24 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Musa Hassan Seorang Pendusta?

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di dalam usaha mengejar glamour untuk memulihkan imejnya yang banyak tercalar akhirnya terperangkap dengan ucapannya sendiri.

Pada awalnya Bernama melaporkan Musa Hassan berkata Menteri Kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada Rabu.

Tiba-tiba keluar satu lagi berita oleh Bernama pada sebelah malamnya menyatakan Musa Hassan menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Samada Bernama atau Bukit Aman (Musa) atau kedua-dua adalah pendusta.




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila sesebuah kerajaan yang sedang memerintah, tetapi sangat bergantung terhadap kuasa dan peranan polis, maka itulah tanda pemimpin kerajaan itu sangat lemah dan sinonim dengan penzaliman. Tiadalah akhirannya melainkan dijatuhkan secara hina oleh rakyat... Banyak kerajaan dalam dunia ini telah melalui sejarah berkenaan. Apakah UBN juga akan tersenarai bersama sejarah keji itu, mereka jugalah yang menentukannya. Maha Suci Allah swt yang menggilir-gilirkan kuasa-kuasa manusia di dunia ini... Yang bertaQwa mendapat redha Nya dan yang berlaku zalim pasti juga mendapat pembalasan yang setimpal. Allah swt Maha Baik namun Dia juga Maha Adil. Beringat-ingatlah sebelum terlambat. Berbagai pesan dan nasihat oleh berbagai pihak telah dikemukakan melalui berbagai cara dan bentuk. Jangan salahkan sesiapa apabila sampai masanya Allah swt menetapkan taQdir Nya nanti.. La haula wala Quwwata illa bilLahil 'aliyyil 'aziem..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah setan, buat apa pun mesti jadi setan
tengok muka dah dapat kenal setan

Tanpa Nama berkata...

orang beriman dikelilingi orang beriman, orang tidak beriman dikelilingi yang tidak beriman... lumrah dunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

marilah kita bersama2 berdoa untuk kebaikan muslim yg lain, jika mereka sesat maka kita berdoalah agar Allah SWT memberi mereka hidayah dan memimpin mereka ke jalan yg benar. siapalah kita utk menghukum yg lain sedangkan kita hanya hambaNya yg hina.sedangkan pelacur pun Allah SWT pernah syurgakan kerana memberi seekor anjing yg kehausan minum air yg diceduk menggunakan kasutnya.tiada yg lebih mengetahui dari Allah SWT yg MAHA Mengetahui