16 Apr 2009

Mahkamah Putuskan Speaker Perak Tiada Kuasa Halang Zambry dan Exco

Di dalam satu keputusan yang telah diduga, Mahkamah Persekutuan memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Panel memutuskan perkara itu selepas mendapati tindakan Sivakumar menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan dilakukan tanpa mengikut kuasa yang betul.

Dengan keputusan tersebut, Sultan Perak dijangka akan memberi perkenaan bila sidang DUN tersebut akan diadakan.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dirampas kuasanya selepas beberapa ADUN mereka diculik dan kemudian mengisytiharkan diri menjadi calon bebas yang menyokong BN telah menyebabkan kemelut politik Perak berpanjangan.

Rampasan kuasa yang di dalangi oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan secara tidak bermaruah menyatakan:

"Walaupun BN mempunyai jumlah kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN dalam DUN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN dan mempertahankan BN."



1 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahamn Nir Rahim
Alhamdulilah , Peribahasa melayu tidak tercemar ,Pakatan Rakyat ibarat " ANJING MENYALAK BUKIT " . Pakatan Rakyat seharusnya ariff perihal kedudukan Makamah makamah di Malaysia . Kita la ni hidup di bumi Malaysia Boleh . Pakatan Rakyat we have another work to be done in PRK di Pulau Pinang . Pakatan Rakyat kita minta rakyat negeri penang untuk menjadi Hakim kepada Barisan Nasional.