11 Jul 2017

SIASAT JUGA MB KELANTAN BERKAITAN TOKEN CRYPTOCURRENCY

Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency

Satu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.

"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.


"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.

Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.

"Program ini di bawah inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah ditimbulkan dalam sidang Dun Kelantan pada Oktober 2016," katanya.

Pada 17 Februari 2017 katanya, Kementerian Sumber Asli telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Kelantan itu yang berhubung inisiatif (REDD) bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim (UNFCCC).


"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia) menerusi laman webnya menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM.


"Semua ini tidak dihiraukan Menteri Besar Kelantan kerana dalam satu majlis sambutan hari raya pada 26 Jun sekali lagi diumumkan penglibatan kerajaan negeri dalam projek tersebut," katanya.

Menurutnya lagi pihak PBB melalui agensinya United Nation Development program (UNDP) pula pada 5 Julai 2017 menafikan penglibatan PBB dalam projek berkenaan.

"Saya secara peribadi telah pergi mencari syarikat berkenaan berdasarkan alamat berdaftar syarikat berkenaan akan tetapi tiada pejabat syarikat berkenaan di alamat yang telah didaftarkan tersebut," katanya.

Menurut Hazmi, bermula 9 April tahun ini, Ecobit mula menggunakan kelulusan sejuta ekar HSK itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency yang kemudiannya disahkan tidak mendapat kelulusan BNM.

Lebih 30 pemuda Pakatan Harapan turut mengiringi Hazmi untuk menyatakan solidariti bersama beliau ketika membuat laporan itu di Ibu pejabat polis daerah Kota Bharu semaam. -MD


Skandal projek karbon sejuta ekar hutan Kelantan:
Pemuda Amanah gesa jawab segera

Pemuda Amanah Kelantan menggesa kerajaan negeri itu mengemukakan penjelasan segera berhubung skandal Carbon Credit yang melibatkan penyerahan hampir sejuta ekar tanah hutan selama 30 tahun kepada Syarikat Climate Protector Sdn Bhd.

Ketuanya, Hazmi Hassan mempersoalkan pihak yang memperoleh keuntungan RM17 juta dalam perdagangan karbon itu yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Menurutnya, sebanyak RM17 juta wang hasil pelaburan awam telah dikaut atas tujuan saham pelaburan tersebut dengan bersandarkan perjanjian antara syarikat itu dengan kerajaan Kelantan walaupun carbon credit bukan bahan komoditi.

"Ke mana wang itu pergi? Apakah kerajaan Kelantan sudah 'diperdagangkan' oleh syarikat tersebut bagi mengaburi mata orang awam dalam urusan pelaburan yang tidak diiktiraf ini?

"Kerajaan Kelantan wajib menjawab segera, apakah yang berlaku sebenarnya, jangan cuba berdolak dalih kerana ini melibatkan aset negeri seluas hampir satu juta ekar tanah hutan dan jualan saham awam mencecah RM17 juta," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih mengejutkan, jelas beliau, Bank Negara Malaysia telah menyenarai hitamkan syarikat Climate Protector Sdn Bhd apabila disyaki terbabit dalam skim penipuan matawang maya (Crypto Currency) melalui penggunaan EcoBit.

"Sekaligus menimbulkan kebimbangan, apakah kerajaan Kelantan bakal menjadi mangsa dalam skim penipuan matawang maya ini, apabila terlibat dalam perdagangan karbon yang diuruskan oleh syarikat tersebut," ujarnya.

Mengulas reaksi seorang pimpinan Pas berhubung skandal tersebut, Hazmi menganggap kenyataan individu berkenaan bukan atas kapasiti kepimpinan kerajaan negeri.

"Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada mana-mana pimpinan kerajaan Kelantan, seolah-olah tidak kisah untuk bersekongkol dengan penjenayah kolar putih ini, walaupun sudah diberi amaran baik dari pihak kementerian mahupun pihak Bank Negara Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah Kelantan, tegas beliau, menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama antara kerajaan Kelantan dengan penjenayah kolar putih terbabit apatah lagi apabila melibatkan kepentingan awam iaitu tanah hutan negeri Kelantan seluas hampir satu juta ekar.

"Sekiranya kerajaan Kelantan masih bersikap membisu dalam hal ini, kami Pemuda Amanah Kelantan akan memobilisasikan himpunan amarah rakyat secara besar-besaran di hadapan SUK Kelantan, sehingga semua pihak yang terlibat dalam hal ini menjawab dengan segera," tegasnya.

Menurut Hazmi, skandal tersebut melibatkan maruah negeri dan rakyat Kelantan serta bakal mencemari rekod bersih pentadbiran kerajaan seperti ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memisahkan sebarang urusan kerajaan dari unsur gharar dan riba.

"Apakah kerajaan Kelantan sudah menjadi Penjenayah Kopiah Putih apabila bekerjasama dengan penjenayah kolar putih ini sehingga sanggup 'mencagarkan' aset negeri Kelantan kepada sebuah syarikat yang telah disenarai hitam oleh BNM ini?" soalnya lagi.
-md


VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Jika di peringkat kerajaan pusat, masalah yang dihadapi ialah kleptokrasi, tetapi di peringkat negeri khususnya Kelantan wujud pula skandal cryptocurrency.

Ia dikaitkan dengan seorang yang dikenali sebagai "Jho Low versi Kelantan", melibatkan Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit yang urusniaga mereka tidak mendapat kelulusan Bank Negara Melaysia dan Kementerian Sumber Asli sepertimana yang didedahkan oleh YB Dato Husam Musa sebelum ini.

Anehnya sekalipun Kerajaan Kelantan sudah menegetahui syarikat-syarikat berkenaan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berwajib, namun ia tidak dihiraukan oleh Menteri Besar Kelantan kerana dalam satu majlis sambutan hari raya pada 26 Jun sekali lagi diumumkan penglibatan kerajaan negeri dalam projek tersebut.

Ia menjelaskan mengenai pentadbiran Kerajaan Kelantan samada mereka begitu naif mengenai perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat berkenaan ataupun kerana Kerajaan Kelantan turut serta di dalam urusniaga berkenaan.

Skandal ini seperti satu replika skandal 1MDB dimana berlaku rompakan wang rakyat yang mengikut laporan RM17 juta wang hasil pelaburan awam telah dikaut atas tujuan saham pelaburan tersebut dengan bersandarkan perjanjian antara syarikat itu dengan kerajaan Kelantan walaupun carbon credit bukan bahan komoditi.



RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAKA HANCUR ALAM SEKITAR DI KELANTAN DAN PALING TERJEJAS IALAH ORG ASLI YG TINGGAL DI HUTAN.ALLAH DAH BERI WARNING HASIL KEROSAKKAN MUKA BUMI INI ADALAH DISBB OLH TANGAN MANUSIA YG JAHIL, TAMAK, SELALU MELAKUKAN PERKARA DI LUAR TABII. PERKARA DILUAR TABII BUKAN SEMESTINYA LGBT BUT APA SHJ PERBUATAN YG DITEGAH OLEH ALLAH DAN RASUL ADALAH DILUAR TABII SEORG MANUSIA. THIS IS NO OTHER WAY, RATHER KITA BETULKAN PAS DAN UMMNO YG UMPAMA BULUH KERAS SUSAH DIBENTUK, BETTER TAWAN NEGERI KELANTAN DAN SELURUH MALAYSIA BY PAKATAN HARAPAN YG MASIH PERINGKAT REBUNG BLH DIBENTUK, HAPUS SEMUA AMALAN LUAR TABII YG MENJADI TREND DLM KERAJAAN M,SIA.

Tanpa Nama berkata...

Kikiki membalak bersama ulamak.

air gunung berkata...

Ketua pemuda amanah ni tak takut neraka ke kerana pertikai pentadbiran Islam.ni mesti nak jatuh dan musnahkan Islam.Berani dan tak takut Tuhan langsung.

Ha ha ha ha..
Gaya walauun sejati.
Yg penting Hangguk.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa pemimpin PAS Kelantan begitu berani melakukan kesalahan yang merugikan negeri Kelantan berulang kali ?

Yang mengejutkan segala penipuan di buat secara terang-terangan tanpa segan silu apabila perkara tersebut di dedah.

PAS Kelantan begitu yakin mereka akan tetap mentadbir negeri selepas ini. Apakah strategik PAS dengan perubahan PAS yang tidak mengikut Islam ?

Jika UMNO menguna pengundi hantu apa kah PAS akan guna sistem cai bersama UMNO ?

Jika di biarkan bukan PAS sahaja berubah bentuk malah Kelantan juga akan berubah menjadi lebih teruk dari Kedah, Negeri Sembilan dan lain-lain