21 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Isu Rohaizat, Setelah Berdusta Zahid Cuba Jadi Referee

Setelah melakukan pendustaan dan pembohongan kepada rakyat Malaysia menyatakan bahawa yang melakukan pecah amanah ekoran dari penarikan balik sijil guaman Rohaizat Othman, dengan menuduh ia angkara rakankongsi Rohaizat, kini, Naib Presiden UMNO yang berdusta itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis berkata masalah peribadi di antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak tidak seharusnya diheret dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata perselisihan faham berikutan masalah perniagaan mereka tidak sepatutnya dijadikan masalah politik dan menjadi isu dalam pilihan raya kecil itu.

"Masalah itu sebenarnya tiada kena mengena dengan parti. Pada saya kita harus hentikan isu ini dan jangan menyentuh tentangnya lagi," katanya kepada pemberita di pusat operasi BN di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak mendedahkan keaiban orang lain dan sebaliknya yang harus ditonjolkan ialah kebaikan dan kelebihan mereka.

Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat dituduh menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu dan semalam Yusri mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam isu berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahmad Zahid selepas UMNO terpukul dengan penjelasan rakankongsi Rohaizat berkenaan, setelah dihebahkan oleh media massa arus perdana termasuk agensi berita nasional, Bernama yang menyebarkan fitnah dari kenyataan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Naib Presidennya, Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Ahmad Maslan.

Rohaizat, 38, akan menentang calon PAS Mohd Salleh Man, 52, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.

Banyak pihak melihat perkembangan terbaru ini sebagai satu taktik UMNO untuk menutup pendustaan yang telah mereka lakukan dengan mereka cuba bertindak sebagai "referee yang meniup wisel" untuk menamatkan permainan sedangkan mereka sendiri adalah pemain utama di dalam siri untuk melakukan pembelaan terhadap calon mereka yang telah didapati pecah amanah itu.



2 ulasan:

org memali berkata...

Parti politik melayu masih di takuk - low class . Serangan pribadi berleluasa ,penuh dgn fitnah dan tohmahan . Keperibadian Islam tercemar dgn timbulnya individu2 yg mengaku ulama tapi tingkahlaku umpama jahiliah . Tiada lagi isu pembangunan ummah dan agama yg saksama serta terikut2 dgn cara parti politik cendawan tahi yg memperjuangkan matlamat peribadi . Cara pembawaan mirip kepada politik yg mana rakyattidak dapat bersandar . Pemilihan yg dibuat rakyat sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan atas pilihan ' daripada tiada lebih baik ada walaupun low class . Rakyat merasakan pemimpin2 ini seperti pariah2 yg meminta simpati bagi satu undi .

Anak Perelih berkata...

Ada duit... pegang khazanah nasional.. boleh le buat pembangunan... sepatutnya kita lebih membangun dari sekarang jika dilihat dari jumlah wang yang telah dikeluarkan utk pembangunan tapi kebanyakannya telah disapu UMNO/BN.. contoh.. jambatan rm50 juta jadi rm100 juta.. yg lebih dapat kat kroni UMNO/BN dan kickback kepad UMNO/BN seperti kes PKFZ