13 Jun 2017

Lain Kali Tulis Besar-besar "BAZAR INI UNTUK ORANG UMNO SAHAJA"...

Orang tak bagi, kenapa masuk juga, kata MP

Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP tidak sepatutnya terus memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang kerana mereka tidak dialu-alukan di situ, kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

"Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga.

"Ketua (Umno) bahagian Kluang sudah explain, dia marah kepada tindakan DAP yang suruh tutup bazar Ramadan itu satu ketika dulu masih memberi kesan. Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah," katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata bazar Ramadan itu sememangnya dikendalikan oleh anggota-anggota Umno Kluang.

"So if the organiser kata tak boleh, tak bolehlah. Serupa juga kalau dia nak berniaga, dia ada permit, ada lesen. So kalau orang tak bagi berniaga, you berniaga, orang marah juga," katanya.

Razali, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Subang, dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk asal Muar.

Pada 10 Jun lalu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika mengagihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ.

Ini adalah kali kedua Liew dihalau keluar dari bazar yang sama, sejak 2014.

Awal hari ini, BH Online memetik Ketua Bahagian Umno Kluang, Md Jais Sarday yang menuduh DAP memulakan isu itu pada tahun 2007, dengan mendakwa DAP menggesa bazar itu dipindahkan ke tempat lain.

Ini telah mencetuskan kemarahan dan tentangan daripada peniaga Melayu yang masih ingat kejadian itu hingga ke hari ini, beliau dilaporkan berkata.

"Selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif DAP sebenarnya?.

"Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ.

"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu," ujarnya.

Md Jais berkata, urus setia bazar itu juga sudah menasihatkan anggota pembangkang itu supaya mengagihkan kurma ke kawasan lain, tetapi tidak diendahkan.

"Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?," katanya.

Tanya dulu sebelum beri

Menurut pembantu Liew, Sheikh Omar Ali, agihan kurma pada hari itu berjalan lancar di gerai menjual makanan dan minuman, tetapi mereka dihalang sekumpulan pemuda ketika bergerak ke gerai pakaian.

Sementara itu, Razali berkata mereka perlu mengambil kira perasaan peniaga sebelum mengedarkan sesuatu secara percuma.

"Waktu saya di Muar, saya pun bagi (kurma percuma). Kita akan tanya dulu, sebab kamu mesti ingat sesetengah peniaga menjual kurma.

"Kalau seseorang datang dan beri kurma percuma, yang jual kurma akan terjejas, sebab orang akan dapat free. Macam kita bagi selalu kuih raya. Itu kita kena pastikan kawasan itu tiada orang jual kuih raya. Kalau saya bawa 1,000 bekas kuih raya dekat kawasan orang jual kuih raya, mesti orang jual kuih raya marah," katanya



ULASAN GB

Demikianlah bunyinya apabila pemimpin-pemimpin yang mengamalakan fahaman rasis bersuara.

Bukakah Bazar Ramadhan sepatutnya untuk semua. Bukan untuk UMNO sahaja?

Sepatutnya tidak timbul isu orang ini boleh masuk orang itu tak boleh masuk.

Jika Bazar Ramadhan itu khas untuk orang-orang UMNO dan orang lain tidak dibenarkan untuk masuk ke sana, maka kita cadangkan supaya di lain kali mereka tulis signboard besar-besar disitu: BAZAR RAMADHAN INI HANYA UNTUK ORANG UMNO SAAAJA."

UMNO perlu terima hakikat bahawa rakyat di Kluang sudah memilih DAP sebagai wakil rakyatnya. Jadi apa dosa dan salah wakil rakyat di situ membahagikan kurma di kawasannya?

Sikap rasis dan perkauman pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri sudah menerima kritikan dari menteri kabinet sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy sendiri menyatakan bahawa tindakan tersebut (menghalang orang lain memasuki Bazar Ramadhan) perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tindakan itu tak perlu walaupun berbeza pandangan politik,

Rakyat perlu tolak pemimpin dan parti yang rasisma ini di dalam PRU yang akan datang demi  menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.



RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala.

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

SASARAN KUTIPAN: RM4,000
Jumlah terkumpul setakat ini: RM1,885


p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah usaha pemimpin UMNO untuk menegakkan benang basah. Barua yang mengamuk itu, bukannya peniaga buah kurma pun. Mentaliti melayu UMNO terlalu dangkal untuk berhujah. Sepatutnya dia menasihatkan peniaga supaya lebih berhemah, maka dengan itu pengunjung dari mana-mana parti sekalipun tanpa mengira kaum akan berminat untuk datang membeli jualan seterusnya perniagaan mereka jugalah akan lebih mendapat untung. Otak macam Wan Rosli belakanya dalam UMNO itu, bodoh piang!

Unknown berkata...

Stupid

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang UMNO buat apa pun ada pembela tapi kalau pembangkang buat ada saja laporan polis tindakan sepantas kilat akan jelma segera tapi dalam kes seperti ini polis memang ada bertindak tapi hanya sekadar ikut SOP laporan selepas itu tunggu arahan dari pemimpin UMNO seperti inilah pabila keluar kenyataan dari pemimpin UMNO sisatan akan terhenti samseng dalam UMNO boleh buat apa saja asalkan dapat perlindungan dari pemimpin atasan UMNO bilakah melayu UMNO akan sedar yang negara kita hari telah digadai oleh pemimpin UMNO yang sangat dibanggakan oleh mereka.

Tanpa Nama berkata...

betui... selepas ni minta UMNO tu wat signboard besar2... hanya ahli umno sahaja yang buleh beli di sini.. jom pakat boikot pasar ramadan di situ..

Usop ali berkata...

Statement bodoh untok menghalalkan Cara.Dari bodoh piang...rasis.

Tanpa Nama berkata...

Dangkal sangat kah pemikiran orang UMNO? Nampak macam nak jadikan isu Racist? Bagi buah kurma salahkah? Kalau sudi kita terima kalu tak sudi kata "no thanks" Sampai nak pukul orang kemudian bahasa kasar lagi. Inikah budaya kita? Kena tukar kerajaan baharu. Bila dah lama sangat macam ni la jadinya.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Kalau alasan setakat suruh pindah banyak lagi kes yang tempat berniaga kena pindah. Terkini Ampang Park.

Dan mengatakan penjual kurma rugi pun tak betul sebab kurma yang di jual jenis yang berjenama. Selalunya kurma yang di agihkan jenis yang boleh di makan tapi mutu nya kurang baik dari di jual. Mampos lah orang yang mengedar kurma jenis yang mahal.

Sebab yang jelas ialah tempat berniaga itu ialah untuk ahli UMNO sahaja. Mungkin ada juga ahli PAS. Macamana ekonomi melayu nak maju kalau ini cara UMNO berniaga?

'Aku Imam' atau aku samseng ?

Tanpa Nama berkata...

Melayu bangsat macam nilah yang mebolehkan najib terus berkuasa....Celako punya manusia...

Tanpa Nama berkata...

Dah diSAHKAN yang suruh Pindahkan BAZAR RAMADAN IALAHHH -MCA laa BONGOK punye JAIS SARDY DAN RAZALI dan juga Anjing2 Belaan Umngok.Tak reti nk Beza DAP DGN MCA.MCA kan Parti MACAI UMNGOK.BENGONG BETUL MELAYU SPESIS UMNGOK

Nobody berkata...

Yang suruh pindah MCA kenapa tak kejar MCA??? MCA punya salah DAP yang kena pelempang ke???

Bodoh

Tanpa Nama berkata...

Saya saran Pertubuhan Islam yang majoriti patut boleh jadi imam saman pemuda yang mengaku imam ini. Tak sanggup rasanya nak jadi makmum... Astaghfirullahal azim...mengucap kusss semangat...

Unknown berkata...

Masuk rumah orang dan pergi kebazar ramadhan merupakan dua perkara atau situasi yang berbeza. Apa punya statement Y.B dari Muar ni. Staraf dengan yang dari Pontian sahaja kenyataan nya. Bukan kah bazar ramadhan itu "TEMPAT AWAM". Bila di katakan tempat awam bermakna se siapa sahaja boleh pergi, kecuali kalau ada papan tanda yang mengariskan siapa yang boleh dan siapa yang tidak di benarkan.

Unknown berkata...

Kes pasar ramadan ni.. menampak kebodohan melantun2 umno dr bawah sampai atas... yg bawak nak tunjuk samseng taik kucing.. yg atas keluar kenyataan.. tak mengkaji turutan peristiwa.. malu betul yb razali tu..

Tanpa Nama berkata...

INSIDEN INI SAH MENUNJUKKAN BAHAWA PEMIMPIN KERAJAAN SKG, TAK BERNIAT NAK MAJUKAN PERNIAGAAN UMAT ISLAM YG MAJORITYNYA BANGSA MELAYU. WAT U BENEFIT UTK HALANG? SBB YG TERKENA NANTI RAKYAT YG SDG BERNIAGA. BERNIAGA IS OTHER WAY U BOLEH KURANGKAN PENGGANGURAN, DENGAN SYARAT ROMBAK SEMULA SYLABUS PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DAN UNIVERSITI, HAPUSKAN MINDSET BELAJAR UTK BEKERJA, BUT BELAJAR UTK BERNIAGA, IKUT SALAH SATU SUNNAH RASULLULAH SAW.TAPI MALANGNYA, PEMIMPIN SKG DAN MASYARAKAT DAHPUN DIRACUNI MINDSET BELAJAR UTK BEKERJA.

Tanpa Nama berkata...

Imam apa kalau akhlak buruk..