28 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Isu Kepala Lembu, KPN Lambat Bertindak!

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilihat lambat bertindak di dalam kes yang melibatkan penentang-penentang kerajaan Pakatan Rakyat sehingga pihak yang mengadakan demonstrasi keterlaluan dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Najib memaklumkan perkara itu kepadanya selepas beliau memberitahu Perdana Menteri mengenai insiden yang berlaku di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

"Perdana Menteri telah berjanji akan meneliti perkara dan mengarahkan KPN bertindak segera menangani perkara itu," kata Dr Subramanian dalam satu kenyataan di sini.

Dalam insiden itu, sekumpulan orang dikatakan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai tanda bantahan terhadap pembinaan sebuah kuil Hindu di Seksyen 23.

"Perdana Menteri berkata beliau amat kecewa dengan insiden berkenaan dan mahu masalah itu ditangani seawal mungkin," kata Dr Subramaniam.

Setiausaha Agung MIC itu berkata sementara Perdana Menteri memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan perpaduan kaum, "tindakan sedemikian akan menghalang proses perpaduan".


1 ulasan:

Unknown berkata...

Itu lah susah nya kalau masih ada lagi orang yang belum faham erti " Kemerdakaan sebenar"....
cuba kita renung kan sedikit...isu ni memang boleh menimbul kan bait-bait permusuhan antara kaum di malaysia.
Kita hidup dalam berbagai kaum,agama,bahasa,dan adat resam.
Tapi setelah kita hidup bersama hampir beratus tahun dan merdeka 52 tahun tapi kita tidak mengenali antara satu sama lain...bagaimana kita boleh hidup bersama???
kalau jiran kita tu agama lain yang tidak mengenali atau mengetahui tentang islam!! setiap kali waktu maghrib jiran kita itu memasang alat muzik dengan kuat sehingga menggangu solat kita,adakah kita marah?? Tetapi jika jiran kita tahu yang pada waktu itu kita bersolat dan dia faham tentang islam saya rasa dia tidak akan memasang muzik dengan kuat.Begitu lah sebalik nya.....
Jika kita faham memahami tentang serba sedikit tentang adat,kefahaman agama rakan kita di malaysia ini,kesilapan seperti ini tidak akan berlaku....