27 Dis 2016

[VIDEO] Rafizi Dedahkan Beliau DImaki-hamun Oleh PAS

Husam tidak akan curi duit satu sen pun, jamin Rafizi

Tiga kali Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengulang perkataan 'yakin' sebagai jaminan terhadap nilai kebertanggungjawaban pada pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa jika diberi peluang menduduki jawatan Menteri Kewangan.

"Saya masih yakin kalau diberi peluang Datuk Husam boleh jadi Menteri Kewangan yang terbaik. Yang paling penting jangan curi duit.

"Datuk Husam yang begitu lama menjadi Ahli Parlimen, Exco dan orang kanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak nampak kedudukan beliau sebagai orang yang disebut-sebut mewarisi kerajaan negeri Kelantan disalahguna untuk kemewahannya.

26 Dis 2016

UMNO Bungkus Pada PRU14 Kerana Tindakan Jamal

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.

25 Dis 2016

[VIDEO] Hadi Kata Al-Qaradhawi Uzur, Mata Tak Nampak, Telinga Tak Berapa Dengar...

Hadi belum yakin teguran Qaradawi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".

Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.

"Beliau (Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.

23 Dis 2016

Halatuju PAS Semakin Jelas, Cenderung Kepada BN Selepas PRU...

Ulama PAS tidak tolak bentuk kerajaan campuran dengan BN

Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.

“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.

PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.

22 Dis 2016

Idea Gabungan AMANAH-PKR Untuk Bunuh AMANAH Sepertimana terbunuhnya PRSM...

Gabung PKR-AMANAH tak berbangkit, kata Salahuddin

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub berkata, isu penggabungan parti itu dengan PKR tidak berbangkit sama sekali.

Sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas cadangan serta idea penggabungan tersebut, Salahuddin berkata, pihaknya mengharapkan hubungan yang kukuh akan kekal seutuhnya.

"AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).

21 Dis 2016

Hadi Dikecam Keras Oleh KUIS, Berkemungkinan Dipecat Dari Jawatannya?

Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.

Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

20 Dis 2016

Hadi Dituduh Bersekongkol Dengan Penjenayah Dan Perogol Umat Islam Syria (?)

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.

Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.

19 Dis 2016

Akhirnya Sijil Balak Kelantan & Johor Ditarik Balik

Sijil balak Kelantan dan Johor ditarik balik - Wan Junaidi

KOTA BHARU: Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) telah ditarik balik dari Kelantan dan Johor kerana melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, sijil berkenaan ditarik balik pada 23 November lepas.

17 Dis 2016

[VIDEO] Mukhriz Tegur PAS Supaya Ukur Baju Di Badan Sendiri

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir menegur PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz juga meminta supaya PAS melihat dimana kekuatan dan kelemahan kita, melihat dimana kelemahan boleh menjadi kekuatan jika berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor daripada pucuk pimpinan negara seterusnya kita dapat menubuhkan kerajaan baharu.

16 Dis 2016

Tak Maksum Pulak Dah Lepas Tuduh & Kutuk Orang Macam-macam

TAK MAKSUM PULAK!!

Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.

Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!

15 Dis 2016

[VIDEO] Mahfuz: Kenapa Aku Bertindak Berbeza Dengan Pendirian Partiku

Namanya Dato Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena dan merupakan seorang bekas Naib Presiden PAS. Beliau ialah salah seorang anggota G-18 dari kumpulan progresif yang menghadiri perhimpunan "Jasamu Dikenang" di Jeram Muar pada Jun 2015 dimana terhasilnya DEKLARASI BAKRI yang memutuskan sebuah parti baharu ditubuhkan.

Setelah sebuah NGO bernama Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya mewujudkan Parti Amanah Negara, majoriti anggota Geng 18 menyertainya tetapi Mahfuz memilih untuk kekal di dalam PAS.

14 Dis 2016

PPBM & PH Meterai Perjanjian, Tetapi PPBM Mahu Terus Runding Dengan PAS

HARAPAN, BERSATU bentuk pakatan pilihan raya

Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

13 Dis 2016

[VIDEO] Tun Mahathir Akui Silap Nilai Mat Sabu Sebelum Ini

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mengakui kesilapannya menilai Mat Sabu sebelum ini.

Di dalam satu wawancara yang diadakan oleh Media Oren Nasional, sebuah organ media milik parti Amanah Negara di pejabatnya, Tun Mahathir berkata kini beliau melihat partinya (Amanah) adalah rasional dan akui ada "understanding" diantaranya dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pada awalnya Tun Mahathir menyatakan beliau tidak begitu faham apa yang berlaku kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan percaya PAS merupakan parti yang solid kerana ahli-ahlinya setia kepada parti.

12 Dis 2016

[VIDEO] Tinggalkan DNA Parti Lama, Jangan Tunjuk Siku & Lutut

Jangan bawa DNA parti lama, tegas Khalid

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengingatkan ahli dan pimpinan parti berusia setahun itu supaya meninggalkan tabiat menyerang rakan dalam parti pembangkang.

"Kamu bantai begitu, ada (dapat) kukuhkan Pakatan Harapan? Kita jangan bawa DNA 'parti lama' (Pas).

"Bantai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), betulkah macam itu? Ini DNA parti lama," tegasnya pada ucapan penangguhan sempena Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

11 Dis 2016

[VIDEO & GAMBAR] Konvensyen AMANAH Pertama Gilang Gemilang

Konvensyen Amanah Pertama telah dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu di SACC Shah Alam pagi tadi dan akan berlansung hingga petang esok.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, seramai 1,200 perwakilan dan 2000 pemerhati turut hadir dalam konvensyen julung kali diadakan ini.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir buat kali pertama dalam konvensyen yang diadakan ini.