16 Jun 2017

TERBONGKAR: Rantai Berlian Rosmah Dari Wang Derma Yang Dipulangkan

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1

Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya A$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1. (Gambar hiasan)



Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.

Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan.

Najib telah menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013. Dokumen DOJ memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali sebagai berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kedua-dua pihak, DOJ dan Apandi, berkata AS$620 juta telah dipulangkan.

DOJ mendakwa wang yang berpunca daripada 1MDB, dan dipindahkan kepada MO1 dan kemudian dipulangkan kembali, melalui akaun bank Tanore Corporation di Singapura.

Kes di mahkamah republik itu menyebut akaun itu dikawal oleh Low.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada wangg yang dipulangkan itu kekal misteri sehinggalah butiran lanjutnya dinyatakan dalam saman 251 halaman DOJ pada Khamis.

Menurut DOJ, pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan “rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)”.

Bulan berikutnya, Schwartz dikatakan pergi ke Monaco dengan permata merah jambu 22 karat untuk bertemu Low dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Aabar Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny di atas sebuah kapal layar.

Isteri MO1 dan kawannya – dirujuk DOJ sebagai "Malaysian Friend" turut berada di situ.

Mereka kemudian dikatakan membincangkan soal rekaan rantai itu.

Schwartz kemudian dikatakan bertemu isteri MO1 di New York pada 28 September bagi menunjukkan rekaan rantai itu.

Najib dan Rosmah berada di New York ketika persidangan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Najib berucap pada 28 September.

Sementara itu, rantai yang siap itu didakwa dihantar kepada "Malaysian Friend" di Hong Kong pada 7 Mac 2014, supaya dapat disampaikan kepada isteri MO1.

Bagaimanapun tidak jelas bila beliau secara peribadi menerimanya.

Menurut DOJ, bayaran AS$27.3 juta itu berpunca daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan MO1 kepada Tanore pada Ogos 2013.

Pada 9 September 2013, US$58.85 juta daripada akaun Tanore didakwa disalurkan ke akaun lain – Midhurst Trading Limited – yang berdasarkan fakta perbicaraan di mahkamah Singapura Low membukanya menggunakan nama Eric Tan.

Keesokan harinya, wang AS$32.76 juta itu didakwa dipindahkan ke akaun bank DBS Singapura atas nama Blackrock.

Daripada situ, dua pindahan kawat (wire transfer) dibuat kepada Schwartz di akaun Bank of America berjumlah AS$27.3 juta.

DOJ menyebut Low mungkin mengguna e-mel Tan untuk memastikan namanya tidak dikaitkan dengan rekod pembelian barang kemas itu.

E-mel daripada Tan kepada pembantu Schwartz pual dikatakan meminta nama Low tidak disebut lanjut dalam e-mel kemudiannya kerana dia hanya pihak yang memperkenalkan dan bukan pembeli.

Selain rantai merah jambu AS$27.3 juta, DOJ juga menuduh Low membeli 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat untuk isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Pembelian lain dikatakan diguna untuk membeli gambar Diane Arbus bertajuk “Boy with the Toy Hand Grenade" bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Terdapat dakwaan bahawa AS$620 juta itu adalah baki wang yang digunakan untuk mendanai kempen pilihan raya umum BN pada 2013

Najib dan BN bagaimanapun menegaskan bahawa wang itu berpunca daripada kerabat diraja Saudi. Pihak yang membuat tuduhan terhadapnya pula didakwa mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada. -mk

ULASAN GB

Akhirnya terdedah juga pekong yang cuba disembunyikan dan ditutup oleh Najib dan Peguam Negara.

Itulah perjalanan hukum kebenaran dan keadilan. Anda tidak boleh menutup semua perkara dalam semua masa. Ia akan terdedah juga kerana sifat kebenaran itu laksana sinar matahari yang sekalipun sesekali ditutup awan mendung namun ia akan jelas kelihatan setelah awan mendung itu berarak.

Peguam Negara masih cuba untuk memppertahankan Najib dengan menyatakan bahawa "Tidak ada langsung dalam saman sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah,"

Sekadar itu penafiannya.

Sememangnya nama Najib tidak disebut secara lansung kerana DoJ menghormati asas-asas diplomasi antarabangsa untuk tidak mencemarkan nama mana-mana pemimpin negara yang masih berkuasa secara terus-terang.

Tetapi disana ada ungkapan MO1 yang dengan jelas merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak. Bukankah seorang menteri kabinet sendiri pernah mengakuinya?


Kepada Peguam Negara kita nyatakan cukup-cukuplah untuk mempertahankan Najib. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap membongkar segala-galanya malah integriti Apandi Ali selaku peguam negara juga terbongkar apabila hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Apandi menari-nari di khalayak ramai


Oleh itu jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan!



RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





5 ulasan:

Usop ali berkata...

Kalau nak tipu,tipu LA pengikut kamu. Bukan rakyat Malaysia...Allah Maha Besar.

Tanpa Nama berkata...

Isu ini dah lama aku percaya.

Tanpa Nama berkata...

Laki bini pencuri dan penyamun tahap mega, Peguam Negara pula adalah musang berjanggut...kimak betul semua mereka tu. Adakah wang yang digunakan berjuta-juta untuk membeli rantai berlian dan lain-lain itu adalah hak mutlak mereka laki bini? Jika bukan, memang sahih dan terang mereka adalah penyamun haramjadah!!!

Tanpa Nama berkata...

itu pn jgn..ada juga geng lebai nk buat kawan

Tanpa Nama berkata...

U BOLEH TIPU UMAT MELAYU DI MALAYSIA. BUT U TAK BOLEH NAK TIPU UMAT ISLAM DI MALAYSIA BAHKAN NEGARA LUAR U TAK NAK TIPU. REMEMBER SALAH SATU AGENDA YAHUDI IS MENGHANCURKAN EKONOMI UMAT ISLAM. YOUR HAVE GIVE THEM A CHANGE TO HANCURKAN EKONOMI UMAT ISLAM. BAGUS- BAGUS BOLEH SETTLE DENGAN LETAK JAWATAN DAN LAKSANAKAN PILIHAN RAYA PARLIMEN YANG BARU, U NAJIB BIARKAN USA LAKNATULLAH BUKA PEKUNG YOU. SO IS UP TO RAKYAT MALAYSIA LEBIH-LEBIH LAGI UMAT MELAYU YG MASIH TAK NAK BERTAUBAT DAN ASYIK BERPRASANGKA BAIK, SEDANGKAN ALLAH SWT BERI WARNING KPD UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK BERKROMPROMI YAHUDI DAN MUNAFIK LAKNATULLAH. BERPRASANGKA BAIK BOLEH KEPADA SEMUA ORANG BUT NOT THIS 2 PEOPLE, YAHUDI DAN MUNAFIK. DI PENGHUJUNG RAMADHAN NI BERTAUBATLAH DAN JADI SEORANG UMAT ISLAM DAN KELUARKAN DIRI DARI TERGOLONG SEBAGAI UMAT MELAYU.