27 Dis 2009

Polis Takut Dan Kemudian Cuba Pula Takutkan Orang Lain Dengan Ambil Kenyataan?

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

“Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Dec di Shah Alam. — Bernama

Ulasan GB

Itu demo haram 20 orang di Shah Alam kenapa Polis berdiam diri?
Kenapa ada larangan berpilih?
Letak jawatan - itu jawapan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kenal mamat yang cakap dgn pembesar suara tu.... dia pekerja
Indah Water sdn. Bhd.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak keadilan di malaysia, BN perlu ditumbangkan PRU13

Wellness, The Next Big Thing berkata...

apa guna jadi polis atau pegang jawatan KP Selangor jika saudara takut dengan ugutan ADUN Seri Kembangan? Polis sebenar tidak takut dengan sebarang ancaman ... malah jika diacukan pistol ke kepala pun masih selamba je.
aku tak faham betul dengan KP Selangor sejak dua menjak ni ... mungkin dia takut dgn MB kot atau cuba nak score point dgn KP Negara?

beginilah ..... klik di sini dan lihat longgokan wang tunai atas meja dan siasat mana datang duit ni http://fx070707.blogspot.com

Anai PR Selangor berkata...

He..he..heee geli hati

Tanpa Nama berkata...

Polis takut? Awak ada teloq ke tak dak?

Apa punya polis jadi penakut?

Eii..geli hati aku.

Kalau nak melawak pun biarlah bertempat!