13 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Kedah Ada Undang-undang Jualan Arak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai anggota Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," kata Azizan.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu. - Bernama


Seragam kawalan jual arak di negeri Pakatan

SHAH ALAM-Dewan Pemuda Pas akan merangka satu kertas cadangan berkenaan kawalan dan polisi penjualan arak khususnya melibatkan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata, kertas cadangan tersebut penting bagi tujuan untuk penambahbaikan khususnya melibatkan kawasan majoriti penganut agama Islam.

”Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya...Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pas sini, semalam.

Menurutnya, Pas tidak bermaksud untuk mengharamkan secara menyeluruh penjualan arak di seluruh tempat , namun ia harus dikawal khususnya melibatkan majoriti penganut agam Islam:.

Azman berkata, pihaknya akan mengadakan persidangan bermula pada 10 Oktober ini untuk mencari keputusan terbaik berhubung cadangan yang ingin dibuat tersebut.

“Kita akan pastikan bagaimana prosedur dan kawalan itu boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah PR, tetapi ia bukan satu (cadangan) pengharaman secara menyeluruh,” katanya

Azman berkata, Pas mahukan pihak yang berwajib membenarkan petugas kempen PR untuk bertemu bakal pengundi pos di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurutnya, tidak timbul soal keselamatan perlu dibangkitkan oleh pihak yang terlibat jika Pas dibenarkan menghantar petugasnya di kem-kem tentera yang mempunyai pengundi pos.

“Jumlah pengundi pos bukan sedikit, ia melibatkan hampir 5,000 orang, oleh itu, calon dan petugas Pas perlu diberi peluang untuk menyampaikan komitmen parti, jika Menteri Pertahanan dan agensi kerajaan boleh kenapa kita tidak boleh melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan kehadiran bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil tersebut dan bersedia membuat serangan terhadap bekas Menteri Besar negeri Sembilan itu.

“Bagi calon Pas kita menyerahkan keputusan kepada pimpinan Pas untuk menentukan calon Pas bagi pilihan raya tersebut sama ada dari datang dari kalangan pemuda atau tidak,”katanya.
-SH


1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang mengandung di luar rahim kat sini - Mengandung di Luar Rahim