27 Dis 2009

Siapa Di Belakang 20 Orang Ini?

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.



Ulasan GB

Jawapan Naib Presiden PAS itu agak lesu dan tidak menyerlahkan ciri kepimpinan yang berwibawa.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu"

Nak tengok dulu?
Nak biar dahulu?

Bukankah seeloknya berbunyi,
"InsyaAllah kita akan menkaji siapa mereka, kita akan meneliti siapa di belakang Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) ini dan siapa gerangan 20 orang yang mendakwa ahli PAS itu. Jika mereka bukan ahli PAS, kami akan mengambil tindakan undang-undang."

Memang betul pun kata seorang penulis (GB terlupa siapa beliau), bahawa ramai pemimpin PAS kena pergi kursus kepimpinan dan kursus membuat kenyataan media.

Sepatutnya juga hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor tampil dengan tegas menyatakan bahawa ke dua puluh orang yang berdemo itu tidak ada kena-mengena dengan PAS. Tetapi malangnya tiada sbarang kenyataannya hari ini malah dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.

Tentang 20 mangkuk yang berdemo tu, FSS kata, 20 orang itu mungkin semua ahli UMNO atau pengikut PAS-UG campur UMNO-UG Selangor. Kalau ahli PAS sebenar atau sah, semuanya cerdik dan tidak akan berbuat begitu.

11 ulasan:

Awanama berkata...

AKU SETUJU SGT PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS PATUT DIKURSUSKAN.

MERAPU-RAPU BILA DISOAL WARTAWAN DAN BILA DAPAT MIKROFON.

Awanama berkata...

entah mat rempit manalah yang diupah untuk berdemo ni. pakai macamtu. mana ada ahli pas berdemo camtu.

nidzamzam berkata...

Kalau 20 ekor berok ni penyokong PAS dah tentu polis ambil tindakan. Tapi disebab kan polis buat bodoh je bererti berok2 ni orang Umno.

sb dehlawi berkata...

Kalau nak belakonpun pakailah kopiah baru nampak macam org Pas. kesian Umno.....

Awanama berkata...

depan dan belakang mereka ialah UMNO

Awanama berkata...

kalau pakai lebai nanti takut betul-betul bubar UMNO dan masuk PAS pula...

Awanama berkata...

komen salahuddin lesu? GB kata mcm tu sbb merujuk dr sumber berita lain, bukannya dr mulut salahuddin...cuba tanya sendiri, baru tahu lesu ka tidak?berita hanya smpaikan sbhgn maklumat, bkn tiap2 kata yg diucap

remy berkata...

betul ler GB ckp tu, aku pun hairan gak Salehuddin jwb macam tu.

GB bagi kritikan membina, bgmn sepatutnya dijawab soalan wartawan tu.

Awanama berkata...

bg ana, isu bgmn menjawab soalan wartawan itu dgn betul x sepatutnya menjadi kritikan..yg paling penting ialah tindakan yg perlu diambil keatas isu demo bodoh ni..mmg yb salahudin tidak menepati apa yg dihajatkan dari seorang naib presiden, tapi cuba kita renungkan sekejap jika soalan itu ditanyakan kpd pemimpin yg hanya pndi berkata2..jwpn beliau mgkn the best tp siapa yg akan menjalankan kerja2 yg termaktub dlm jwpn beliau? yb salahuddin antara yb yg aktif dlm parti,cuma mgkn skil kounikasi beliau tidak sehebat yb yg lain..

Awanama berkata...

dah banyak kali demo anjuran UMNO menjadi demo halal tanpa permit..

Martoiriat berkata...

Kemungkinan demonstrasi ini dianjur
kan oleh pemimpin2 UMNO dan pemimpin2 UMNO lah yg menjadi dalangnya. Ini kerana polis tidak
ambil tindakan terhadap demostrasi
itu. Polis takut dan tunduk kapada
pemimpin2 UMNO kerana itulah dibiar
kan demonstrasi itu diteruskan.
UMNO tidak ada kekuatan lagi untuk
menjatuhkan kerajaan PR diSelangor.
Hanya dengan cara demonstrasi
jalanan dan membeli adun2 PR saja
lah boleh mereka berkuasa kembali diSelangor sebagamana yg terjadi di
Perak.Kalau mengikut cara pilihan
raya mereka dah tahu yg mereka akan
kecundang. Inilah kualiti yang ada
pada UMNO hari ini dan tidak mahu
menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak umno..