13 Nov 2009

Patah Sayap Ku Terbang Jua

12 November, satu tarikh Masehi yang selama ini jarang sangat menjadi ingatan pada GB.

Ia hanya satu tarikh untuk tujuan rekod semata-mata dalam konteks urusan duniawi bahawa GB dilahirkan ke dunia ini oleh seorang ibu yang kemudiannya dari saat itu GB diasuh, dibela dan dibesarkannya.

Pada satu ketika GB mengharungi kehidupan paling getir, ibulah yang memainkan peranan pentingnya di sisiku.

Sekalipun selepasnya, giliran GB pula untuk menjaga dan membelannya sewaktu beliau sudah uzur dan terlantar sakit. Dengan sangat menyedari bahawa penjagaan dan pembelaan sorang anak jauh sangat kecilnya dan kekurangannya berbanding apa yang telah dilakukan seorang ibu kepada anaknya semenjak kita dilahirkannya.

Dan semalam, pada tarikh yang sama setelah berpuloh tahun lamanya, iaitu pada 12 November 2009, ibuku telah pergi untuk selama-lamanya.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibuku, terima kasih kepada semua saudara-mara, sahabat handai dan kenalan yang membantu dan yang datang dari jauh dan dekat dan terutama kepada Dewan Muslimat PAS di kawasan GB, serta semua yang merakamkan ucapan-ucapan takziah.

Inalillahi wainna ilahi rajiun.
Al-fatehah

6 ulasan:

Web Sutera berkata...

Assalamualiakum GB. Takziah dari kejauhan, sahabatku. Redhakan pemergiannya. Saya sudah mengalaminya beberapa bulan yang lalu. Kata orang memang mudah untuk berkata. Tetapi sebagai manusia, memang kesedihan membalut nurani, namun hanya Allah cinta agung kita.

"Ya Allah, cucurilah rahmatMu, limpahkanlah cintaMu dan jagailah gemulah ibu sahabatku ini. Hanya Engkau tempat kembali. Amin ya Rabbal 'Alamin,"

Cukuplah kematian itu peringatan untuk Mukmin, insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Salam Takziah

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

GB, salam takziah daripada saudara seperjuangan. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu GB dan menganugerahkan kesabaran kepada GB. Doa kami bersama akhie GB...

PAKTIM berkata...

Innalillaahiwainnaailaihirojiuunn!!!!!!!!

ucapan takziah dari anakpeghok...semoga roh ibu akhi GB dihimpunkan bersama-sama dengan roh-roh orang yang beriman......al-fatihah

Salasilahjusohmuhammad@blogspot.com berkata...

Salam GB...

Salam Takziah dari PB(Putera Besut) untuk GB sekeluarga.Bersabarlah GB...itulah sunnahtullah...(kehidupan..kematian dan pertemuan..perpisahan)yg pasti suatu waktu nanti kita pun begitu juga.

Doa PB sekeluarga moga roh ibu GB dicucuri rahmat oleh Allah swt dan GB dianugerahkan kesabaran serta kebaikan sentisa.

PB - P.Gudang,Jay Bee

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum GB.

Takziah kami sekeluarga ucapkan. Semoga GB sabar dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Ucapan Selamat Hari Lahir jua.. Moga diberi keberkatan umur dan kesihatan yang baik.

-raina-