5 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Larangan SPR Mengelirukan

Larangan memasang bahan kempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sepanjang tempoh berkempen di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak wajar dan mengelirukan banyak pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, SPR tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia tidak jelas dan tidak termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

“Setahu saya, tiada undang-undang yang melarang parti yang tidak bertanding untuk turun padang memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding. Tiba-tiba sahaja dalam pilihan raya DUN Bagan Pinang tidak boleh kempen,” katanya selepas Majlis JasaMu Dikenang sempena sambutan Aidilfitri anjuran bekas-bekas Penuntut Maktab Mahmud, kelmarin.

Azizan berkata, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu mengelirukan kerana tidak dikaitkan dengan peraturan tertentu yang melarang parti yang tidak bertanding untuk berkempen.

Menurutnya, walaupun larangan itu dikeluarkan, namun rakan-rakan Pakatan Rakyat dari seluruh negeri tetap akan membantu jentera pilihan raya Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen.

Sebelum ini, SPR berkata, hanya parti bertanding pada pilihan raya DUN Bagan Pinang sahaja dibenarkan memasang bahan kempen, dan SPR hanya mengiktiraf Pas dan Barisan Nasional (BN) serta Bebas, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat kerana tidak didaftarkan.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, majlis perasmian projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) oleh Tuanku Sultan Kedah ditangguhkan pada tahun depan.

“Setelah berbincang Merapoh Resources Corporations dan syarikat berpangkalan di Korea, SK Engineering & Construction yang mengendalikan kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, mereka memohon diberi tempoh beberapa bulan lagi,” katanya.

Tiada ulasan: