13 Jul 2009

Isu Ke Manek Urai : Khir Toyo Merapu Selepas Dihalau Keluar

Selepas dihalau keluar dari dewan undangan negeri Selangor kerana berlaku biadap terhadap Speaker, di luar dewan Ketua Pembangkang, Mohd Khir Toyo merapu di dalam sidang mediannya dengan membuta tuduhan bahawa speaker membalas dendam ke atas dirinya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu telah diarah keluar sidang Dewan Undangan Negeri atas alasan mendakwa Speaker, Teng Chang Khim bertindak berat sebelah.

Teng telah mengarahkan Khir Toyo supaya meminta maaf beberapa kali, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya Dr Khir keluar daripada Dewan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu kemudian keluar meninggalkan dewan dan meminta semua ADUN Barisan Nasional (BN) turut sama kononnya sebagai tanda protes keputusan itu.

Sewaktu mengadakan sidang mediannya Khir mendakwa tindakan speaker itu sebagai tindakan membalas dendam di mana pada bulan Mac 2005 sewaktu Teng Chang Khim menjadi Ketua Pembangkang Selangor, beliau telah digantung daripada menghadiri sidang dewan tersebut selama enam bulan lagi selepas beliau mencampakkan buku peraturan tetap dewan ke dalam bakul sampah sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 1 Ogos lepas.

Berikutan penggantungan tersebut, Timbalan Speaker Datuk Mohamad Satim Diman sewaktu itu juga telah membuat keputusan semua elaun dan keistimewaan Teng sebagai wakil rakyat ditarik balik.

Pada waktu itu, Teng mengatakan bahawa Khir melakukan kesalahan dalam menguruskan Selangor dengan membangkitkan isu tanah di Kampung Perapat, menjalankan diskriminasi terhadap taman pertanian sekitar Bukit Cahaya dan Perkampungan Exco di Seksyen 7, Shah Alam.

Tindakan itu diambil oleh Speaker masa itu, Onn Ismail, tetapi hari ini, Khir Toyo mendakwa seolah-olah beliau yang membuat keputusan supaya Teng dikenakan tindakan.

lapor Bernama, kejadian itu bermula apabila Dr Khir mengatakan Teng berat sebelah apabila Speaker menakrifkan beliau telah menghina dewan kerana peguamnya telah menyerahkan surat saman kepada Anggota Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim di luar dewan Khamis lepas.

Bagaimanapun, Dr Khir berkata peguamnya menyerahkan surat saman kepada Ng di pekarangan dewan dan bukan di dalam dewan dan oleh itu perbuatannya itu tidak menghina dewan tetapi Teng tidak bersetuju.

Speaker berkata sebarang serahan perintah mahkamah di dalam pekarangan dewan tidak dibenarkan kerana dianggap menghina dewan dan cuba menakutkan anggota-anggota dewan dan perkara ini menjadi amalan di Parlimen anggota-anggota negara Komanwel.

Oleh itu, Teng berharap ADUN Sungai Panjang dan peguamnya supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Teng juga meminta Khir menunjukkan Peraturan Tetap mana yang mengatakan pekarangan dewan tidak ditakrifkan sebagai "di dalam dewan" kerana beliau lebih memahami perkara itu.

Sementara itu pemerhati politik berpendapatan, pertelagahan hari ini sengaja dicetuskan oleh Khir supaya membolehkan beliau keluar dari dewan sebelum berlangsungnya pengumuman siasat Selcat berhubung penyalahgunaan sumber kerajaan negeri di bawah pentadbiran beliau.

Malah Speaker juga turut melahirkan pendapat yang sama berikutan apa yang berlaku di dewan pada hari ini.

"Saya tidak boleh terima saya bias. Di mana biasnya? saya rasa ADUN sungai panjang ini sengaja mengalihkan perhatian kepada kes rumah banglonya. Istana Khir Toyo"


Tiada ulasan: