21 Jul 2009

Era Najib Altantuya : SUHAKAM Mahu Siasat Kes kematian Teoh

Bernama melaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat dengan terperinci kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock Khamis lepas, kata Pesuruhjayanya Datuk N. Siva Subramaniam.

Beliau berkata, siasatan itu meliputi dakwaan beberapa individu yang mereka dicederakan anggota polis ketika berdemonstrasi Jumaat lepas di hadapan Plaza Masalam di mana Teoh dijumpai mati tertiarap.

"Suhakam akan menjalankan siasatan bebas terhadap keduadua kejadian ini dan segala keputusan sama ada inkuiri awam dibuat akan diketahui selepas mesyuarat kami diadakan bulan hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada beberapa individu yang mendakwa dicederakan polis semasa demonstrasi berkenaan di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Siva berkata, hak asasi orang awam perlu dikekalkan dan dipatuhi ketika penyiasatan dilakukan mana-mana badan atau pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

Menurut Konvensyen Terhadap Penderaan dan Kekejaman Lain, Tidak Berperikemanusiaan atau Layanan Buruk atau Hukuman, penderaan membabitkan apaapa tindakan dikenakan terhadap seseorang bagi mendapatkan daripadanya atau orang ketiga maklumat atau keterangan dengan izin atau persetujuan daripada seorang pegawai awam atau individu lain yang bertindak dalam kapasiti rasminya.

Teoh, 30, ditemui mati pada pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Ulasan GB

Pernahkah kerajaan UMNO BN menghormati dan menerima pakai setiap hasil siasatan SUHAKAM? Yang nyata selepas berlaku sesuatu siasatan oleh SUHAKAM, hasil siasatan mereka akan dijadikan bahan lawak oleh menteri-menteri kerajaan BN malah jika ianya berkaitan dengan polis, maka polis juga akan turut serta di dalam korus untuk menghentam mereka semula.

Tiada ulasan: