13 Jul 2009

MANEK URAI : Nasharuddin Nafi Dihalang Berkempen

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menafikan dakwaan bahawa beliau dihalang oleh Badan Perhubungan Pas Kelantan daripada berkempen untuk Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai.

Katanya, ketidak hadiaran beliau untuk berkempen adalah atas halangan kesihatan kerana beliau baru selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian usus, di Hospital Serdang Khamis lalu.

“Saya sudah buat persiapan untuk hadir tetapi ada temujanji di hospital, terpaksa berada di hospital. Hari Khamis lepas pembedahan saya dan selepas itu saya datang ke sini,” katanya pada sidang medianya bersama Presiden Pas, Datuk Seri Adbul Hadi Awang.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menerima layanan yang sinis oleh Pas dan masyarakat kerana menurunya, beliau tetap aktif menghadir beberapa program yang dijalankan parti berkenaan.

“Saya mengisi beberapa program yang telah disediakan jawatankuasa dari pagi, dan lawatan. Sambutan daripada ahli, petugas dan rakyat sama seperti pimpinan lain. Tidak ada masalah dan andaian negatif,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi Awang menolak dakwaan bahawa Badan Perhubungan Pas Kelantan mengeluarkan larangan kepada Nasharuddin untuk turun berkempen di Manik Urai.

”Saya tidak percaya pada kenyataan Pas negeri, saya tidak percaya ada kenyataan Pas Negeri sebab saya bimbang media-media yang mengendalikan hal seperti ini. Tidak ada larangan, kerajaan Malaysia pun tiada halangan untuk dia datang,” katanya.

Abdul Hadi turut mempersoalkan tindakan media yang tidak mempersoalkan mengenai ketiadaan Perdana Menteri Najib Razak di Manik Urai.

”Tidak betul dan saya tidak dengar dan saya tidak percaya Tok Guru cakap,” katanya ketika menjawab pertanyaa media sama ada benar larangan berkenaan dibuat Nik Aziz yang takut Nasha di cemuh masyarakat di sana. -TVA


Tiada ulasan: