Tujuan utama undi tidak percaya itu dikemukakan dipercayai mereka mendapat tahu kerajaan negeri menerima sebanyak RM650 juta kelmarin daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 billion sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.
Justeru itu mereka merasakan bahawa Idris Jusoh yang layak menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Said supaya "mudah" wang itu untuk diagihkan kerana Idris berpengalaman menguruskan dana sebanyak itu sebelum ini.
Sementara itu sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) yang memulaukan sidang DUN semalam menyifatkan apa yang berlaku semalam sebagai "puncak krisis politik" melanda negeri itu.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mereka telah mengharungi siri masalah sejak Datuk Ahmad Said mengetuai kerajaan negeri sebagai Menteri Besar bermula Mac 2008.
"Ini adalah puncak kepada banyak masalah (sejak Mac 2008)," kata beliau.
Jelas beliau, walaupun pihaknya merupakan ADUN tetapi telah diperlekeh banyak kali sepanjang kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.
Alasan Rosol sehingga kini mereka tidak pernah diajak mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar mengenai isu-isu semasa termasuk soal pembangunan.
"Dulu ketika era, Idris selaku Menteri Besar, beliau akan menemui setiap wakil rakyat sekali dalam sebulan... tetapi tidak di bawah Ahmad.
"Sehingga kini (sejak 2008), kami sekali pun tidak dapat berjumpa dengan Menteri Besar," katanya.
Pendedahan Rosol berkenaan menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan wujudnya undi tidak percaya terhadap MB Terengganu ditimbulkan bagi mewujudkan kekeliruan di kalangan anggota BN terhadap Datuk Ahmad Said.
UMNO ONLINE menuduh kononnya ada pihak lain yang cuba wujudkan konflik di Terengganu.
Yang jelas ialah perebutan wang royalti minyak yang kini tidak dapat dikuasai oleh kumpulan Idris Jusoh tetapi telah di pegang oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ahmad Said.
Menurut Ahmad Said, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan lebihan wang tersebut melalui perundingan sambil menjelaskan perkembangan terkini melibatkan perjanjian penarikbalikan kes mahkamah masih belum mencapai kata putus.
Selain itu, dalam soalan lisan semalam, wakil Wakaf Mempelam (Pas), Mohd Abdul Wahid Endut turut mempertikai jumlah yang hanya diperoleh kerajaan Terengganu ketika ini hanya RM6.27 bilion daripada jumlah sebenar yang sepatutnya diperoleh.
Menjawab soalan tersebut, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang melakukan rundingan proses kedua dan akan meneruskan hingga proses ketiga untuk mencapai kata putus berhubung jumlah sepatutnya diterima setelah mengambil kira perbelanjaan yang digunakan oleh negeri Terengganu.
2 ulasan:
Mungkin Idris Jusoh dapat semangat baru dari kemenangan Nizar di Bukit Gantang tempohari. Walaupun Nizar dikatakan derhaka tetapi dia masih menang.
Oleh itu Idris Jusoh ingin mengikut jejak langkah Nizar bagi mencuba nasib lagi sekali, Idris Jusoh juga pernah dicap sebagai derhaka sebelum ini.
Lanun K10 sebelum perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dilihat begitu garang menyuarakan pandangan mereka malah berani menderhaka dengan Sultan Trengganu demi Idris Jusuh.
Tapi Lanun kumpulan 10 itu sebenarnya lebih lembik dari telur penyu... hanya menerima sms ugutan saja, orang yang dilihat jantan bertukar menjadi pondan. Mereka jadikan sms itu sebagai alasan untuk tidak hadir bekerja sebagai Adun dalam dewan.
Ini lah ADUN BN yang bangang dari Kuala Terengganu....
Catat Ulasan