15 Jun 2017

[VIDEO] Nasib Proton..... Tergadai Maruah Negara Pun Tak Apa...

Kerajaan ‘jual’ Proton kerana dendam kesumat, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan menjual Proton didorong oleh “dendam kesumat”, sehinggakan kerajaan mengabaikan soal maruah negara. “Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” katanya dalam entri terbaru di blognya.

Pengasas industri otomobil kebangsaan itu berkata kerajaan sebenarnya mampu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada syarikat China, Kumpulan Geely Holding, jika tidak menggunakan cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk membeli sokongan.


Menurutnya, wang yang didakwa diperutukkan kepada Proton sebanyak RM1.7 bilion sebenarnya tidak sampai kepada syarikat itu.

“Ya, maruah mempunyai kos. Duit sebanyak RM1.7 billion yang kononnya diberi kepada Proton sebenarnya tidak sampai setakat yang diketahui,” katanya.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Geely, gergasi otomobil China yang sebelum ini turut mengambil alih Volvo dari Sweden.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, ia menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta.

Dr Mahathir berkata penjualan Proton merupakan pengakuan “kita gagal dan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju terencat”.

Beliau mempersoalkan dana kerajaan yang diperoleh daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

Menurutnya, walaupun cukai terhadap rakyat lebih tinggi berbanding ketika zaman kegemilangan Proton, hutang yang ditanggung kerajaan masih tinggi.

“Jika diteliti keuntungan perniagaan Malaysia hari ini, cukai yang dikutip tetap lebih tinggi dari zaman Proton laris dijual. Tetapi hutang kerajaan membukit.

“Ke mana pergi dana kerajaan ini. Apakah ia masuk poket orang itu dan orang ini?” -FMT

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Di era Najib, "maruah" tidak penting. Yang penting ialah bagaimana untuk mempertahankan kuasanya yang hampir pupus dan mempastikan musuh-musuh politiknya dapat dibenamkan.

Najib yang "bertuhankan" wang (dengan falsafahnya CASH IS KING) beliau menggunakan wang sebagai umpan bagi mencapai segala cita-citanya. Ramai juga yang termakan dan terjebak dengan umpannya itu termasuklah sebuah parti politik yang berasaskan agama mampu di tipu oleh Najib.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Najib tidak akan mampu menghalang dan melawan hukum kebenaran dan keadilan dari terus mengambil tempatnya. Yang bersalah pasti terhukum juga akhirnya. Nampaknya Najib dan konco-konconya bakal ke penjara jua.




RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.


Peruntukkan untuk Permata berjuta.

Apa guna nya ?

Anak-anak dari Permata nak dapat jawatan jurutera pun susah bila China menguasai syarikat Proton.

Unknown berkata...

Agak2nyq pengarah2 stategi tiap2 parti pakatan harapan...hendak ke mendendangkan kat rakyat malaysia...CASH IS KING.. masa pru 14 nanti..rasa kalau sering di dendang menjelang PRU 14 nanti.. makcik2 dan pakcik2 felda faham apa itu CASH IS KING..

Tanpa Nama berkata...

INI SECARA TIDAK LANGSUNG, NAJIB GAGAL MENUNAIKAN JANJI MEMBERI LEBIH PELUANG PEKERJAAN. INI MEMBERI MESSAGE JELAS NAK UMAT MELAYU CARI KERJA SAMPAI MAMPUS TAK PAYAH BUAT BUSSINESS, YANG MANA RASULLAH SAW SURUH BERNIAGA KERANA 9/10 REZEKI DATANG DARI BERNIAGA. NAJIB GAGAL PROVIDE PELUANG PEKERJAAN KEPADA GOLONGAN PROFESIONAL TETAPI HANYA MENINGKAT PELUANG PEKERJAAN UNTUK BURUH KASAR BINAAN YANG TAK PAYAH KELULUSAN. KEPADA MAHASISWA, IT SO OBVIOUS, NAJIB MENGHINA GOLONGAN MAHASISWA DAHLAH FAIL PROVIDE PEKERJAAN GOLONGAN PROFESIONAL, SEBALIK PROVIDE BYK PEKERJAAN BURUH KASAR BINAAN ATAU BURUH KASAR LADANG. PENJUALAN PROTON IS ALSO PENANDA BAHAWA NAJIB MENGHINA PENIAGA DAN USAHAWAN MELAYU, LEBIH BAIK SURUH KERJA BURUH KASAR DARI BERNIAGA DAN JADI USAHAWAN. YOUR ALL TAK TERASAKAH?DAH DEKAT PENGHUJUNG RAMADAN INI, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH SWT DAN KELUARKAN DIRI KITA DARI UMAT MELAYU KE UMAT ISLAM DAN SELAMAT MARUAH KITA SEBAGAI MAHASISWA, PENIAGA DAN USAHAWAN YANG KITA DAPAT HASIL TITK PELUH KITA.