpejam biji mata.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.-Harakahdaily


Ulasan GB

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.

Jawatankuasa disiplin PAS semalam telah memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis berkuat kuasa serta merta.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Malah Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan yang dilihat sebagai mengejutkan sekaligus menimbulkan riaksi tidak senang di kalangan para ahli PAS terhadap apa yang disifatkan sebagai keputusan berat sebelah itu meletakkan Jawatankuasa Disiplin "di kandang orang salah" untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul.

Pertama, apakah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS itu boleh berkuatkuasa sedangkan keududukan dan perlantikan jawatankuasa itu sendiri dipersoalkan kesahihannya.

GB pernah mempersoalkan kesahihan kedudukan jawatankuasa disiplin ini dimana pembentukan ini tidak memenuhi tuntutan Perlembagaan parti. Baca SINI.

Kedua, "Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya," umum Ketua Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. - harakahdaily

Tetapi pasal yang sama, menyatakan bahawa

(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa


Tetapi yang diketahui, Jawatankuasa yang ada cuma tiga orang.

"Turut hadir Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman." -harakahdaily

Ketiga, fasal 75 (4) Perlembagaan menyatakan

‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Fasal 7(3)(c) pula menyatakan antara lain peranan Majlis Syura Ulamak ialah

(c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

Keempat, dinyatakan bahawa "kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini." namun ianya bertentangan dengan Perlembagaan kerana jelas fasal 75 (5) menyatakan bahawa "rayuan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama, bukan Jawatankuasa PAS Pusat.

"(6) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad."

Kelima, Perlembagaan pindaan tahun berapa yang digunakan oleh PAS di dalam perlantikan Jawatankuasa Disiplin parti?

Sekalipun terdapat cadangan meminda perlembagaan, dan deraf perlembagaan telah mengubah isi kandangan Perlembagaan PAS pindaan 2001, yang telah cuba menurunkan kuasa Majlis Syura Ulamak dan meletakkan Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan tertinggi di dalam parti, namun selagi pindaan itu tidak dibahaskan oleh Muktamar dan belum diluluskan oleh ROS, ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

FASAL 77. Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas yang dikatakan ulamak dah jadi gila kuasa

Tanpa Nama berkata...

Angkara fraksi UMNO dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

TGNA contoh terbaik untuk diikuti, bukan ulamak pro UMNO dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Jika Tuan Ibrahim bertanding pilihanraya, aku jamin dia akan kehilangan wang pertaruhan.

Tak siapa nak undi dia kecuali puak UG celaka.

Analisa undi yang akan diperolehi Tuan Ibrahim daripada pengundi-pengundi

Undi PAS di Pahang (puak UG) = 20%
Undi dari PKR = 20% drp keseluruhan PKR Phg
Undi dari DAP = 1% drp keseluruhan DAP Phg
Undi dari UMNO BN = 1% drp keseluruhan UMNO BN Phg

Dia ingat dia sokong UMNO, UMNO akan undi dia. Piiiraaah

Tanpa Nama berkata...

sebab tu terengganu dan pahang Pas tak menang banyak kerusi

Tanpa Nama berkata...

betul tu anon, jika dulu selepas PRU 1999 PAS Trengganu dah perintah Trengganu, dan menang byk kerusi di Pahang, skrg ni jgn harap PAS Trengganu dan Pahang nak ambil balik kerusi2 yg dah terlepas. lagi sust adalah, silap gaya di Pahang PAS akan terus berkubur - angkara puak-puak yang mengkhianati parti ini.

Ali Zaidan berkata...

GB, aku harap, kau betulkan statement kau yg ni:

"Tetapi yang diketahui, Jawatankuasa yang ada cuma tiga orang."

Utk pngetahuan kau, ajk lembaga disiplin ada 5 orang. Tu yg 3 orang tu, yg hadir masa umum keputusan. Yg 2 lagi tak hadir. Tp masa mesyuarat depa hadirla.

Benda ni dah keluar Harakadaily lama dah.

http://drhalimahali.wordpress.com/2009/10/31/lembaga-disiplin-pas-laksanakan-amanah/

Tanpa Nama berkata...

Ali Zaidan.

"Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS." - petikan.

Walaupun diumumkan ada 5 orang, tapi mengapa tiada ketelusan untuk mendedahkan siapa dua orang lagi yang tak hadir?

Apakah senagja mereka tak dipanggil?

Apakah sengaja nama mereka tidak didedahkan untuk tujuan dan motif tertentu?

Kenapa takut untuk umumkan?

Sedangkan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan pun kita tahu siapa-siapa yang mengadilinya inikan pula J/K Disiplin PAS.

Ali Zaidan berkata...

Kenapa? Wajib ke dedahkan setiap anggota yg terlibat? Kalau tak dedah, kira tak sah ke?

Keanggotaan pulak bukan tghh je yg approve. TGna pun tau. Kalau tak, takkan dia sendiri suruh rujuk. Aik, tgna pun kau taknak percaya?

Jangan divert isu la. Isunya, GB ni kata cuma ada 3 orang wakil. Sedangkan Tuan Ibrahim dah cakap, ada 5 ahli. So, ko nak percaya GB yg tak tahu menahu dan main agak2 ni ke atau TITM yg terlibat?


Weh, kau ni sapa anonymous?. Cepat betul kau reply, padahal komen aku bila nak approve sikit punya lama. Kau reply cepat, dan cepat pulak diapprove. Ke kau ni tuan punya blog??

Tanpa Nama berkata...

ali zaidan,
kalau betul kamu pandai sangat kata lima orang siapa lagi dua orang tu?

dari dua sitting yg ada, iaitu minggu lepas dan semalam, yg ada cuma itulah 3 orang.

Tanpa Nama berkata...

Zaman Rasulullah dan kahlifah ar-rasyidin, perbicaraan adalah telus dan terbuka

zaman PAS-UG, semua misteri. macam SPRM.

mujur khalid tak di benghockkan.

tapi puak UG memang boleh melakukannya sebab darah daging mereka dah serupa UMNO.

contoh terbaik tgk sahaja hassan ali pecat shaari sungip dan khalid samad dari jawatankuasa harian pas selangor.

dasar golongan ug memang binatang

Ali Zaidan berkata...

Annoying-mouse, aku tak memandai cakap 3 orang la budak. Tu statement TITM. Kalau tak cukup, dan tak betul, buat apa TGNA sendiri suruh korang rujuk lembaga disiplin ni kalau tak puas hati????


Jawab la. Ke TGNA pun subahat jugak??

kembara putih berkata...

Lepas ni pengundi muda tidak akan mengundi PAS lagi, tinggal yang tua2 macam Mustafa Ali saja. Ada sesiapa yang boleh jatuhkan Mustafa Ali dengan kadar segera sebelum lebih banyak kerosakan bakal beliau lakukan demi mengejar matlamat jangka pendek beliau?