8 Ogo 2014

[KANTOI LAGI] Pesta Bogel Disertai Bekas Ketua Wanita GERAKAN Dari BN


Bekas ketua Wanita Gerakan sertai pesta sukan bogel

Seorang daripada peserta terbabit dalam pesta sukan bogel di kawasan pantai terpencil dalam kawasan Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita itu yang pernah menjawat jawatan pemimpin sayap pergerakan itu pada 1980-an bagaimanapun kini bukan lagi ahli parti itu.

Beliau berkata, keahlian wanita itu tamat tempoh apabila beliau berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun dan insiden di Teluk Bahang berkenaan tiada kena mengena dengan parti.

“Saya tidak kenal dia secara peribadi dan saya tidak tonton video acara bogel itu. Beberapa wartawan yang mengetahui mengenai wanita itu kemudian bertanya kepada Gerakan.

“Saya minta Gerakan Kedah membuat siasatan dan ia mengesahkan beliau bekas ahli. Beliau adalah bekas ketua Wanita parti di Kedah ketika muda semasa berusia 20-an. Beliau berasal dari Lunas dan kini 54 tahun.

“Gerakan juga terkejut dengan acara bogel yang berlaku di Pulau Pinang itu. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.

Awal minggu ini, klip video sekumpulan lelaki dan perempuan menyertai acara sukan bogel di Pulau Pinang tersebar luas di Internet.

Berbogel di tempat awam tidak dibenarkan di Malaysia dan polis kini menjejaki 15 orang dalam klip video itu. Tujuh daripadanya rakyat Malaysia.

Dr Cheah mengadakan siding akhbar di ibu pejabat Gerakan Kedah di Alor Star hari ini dan mengutuk tindakan pengguna media social Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Badlishah.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama profil "Chandra Lawan Tetap Lawan" memuat naik gambar kemalangan negeri yang disunting dan memasukkan imej Agong.

Dr Cheah berkata, kenyataan tidak sensitif mengenai kaum dan agama semakin kerap berlaku akhir-akhir ini di media sosial.

“Kini, kerabat diraja juga menjadi sasaran. Ia menunjukkan ada sebahagian golongan dalam masyarakat kita yang suka mencipta ketegangan di kalangan rakyat.

“Bagi mengelak keadaan ini, polis perlu siasat dan cari siapa yang melakukannya dan dakwa mereka di mahkamah.

“Jika polis tidak dapat kumpul cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, mereka perlu memaklumkan kepada masyarakat supaya tidak timbul tuduhan polis berat sebelah ketika mengendalikan kes seumpama itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak sepatutnya percaya apa yang dilihat di media sosial dan bertindak terburu-buru.

“Ada pihak di luar sana yang akan mengambil kesempatan mengganggu sentimen jadi jangan percaya semua yang anda lihat,” katanya.

Katanya, orang ramai juga tidak sepatutnya mengaitkan semua kejadian dengan isu perkauman, contohnya kes Kiki dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan bulan lalu.

“Ia tiada kaitan dengan kaum atau agama. Ia adalah kes ancaman oleh seseorang kepada seseorang yang lain.

“Ia menjadikan insiden itu berbeza dan tidak sepatutnya dikelirukan dengan sesuatu berbentuk perkauman dan agama,” katanya, merujuk kepada kejadian klip video seorang wanita muda mengancam lelaki warga emas dengan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Dilaporkan semalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan polis menyiasat pengguna Facebook yang menuduh Agong itu.

Pengerusi Suruhanjaya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata dalam satu kenyataan malam tadi semua pihak ditegah membuat spekulasi mengenai isu itu, kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu institusi diraja. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 Ogo 2014

Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Ssemua dah jadi kelam kabut apabila Majlis syura Ulamak tiba-tiba membuat pendirian sesuatu yang tiada kena mengena dengan dasar PAS.

Harakah melaporkan bahawa "Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."
,br>

Aneh! Bukankan Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR!

Dinyatakan bahawa: "keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti." Sejak bila Majlis Syura Ulamak ada membuat kajian untuk menentukan majoriti rakyat menyokong Tan Sri Khalid? Dari kalangan ADUN-ADUN Selangor sendiri belum tentu Khalid berjaya mem[perolehi majoriti inikan pula seluruh rakyat! Sementelah lagi ahli partinya sendiri sudah pun menolak beliau dari dipilih menjadi Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR!

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?

Di dalam Islam, siapa kata panglima Islam yang bernama Khalid Al-Walid tidak berintegiriti? Tetapi beliau dipecat dan digantikan olehg orang lain sekalipun seluruh masyarakat Islam ketika itu menyokong Khalid Al-Walid. Tak timbil soal integriti. Tetapi Khalid Al-Walid akur dengan keputusan kepimpinan. menagapa?

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.


Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!

GB dan lain-lain bersedia untuk dipecat dari PAS lantarannya.

Kekal Khalid selagi tidak disabit langgar amanah - Majlis Syura


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Kes Khalid Ibrahim: Isu Mudah Yang Menjadi Rumit - Sakmongkol

Isu Tan Sri Khalid ialah satu kes yang mudah- iaitu kes Khalid Ibrahim tidak akur kepada cakap boss dan tidak akur kepada keputusan parti. Boss ialah Anwar Ibrahim dan parti ialah PKR- bukan oang lain dan bukan parti selain PKR. Perkara ini kenalah difahami oleh bos dan parti lain.

Itu sahaja. Nak sibuk kaitkan parti PAS, sibuk dengan hujjah2 lain – undang2 lah, perlembagaan negeri lah. It’s a simple case of Khalid Ibrahim tidak tunduk kepada cakap boss dan tidak akur kepada parti.

Maka jalan penyelesaian nya ialah- singkir dan pecat Khalid. Atau jika Khalid merasakan teraniaya sangat - keluar PKR. Jika mana mana berlaku, kita tidak fikir berkurangan kepada Khalid. ( we think not less of Khalid Ibahim). Kita hormat keputusan yang diambil. Tidak timbul dia khianat, atau belot atau apa. PKR tidak miskin dengan pengeluaran Khalid, dan Khalid pun tidak kaya dengan keluar dari PKR.

Ianya akan menyelamatkan kedua dua dari mendapat aib dan malu yang lebih besar.

Hanya soalan nya ialah Anwar Ibrahim , boss PKR sudah kah berbuat demikian? Yakni beri Khalid Ibrahim the marching orders? Jika belum, tidak guna kita berhujjah disini, bertekak dan bertegang leher. Tunjukkan kepimpinan.

Jika sudah, Khalid jangan fikir jawatan MB milik peribadi dia- atau dikalangan orang Pahang, mereka akan kata- jangan fikir jawatan ini bapaok awok punye.

Jika Khalid tidak mahu beri PKR kepuasan memecatnya, dia keluar parti terlebih dahulu.

Dia sudah pun berkelahi secara terbuka dengan pimpinan parti- mencemuh keputusan parti.

Yang dia belum lakukan ialah secara terbuka mencemuh dan membantai Anwar Ibrahim. Bab itu dia tidak perlu lakukan sebab kerja kotor tersebut sudah pun dilakukan oleh UMNO, media dan akhbar milik UMNO. Dan oleh golongan yang mesra UMNO.

Ini bukan kes tidak menghargai khidmat Khalid. Atau sebab tidak faham undang2, proses perlantikan MB atau lain2. Bukan sebab undang2 seperti yang hendak dihujjahkan oleh Faekah. Ia nya terbit sebab- daripada Faekah, penyokong Khalid Ibrahim dan membawa kepada Khalid Ibrahim sendiri - semua mereka ingat bahawa jawatan MB ialah jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Ini perkara asas yang tidak dihahami dan enggan difahami. Campur pula dengan kesemulajadian karakter Khalid Ibrahim. Dia ingat dia seorang sahaja yang betul dalam dunia ini.

Fakta ini juga mesti difahami oleh PAS. Mengapa mahu ambil risiko berpecah hanya kerana mempertahankan Khalid Ibrahim?

Itulah sebab nya saya menyebut perlakuan Khalid sebagai pelacur politik yang menjaja kesana sini cerita hiba dan pilu nya dianiayai dan dizalimi oleh parti dan boss nya. saya tidak kata Khalid seorang pelacur – itu olahan media mesra UMNO. Saya kata pelacur-politik – suatu term of art. Hendak buat macam mana- sememang nya cara saya tulis ialah intense.

Beberapa minggu yang lalu saya menulis sebuah artikel mengenai isu ini dan merupakan antara orang yang awal mengatakan, satu kemungkinan ialah mencadangkan ADUN Ijok, Dr Idris untuk jadi MB. Sama ada dia jadi MB atau tidak, itu suatu ketentuan yang akan kita lihat; tapi yang menarik ialah kenyataan nya terbaru ini. Yakni dia akan akur apa ketua dan parti kata.

Ertinya- dia orang parti dan kenyataan tersebut mengesahkan apa sebenarnya masaalah Khalid Ibrahim. Khalid tidak ikut cakap bos( bos senentiasa betul) dan Khalid tidak ikut keputusan parti. It’s a simple case of babir dan degil. -sakmongkol









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Setelah Ditolak PKR, Khalid Ibrahim Mewakili Parti Apa?

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.

“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din xxxx’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.

“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?” soalnya.

Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.

“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di (penjara) Kajang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.

“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”

Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.

“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”
ujarnya.

Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.

“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya. -FMT


Surat tunjuk sebab Khalid tiada cacat cela, kata Surendran

Mempertahankan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang dilabel "cacat" oleh menteri besar Selangor itu, Naib Presiden PKR N Surendran berkata ia lengkap mengikut prosedur dan adil.

Katanya, tidak wujud langsung kekaburan atau apa yang didakwa Khalid sebagai tidak spesifik dalam surat tunjuk sebab itu, sebaliknya Khalid diberi peluang mempertahankan dirinya seperti dalam mana-mana proses perundangan biasa.

"Kritikan Khalid tidak berasas langsung. Adil mengikut prosedur hanya bermakna dakwaan atas ahli parti yang bersalah dinyatakan dengan jelas dalam surat tunjuk sebab. Ini yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

"Dakwaan surat bertarikh 5 Ogos 2014 menyatakan Khalid melalui satu kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai 2014 mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Bermakna, tiada yang kabur atau kurang spesifik dalam surat itu seperti dakwaan Khalid. Surat itu memberi peluang menerangkan tindakannya, memenuhi kehendak keadilan asasi," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Khalid menganggap surat tunjuk sebab itu “cacat” dan meminta notis lebih jelas dan spesifik dikeluarkan kerana ia "tanpa butir relevan serta memadai" bagai membolehkannya menjawab.

Kata menteri besar yang dalam proses penyingkiran itu, beliau tidak akan menjawab surat itu "sehingga menerima notis yang sah" walaupun surat tunjuk sebab itu pada asalnya memintanya menjawab sebelum atau pada 8 Ogos.

Khalid berkata, apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, menjadi keperluan utama notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.

Surendran berkata tiada keperluan memetik peruntukan khusus di bawah perlembagaan parti seperti diminta Khalid dalam suratnya kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, Surendran berkata adalah menakjubkan melihat Khalid bersungguh-sungguh berpegang kepada kerusi itu walaupun parti membuat keputusan menukarnya.

"Tindakan itu bertentangan dengan semua kebiasaan dan amalan terdahulu dalam demokrasi moden berasaskan parti politik. Pendiriannya tidak bermaruah. Beliau mesti terima keputusan parti dan tinggalkan pejabatnya," katanya.
-TMI













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



6 Ogo 2014

Senjata Makan Tuan, Media Umno Kantoi Isu Pesta Bogel Pulau Pinang


Tayangilah video lucah sekalipun bau busuk kamu juak2 UMNO tidak akan pernah hilang. Porno dan seks ni 'makanan' harian mereka.. MACAI UMNO BELUM JAWAB PERSOALAN NI!!!

Bukankah lokasi yg disiarkan itu adalah tempat yang telah diwartakan oleh Kerajaan Pusat / Persekutuan hanya untuk pegawai2 awam sahaja?

Persoalannya bagaimana orang luar boleh masuk? Siapa yg izinkan sedangkan ianya telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan?

Media paling awal yg keluarkan pun media UMNO.. So?? Atau sebenarnya ada orang UMNO tumpang sekaki event tu??

Surat mana? Mana surat?? -pakat-pakatkalih
,br>
Pulau Pinang tak pernah benar atau lulus ‘aktiviti bogel’


GEORGE TOWN, 5 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak akan membenarkan atau meluluskan sebarang program dan aktiviti ‘salah’ seperti ‘Sukaneka Bogel’.

Guan Eng mengulas rungutan dan aduan orang ramai berikutan tersebarnya video sekumpulan individu yang dilihat tidak berpakaian dalam satu sukaneka, dikatakan di Taman Negara Hutan Simpan, Teluk Bahang.

“Kerajaan negeri sendiri tidak pernah meluluskan sebarang kasino. Jadi bagaimana kami boleh meluluskan aktiviti yang salah seperti itu?,”
tegasnya dalam sidang media di Komtar, hari ini.

Guan Eng berkata, beliau tidak pernah tahu mengenai wujudnya aktiviti sedemikian dan memberi jaminan kerajaan negeri tidak pernah memberi kelulusan penganjurannya.

Beliau menyatakan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

“Jika mereka ini orang Islam, kami akan serahkan kepada Jabatan Agama (Islam), dan jika bukan Muslim, polis akan bertindak,” ujarnya, seperti dilapor Malaysiakini.

Kiriman video berdurasi kira-kira lima minit di laman video Vimeo kini tersebar di laman media sosial Facebook dan Twiiter menayangkan sekumpulan individu lelaki dan perempuan dirakam dalam keadaan berbogel.

Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang tidak berpakaian, berjalan di tepi pantai dan melukis imej tertentu di tubuh mereka.

Video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dari mana peserta berasal, namun majoriti mereka kelihatan seperti warga Asia dan difahamkan acara tersebut dianjurkan kira-kira dua bulan lalu.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Ada Wakil Rakyat PAS Yang Jujur & Tidak Jujur Di Dalam Pakatan Rakyat!

4 Wakil Rakyat PAS Akan Letak Jawatan Jika Bergabung Dengan Umno

Analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan Umno oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata terdapat sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan itu yang menyatakan pemimpin PAS perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

“Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya.

Khalid berkata, analisis senario yang dibocorkan itu juga adalah serangan ke atas PAS dan bukannya kepada Dr Zuhdi sendiri.

Beliau berkata, jika serangan itu ditujukan kepada Dr Zuhdi, maka analisis senario itu hanya berlegar di kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan tidak disebarkan kepada umum.

“Kalau Zuhdi sasarannya, sudah pasti ‘printscreen’ berkenaan akan hanya berlegar di kalangan pemimpin PAS sahaja kerana jawatannya sebagai Pengarah Operasi PPP bukan dipilih rakyat tetapi dilantik pemimpin.

“Oleh itu, jika ada yang ingin menjatuhkan Dr Zuhdi daripada jawatan itu, tidak perlu disebarkan ‘printscreen’ berkenaan ke luar, memadai disebarkan di dalam parti sahaja.

“Seharusnya, lebih banyak usaha dilakukan untuk membela nama baik PAS berbanding membela Dr Zuhdi bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap parti ini,” katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah.

Demikianlah sepatutnya. Wakil-wakil rakyat PAS yang menang di dalam PRU13 yang lepas adalah kerana rakyat mengundi mereka di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan PAS per se.

Adsa wakil-wakil rakyat (Parlimen dan DUN) yang lupa daratan. Tidak jujur dan khianat dengan amanah rakyat. Bertahaluf siyasi di dalam PR tetapi menolak kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PR. Siapa ajar begitu? Itu tandanya t6idak jujur. Itu tandanya khianat. Itu tandanya tidak ikhlas apabila berada di dalam PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum mereka yang tidak jujur dan khianat tak kira berapa tinggi pun darjat "ulamak" seseorang MP/ADUN berkenaan. Setinggi-tinggi darjat ulamaknya, dia bukan Tuhan, dia bukan nabi.

Mereka mahu PAS mendominasi PR sedangkan keputusan PRU13 yang lalu PAS belum lagi mampu berbuat demikian. Mereka tidak mahu menerima kepimpinan orang lain di dalam PR. Mereka tidak menghormati kepimpinan orang lain selain PAS. Bagaimana mereka hendak menerima kesetiaan dan kejujuran dari orang lain jika mereka tidak belajar untuk berlaku setia dan ju8jur apabila dipimpin oleh orang lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sepertimana di dalam isu MB Selangor. GB sudah lama menjangkakan Tan Sri Khalid akan tumbang. Ia bermula dari isu kenaikan gaji MB, Speaker, Exco dan ADUN Selangor yang mana semasa itu kita melihat betapa degil, sombong dan angkuhnya dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain.

GB dah ulas lama dulu. Petikan:

Negeri yang kaya seperti Selangor mempunyai haknya sendiri untuk menaikkan gaji para ADUNnya. Dengan rizab mencecah hampir RM3 billion, sepastinya Selangor tidak ada masalah untuk kenaikan gaji berkenaan.

Namun, rezab yang tinggi itu sepatutnya dapat dinikmati oleh "rakyat Selangor" juga secara keseluruhannya.

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mempertahankan kenaikan gaji berkenaan dengan alasan supaya wakil rakyat Sleangor tidak perlu membuat "kerja luar" untuk melaksanakan tugas-tugas memreka.

"Kerja luar" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagi "komisyen" dan "korupsi" termasuklah membotakkan bukit untuk memunggah tanah, mengorek sungai untuk dikaut pasirnya dan yang seumpamanya.

Dengan alasan untuk menjalankan tugas YB memerlukan banyak belanja terutama untuk melayani permintaaan rakyat, bagi pandangan GB, daripada menaikkan gaji dengan "terlalu tinggi dan mendadak" kepada YB-YB, mengapakah kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid tidak memikirkan untuk menaikkan "peruntukan untuk YB"?

Ada beza di antara kedua-duanya. Dengan kenaikan peruntukan YB di satu-satu DUN, rakyat setempat dapat menikmati hasil negeri Selangor tetapi dengan hanya menaikkan gaji YB, rakyat belum tentu dapat merasainya kerana ia adalah "hak milik peribadi" YB berkenaan.

Jika peruntukan untuk YB dinaikkan berapa banyak sekalipun, ia akan disambut dengan meriah oleh sekalian rakyat Selangor. Korupsi boleh berlaku? Ya, tetapi peruntukan sentiasa boleh diaudit untuk mempastikan ia tidak disalahgunakan.

Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.

Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".

Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.

Beringatlah, berapa banyak kerajaan yang kaya-raya akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Bekalan Eletrik Terputus, Rakyat Palestine Ada Cara Mengecas Handfon


Sememangnya berada dalam keadaan serba kekurangan amat menguji kehidupan penduduk Palestin di Gaza.

Air dan Elektrik yang merupakan keperluan asas sudah lama terputus akibat serangan tidak berperikemanusian Rejim Zionis Israel.

Namun, semua itu tidak membatasi kekreatifan penduduk Palestin.

Gambar di atas adalah satu contoh dimana hanya berbekalkan bateri kereta, mereka dapat mengecas telefon bimbit beramai-ramai bagi mendapatkan dan menyalurkan berita-berita terkini keganasan rejim Zionis kepada dunia. -tengoktvonline via aans







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



5 Ogo 2014

Macai UMNO Melompat Kesukaan Isu Pesta Bogel Di Pulau Pinang

Video dakwa 'sukaneka bogel' di P Pinang

Beberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Salah satu blog tersebut turut menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan tersebut, dengan mengaitkan hubungan rapat di antara Lim dan menteri pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tuduhan tersebut merujuk kepada kemunculan Nazri di Pulau Pinang untuk mempromosi Festival George Town, dan dirakam bersama Lim dalam suasana mesra.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.

Bagaimanapun, ADUN Teluk Bahang, Shah Headan Ayoob Hussain berkata beliau bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya menuduh DAP bertanggungjawab di sebalik kegiatan komuniti bogel itu.

"Kita perlu memastikan sama ada acara ini betul atau tidak, jangan kita politikkan isu ini, sebab tiada parti politik yang akan menerima acara seperti ini.

“Latar belakangnya seperti Taman Negara Hutan Simpan di Teluk Bahang, jadi kita bimbang video ini mungkin diolah semula, tapi kita akan siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Siasat rekod Taman Negara

Shah Headan berkata beliau sudahpun meminta pihak berkuasa Taman Negara menyiasat perkara tersebut dan meneliti rekod pendaftaran mereka untuk memastikan jika terdapat mana-mana kumpulan yang dilihat menganjurkan acara nudis seperti ditunjukkan dalam video berkenaan.

Beliau mengesyaki acara tersebut berlangsung kira-kira tiga bulan lalu. Proses untuk memeriksa rekod tersebut mungkin memakan masa kerana lokasi tersebut menerima 50,000 pengunjung

Beliau turut menggesa agar individu yang bertanggungjawab merakam video tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu.

Shah Headan berkata acara tersebut tidak mungkin dijalankan secara rahsia atau di lokasi eksklusif memandangkan kawasan Hutan Simpan Taman Negara itu boleh dikunjungi pihak awam.

"Jika ini benar, kita akan membuat laporan sewajarnya pada polis. Kita juga mahu video ini dipadamkan kerana ia bukan saja menjejaskan Pulau Pinang tetapi juga Malaysia secara keseluruhannya.

"Kita juga melihat undang-undang yang boleh digunakan untuk mendakwa penganjur, sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya.


Kerajaan P.Pinang Tak Tahu Ada 'Pesta Sukan Bogel'

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.

Terdapat rakaman video bertajuk Penang Nude Sports Games, turut dimuat naik dua bulan lalu dan ia tersebar meluas di media sosial, Vimeo.

Video tersebut memaparkan 18 individu dalam keadaan bogel menyertai aktiviti sukan di pantai terpencil di luar Teluk Bahang.

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan menyiasat pesta sukan bogel yang rakamannya disebarkan secara meluas menerusi media sosial.
-mstar


ULASAN GB

Kebetulan hal itu berlaku d Pulau Pinang, maka melompatlah para macai laksana beruk-beruk kelaparan untuk menjadikan ia isu bagi membelasah kerajaan PR Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Dibabitkan sekali PAS dan PKR. Malah sehingga ada macai yang memfitnah Pesta itu kononnya anjuran kakak ipar Betty Chew, besan Lim Guan Eng...

Seperti mana perangai mereka dulu-dulu, mereka tidak segan silu memaparkan gambar-gambar dan video bogel tanpa sensor berkenaan di blog dan media sosial. Dah jadi kelzaiman dan makanan asasi mereka agaknya semacam papagomo juga.

Tentang isu berkenaan, kita tunggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada Kenaikan Tol 2014: Kerajaan UMNO BN Mungkir Janji Lagi


Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama, Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya .

Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti rugi kepada pemegang konsesi tol selepas semakan kadar tol dibekukan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi.

Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol yang memberikan kuasa membuat keputusan.

Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu "tidak dapat dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum.

"Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi. ‎

Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat konsesi tol seperti "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" .

"Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya.

Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah – dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP).

Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang.

FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari.

"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.

"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. – TMI/5 Februari, 2014

Kenaikan tol Tambak Johor kurang bijak, kata menteri Sarawak

Putrajaya tidak melihat gambaran lebih besar apabila memutuskan kenaikan kadar tol di Tambak Johor, kata seorang menteri Sarawak yang melihat keputusan itu hanya akan membebankan warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata, kenaikan harga tol yang dikenakan Putrajaya itu hanya memberikan keuntungan sedikit tetapi kerugian besar.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia seharusnya membuka peluang lebih besar kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di republik itu.

"Mereka membawa tukaran wang asing. Wang yang diperoleh di Singapura akan dibelanjakan di Malaysia," katanya yang turut membantah kenaikan kadar tol itu.

Ahli Parlimen Umno Johor sebelum ini turut mengkritik keputusan kerajaan itu dengan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa kenaikan itu ditangguhkan bagi membolehkan analisis lanjut dijalankan.

"Saya tidak faham rasional kenaikan tol yang jelas membebankan warga Johor bekerja di Singapura kerana mereka juga terpaksa menempuh kesesakan trafik setiap hari," kata Nur Jazlan.

Ahli Parlimen Johor Baru Datuk Seri Shahrir Samad turut mencadangkan bas dan teksi dikecualikan dari membayar tol di Kompleks Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berulang alik dari Johor ke Singapura selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Para pemerhati berkata peningkatan kadar tol akan memberi kesan kepada prestasi dan masa depan Umno di Johor. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam mengumumkan kenaikan kadar tol baru itu tidak menyatakan sebab peningkatan itu.

Kadar tol baru menyaksikan peningkatan 469% bagi kereta persendirian, 453% untuk lori ringan, 446% untuk lori berat, 486% untuk teksi dan 478% untuk bas.

Masing dalam ingatannya kepada ribuan etnik Dayak yang kini menetap di Johor dan bekerja di Singapura berkata, tidak sepatutnya ada polisi yang memberatkan kereta Singapura dari memasuki Johor.

Katanya, ramai warga Singapura yang berkunjung ke Johor bertujuan untuk membeli belah sekaligus membawa tukaran wang asing.

"Sebarang peningkatan kadar tol yang dikenakan kepada kereta Singapura akan menyebabkan mereka merasa berat untuk membeli belah di Malaysia.

"Putrajaya perlu melihat isu ini secara serius. Kita mesti lihatnya secara menyeluruh. Malaysia jangan ambil mudah perkara ini,"
katanya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebelum ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan kenaikan tol bagi rundingan menyeluruh.

Beliau turut mempersoalkan Putrajaya yang terburu-buru menaikkan kadar tol.
-TMI (4/08/14)


ULASAN GB

GB rasa tak perlu ulas panjang-panjang. mDah ketara sangat penipuan kerajaan UMNO BN kepada rakyat.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Khawlah Al-Azwar - Mujahidah Islam Sejati

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azwar. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau.

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya teah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba mereka yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya:"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InshaALlah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



4 Ogo 2014

Gencatan Senjata: Helah Israel Untuk Serang Palestine Lagi Tanpa Lawan


Israel umum gencatan senjata kemanusiaan 7 jam di Gaza

BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan selama tujuh jam di Semenanjung Gaza hari ini, tindakan terbaharu selepas hampir empat minggu konflik Israel-Palestin berlangsung.

Menurut kenyataan tentera Israel, gencatan senjata akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia).

Ia akan dilaksanakan di semua bahagian kecuali di timur bandar Rafah dengan alasan masih ada pertempuran yang berlangsung dan wujud kehadiran tentera rejim di situ.

Bagaimanapun pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai memberikan amaran yang pihaknya akan membalas sebarang serangan sekiranya dilancarkan sepanjang gencatan senjata itu dilaksanakan.

Mordechai juga menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).

Sementara itu tentera Israel dilaporkan mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza.

Bagaimanapun ia masih melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin itu.

Pengunduran dilaksanakan ketika perdana menteri rejim, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan ke atas Gaza walaupun mengambil tempoh lama dan menggunakan sebanyak mana kekuatan yang diperlukan.

Katanya, tentera rejim zionis mencapai kejayaan besar dalam memusnahkan infrastruktur milik Hamas.

Bagaimanapun jurucakap Hamas, Fawzi Barhum berkata Netanyahu keliru terhadap krisis sebenar yang dihadapinya.

Hamas juga kata Fawzi tidak akan mengalah dan meneruskan penentangan terhadap penjajah Yahudi sehingga misi tercapai.

Angka kematian di pihak Palestin kini melebihi 1,775 nyawa dengan mangsa kebanyakkannya adalah orang awam. ~Agensi

Hamas Sangsi Pengumuman 7 Jam Gencatan Senjata Israel

Setelah empat minggu membedil bumi Gaza dan menyebabkan ribuan nyawa tidak berdosa terkorban, tentera Israel secara tiba-tiba mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata selama 7 jam. Gencatan senjata yang akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) sehingga 1400 (10 malam waktu Malaysia) disifatkan tentera Israel sebagai “gencatan senjata kemanusiaan” .

Namun, media melaporkan bahawa mereka akan melancarkan serangan jika mereka diserang sepanjang gencatan senjata tersebut dilaksanakan.Pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai juga turut menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).

Pengumuman itu bagaimanapun diterima dengan perasaan syak dan kesangsian oleh tentera Hamas. Menurut jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan, genjatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Israel adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada pembunuhan beramai-ramai Israel

“Kami tidak percaya kepada gencatan senjata ini, dan menyeru orang-orang kami untuk berhati-hati,” katanya.

Walaupun media melaporkan tentera Israel telah mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza, mereka masih lagi melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin.


Pegawai-pegawai perubatan di Gaza berkata lebih 1,800 rakyat Palestin dibunuh oleh kebakaran Israel sejak awal Julai 8 daripada konfrontasi.
-wanista

Israel cabul gencatan senjata

Gaza: Gencatan senjata selama 72 jam yang dipersetujui musnah beberapa jam selepas dikuatkuasakan semalam apabila Israel membedil bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza dan kawasan sekitarnya, menyebabkan lebih 50 penduduk Palestin terbunuh.

Pegawai kesihatan Gaza Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 200 penduduk juga cedera dalam serangan rambang Israel itu yang dilancarkan kira-kira dua jam selepas gencatan senjata dikuatkuasakan pada jam 8 pagi (1 petang waktu Malaysia) yang diumumkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Menurutnya, angka kematian mungkin meningkat memandangkan usaha mencari mereka yang tertimbus dalam runtuhan beberapa apartmen yang dibedil tentera Zionis masih dilakukan.

Dia bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa orang awam atau pejuang.

Israel mula melancarkan keganasannya dengan serangan udara ke atas Gaza 8 Julai lalu sebelum mengerahkan tentera daratnya memasuki wilayah berkenaan, kononnya untuk memusnahkan terowong dan kawasan yang digunakan Hamas untuk melancar roket ke wilayahnya.

Kekejaman Israel sehingga semalam sudah meragut lebih 1,500 nyawa penduduk Palestin, hampir semuanya orang awam sementara lebih 60 Yahudi, hampir semuanya askar, juga mati.

Sekurang-kurangnya empat gencatan senjata kemanusiaan diumumkan sejak keganasan Israel itu bermula tetapi semuanya bertahan hanya beberapa jam.

Gencatan senjata sementara yang sepatutnya dilaksana semalam adalah yang paling panjang pernah diumumkan setakat ini.

Menurut gencatan senjata itu, tentera darat Israel yang berada di Gaza hanya boleh memusnahkan terowong di kawasan belakang garisan pertahanan mereka tetapi mereka melanggar persetujuan berkenaan, menyebabkan pejuang Hamas bertindak melancarkan serangan ke arah Israel.

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza, beberapa jam sebelum gencatan senjata dilaksanakan, 17 rakyat Palestin termasuk 10 orang daripada keluarga yang sama terbunuh dalam serangan yang dilancarkan tentera Yahudi.

Pegawai itu berkata, keluarga itu terbunuh selepas kediaman mereka di Khan Younis dibedil melalui serangan udara.
- AFP











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Sekeping Kad Raya Ditemui Di Tempat Nahas MH17


Negara kita memang digemparkan dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia beberapa minggu lalu.

Sehingga ke hari ini belum dikenalpasti siapakah yang sebenar-benarnya bertanggungjawab terhadap tragedi malang berkenaan.

Yang ada kini saling tuduh-menuduh dan tuding menuding dengan pelbagai teori yang tidak kurang mengejutkan disampig tidak menolak kewujudan "konspirasi" pihak tertentu, apatah lagi hanya beberapa hari selepasnya, pihak Israel melakukan serangannya ke atas Gaza dan menuduh pula Malaysia melatih pihak Hamas untuk menyerang mereka.

Namun di sebalik semua itu, ada sekeping gambar yang pasti akan menyentuh perasaan setiap rakyat Malaysia.


Gambar sekeping kad raya yang berjaya dijumpai di lokasi nahas. Maklum saja tragedi sedih ini berlaku ketika umat Islam sedang hampir untuk menyambut Syawal.

Ia amat menyayatkan hati.

Al-Fatihah buat yang beragama Islam.

Buat keluarga mangsa MH17 didoakan semoga mereka semua tabah dan kuat hadapi situasi ini.

P/s : Semoga selepas ini Malaysia dijauhkan daripada malapetaka yang meragut nyawa, Amiiin ya Rabb -apahell/GB









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Hukum Wanita Jadi Pemimpin Dari Kacamata Prof Dr HAMKA

Prof. Dr. HAMKA menjawab “hukum wanita menjadi pemimpin”

Pertanyaan: “Saya pernah mendengar bahwa di negara islam yang harus menjadi kepala negara harus laki-laki. Saya ingin tahu bagaimana hukumnya jika seorang raja diangkat dari wanita? Contohnya ialah dibawah ratu Elisabeth dan Ratu Wilhelmina ?

Jawab :

Memang ada hadis Nabi bahawasanya suatu kaum yang merajakan wanita akan ditimpa kerugian. Berdasarkan kepada hadis itu maka sudah menjadi tradisi (sunnah) bagi Alam Islami tidak mengangkat raja perempuan, apatah lagi menjabat jadi khalifah.

Tetapi sekali dalam sejarah Islam di Mesir, iaitu pada tahun 1249, terjadi seorang perempuan menjadi raja. Namanya ialah Syajaratud Duur (pohon permata). Dia adalah salur galur dari raja Al-Malikus Shalih.

Suaminya pergi berangkat ke Mansuriah, melawan raja Perancis Lodewijk IX dalam satu rentetan perang Salib.

Lalu datang berita bahawa raja itu wafat dalam peperangan, padahal putera yang berhak menjadi raja bernama Khalil masih kecil. Kerana banyak benar yang ingin menjadi raja sedang permaisuri tersebut melihat bahawa bahaya penumpahan darah akan menjadi, beliau pun memaklumkan dirinya menjadi Sultanah, memakai gelaran “Al Mu’tashimat al Shalihiyah Ummu Khalil, ‘ishmad dunya waddin malikatul Muslimin”.

Dia menjadi Ratu Wanita berkuasa penuh sampai kepada tahun 1257. Dia mati terbunuh kerana kekuasaan direbut oleh lawan politiknya.

Menurut penyelidikan sejarah, baru sekali itulah ada raja perempuan di negeri Islam. Salah satu jasa baginda (bagindi?), ialah kerana bagindalah yang mula-mula mengatur mengirimkan “mahmal”, iaitu seekor unta dengan berbagai kebesaran membawa selubung Ka’bah ke Mekah. Adat itu berlaku sampai kepada zaman sekarang ini.

Tetapi ahli-ahli fiqhi sudah menjadi lebih luas pandangannya/ijtihadnya tentang: kalau keadaan memerlukan, wanita boleh diangkat menjadi pemimpin/raja, asal saja orang-orang besar dan penasihat yang berdiri dibelakangnya sanggup memberikan fikiran-fikiran yang benar dan berharga kepada baginda.

Di Indonesia, setelah Iskandar Tsani ‘Alauddin Mogayat Syah, Sultan Aceh yang mengantikan mertuanya Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat pada tahun 1641, maka orang-orang besar di Aceh termasuk Ulamak-ulamaknya mengangkat perempuan menjadi pemimpin, iaitu isteri dari Iskandar Muda Mahkota Alam Almarhum, sebab yang mangkat tidak mempunyai putera laki-laki.

Sultan wanita pertama di tanah air kita itu memakai gelaran Sultan Taj’ul Alam Shafiyatuddin Syah. Disebut juga Puteri Seri Alam Permaisuri. Baginda memerintah sampai tahun 1675, iaitu selama 34 tahun.

Dan setelah baginda mangkat, orang besar-besar dan Ulamak memilih pula puterinya, ertinya wanita lagi gantinya dengan gelaran Sultanat Naqiyatud Din Nurul Alam. Beliau mangkat pada tahun 1678, setelah 3 tahun memerintah. Dan yang menggantikannya Sultan perempuan juga, iaitu Sultanat ‘Inayat Syah, memerintah sampai tahun 1688 (10 tahun). Sesudah itu memerintah juga Sultan perempuan, iaitu Sultanat Kamalat Syah, memerintah sampai tahun 1699 (10 tahun).

Setelah kita selidiki sejarah Islam di Aceh dengan agak saksama, ternyata pemerintahan raja perempuan itu berjalan lancar, terutama pada zaman Raja Perempuan Pertama. Sebab pembantu-pembantunya terdiri daripada ahli-ahli musyawarat dan penasihat yang bijak pandai. Nescaya kejadian itu tidaklah akan melanggar bunyi Hadis Nabi tadi, yang mengatakan rugilah suatu kaum kalau yang memimpinnya itu wanita, iaitu kalau wanita itu memerintah menurut kehendaknya sendiri saja, tidak dipelengkapi dengan ahli-ahli musyawarat yang bijak, terdiri daripada kaum laki-laki.

Bahkan laki-laki sendiri pun nescaya merugikan kalau memerintah sendiri saja, tidak dilengkapi dengan ahli-ahli musyawarat yang bijaksana dan turut bertanggungjawab.

Dalam penyelidikan kita di negeri Bugis, terdapat juga “Datuk-datuk” wanita, yang dilengkapi dengan “selewatang” (penasihat), Perdana Menteri atau Menteri-menteri yang ahli. -Dr.HAMKA (Gema Islam 1 April 1963)









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



3 Ogo 2014

Tiada Dalam Terma Khalid Kekal Sebagai MB Sepenuh Penggal

PKR Selayang senarai sebab mengapa Khalid tidak layak jadi MB

Ketua PKR cabang Selayang, William Leong Jee Keen hari ini berkata, pihaknya bersama 28 Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat khas cabang selama 40 minit malam tadi bersepakat mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

William Leong turut meminta kerjasama Khalid supaya akur menerima keputusan yang telah dicapai Majlis Kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu serta disahkan semula pada mesyuarat 23 Julai lalu di mana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih.

"Jawatan MB bukan hak peribadi Khalid dan tiada terma yang mengatakan beliau akan kekal sebagai MB sepenuh penggal kerana dalam politik parti mesti mengambil kira dari semasa ke semasa apa jua pandangan dan sokongan rakyat.

"Jika seseorang pemimpin didapati hilang kelayakan atau kepercayaan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab parti menukar pemimpin, tak perlu tunggu penggal tamat.

"Sebab itu kita minta Khalid memikirkan lebih mendalam dan minta nasihat orang lebih layak untuk mengambil keputusan dan berundur.

"Lagipun ramai mendakwa bahawa Anwar gila kuasa kerana tak dapat jadi MB lantik isterinya Wan Azizah, itu sebenarnya tak benar, PKR yang mempunyai 219 cabang dengan hampir 500,000 ahli bukan dipengaruhi satu individu, ini keputusan majlis perwakilan pusat PR," katanya pada sidang akhbar berhubung konflik politik di Taman Selayang Jaya di sini.

Menurut beliau, sebenarnya parti membuat keputusan kerana Khalid gagal melaksanakan manifesto PR yang dipersetujui malah menafikan ia sebagai janji rakyat.

Malah katanya, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) bila ditanya rakyat, Khalid tanpa rasa bersalah memberi jawapan ia adalah manifesto pembangkang yang tiada kena mengena dengan negeri.

Selain itu katanya lagi, Khalid didakwa membuat keputusan sesuka hati tanpa mempedulikan manifesto PR untuk negeri menaikkan premium cukai tanah dan cukai pintu melambung sehingga 400 peratus menyusahkan rakyat sehingga pakatan tidak boleh menjawab di Parlimen.

"Kita soal kerajaan BN pusat kenapa naikkan tol dan cukai tetapi kerajaan negeri Selangor PKR buat begitu dan menyusahkan parti, selain geran tanah dengan kadar premium tinggi, sampah melimpah dan wabak denggi diluar kawalan yang mana turut dikecam rakyat.

"Bukan sekadar itu, mesyuarat biro politik pun dia tak pernah datang selain kurang menyertai Majlis Kepimpinan Pusat setiap bulan sehingga parti PKR tak dapat tahu apa Khalid buat.


"Kita lantik Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri pada 2009 sebagai inisiatif untuk mengadakan satu saluran membincangkan polisi antara parti dan Khalid melibatkan ekonomi negeri, kebajikan rakyat dan polisi parti.

"Ini semua tidak dapat dilaksanakan disebabkan Khalid tidak mahu menerima cadangan atau idea Anwar sambil mengatakan dia bukan pak urut yang mendengar 100 peratus semua cadangannya.

"Malah prestasi Khalid tidak begitu memuaskan, Khalid tak ikut polisi parti, menafikan dan tidak mengikut juga manifesto dan janji kepada rakyat negeri.

"Selepas Mesyuarat Majlis Pepimpinan Pusat dah buat keputusan, kini sudah 7 bulan berlalu dan ini bukan perkara (tukar MB) dibuat secara tiba-tiba. Kajang Move menerusi PRK Kajang satu langkah awal Khalid perlu berundur," tegasnya.

Lagipun katanya, tidak wajar seorang presiden PKR (Wan Azizah) berfungsi sebagai ADUN biasa di bawah seorang MB (Khalid) yang tiada jawatan dalam parti di negeri.

Dalam pada itu beliau turut berharap komponen PR iaitu Pas supaya menimbangkan dengan teliti keputusan pakatan rakyat kerana adalah penting untuk gabungan pembangkang menjadi lebih kuat memenuhi harapan rakyat.

"Kita sedia memberi penjelasan penuh jika terdapat perkara yang kurang mereka ketahui dalam soal pertukaran MB," katanya. -MG


Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.

Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.


Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.


Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.
- astroawani
ULASAN GB

Pertukaran MB sesebuah negeri adalah perkara biasa. Berlaku juga di negeri-negeri UMNO BN. Tba-tiba apabila PKR mahu menukarkan MB di Selangor, UMNO BN menyokong TSKI. Pelik kan?

Di dalam Islam tidak ada juga penetapan sesuatu jawatan itu perlu kekal di tangan seseorang. Baca kisah di bawah ni:

Khalid al Walid Dipecat

Siapa yang tidak kenal sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar al Khattab r.a yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. Beliau merupakan seorang khalifah yang juga terulung dalam dunia awal Islam. Terdapat suatu kisah menarik antara beliau dan Saidina Khalid al Walid r.a pada zaman pemerintahan beliau.

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.


Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Ada Pihak Upah Samseng Potong Sistem Pendawaian Di Kolam Bekalan Air


Sabotaj air: Sistem pendawaian pam dipotong

BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

“Pengeluaran air ini sangat penting terutama musim kering bagi sesebuah empangan.

“Namun terdapat segelintir pemikiran kelas ketiga menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berharap semua pihak dan masyarakat yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu kerajaan negeri.

“Saya akan arahkan pihak Lembaga Urus Air Selangor untuk membuat laporan polis seterusnya memperbaiki kerosakan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membawa masalah itu ke dalam mesyuarat jawatankuasa air bagi mencari penyelesaian.

“Kita akan menambah anggota keselamatan supaya mengawal di semua pam-pam ini.

“Malah, kebajikan petugas juga akan diambil kira bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sebelum ini, sekitar jam 3 pagi, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata supaya meninggalkan kawasan itu.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI