10 Jun 2009

PAS UMNO : Adegan Menyapu Sampah Ke Bawah Karpet

Usaha kini sedang giat dilakukan oleh beberapa pimpinan PAS untuk menyapu sampah ke bawah karpet.

Harakahdaily melaporkan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Bezanya yang seorang "mengarahkan" yang seorang "merayu" kerana yang pertama berjawatan Timbalan Presiden yang seorang lagi belum dilantik ke jawatan apa-apa di dalam parti.

Tetapi seruannya sama, dan ianya ditujukan kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat tidak ditujukan kepada ahli dan blogger, justeru itu yang bawah-bawah ini seperti GB dan lain masih lagi boleh membicarakannya.

Blog ini telah banyak mengeluarkan tulisan-tulisan yang tidak bersetuju seputar isu Kerajaan Perpaduan yang diwarwarkan, bertujuan untuk mengeluarkan "duri dalam daging" dengan sehabis-habisnya agar duri itu tidak menyebabkan luka di hati ahli jemaah dan penyokong Pakatan Rakyat terus berdarah kemudian bernanah dan akhirnya merebak ke seluruh tubuh sehingga menatijahkan kerosakan dan kehancuran.

Bagi GB, duri dalam daging itu perlu dikeluarkan, gagasan itu (Kerajaan Perpaduan) perlu dihentikan malah dihapuskan kerana ia sumber kepada penyakit kronik yang hebat yang melumpuhkan seluruh tubuh sehingga boleh mengakibatkan terus penamat segala-galanya.

Ada yang lebih selesa, sapukan sahaja sampah itu ke bawah karpet kerana kononnya kita hendak ke Manek Urai, jangan bau hapaknya terhidu oleh sesiapa terutama musuh, sedangkan merekalah juga orangnya yang selama ini menyebabkan sampah sarap itu bertimbun dan menjadikan jemaah PAS dan Pakatan Rakyat bergelandangan dengan segala kemelut masalah dan kekeliruan.

Kali ini ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat hendak ditipunya lagi, supaya selepas kemenangan dicipta nanti, mereka akan kembali dapat memproklamirkan gagasan jahat ituuntuk kononnya menunjukkan meeka ulamak yang mudah lentur, berilmu serta "berpandangan jauh" yang kini sudah boleh menerima tepuk dan sorak-sorai oleh kumpulan manusia yang mereka sendiri hentam habis-habisan selama ini.

Bagi kita bukan semudah itu untuk menghilangkan kesan luka yang berdarah dan bernanah tersebut.

Satu Muktamar Khas perlu segera dipanggil untuk isu Kerajaan Perpaduan tersebut dengan kehadiran semua ahli dan juga pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat, dan Presiden serta Timbalan presiden "merendahkan dirinya" menarik balik dan memohon maaf secara terbuka disamping berjanji untuk tidak tergamak melakukan dan mengulangi kesalahan dan pengkhianatan yang serupa di masa mendatang.

Mahukah Hadi, Nasharuddin, Harun Din, Mustapha Ali, Daud Iraqi dan semua pendokong tegar Kerajaan Perpaduan satu hari nanti dikhianati dan ditikam dari belakang sepertimana mereka telah lakukan terhadap ahli ahli dan rakan-rakan di dalam Pakatan rakyat lewat isu Kerajaan Perpaduan ini?

Damage has been done!


8 ulasan:

Awanama berkata...

rasanya blog ni dah jauh menyimpang. dah jadi saluran menyampaikan rasa peribadi seseorang yg anti pada seseorang. dah jadi medan melepaskan rasa tidak puas hati peribadi. saya nak minta tolong hormati pilihan ahli pas yang ramai tu. jangan perbodohkan mereka.

GB berkata...

PILIHAN AHLI PAS YANG RAMAI : TOLAK KERAJAAN PERPADUAN.
PILIHAN AHLI PAS YANG RAMAI : 54% PERWAKILAN SOKONG CALON YG MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN

Awanama berkata...

setuju dgn pndapat GB...serangan peribadi tidak terlibat dlm konteks ini...sapu sampah ke bawah karpet tak patut ada di dalam PAS..

Awanama berkata...

dedahkan nama perwakilan kawasan mana yang sokong darah UMNO dalan jiwa diorang ni...ampeh kurap betui...

Awanama berkata...

perwakilan yang pilih nate beruk tu hendaklah dipecat dan digantikan....selamatkan sebelum jadi lebur..

Unknown berkata...

rayuan daripada membuat sebarang kenyataan itu bukan hanya utk mereka .. tetapi untuk blogger juga yang gemar memutarbelitkan cerita..

Awanama berkata...

untuk blogger ?
ayat yg mana?

memutar belitkan cerita
bila masa?

kembara putih berkata...

Jarang ada pemimpin PAS yang berjiwa besar, kecuali TGNA, yang lainnya macam pemimpin UMNO juga. Kalau rasa dah salah tu mohon maaf je la, lepas tu putuskan slogan Kerajaan Perpaduan ni nak dimatikan @ dibiarkan terawang-awang. Kalau suruh ahli bawahan hentikan bercakap soal UG ni, tapi pada masa yang sama Presiden dan Timbalan Presiden tak terikat, boleh sebut ikut suka, tiada guna.