16 Dis 2009

Nik Amalina Jangan Emosinal - Fatah

Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta menyertai parti politik supaya beliau mengetahui asam garam yang ada dalam bidang tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun ketika mengulas kenyataan terbaru Nik Amalina dalam blognya yang menyiarkan kenyataan supaya salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan berhubung dengan masalah politik dalaman yang berlaku di negeri ini.

Abdul Fatah berkata, Nik Amalina seharusnya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap diri dan keluarganya.

“Politik ini sedap kita tengok dari luar, tetapi siapa yang berada di dalam mereka akan tahu, kita boleh komen tanpa batasan dari luar, tetapi implikasinya sangat besar,

“Oleh itu, saya berpesan kepada adik-adik saya ni supaya berfikir lanjut sebelum melontarkan pandangan,” katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pas Negeri.

Sebelum ini, Nik Amalina yang juga Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman mencabar salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletak jawatan.

Melalui tulisan blognya, Nik Amalina berkata “Kalau ditanya saya, tentu saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?”

Nik Amalina menjadi tumpuan ramai apabila blog Ahli Parlimen Pas, Dr Siti Mariah Mahmud menyiarkan suratnya, yang meluahkan perasaan berhubung isu peletakan jawatan suaminya itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Abdul Ariffahmi, yang bergelut dengan kontroversi pelantikannya sebagai peneraju utama PMBK, bercadang menyerahkan notis pada 24 Disember ini sebelum peletakan jawatannya berkuat kuasa 23 Mac depan. -SH

2 ulasan:

sb dehlawi berkata...

nik amalina tatkperlu tunjuk gedebe walaupun mu anak tg nik Aziz. ikut kata ik guru, husam dilahirkn bukan untuk kelantan saja, maah untuk malaysia

Tanpa Nama berkata...

Salam..cuba kita renungkan sejenak betapa besar dugaan yg dihadapi oleh TGNA sebagai seorang MB@ulamak@mursyidul am@bakal pemimpin rohani PR...beliau menerima tekanan dari dlm keluarga sehingga pemimpin paling atas malaysia..telatah anak2 (stkt ini cuma abduh n amalina) sahaja sudah cukup utk mencabar kesabaran dan keimanan seorg insan.apatah lg bila ditambah dgn tekanan oleh pihak musuh (termasuk berahim katak)..sama2lah kita berdoa agar anak2 TGNA terbuka hati dan semoga TGNA dikurniakan ketabahan dlm menempuhi segala ujian..Amin..