17 Nov 2009

Era Najib Altantuya : PR Tetap Utuh

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub, menafikan bahawa pakatan pembangkang menghadapi krisis.

Katanya, situasi semasa dalam PR mampu diselesaikan melalui perbincangan.

“Biasalah tu, semua pihak mahu bagi pandangan demi kebaikan parti, tetapi keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan bersama dan mahu atau tidak, mesti terima.

“Sehingga sekarang ahli parti gabungan (PKR, Pas, DAP) tidak pernah tidak bersetuju dengan keputusan dibuat, tidak timbul soal ada ahli yang memberontak kerana keputusan yang kita buat melalui proses demokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil berkata, pengisytiharan ‘perang’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bukanlah bermakna ‘perang menggunakan senapang’.

“Maksud Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah perang politik iaitu perang melalui kata-kata. Bila kita dapat kesan ada wujud isu-isu bercanggah, kita akan bangkit, misalnya ada unsur penyelewengan dalam parti kerajaan, kita akan selongkar dan buktikan benda itu benar. Itulah yang dimaksudkan perang kata-kata.

“Tetapi masih banyak lagi maksud ‘perang’ yang dikatakan Anwar itu, kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perbezaan pendapat berlaku dalam mana-mana parti sama seperti pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga.

“Ahli parti bercanggah pendapat, benda biasalah, bukan isu besar pun. Penyelesaiannya melalui perbincangan, itu sudah cukup. Jika ada yang kata pakatan pembangkang tak setuju dengan keputusan dibuat sehingga berlaku perang, memang tak logiklah,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, keputusan Anwar yang mahu menyekat Najib daripada menawan Selangor dipersetujui semua pakatan.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang dibuat oleh salah sebuah parti pembangkang, akan mendapat sokongan.

“Memang kita nak ambil alih kerajaan Malaysia, jadi bila Anwar sekat Najib itu adalah perkara terbaik untuk membawa satu perubahan daripada Barisan Nasional kepada PR bagi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Pengerusi BN pada beberapa siri lawatannya ke Selangor sebelum ini mengajak pemimpin BN bersatu dan berusaha mulai sekarang untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, serangan untuk merampas Selangor dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR negeri itu. -SH


Kontroversi, skandal lemahkan PR Selangor

Isu kontroversi dan skandal dilihat antara faktor utama yang boleh menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Penganalisis politik, Zaini Othman berkata, perkara itu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kuasa pemerintahan.

“Ini memberikan kesempatan kepada BN untuk memainkan isu berkenaan dan menonjolkan kepincangan pemerintahan PR,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zaini Othman yang juga Ketua Program Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti komponen PR seharusnya menitikberatkan aspek kesatuan dan perpaduan bagi menjamin kuasa pemerintahan mereka.

“Pas, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP perlu memupuk kesepaduan untuk memastikan pemerintahan yang mantap kekal berkuasa di Selangor," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan PR perlu memberikan khidmat yang terbaik dan melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12, Mac tahun lalu untuk terus meraih sokongan rakyat.

:Seoarng lagi penganalisis politik, Asri Salleh berkata, ‘trend lompat parti’ oleh kebanyakan ahli PKR menyebabkan kedudukan PR semakin goyah, malah nasib mereka mungkin lebih teruk berbanding di Perak.

“Sekiranya perkara ini (lompat parti) tidak dibendung dan semakin merebak ia akan menyebabkan kejatuhan PR malah lebih teruk berbanding peristiwa yang berlaku di Perak,” katanya.

Asri yang juga Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Terengganu berkata, masalah dalaman dan krisis pendapat yang melanda Pas turut memberi ruang kepada BN untuk menawan semula Selangor.

“Pas di Selangor adalah antara yang paling bermasalah dan sering menimbulkan kontroversi berbanding Pas di negeri-negeri lain.

“Percanggahan pendapat mengenai pelbagai isu dan krisis dalaman parti, berkemungkinan menyebabkan ramai ahli-ahli Pas yang akan keluar parti dan berdiri sebagai wakil Bebas,” katanya.

Dalam pada itu katanya, isu bai'ah taklik yang dibangkitkan baru-baru ini adalah provokasi sesetengah pihak yang mahu agar ikrar sumpah setia itu dihapuskan bagi membolehkan ahli Pas dapat keluar dari parti dengan bebas.

“Soal bai'ah hanyalah provokasi sesetengah pihak bagi membolehkan mana-mana ahli Pas yang bercanggahan pendapat, bebas untuk keluar dari parti tanpa menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka untuk menyertai parti lain selain dari BN,” katanya.


Ulasan GB
Apakah kerana merasa dirinya terikat dengan BAIAH menghalang Hassan Ali untuk melompat parti dan kemudian membocorkannya kepada umum di dalam pertemuan dengan blogger UMNO?

Tiada ulasan: