11 Apr 2009

PASCA BUKIT GANTANG : Apa Kata Nga Kor Meng Pula?


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu ke atasnya kerana didakwa menghina Islam, sebagai tidak berasas.

Katanya, ketika membaca ayat al-Quran surah Al-Nahl ayat 90, beliau tidak berniat untuk mempermainkan Islam, sebaliknya cuba mendekati ajaran itu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan beberapa pihak membuat laporan polis dengan alasan saya telah menghina agama Islam apabila menggunakan (membaca) ayat Al-Quran ketika berceramah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Sabtu lalu.

“Antara sebab yang dikemukakan dalam laporan itu ialah kononnya saya telah melampau batas disebabkan ayat al-Quran tidak boleh digunakan oleh orang kafir kerana tidak beriman kepada Allah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Kor Ming, beliau telah mendapat nasihat dan pandangan daripada pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) dan mereka memaklumkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan kitab suci al-Quran mengandungi ilmu yang tinggi.

Katanya, al-Quran mengajar umat manusia berlaku adil dan mempunyai nilai penuh belas kasihan.

“Saya berasa kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan telah cuba dihalang oleh pihak tertentu.

“Golongan ini telah menghalang kami dari belajar dan menimba ilmu. Ini membuktikan mereka (pihak berkenaan) sudah kehabisan modal politik dan memilih cara serta taktik kotor untuk memutar belitkan fakta sebenar,” katanya.

Katanya, beliau hendak menjelaskan bahawa DAP menghormati semua agama termasuk Islam.

Malah, kata beliau, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjelaskan kepadanya bahawa memetik ayat al-Quran tidak salah.

Kor Ming turut membidas laporan beberapa akhbar arus perdana yang dikatakan telah melaporkan berita salah dan sehingga kini tidak mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Ayat yang saya belajar dan guna ialah ayat 90 surah Al-Nahl, tetapi media arus perdana menyatakan saya menggunakan surah Aura.

“Ini adalah fitnah dan helah pancing undi yang tidak bertanggungjawab,” katanya.


1 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Syabas saudara abdullah NGA,saya tetap kagum dengan pandang saudara perihal keelokkan ayat2 suci Al quran ,dimana saudara dalami dan saudara takzirah kepada semua hadirin yang hadir semasa saudara berceramah.

Saudara NGA jangan lah saudara berkecil hati dengan orang2 yang bersekutu dengan UMNO sekular.

Saudara NGA di dalam islam pun ada 72 mahzab (pegangan)hanya 1 mahzab saja akan diterima Tuhan Allah SWT.
Yang akan masuk syurga.

Saudara NGA ahli2 UMNO memang takut apabila mendengar bacaan AlQuran apalagi dengan isi maksudnya. Ahli Umno akan terasa amat malu apabila ,bangsa saudara NGA dah pandai baca Al Quran malah pandai mentafsirkan isi maksud.

Saudar Nga ,ingin saya nasihati saudara NGA ,lain kali baca surah dari Al Quran tapi tafsirkan dalam bahasa ibunda Saudara NGA seperti saudara2 islam di negeri China.Dan saya gerenti mangkok hanyut geng2 yang anti Al Quran tang bernaung di bawah ketiak UMNO tak akan buat repot polis kerana mereka tak reti bahasa ibunda saudara.

So Saudara Abdullah NGA jangan berkecil hati " Lawan tetap Lawan. Takbir "Allah Hu Akhbar"