13 Jul 2014

Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik


Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu.

Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u.

Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan.

Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.

Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu. -mstar


KRONOLOGI KEJADIAN

[5:26am, 13/07/2014] ‪+60 16-845 1187‬: KRONOLOGI KEJADIAN (.)

PADA 12 JUL 2014 JAM LKURANG 2300 ANGGOTA MARIN SEMPORNA TERIMA MAKLUMAT DARIPADA PGR 12 MENGATAKAN ADA KES PENCULIKAN DI RESORT BILABONG (.) SEMASA PANGGILAN DIBUAT PGR 12 SEDANG BERBALAS TEMBAKAN DENGAN BOT PENCULIK DAN PANGGILAN TERPUTUS (.) SETAKAT INI DISKRIPSI PENCULIK / MANGSA TERLIBAT BELUM DAPAT DISAHKAN (.) ANGGOTA UTK TELAH BERGERAK KE KAWASAN KEJADIAN DAN KEADAAN AIR SURUT DIPERCAYAI BOT PENJENAYAH TERSANGKUT (.) DISKRIPSI MAKLUMAT PENCULIK MASIH BELUM DIPEROLEHI DAN 2 ANGGOTA POLIS DILAPORKAN HILANG IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN DAN KONST 176543 ZAKIA B. ALEIP (.) DIPERCAYAI TELAH DICULIK/DITANGKAP SERTA 1 M16 HILANG (.) KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN (.)
1 MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN (.) [5:38am, 13/07/2014] ‪+60 16-845 1187‬: Anggota esszone / RH 40

01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad ( 017-5491xxx )
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.

02. Konst 176543 zakiah bin aleip
- 26 tahun
- bajau
- islam
- berkhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson ( 0132744006 )
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
- Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.

Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
-WA





'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM'

Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.

“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.

Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.

Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.

Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.
-mk










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Bekas Guru Meninggal Waktu Sedang Sujud Di Jasin

Jasin : Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba.

Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu.

“Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya.

“Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini.

Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan.

“Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan,” katanya.

Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. – HM









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam


Dia pernah menjadi seorang model yang glamor dan pernah bergambar dengan memakai seluar dalam sahaja, namun kini Carley Watts, 24, mahu berubah dan menutup aurat.

Semuanya selepas dia mengenali Islam melalui pertemuannya dengan seorang lelaki dari Tunisia, Mohammed Salah, 25.

Model yang berasal dari Dearham di Norfolk itu bertemu Mohammed ketika dia bercuti di Tunisia.

Carley yang juga seorang ibu tunggal kini dalam perancangan untuk memeluk Islam.

Dia juga akan berpindah ke Tunisia bersama anak perempuannya, Alannah, yang berusia dua tahun dan akan mempelajari agama Islam di sana, pada bulan Oktober ini.

“Rakan-rakan saya menyangka saya menjadi gila. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita yang suka bersosial akan menutup kepala dan memeluk Islam.

“Pertemuan dengan Mohammed telah mengubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi menjadi liar dan mendedahkan buah dada,’’ katanya.

Menurut Carley, sebagai seorang model, dia biasa berpakaian seksi dan pernah menanggalkan pakaian ketika mabuk.

Malah Carley juga pernah berjalan pulang ke rumah dalam keadaan bogel dari kelab malam akibat mabuk.

Kini, kata Carley, kehidupannya semakin berubah dan dia tidak perlu bimbang lagi berlaku keadaan yang memalukan itu.

Walaupun Mohammed mengetahui pekerjaan Carley sebelum ini, namun dia tidak akan memaklumkan keluarganya di Tunisia kerana ia pasti sukar diterima oleh mereka.

“Mohammed mengetahui mengenai pekerjaan saya dan dia boleh menerima saya. Namun katanya sebaik sahaja kami berkahwin, badan saya hanya untuk tatapannya seorang sahaja,’’ katanya.

-Suatu Perjalanan Maya







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




12 Jul 2014

Polis Buru Cybertrooper UMNO Bernama Padi Jantn Kerana Ugut MB Kedah


Facebook Mukhriz Mahathir Fan Club telah menyatakan bahawa empat laporan polis telah dibuat keatas keatas nama 'Padi jantn' atau Mohamad Taufik B. Ali di balai polis sekitar negeri Kedah.

Laporan polis dibuat atas ugutan tembak dan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Pihak polis memandang serius perkara ini dan telah membuat serbuan dirumahnya pada pukul 10 malam tadi. Tetapi suspek tiada dirumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Bila melarikan diri, kes ini akan lebih teruk. Nasihat kami pada si Padi jantn, serah diri dan selesaikan kes ni, sebelum ianya menjadi besar dan berat,
menurut Facebook berkenaan.

Padi Jantn dikenali sebagai salah seorang cybertrooper UMNO.

Antara komen melampau dikesan dilakukan Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan ialah 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'.

Satu lagi komen Padi Jantn yang berunsur ugutan berbunyi 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'.

Akhbar UMNO, Utusan Online melaporkan, Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook, Padi Jantn yang mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Saya menyedari mengenai komen tersebut apabila selesai menunaikan solat Jumaat hari ini dan saya minta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang menyayangi Menteri Besar agar melaporkan kepada polis.

"Kita menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya.

Menurut Mohd. Rawi, beliau terkilan kerana banyak individu yang bersikap tidak matang dan melampau semasa menggunakan laman sosial sehingga sanggup membuat kenyataan menembak pemimpin negeri seperti Mukhriz.

"Pihak polis tidak wajar membiarkan individu seperti Padi Jantn ini tanpa dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"Di dalam fikirannya telah wujud sesuatu yang bersifat jenayah dan tidak mustahil ancaman seperti ini akan terus dilakukan jika dia tidak ditahan," jelasnya.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pemimpin UMNO Terlibat Promosikan Skim MLM Zhang Jian?


Jutawan' Cina Kini Di Taiwan

PETALING JAYA: Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina yang didakwa mengendalikan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) haram di sini telah meninggalkan negara ini dan dikenalpasti berada di Taiwan.

Pihak berkuasa mempercayai bahawa dia sebenarnya berselindung menggunakan nama palsu bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias ​​Ahmad berkata, siasatan ke atas Zhang mendedahkan beliau enggan memberikan nama sebenarnya.

"Siasatan menunjukkan dia telah meninggalkan negara ini untuk ke Taiwan namun kami percaya dia akan kembali tidak lama lagi.

"Apabila dia kembali, kami bersedia untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Alias ​​berkata pegawai penguatkuasa kementerian akan memperhebatkan serbuan di premis di mana skim pemasaran pelbagai peringkat beroperasi, dengan empat premis - di Puchong, Petaling Jaya, Skudai (Johor) dan Pulau Pinang - sudah disita dan barang-barangnya dirampas," katanya.

Kementerian itu mengisytiharkan skim pemasaran pelbagai peringkat yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Model perniagaan Zhang telah menimbulkan kening. Menurut iklan dalam talian syarikat, orang ramai boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

Adalah dipercayai syarikat itu berjaya mengumpul pelaburan kira-kira RM300 juta sejak ia mula perniagaannya di Malaysia dikatakan kadang-kadang lewat tahun lepas.'Jutawan' Cina Kini Di Taiwan. -mstar

ULASAN GB

Yang peliknya bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO boleh terlibat sama, siap bergambar dengan Zhang Jian dan gambar-gambar itu digunakan oleh Zhang Jian memperdaya sekalian rakyat di utara kononnya skim tersebut disokong oleh pemimpin-pemimpin berkenaan?

Siapa yang mengaturkan pertemuan dan sesi bergambar Zhang Jian dan menteri-menteri berkenaan?

Betapa mudah pemimpim-pemimpin UMNO diperdaya untuk memperdaya rakyat pula!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pelajar 'Gadis Pailang' Diperintah Jalani Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti


Samarahan: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.

Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




11 Jul 2014

HAMAS: Kami Akan Tetap Pertahan Bumi Kami Sekalipun Dengan Nyawa & Darah


Kami akan pertahan walaupun dengan nyawa - Haniyeh

GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah.

"Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun.

"Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami.

"Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh.

Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza ~HD


Khabar Dari Gaza - Perkara Aneh Berlaku

Aneh bin ajaib, meski tiap hari dibunuh tentera Israel, pejuang-pejuang Palestin tak pernah habis. Ibarat hilang satu tumbuh seribu, begitu seterusnya. Mereka juga tak pernah surut semangat juangnya, meski hampir hari dijatuhi bom dan rudal.

Kota Jenin menjadi saksinya. Kota yang terletak di Tepi Barat itu dibombadir Israel sebulan lalu. Ratusan rudal yang dilepaskan pesawat-pesawat tempur dan tank-tank Zionis, menghantam kota yang menjadi penampungan pengungsi rakyat Palestin itu. Hanya bersenjata AK 47 dan M 16, para pejuang Palestin memberikan perlawanan sengit.

Ratusan warga awam dan anak-anak menjadi korban — sesuatu yang sebenarnya dilarang PBB — akibat serangan brutal itu. Tetapi di pihak Israel bukan tidak ada yang mati. Tidak kurang dari 24 orang pasukan Israel tewas, dan 130 lainnya cedera. Itu yang diakui Israel. Tentu jumlah sebenarnya jauh lebih besar.

Israel tidak mahu menyebutkan jumlah korban pastinya, kerana akan menjatuhkan moral tempur pasukannya. Buktinya, Panglima Perang Zionis, Shaol Mofaz akhirnya terpaksa menghentikan perwira yang memimpin penyerangan Jenin, kerana dianggap gagal.

Rupanya, ada kejadian-kejadian aneh di Palestin, yang menyebabkan perlawanan mereka tidak pernah mengendur. Keanehan itu, diantaranya dituturkan Abu al Barraa, salah seorang pimpinan Hamas. “Wahai saudaraku yang aku cintai,” katanya, “demi Allah sesungguhnya kami telah menyaksikan pasukan Zionis Israel meninggalkan persenjataan mereka, lari terbirit-birit ketakutan. Banyak dari mereka yang terbunuh dari peluru para mujahidin yang keluar tanpa ditembakkan.”

Salah seorang tentara Israel yang lari itu, kepada pemberita mengaku ketakutan. Mereka menyaksikan postur pasukan yang buas luar biasa bukan dari bangsa manusia. Beberapa sumber Israel mengungkapkan, rasa takut itu menyelimuti setiap pasukan saat hendak memasuki Jenin.

Salah seorang pasukan cadangan Israel mengatakan, “Kami melaksanakan tugas ini kerana memang wajib, tidak ada yang senang berperang di sini. Kondisi di sana memang menyeramkan sekali.” Bahkan ia berharap, dunia internasional menekan pemerintahan Ariel Sharon. “Apakah tekanan terhadap pemerintahan (Sharon) telah dilakukan, agar menarik mundur pasukannya? Berapa hari lagi kita harus bertahan di sini?” kata tentara itu ketakutan. (almujtama’)

Apakah keanehan-keanehan itu pertanda Allah telah menurunkan bala tentaranya, seperti apa yang tercantum pada al-Qur’an Surat At Taubah 26: “Dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.”

Yang jelas ketika tentara Israel yang brutal itu dilanda ketakutan, keadaan sebaliknya justru dialami para mujahidin. Meski melawan musuh yang didukung Amerika Syarikat, semangat tempur para mujahidin tak pernah kendor. Tak lain, karena mereka berperang di atas lambaran tauhid, ala at tauhid `isynaa wa min ajli at tauhiid namuut (di atas rel tauhid kami hidup dan untuk tauhid kami mati).
-alieyfaizal










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Karya Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang!


Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia...dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
"Boleh saja!", teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!

- Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap -








IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan...


MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau

Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.

Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.

Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.

“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.

Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.

Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. -mk


Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.

“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.

“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi akaun mikro Twitternya.

Terdahulu, Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler menerusi akaun Twitternya dengan berkata: “Well done...bravo...long live Hitler”.

Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.


Sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung terlebih dahulu memohon maaf di atas kenyataannya itu.

“Apabila Jerman belasah Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.

“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya.
~SH










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




10 Jul 2014

Benci Islam Tapi Akhirnya Mengucap Dua Kalimah Syahadah...

Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini. Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini.

Niat Murtadkan Teman Wanita

GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.

“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ saya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid USM,” katanya.

Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya. ~SH









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Celcom Kena Hentam Dengan Artis Di Twitter


Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"Bayangkan selama ini mereka selelu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.

"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!

Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.

Punca Sebenar Dafi AF Maki Hamun Celcom, Service Macam Taik Dan Penipu!


Dafi AF nampaknya tidak dapat menahan kemarahannya apabila menerima layanan buruk dari sebuah syarikat telekomunikasi (telco) berhubung isu pembayaran. Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi marah sangat Dafi nampaknya. Menerusi akaun Twitternya, Dafi menulis "say no to Celcom! payment nak orang buat on time... service macam taik!!!! penipu!!!! help me spread the world!! tell ur friends and family!!! Apa yang mencuri tumpuan Pasalartis, Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh telco (atau agensi telco) tersebut untuk menjadi jurucakap ataupun ejen promosi salah satu produk mereka. Jadi jurucakap pun tidak dapat layanan istimewa? Huhu... sabar jelah Dafi.. - Pasalartis










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Raisyyah Rania Yeap: Siapa Saya Untuk Menolak Jika Ia Dah Jodoh Saya?


Tak tolak jika jodoh datang sekarang

RAISYYAH Rania Yeap yang memeluk Islam pada tanggal 5 Ramadan lalu tidak menolak jika jodohnya datang dalam masa terdekat ini.

Menurut model busana muslimah ini, pada usianya sekarang, sememangnya wajar untuk dia menamatkan zaman bujang.

"Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar Raisyyah terima jodoh," ujarnya.

Bercakap menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya, Raissyah menjawab desas-desus kononnya dia memeluk Islam untuk berkahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya.

Namun ternyata pemilik nama Raisyyah Rania ini tidak mudah melenting dengan tohmahan yang dilemparkan, sebaliknya berkata, jika benar, individu seperti itu yang telah ditentukan Tuhan untuk dirinya, siapalah dia untuk menolak.

"Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang ALLAH tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut,"
jelasnya.

Raissyah memeluk Islam pada tanggal 3 Julai bersamaan 5 Ramadan, iaitu pada ulang tahun kelahirannya yang ke-28.










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




9 Jul 2014

[INFO BERGUNA] Berhati-hati Semasa Menginap Di Hotel


Polis: Waspada bila menginap di hotel

SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Dalam Hotel Bersukaria Berduaan, Dalam Mahkamah Baru Teresak Menangis Sendirian

Khalwat: Pelajar IPT menangis teresak-esak

Kuala Terengganu – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A’biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda. Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Si "Panas Baran" Itu Wajar Terima Hukuman Yang Berat

Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam. Gambar kecil: Ibu mangsa Siti Habibah Ismail. Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam. Gambar kecil: Ibu mangsa Siti Habibah Ismail.

Melaka - "Saya reda jika dia ditahan," kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafis, 17, remaja yang meninggal dunia akibat dipukul bapanya sendiri dengan kayu, kelmarin.

Menurut Siti Habibah, dia mahu suaminya itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya memperlakukan anak sulung mereka sebegitu.

"Cuma saya terkilan kerana rasa pengorbanan saya selama ini tak berbaloi. Saya tinggalkan keluarga, sanggup dibenci keluarga dan sudah empat tahun tak balik kampung di Kelantan. Saya ada hubungi keluarga di kampung tapi mereka macam tak boleh terima saya lagi," katanya.

Menurutnya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memang panas baran, namun sebelum ini sekadar meninggi suara dan memukul dengan tangan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata termasuk kayu.

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

“Selepas kejadian ini, saya tekad cari kerja dan bina kehidupan baru bersama anak- anak. Cukuplah selama ini hidup berpindah-randah disebabkan sikap suami.

"Saya ingin melupakan apa yang berlaku dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam ketika urusan tuntutan jenazah.

Siti Habibah berkata, Allahyarham Muhamad Hafis yang mesra dipanggil Abang itu dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor. -SH


‘Biar dia dihukum’


Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”

Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.

Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.

Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.

“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
~HM



ULASAN GB

"Panas Baran" adalah satu jenis penyakit hati - ia bersarnag di hati yang zulmat, yang hitam, yang kotor dan yang jauh dari petunjuk Ilahi.

"Panas baran" juga adalah api yang membara - yang menjadi teman rapat sang iblis untuk melakukan kerja-kerja jahatnya menghasut anak Adam sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak berperi-kemanusian dan di luar batasan agama.

Seperti kes di atas, pelakunya sanggup membunuh - hatta anak kandung sendiri. Sama juga seperti seorang penyanyi rock yang terkenal panas barannya, sanggup membelasah isteri sendiri tanpa mengenal perikemanusiaan dan lupa tentang dosa terhadap perlakuannya itu.

Memang wajar saangat nanti mahkamah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya apa bila telah terbukti kesalahannya kerana dengan cara itu si panas baran itu tahu betapa selama ini mereka telah menjadikan hawa nafsu dan iblis sebagai rakan akrab mereka.







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI