13 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Matlamat Halalkan Cara, Taktik UMNO Di Bagan Pinang

Umno Barisan Nasional (BN) menghalalkan apa jua cara bagi mendapatkan kemenangan Plihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang setelah BN tujuh kali tewas pada pilihanraya kecil sebelum ini.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Fariz Musa berkata kemenangan Isa Samad menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar adalah disebabkan provokasi Umno BN.

“Kali ini mereka menggunakan pelbagai cara dan teknik, malah bagi saya ialah Umno sanggup menghalalkan cara dan yang penting ialah kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka akan melakukan apa sahaja termasuk tindakan-tindakan yang secara jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi itu sendiri, sebab itu kita melihat bahawa Umno sebenarnya tertekan di Bagan Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut beranggapan kemenangan di Bagan Pinang itu akan terus menggalakkan lagi agenda rasuah yang berterusan di kalangan pemimpin Umno BN dengan merealisasikan kemenagan Isa Samad.

“Kemenangan di Bagan Pinang yang dimenangi Barisan Nasional merupakan suatu petanda bagaimana rakyat di Bagan Pinang telah merealisasikan Isa Samad sebagai wakil rakyat negeri itu.

“Jadi, kita anggap kemenangan tersebut sebagai satu kemenangan rasuah pemimpin ini,” katanya.

Mengulas lanjut samaada kemenangan tersebut berkait rapat dengan undi pos yang sebelum ini cuba dihapuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau mengatakan undi pos turut menjejaskan keputusan pilihanraya kecil itu.

“Sepertimana dengan usaha yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat daripada awal lagi yang berusaha supaya SPR mengambil satu tindakan yang tegas supaya menghapuskan undi pos ini.

“Tapi malangnya kita melihat bahawa SPR seolah-olah mempertahankan undi pos yang bagi kita buat masa ini, undi pos adalah sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat rakaman dan laporan yang dibuat terhadap pemimpin tinggi Umno BN yang cuba merasuah pengundi pos.

“Sebab itu apabila berlaku rakaman dan laporan yang telah kita buat terhadap rasuah penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan Umno untuk meraih undi di sana sedangkan dalam masa yang sama SPR menegaskan akan mengambil tindakan yang adil.

“Namum apa yang jelas, ianya nampak bertentangan dengan prinsip pilihanraya itu sendiri dan demokrasi sehinggakan tidak juga undi pos dihapuskan,” katanya.

Dalam pada itu, Fariz turut mempertikaikan strategi terdesak yang digunakan oleh ahli-ahli Umno menghalalkan cara berkempen tidak bermoral sehingga mengancam keselamatan pengundi.

Beliau mendakwa tindakan ini sebenarnya menakutkan para pengundi terutamanya masyarakat Cina yang ketakutan keluar mengundi apabila melihat keganasan berlaku di sepanjang hari mengundi dan hari kempen.

“Memang kita akui ini adalah antara strategi yang sebenarnya kita lakukan sebelum mereka bertindak daripada awal lagi, daripada mula penamaan calon lagi mereka tidak bermoral dan juga telah berlaku beberapa insiden di antara penyokong.

“Penyokong mereka juga telah mencederakan beberapa orang-orang kita dengan menggunakan senjata. Di malam akhir itu pun, kita melihat bagaimana insiden yang berlaku apabila mereka berani masuk menyerang kawasan pos kita ,’ katanya.

Selain itu, beliau berkata keputusan kemenagan Isa Samad pada kali ini tidak begitu mengejutkan apabila sebelum ini terdapat juga pilihanraya kecil yang dimenangi oleh wakil rakyat yang dipalit dengan imej buruk.

"Pemimpin yang tidak berakhlak, pemimpin yang tidak bermoral dengan rasuah tidak menjadi kesan kepada mereka yang bagi mereka ialah tindakan-tindakan yang dalam gerak kerja kempen selama ini yang mana Umno masih mengekalkan amalan rasuah dalam kalangan pengundi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, PR turut difahamkan Umno BN bukan sahaja telah merasuah pengundi malah merasuah orang ramai supaya tidak hadir ke ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PR sempena pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Tindakan ini sekaligus membuatkan pengundi di kawasan Bagan Pinang hilang punca dalam mendapatkan input yang benar daripada PR sepanjang hari berkempen.

Pilihanraya kecil di Bagan Pinang diadakan ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah pada 4 September lepas.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya pun dah mula sakit hati dengan sikap blogger blogger Pakatan Rakyat .
Tidak ada satu blogger Pakatan Rakyat pun sudi bertanya kepada Dr Hassan Ali ( Phd 1 juta )"Apa pendapat Dr Hasan Ali perihal UMNOBN boleh menang besar kat Bagan Pinang " atau tanya kat Dr Hasan Ali kenapa PAS boleh kalah teruk di Bagan Pinang. Wahai sekalian empuan blogger tolong lah respect banyak sijil Phd yang di perolehi oleh Dr Hasan Ali yang di bayar 1 juta ringgit Malaysia oleh kerajaan Malaysia yang lalu. hj jamaludin

kuasa_klik berkata...

Biarlah...memang umno dah tabiatnya macam tu, nak buat macam mana.