24 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SPR Perlu Perbaiki Undi Pos

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihanraya membersihkan senarai pengundi pos di Bagan Pinang dan memperbetulkan kaedah pengundian Pos yang dilaksanakan oleh SPR yang dilihat tidak telus dan tidak adil.

Beliau melahirkan rasa tidak senang dengan kaedah mencurigakan yang digunakan oleh SPR dalam mengendalikan pengundian pos.

Kata Anwar, sekiranya pengundian pos dijalankan secara telus dan adil, Pakatan Rakyat dapat memberikan saingan yang sengit terhadap Barisan Nasional walau siapa pun calon yang diletakan oleh parti perkauman itu semasa di Pilihanraya Bagan Pinang nanti.

"Yang menjadi masalah dan menimbulkan keraguan rakyat adalah mengenai prosedur yang ditetapkan oleh SPR seperti tiada pengawasan yang teliti sewaktu pengundian,tidak membenarkan calon berada di pusat mengundi ketika proses pembungan undi pos berlangsung, pengiraan undi selepas 3 hari dan tiada kemaskini data pengundi Pos," kata Anwar.

Beliau ditemui dalam satu majlis terbuka Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor othman di Penanti. Turut hadir ke majlis rumah terbuka, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Haji Abas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Khamis lalu, Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malayasia (SPR) membantah penggunaan Borang 2, tempat mengundi dan kaedah berkempen untuk pengundi pos.

Memorandum berkenaan mendesak SPR mengambil tindakan segera bagi memperbaiki beberapa aspek penting yang melibatkan pengundi pos dan juga mekanisme pengundian.

Pakatan Rakyat menegaskan peraturan mewajibkan pengundi pos mengisi Borang 2 merupakan satu pencabulan ke atas prinsip kerahsian undi. Pemuda PR melihat tiada sebarang alasan yang munasabah kenapa Borang 2 ini diperlukan, apatah lagi dengan mewajibkan pengundi pos mendedahkan nombor kertas undi yang diberikan kepadanya.

Peraturan Borang 2 ini juga jelas bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang mana-mana pegawai, kerani, jurubahasa atau agen untuk mendapatkan atau mendedahkan maklumat identiti pengundi dan juga nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh percaya ka SPR???

poya berkata...

Memang SPR tidak bolih dipercayai. Contohnya
undi pos. Kebanyakan undi pos melibatkan anggota2
keselamatan.Tempat membuang undi adalah didalam
kem tentera tanpa ada pemerhati dari wakil2
pembangkang. Apakah dipihak SPR memberi ruang kpd
pihak pembangkang utk menghantar wakil2nya menjadi pemerhati diwaktu membuang undi? Inilah
yg menjadi persoalannya dan kalaulah masaalah ini
diambil kira,SPR telah melakukan pilihanraya se
cara tidak adil atau double standard dalam sebuah
negara demokrasi dan banyak lagi peranan2 SPR
dlm pilihan raya yg meragukan. Contohnya mempersempadankan semula lokasi2 pilihan raya
yg berat sebelah memberi banyak ruang kpd UMNO
BN dan dipihak SPR jugak tidak berlaku adil
terhadap parti2 pembangkang,dimana UMNO BN dbenarkan berkempen dipeti2 TV sehingga saban
hari dan dipihak pembangkang dinafikan. Apakah
adil dan demokratik namanya. Inilah yg membuat
kan raayat tidak mempercayai peranan SPR sebagai
sebuah badan bebas dlm pilihan raya. Bagi pendapat aku.. SPR bukanlah sebuah badan bebas
sebagaimana yg dilaung2kan diahkbar2 arus perdana
atau dipeti2 TV tapi SPR digunakan atau diwujudkan utk kepentingan atau juga bolih di
panggil kuda tungangan UMNO.