15 Apr 2009

Wataniah: UMNO BN Bakal Mempunyai 600 Ribu Pengundi Tambahan

Di blog ini kami telah mendedahkan taktik dan perancangan jahat UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa menghadapi pilihanraya akan datang melalui menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara

Kami menyatakan: "Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar."

Hal tersebut amat jelas satu konspirasi yang telah lama diketahui tetapi rakyat tidak mampu mendedahkannya lantaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah lama menjadi sebuah badan yang diperkosa oleh UMNO/BN.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.



Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalan cepumasnya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli politi dari parti Pakatan Rakyat mesti bertindak menghalang sebelum terlambat.

Apa yang telah diketahui oleh rakyat bahawa BN yang menang selama ini adalah melalui berbagai penipuan....

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Saya sebagai warga Rejimen Askar Wataniah ingin menyatakan betapa DANGKALNYA anda sekalian kerana mengkritik tanpa mengkaji fungsi dan peranan tentera simpanan kita ini.

Tindakan Pakatan Rakyat yang menguji kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia memang seperti mencucuh api ke tangki petrol.

Kes latihan komando, dan terbaru, isu Wataniah sememangnya menampakkan PR begitu dangkal dan bangang terhadap ATM.

Maaf diatas kekasaran bahasa.
Salam.

razor berkata...

Askar wataniah tak layak mengundi pos.

Sukarela bukan kerahan.
Sukarela bukan tetap..