17 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : SU Menteri Akui Salah Guna Kepala Surat

Ekoran pendedahan Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak dipilih oleh rakyat, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan, Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan hari ini telah mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.

Beliau mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau, demikian dilaporkan oleh malaysiakini.

"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan minggu lalu.

Tiada ulasan: