29 Dis 2009

Jawatankuasa Disiplin PAS Jawatankuasa Haram

Saya tetap tegas tentang isu Lembaga Disiplin dengan menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuasa haram kerana pembentukannya bertntangan dengan perlembagaan parti.

Semalam Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa Hassan Ali dan Khalid Samad belum diputuskan bersalah.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," Harakahdaily dipetik.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau.

Persoalan yang masih belum terjawab ialah apakah status Jawatankuasa Disiplin PAS ini apabila ianya diketahui dibentuk tidak mengikut Perlembagaan parti.

Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya pernah menyatakan di SINI bukan sahaja Tuan Ibrahim bersifat bias, malah beliau dilihat tidak mempunyai kelayakan untuk berlaku adil sebagai seorang Pengerusi J/K Disiplin.

Oleh kerana pembentukan J/K Disiplin itu terkeluar dari Perlembagaan PAS, maka semua tindakannya, arahan dan keputusannya adalah tidak sah dan tidak wajar dipatuhi.

Saya sudah bersedia untuk diambil tindakan sebab saya tahu tindakan apapun dari J/K Disiplin parti tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang.

Perbetulkan dahulu hal itu.


Misalnya di dalam isu Jawatankuasa Disiplin. GB telah kemukakan fakta-fakta asas bahawa Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sebuah jawatankuaa yang tidak sah, kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan.

Faktanya jelas. Dari Perlembagaan. Walaupun ada yang mendakwa GB tak gunakan perlembagaan pindaan terkini, tetapi apabila diminta untuk membawakan mana-mana resolusi muktamar untuk menunjukkan fasal-fasal penting yang dipinda mengenai Jawatankuasa Disiplin, ia tidak dapat dikemukakan, maka dituduhnya GB memfitnah.

GB telah mengulanginya berkali-kali untuk meletakkan kebenaran ke tempatnya yang hakiki, tetapi tiada dari kalangan pimpinan yang tampil memberikan keterangan, yang bererti bahawa apa yang didedahkan itu benar.

GB mengutarakannya supaya PAS kembali ke pangkal jalan. PAS perlu bergerak mengikut asas Perlembagaan. PAS perlu diperkasakan dengan menyedarkan pemimpin-pemimpin parti yang telah terlajak perahunya di dalam menggunakan kuasanya.

Apabila hujjah GB tidak berjawab atau terjawab, maka diwujudkan istilah "fitnah yang benar" yang kononnya tak boleh disebarkan, kerana ia memudharatkan parti. Yang mengimplikasikan bahawa "kebenaran itu mesti disembunyikan demi maruah parti. Konsekuennya, naiknya maruah parti lantaran kebenaran tidak didedahkan. Bermaruahkah apabila fitnah yang benar itu disembunyikan? Sedangkan kudis yang bernanah akan terus bernanah, membesar dan membusuk lantaran ianya disembunyikan.


13 ulasan:

C++ berkata...

Bhai GB... gua tak cek lagi status JK Disiplin PAS nih.. tapi kalu betul la tak sah... buat malu jer....

Baik semua pihak siasat cepat...

Tanpa Nama berkata...

Tulisan yang bernas untuk selamatkan parti dari terus hanyut.

Tanpa Nama berkata...

Fasal 75(4)

"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

maaf saudara, sebenarnya mengikut perlembagaan PAS yang terkini terma "majlis Syura Ulamak" telah ditukarkan kepada Jawatan Kuasa PAS Pusat

Unknown berkata...

Boleh tolong kemukakan resolusi muktamar ke berapa dan tarikhnya.

hussin berkata...

anon 11:40,

terkini, majlis syura ulama dan jk pas pusat adalah sama. kedua2nya boleh mengambilalih tugas dan tanggungjawab yang satu lagi. buat apa susah2 buang masa adakan mesyuarat berlainan? lagi pun keahlian majlis syura ulama dan jk pas pusat lebih kurang je. kalau majlis syura bersidang, ia boleh dikira sebagai sidang jk pas pusat. begitu juga sebaliknya. ahli pun bukan ambil kisah sangat.

madbi berkata...

gb,... nada macam tak puas hati pasal tak dapat sesuatu ke?????

Unknown berkata...

Apa tidaknya, kita memperjuangkan keadilan di dalam negara. Kita menyatakan institusi kehakiman tidak telus, tidak adil dan bias.

Tiba-tiba di dalam parti kita sendiri berlaku hal yang serupa.

Hati mana tak kecewa....

Tanpa Nama berkata...

Saya mendapat tahu memang ada "draf" pindaan, dan elah dihantar ke kwasan2. Tetapi belum ada pengesahan dari muktamar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah tak sah, buat apa barang yg tak sah... nanti jadi keputusan haram pulak..

merahsilu berkata...

Saya rasa ada sesuatu yang pimpinan tertinggi sembunyikan. Kalau tak masakan tak der satu org pun jawab.

Alangkan demo 20 ekoq beruk umno tu pun beberapa pemimpin PAS ulas.

Ini hal perlembagaan. Kalau betul ikut procedure mesti dah keluar penjelasan. tapi mana ada, tak der sorang pun ulas.

saya cuma letak sikit keraguan kat pimpinan parti. mungkin mereka tak der point nak hujjah GB. agak saya ler.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan, maaflah kalau saya tak sependapat dgn tuan.
Pd pandangan syalah, bahasa tu agak kasar dan kurang manis.

Minta tuan fikirkan.

Wasalam.

Orang Johor

barkhaya berkata...

Biasaler sepatutnya. Seorang pemimpin perlu ditegur dan teguran itu bermacam cara. biasanya lagi kuat dan kasar teguran lebih baik mutu kepimpinan - contohnya sahabat Umar yang nak menegur Umar dengan matapedangnya. Akhirnya Umar menjadi khalifah yang amat digeruni.

Saya melihat kritikan GB sebagai sesuatu yang positif berlaku di dalam parti. Masa dah berlalu untuk menggunakan teknik amfusana anfusini. PAS kalau nak maju kena ada orang2 mcm GB ni.

Kalau tak lemah longlailah PAS krn kita merasakan kita kuat sedang kita belum diuji dengan sparring partner sebelum masuk bertemu musuh sebenar.

Kuda Perang berkata...

Memang bagus dan patut tiada ampusana ampusini, tetapi menyebarkan kejahilan diri kepada orang lain, boleh menyebabkan orang2 yang tidak usul periksa akan turut menjadi semakin jahil, bagi saya ini adalah satu kebodohan, duri dalam daging...