15 Jun 2016

Kehadiran Dr.Rani Di Iftar Pakatan Harapan Cetus Kontroversi Dalam PAS

MB Selangor turun Sungai Besar sokong calon Amanah, turut serta calon Pas

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turun ke Sungai Besar hari ini bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan dari Amanah, Azhar Abd Shukur.

Beliau menyertai majlis berbuka puasa (Iftar Perdana) yang dianjurkan Pakatan Harapan untuk memberikan sokongan moral kepada calon Amanah.

14 Jun 2016

[VIDEO] Abby Abady Bantu Kempen Calon AMANAH

Abby Abadi percaya Amanah mampu bela agama, penuhi keperluan rakyat

Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.

Sah PAS Kena Tipu

Azalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan

Arahan menyegerakan usul rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat datang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau mendapat kebenaran kabinet sebelum mengemukakan usul menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu.

13 Jun 2016

[VIDEO] Mahathir Sudah Temui Hadi, Tapi Hadi Nampak Dedak Saja....

‘Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

12 Jun 2016

[VIDEO] Mahathir Sokong AMANAH, Katanya PAS Makan Dedak

Pas dapat nikmat dan dedak daripda Najib, dakwa Tun M

Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.

11 Jun 2016

RM86 Juta Sewa Jet Bawa Rosmah - Pembaziran Yang Tiada Taranya

Rafizi dedah video Rosmah naik jet mewah dengan beg besar

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

10 Jun 2016

PAS Dah Ambil Alih Tugas UMNO Hentam DAP & AMANAH

NASIB BAIK ADA DAP....

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

9 Jun 2016

Azhar Abd Shukur: Tak kenal Maka Tak Cinta...

Coretan Dari atokmu.com

Biarlah aku berterus terang. Aku bukanlah penyokong parti Amanah, dengan itu aku tidaklah meletakkan minat yang mendalam pada parti Amanah.

Namun, yang hak tetap hak, dan yang batil tetap batil. Ini adalah satu artikel mengenai Ustaz Azhar Ab Syukur – calon parti Amanah Sg Besar.

Aku kenal Ustaz Azhar bila aku join salah satu Ez-Kembara ke Sabah, tak ingat dah tahun bile. But since then aku ikuti perkembangan ustaz azhar dari facebook, berjumpa di rumah keluarganya di Temerloh dan juga di Selangor. Aku juga merupakan doctor yang merawat ketika mana die mengalami hypertensive crisis, dan Alhamdulillah sekarang boleh katakan hypertension dia amat-amat terkawal dengan perubahan gaya hidup dan juga ubat dari hospital. One of the person yang saya rasa boleh jadikan contoh pesakit Hypertensive that really change.

Mat Taib Minta Rakyat Undi AMANAH Setelah PAS Dilihat Bersama BN

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN

Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.

Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


8 Jun 2016

Tolak PAS Kerana Pendirian PAS Sentiasa Berubah-ubah

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjawab beberapa persoalan yang berkisar mengenai persoalan mengapa Pakatan Harapan (PH) bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan segala kerosakan yang berlaku dan membebankan rakyat hanya boleh dihentikan jika kita tukar kerajaan persekutuan, barulah kita boleh hapuskan GST, kita boleh bawa reformasi pendidikan supaya pendidikan itu bermutu dan kosnya tidak membebankan rakyat, barulah kita boleh mewujudkan pelbagai undang-undang supaya ahli politik dan penjawat awam tidak hidup bermewah dengan menggunakan harta rakyat.

7 Jun 2016

Undi PAS = Undi UMNO

Mahfuz: PRK macam gusti, PAS belajar dari Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyamakan pertandingan antara parti politik termasuk PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan gusti.

Namun katanya berlainan dalam PRK kali ini, meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan 'dua lawan satu'.

"Tak Guna Julang Keris Jika Takut Tegur Kezaliman"

Sekalipun keris dijulang, dan besar (panjang) kerisnya, tapi kalau tidak ada keberanian menegur kezaliman, penyelewengan, rasuah dan juga tekanan di atas derita rakyat kita juga minta calon mereka juga ditolak (rakyat)".

Demikian kata Datuk Saifuddin Nasution di majlis ceramah memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Ustaz Azhar Abd Shukur di Tongkat 10 Sungai Besar malam kelmarin.

6 Jun 2016

AMANAH Dapat Sokongan Solid Dari PKR, DAP dan NGO-NGO

Mat Sabu ajak adik-adiknya jangan membazir, mari undi calon Amanah

Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian, lapor Malaysia Dateline.

Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.

5 Jun 2016

PAS Kembali Ke Asalnya, Hidupkan Semula Budaya Takfiri

KEBIMBANGAN DENGAN UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS DALAM MUKTAMAR 2016

Saya terpanggil untuk menulis dan meluahkan pandangan saya apabila membaca ucapan penggulungan Presiden Pas di Muktamar Pas 2016, yang bagi saya telah mencapai tahap melampau dan bakal membawa Pas kepada sebuah parti politik yang berideologi pelampau dan ekstrim.

Arwah ayah saya, seorang ahli Pas tegar tetapi berjaya mendidik 9 orang anak-anak beliau serta menjadi seorang ikon Imam Rakyat yang disukai rakyat pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan pegangan politik, tidak pernah mengajar saya menjadikan parti Pas seperti sebuah agama. Saya tidak pernah dengar dari mulut beliau dalam mendidik saya, bahawa kalau keluar Pas sama seperti hilang aqidah. Apa yang menyedihkan saya hari ini, ianya keluar dari mulut seorang Presiden parti politik yang mahu perjuangkan Islam.

4 Jun 2016

Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...

Kuala Kangsar kami datang oleh RAFIZI RAMLI

Jumpa malam ini di Kuala Kangsar. Saya, Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Akmal Nasir adalah alumni Koleh Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kuala Kangsar adalah kampung kedua. Seronok sakan nak jumpa orang Kuale.

Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram Datuk Fadzil Noor; kononnya mahu menipu rakyat. Maksud saya itu jelas dan ditujukan khusus kepada ahli PKR dan reformis kerana Allahyarham ada tempat istimewa dalam hati kami.