5 Sep 2009

Najib Altantuya Akan Lakukan Apa Saja Untuk Menang Bagan Pinang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada pilihan raya kecil kawasan itu berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor, petang semalam.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu yang mengikut peruntukan perlembagaan.

“Kita (BN) telah membuat keputusan dari segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan perlembagaan, kita akan bertanding. Apatah lagi kawasan ini (DUN Bagan Pinang) adalah kerusi milik kita (BN),” katanya ketika diminta mengulas kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Beliau berkata "Kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan dan saya berharap pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini dijadikan iktibar kepada kita..."

Dalam pada itu para pemimpin PAS Negeri Sembilan bersama dengan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa adalah antara orang ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarham Azman .

Husam bersama dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar serta Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang, Ramli Ismail mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan malam tadi.

Husam yang bergegas dari Kuala Lumpur sampai menjelang jam lapan malam di Tanah Perkuburan Islam Bagan Pinang, Teluk Kemang. Ketika itu, jenazah masih dalam perjalanan ke tanah perkuburan Islam itu.

Sejurus kemudian, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad tiba bersama anaknya, Mohd Najib. Dan sejurus selepas itulah, menjelang jam 8 malam jenazah sampai.

Ketika jenazah sedang dikebumikan, rombongan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan tiba diikuti beberapa exco kerajaan negeri. Namun tidak ada seorang pun tokoh Umno dari Pusat tiba.

Mohd Isa adalah Ketua Umno Cawangan Bagan Pinang di samping Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Beliau sempat bercakap-cakap dengan rombongan PAS itu.

Husam sememangnya mempunyai program di Teluk Kemang semalam. Ia telah dirancang beberapa bulan lalu lagi. Beliau mengambil peluang untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut Isa, Allahyarha memang beberapa bulan lalu sudah sihat selepas menjalani pembedahan jantung dan kanser.

"Beberapa hari lepas beliau datang menyertai majlis gotong royong membersihkan tanah perkuburan ini," cerita beliau kepada Husam.



Tiada ulasan: