23 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SELCAT, Isu Kebebasan Bersuara, Wala' Dan Thiqah

Dua orang pendokong Dato’ Hasan Ali sudah bersuara dalam isu Selcat yang menjadi kecaman Dato’ Hasan Ali. Iskandar Samad dan Roslan SMS bertindak mempertahankan Dato’ Hasan Ali dalam isu Selcat ini, waimma ramai pendokong Pakatan Rakyat mengkritik balik terhadap tindakan Dato’ Hasan Ali tersebut.

Iskandar Samad mengemukakan dua isu; iaitu isu ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kekesempurnaan selcat’. Adapun Roslan SMS pula mengemukakan isu lama; isu yang mampu menumpulkan daya intelek ramai ahli-ahli PAS, iaitu ‘wala’ dan ‘siqah’ tanpa merujuk kepada perbahasannya yang sebenar.

KEBEBASAN BERSUARA

Secara peribadi, aku beranggapan kritikan balas yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Hasan Ali bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tetapi ia merupakan membuka ruang untuk kebebasan bersuara.

Mengapa dianggap itu sebagai menutup kebebasan bersuara, sedangkan jika dihayati balik, Dato’ Hasan Ali sendiri mengamalkan dasar menutup kebebasan bersuara itu.

Apakah kita sudah lupa dengan sejarah pemecatan dua tokoh dalam PAS; Khalid Samad dan Syaari Sungip disebabkan kritikan mereka berdua terhadap Dato’ Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS disebabkan tindakan Dato’ Hasan Ali memburukkan Pakatan RAkyat diselangor; dengan dakwaan bahawa kononnya PAS ‘dianaktirikan’ dalam PR di Selangor, waimma dakwaan itu adalah purba sangka semata-mata.

Jika benar Dato’ Hasan Ali mengamalkan kebebasan bersuara, sudah pasti kritikan dua tokoh ini tidak berakhir dengan pemecatan, sepertimana Tan Sri Khalid tidak memecat Dato’ Hasan Ali sebagai exco setelah beberapa kali melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

Adapun dalam isu selcat, Dato’ Hasan Ali dikritik balas setelah kritikan terbuka yang dilakukan oleh Dato’ hasan Ali terhadap perjalanan selcat. Jika kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara, maka berilah jawapan balas yang bersifat ilmiyyah terhadap kritikan mereka itu.

Jika tidak mengkritik balas, tetapi sekadar mendakwa bahawa sudah tidak wujud lagi kebebasan bersuara, itu merupakan kedangkalan kita berfikir, malah kedangkalan dalam memahami konsep kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri.

Dalam Islam, kritikan amat dialu-alukan, tetapi kritikan yang diterima adalah kritikan yang mengandungi unsure ilmu. Kritikan dengan tidak disertakan hujjah ilmu, itu bukan kritikan yang diizinkan dalam Islam.

Ditambah lagi, sebagai exco, Dato’ Hasan Ali boleh melakukan kritikan terhadap selcat dalam mesyuarat exco, bukannya menerusi media. Lainlah kalau Dato’ hasan Ali bukan exco. Jika beliau tidak exco, lalu melakukan kritikan tersebut, maka itu tidak menjadi sebarang masalah.

Jika mahu mengkritik juga menerusi media, dicadangkan Dato’ Hasan Ali meletakkan jawatan exco serta merta. Malah, jika beliau mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat dikala beliau tidak menjadi exco, aku sendiri bersedia menjadi pembantu. Tapi syarat, biarlah ada nilai hujjah dan rasional.

SUDAH BANYAK MASALAH

Sebelum ini, sudah banyak kenyataan Dato’ hasan Ali dilihat seperti 'menganaktirikan' pakatan Rakyat, disamping 'memberikan susu berkhasiat’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mungkin kita sudah lupa dengan kenyataan Dato’ hasan Ali dalam isu Lembu yang melibatkan Tan Sri Khalid, isu arak yang melibatkan Ronnie Liu dan sebagainya.

Memelikkan lagi, banyak kenyataan Dato’ hasan Ali memperlihatkan bahawa khir Toyo seperti ‘kawan’, sedangkan Pakatan Rakyat adalah ‘lawan’. Disebabkan itulah, tidak hairanlah dengan isu kuil yang melahirkan penghinaan UMNO terhadap Khalid Samad, Dato’ hasan Ali tidak bersuara membela. Sebaliknya, dalam isu selcat, cepat-cepat Hasan Ali bersuara senada dan seirama dengan Khir Toyo.

Tidak dinafikan, selcat tidak sempurna. Tetapi, perlu diingat, tindakan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ‘lebih tidak sempurna’ berbanding selcat.

WALA’

Mengeluarkan kenyataan berbeda dengan pimpinan atasan, itu dikatakan sebagai tidak wala’? tafsiran wala’ yang merujuk kitab mana yang mengatakan sedemikian?

Wala’ ditafsirkan sebagai taat yang diberikan kepada pimpinan. Pimpinan yang diberikan wala’ adalah pimpinan yang mempunyai kesiqahan. Tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.

Seseorang pemimpin, perlu menjaga siqah terlebih dahulu. Apabila siqah sudah wujud dalam diri seseorang pemimpin, secara automatik, pimpinan itu diberikan wala’.

Ada sebilangan perkara yang disuruh wala’ kepada pemimpin yang mempunyai kesiqahan, tetapi perkara yang disuruh wala’ itu tidak disukai, kerana tidak bersesuaian dengan kehendak nafsu, maka ketika itu, wala’ memang wajib diberikan kepada pimpinan tersebut.

Adapun wala’, tidak boleh diberikan kepada pimpinan yang mengikut kehendak nafsunya. Mana mungkin mengikut kehendak nafsu pimpinan. Masakan nafsu pimpinan perlu dituruti, nafsu sendiri pun tidak boleh diikuti sesuka hati.

Inilah yang dimaksudkan dengan maksud hadis, daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu[1]”

Ketaatan juga berlaku dalam perkara yang tidak melahirkan mudharat kepada sesuatu jemaah dan parti. Jika tetap melakukan ketaatan yang boleh melahirkan mudharat, maka ketaatan itu tidak syarie.

Justeru itu, dilihat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja[2]”

Hadis ini jelas menunjukkan, ketaatan yang hendak diberikan hendaklah dalam perkara ma’ruf. Adapun ketaatan dalam perkara yang tidak ma’ruf, seperti perkara yang boleh melahirkan mudharat, maka itu tidak wajar diberikan ketaatan.

Justeru, tindakan Dato’ Hasan Ali yang memegang jawatan exco, tetapi tidak mengkritik dalam mesyuarat exco, tetapi menerusi media merupakan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Makanya, wala’ kepada beliau disaat ini adalah tidak syarie.

Sekian

p/s : Jangan sekali-kali mencandukan wala’ demi perut sang rakus dan PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ’Alam -Ust One-G

[1] Musnad Ahmad : 8596.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.



Hasan Ali is a spokesman for khir Toyo and a thorn in Selangor, say Pakatan Rakyat reps

Trouble is brewing in Selangor Pakatan Rakyat with its members turning on PAS, specifically Datuk Dr Hasan Ali, who has become increasingly isolated over the last few days over his many outbursts.

Speaker Teng Chang Khim, who is from DAP, has singled out the Selangor PAS commissioner and exco member as the “only problem” in the partnership that was forged after the March 8 general election.

“There is no communication breakdown among coalition members. Hasan Ali is the only problem in the coalition and he has been consistently inconsistent on various issues,” he said, adding that as exco member, Dr Hasan could have brought up his dissatisfaction through the right channels.

Dr Hasan’s most recent outburst was the calling for a revamp of the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), which had come under fire from him for their “grilling” of senior civil servants over allocations.

He had argued that members of Selcat — which is currently staffed by legislative assembly members from both Pakatan and Barisan Nasional — should be made up of eminent persons without political inclinations.

Prior to this, Dr Hasan had also quarrelled with DAP exco member Ronnie Liu over the sale of beer in the state and had wanted to impose a blanket ban on alcohol sale in retail outlets in Muslim majority areas.

Teng, who heads Selcat, said the executive council had weekly meetings.

“There is no reason why he should attack Selcat in the open. He’s trying to take advantage of the situation to gain politically,” he alleged.

DAP Klang MP Charles Santiago was more blunt, calling for Dr Hasan to be disciplined by his party leaders and removed as both state commissioner and exco member.

“We will be stronger and better in Selangor without him. PAS should remove him to protect our best interests.

“He is wrongfully giving the impression that things are not well. There always appears to be two voices to everything with him around,” he added.

“He wants to send a message that he is the one who will protect the Malays in Selangor,” claimed Santiago.

Even Dr Hasan’s party colleague Saari Sungib, who is a Selcat member, has distanced himself, saying that the former should be referred to the House Privileges Committee for making public outbursts.

PKR exco member Yaakob Sapari denied any cracks, saying the group practised freedom of speech and encouraged people to speak up.

“We are allowed to say anything we want and air our views. There’s no problem among us,” he said, pointing out that Dr Hasan’s voicing of opinion should not be misconstrued as trouble.

PAS exco member Iskandar Abdul Samad said it was natural for Pakatan members, who were from three different political parties with different ideologies and philosophies, to have opposing views at times.

“That doesn’t mean there’s a rift between us, because at the end of the day, we can all sit down together, discuss the matter amicably and arrive at a single decision,” he said, adding that any final decision rested with the state’s executive council.

Dr Hasan was not available for comment at press time.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ambe setuju sesangat. kenapa dato' hasan ali tidak menyuarakan pandangan beliau melalui proper channel. iaitu melalui mesyuarat exco? ramai pemimpin PR tidak menggunakan proper channel utk menyuarakan pandangan .. sebaliknya menggunakan MEDIA melalui press conference untuk menyuarakan pandangan.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun keadaan atau alasan, Hasan Ali tidak wajar berbuat begitu. Dia nampak berani tetapi tidak cerdik, jauh lagi berhikmah. Bagaimana seorang ketua parti diperingkat negeri boleh bertindak kurang matang sebegitu. Yang diurus itu ialah sebuah negeri, rakyat dalam sebuah negeri. Kesan daripada tindakan itu lah natijahnya. Apa guna berani atau tegas tetapi negeri dan rakyat hampir berterabur.. Itulah yang dikatakan kurang cerdik. Imej begitukah yang hendak dipamer bagi meyakinkan rakyat satu negara bahawa kita telahlayak dan telah bersedia untuk memerintah negara ini..? Cabaran sebuah negara tentu lebih besar berbanding sebuah negeri, itu pun sudah sering menjadi pertikaian umum bahkan dalam kalangan sendiri. Berbincang lah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan untuk umum. Lupakanlah glemer semasa dikenali sebagai 'pakar motivasi' dahulu. Fokoslah kepada kesetabilan negeri serta kemakmoran rakyatnya.