10 Dis 2009

Royatlti : Hanipa Minta Nazri Buktikan Tiada Royalti Dalam Perjanjian

Kerajaan Kelantan mahu selesaikan isu pemberian royalti secara perbincangan di antara kerajaan dengan kerajaan, demikan ulas Pengerusi Lajnah Undang-undang Pas yang juga peguam, Hanipa Maidin mengenai cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz supaya kes royalti itu di bawa ke mahkamah.

Beliau yang juga AJK Pas pusat berkata, pengalaman kes saman di Terengganu menjadi rujukan sebelum sesuatu tindakan yang lebih drastik dan berkesan diambil.

"Kita nak minta Nazri tunjukkan bukti bahawa tiada royalti atau bayaran tunai yang ditulis dalam perjanjian yang dibuat di antara Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh (Hamzah) dengan Kerajaan Kelantan.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap sistem kehakiman, dia tak sepatutnya cakap begitu.

"Ku Li pun sebut, budak sekolah pun boleh faham perjanjian yang ditulis tu. Ada ke ditulis ‘wang ehsan’ dalam perjanjian itu? Perjanjian yang dibuat di antara Ku Li dan Kerajaan Kelantan jelas, ibarat ’sudah terang lagi bersuluh’ bahawa perjanjian itu menyebut royalti dan mesti dibayar secara tunai," katanya.

Beliau yang juga AJK Pas pusat hairan apa kena-mengena pihak ketiga iaitu jabatan persekutuan atau mana-mana jabatan yang di bawah Kerajaan Persekutuan dengan perjanjian itu?

"Dalam perjanjian itu tidak ada disebut jabatan persekutuan, selain Kerajaan Kelantan. Minta Nazri tunjukkan?" katanya.

Hanipa mempersoalkan kenapa ketika BN memerintah Terengganu, royalti wujud dan diberikan kepada Kerajaan Terengganu. Dan kenapa bila Pas memerintah dari 1999-2004, ia ditukar kepada ‘wang ehsan’ dan diberikan kepada jabatan persekutuan?

Akibatnya Terengganu kekal negeri termiskin di negara ini walaupun, RM7 bilion wang royalti sudah disalurkan sepanjang pemerintahan Umno.

Sementara itu, Ku Li pernah mengingatkan Kerajaan Persekutuan mesti membayar royalti itu kepada Kerajaan Kelantan kerana implikasinya akan melampaui sempadan negara ini.

Beliau juga akan menjelajah Kelantan untuk menerangkan kepada rakyat negeri itu mengenai royalti yang dibuat dalam perjanjian itu yang jduga dinamakan perjanjian royalti petroleum.

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga pemimpin Umno yang sangat dihormati itu juga sedang menimbang untuk mengetuai kaukus parlimen bagi menyelesaikan isu royalti ini. -FMT

Tiada ulasan: