12 Apr 2017

RUU355 - Alat & Muslihat Najib Untuk Kekal Kuasa

Tangguh RUU 355 muslihat Najib

Penangguhan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 berkait rapat dengan muslihat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu kekal berkuasa, tegas Rafizi Ramli (PKR-Pandan).

Menurutnya, Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai kuasa untuk membenarkan sebarang usul atau akta serta dibincang, dibahas dan diluluskan.

"Seperti yang selalu saya sebut, saya bimbang dengan muslihat Pekan. Ini soal keikhlasan dan muslihat Yang Amat Berhormat Pekan kerana kita semua tahu dia mahu kekal berkuasa dalam keadaan dia adalah Perdana Menteri yang paling tidak popular dalam sejarah negara kita.


"Muslihatnya mengumpan RUU 355 supaya teralih pandangan kita daripada skandal. Muslihat Pekan itu semakin kelihatan kerana kuasa itu ada pada Pekan," ujarnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.

Turut disiar secara langsung melalui Facebook Invoke mulai pukul 8.30 malam, Naib Presiden PKR itu berkata, Najib juga sejak dahulu lagi berpeluang untuk melakukan pindaan Akta 355.

"Perkara-perkara menaik taraf Mahkamah Syariah ditolak ke tepi sedangkan ini di bawah bidang kuasa Pekan. Malah sebenarnya kalau Yang Berhormat Pekan betul-betul mahu berkehendakkan kepada memperkasakan syariah, ia boleh bawa 10 tahun lepas.

"Dua tahun lepas dia boleh bawa (usul). Tidak perlu ada satu RUU yang terpaksa melalui lengkung jauh kemudian menarik rakyat dua tahun berturut-turut tapi sekarang lulusnya tidak, bahasnya pun tidak," tegas Rafizi lagi pada sidang Parlimen Khas yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pakatan Harapan berbilang kaum itu.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan mempunyai kuasa penuh bertindak menangguhkan sesi perbahasan usul persendirian Abdul Hadi pada pukul 4 petang, 6 April lalu.

Walhal, Abdul Hadi telah menangguhkan pembentangan usul berkenaan sebanyak dua kali pada sidang Dewan Rakyat sepanjang 2016.

Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November 2016.

Tindakan Umno dan Pas menangguhkan pindaan Akta 355 sekaligus menyebabkan polemik RUU tersebut dibiarkan berlarutan pada ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir. -MD




RUU 355: Bukan hudud, usah jadi polemik politik

Abdullah Sani Abdul Hamid berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya hukuman takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh. Abdullah Sani Abdul Hamid (dua dari kanan) berpandangan RUU 355 bukan hukuman hudud sebenarnya hukuman takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Usul persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) bagi tujuan pindaan Akta 355 jelas bukannya hukuman hudud seperti turut disahkan Presiden Pas itu pada sidang Dewan Rakyat, 6 April lalu.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata, isu Rang Undang-undang (RUU) 355 yang disokong Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) sebenarnya boleh dibincangkan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah secara menyeluruh.

"Pembentangan usul (persendirian) Marang menyatakan (RUU 355) ini bukan hudud. Kalau bukan hudud, ini jelas dalam kerangka takzir yang boleh dibincang bagi mencari penyelesaian terbaik dan dibahas demi mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

"Takiyuddin juga kata 100 sebatan, 30 tahun penjara dalam kes sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Yang kecil itu apa? Yang besar itu apa?

"Kalau bernikah di luar kariah, mereka boleh dihukum 30 tahun penjara dan denda RM100,000. Ini amat tidak adil termasuk mereka yang tidak berpuasa, tidak solat Jumaat dan memberikan di masjid tanpa tauliah terdedah kepada hukuman 30 tahun penjara," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdullah pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi menyeru supaya hukuman yang dikenakan Mahkamah Syariah diselaraskan selain pentingnya meneliti kembali konsep hukuman.

"Apakah memenjarakan 30 tahun itu boleh mendisiplinkan mereka? Janganlah meletakkan hal ini sebagai polemik politik.

"Ada menangis (Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan) walaupun ini bukan hudud. Jadi, tolonglah jangan menuduh mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman 30 tahun penjara dan denda RM100,000 sebagai tidak Islamik," tegasnya lagi.

Sementara itu, Datuk Mohd Ariff Sabri (DAP-Raub) berkata, perkara paling mendesak pada masa ini adalah memperkasakan ekonomi dan politik orang Islam.

Beliau yang menjadi pembahas ketiga juga berkongsikan tangapan majoriti masyarakat Cina terhadap kepimpinan Abdul Hadi yang dilihat tidak konsisten.

"Kita berasa yakin berpegang pada janjinya (Nik Aziz). Bangsa Cina kalau Nik Aziz, mereka percaya. Kalau dari Marang, mereka tak yakin, sentiasa berubah-ubah," tambah Ariff lagi. -MD




RUU 355: Masukkan sekali khidmat masyarakat, saran Khalid

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) menyarankan supaya hukuman berbentuk khidmat masyarakat dimasukkan dalam pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang).

Menurutnya, pendekatan hukuman bagi jenayah syariah itu lebih menepati matlamat kemanusiaan dan keadilan berbanding cadangan 30 tahun penjara dan RM100,000 denda seperti dibentang Abdul Hadi sebelum ini.

"YB Marang pinda usul ini. Masukkan sekali khidmat masyarakat. Orang yang didapati bersalah buat khidmat masyarakat. Yang tidak solat Jumaat, pergi cuci masjid sebulan. Kata tidak mahu ikut cara Barat.

"Yang ditangkap khalwat bantu anak yatim supaya boleh lihat berapa ramai anak luar nikah juga ditempatkan di rumah anak yatim. Kenapa hadkan hukuman kepada RM100,000 dan 30 tahun penjara?" soalnya pada Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan malam tadi.

Pengarah Komunikasi Amanah itu juga berpendapat kedua-dua hukuman denda dan penjara maksimum itu berkaitan dengan hasrat untuk menjadikan kedudukan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Majistret.

"RM100,000 denda dan 30 tahun penjara ini datangnya dari mana? Datang dari keinginan untuk samakan kedudukan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Majistret tetapi itu bukan hujah syarie.

"Itu bukan satu hujah yang perlu kita terima kerana taraf mahkamah tidak boleh dilihat dari segi hukuman," tegasnya lagi.

Sidang Parlimen Rakyat Edisi Khas Pakatan Harapan di Invoke Malaysia, Sungai Besi diadakan ekoran usul persendirian Hadi pada 6 April lalu yang tidak membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk berbahas.

Khalid selanjutnya berpendapat jumlah hukuman denda dan penjara itu menggambarkan sistem mahkamah sedia ada seolah-olah mengongkong pemikiran.

"Sedangkan kita mahu menunjukkan Mahkamah Syariah ini lebih baik lebih bermatlamatkan kebajikan dan kasih sayang. Apa salahnya masukkan hukuman khidmat masyarakat sebagai salah satu bentuk hukuman?

"Hanya kita melihat usul Hadi banyak kelompangannya yang perlu dibahas. Saya khuatir kalau RUU 355 memang tidak mahu dibahas kerana tidak mahu nampak kelompangannya.

"Kita bukan membantah (pindaan Akta 355). Amanah menyokog penuh usaha memperkasakan Mahkamah Syariah tetapi persoalannya, dengan ditingkatkan hukuman semata-mata maka Mahkamah Syariah itu diperkasakan?," jelasnya.

Seramai 10 Ahli Parlimen mewakili Amanah, PKR dan DAP menyertai sidang Parlimen Rakyat yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam sehingga 11 malam itu dengan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai Speaker.



ULASAN GB

GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan khususnya kepada INVOKE dan YB Rafizi Ramli yang dengan kreatifnya telah melakukan satu "mock-up parliament" bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen PH yang sendtiasa dinafikan hak mereka untuk bersuara atau berbahas di Dewan Rakyat.

Menyentuh mengenai RUU355, sudah sewajarnya ia perlu dibahaskan seluas-luasnya oleh semua pihak kerana apa yang nyata kini ia seperti seolah-olah menjadi alat dan muslihat Najib untuk mengekalkan kuasanya apa tah lagi undang-undang persendirian Marang itu tidak berani untuk dibahaskan.

PAS menjadi alat UMNO semata-mata bagi mendapatkan sokongan orang Melayu/Islam di samping untuk menjauhkan lagi PAS dengan PH.

Namun apa yang jelas dan nyata pemimpin dan ahli-ahli PAS telah menggunakan isu ini untuk meneruskan agenda kafir-mengkafirnya terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Dan itulah yang disukai UMNO tang selama ini sudah dikafirkan PAS terlebih dahulu!

Sedangkan apa yang diutarakan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan harapan adalah sejajar dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia Syeikh Yusof Al-Qaradhawi yang menyatakan, TEGAKKAN KEHIDUPAN ISLAM TERLEBIH DAHULU, BUKAN HUDUD!






FEATURED ADS





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau beginilah rentaknyer...komoom BN akan menang nanti..RUU tu....tinggei UU jer lah.... nak meminda nie...perlukan kuasa...kuasa dimana Pas tak punya....melompong lah Pas.... kena main ngan Najib.... sapa nak sokong RUU nie aku nak tanya... dari Umno idak rasanyer...dari PR pun.idak juger.... melepeh lah kamu Pas oiiiii..... tak faham.faham lagi ker udah kena main....aduii...kata udah matang berpolitik...tp masih duk takuk lama.... yg duk pandei...ngata owg lain tak Islam
Tak mahu nengok Islam kehadapan....tak sedor ker udah makin kebelakang dibuat dek kamu semua.... TGNA udah berpesan...jgn berbaik ngan Umno...kome degei... memang hebat hal agama..tapi....duk ngata owg pun hebat jugak... mungkin kerana itu Allah tak beri kome tu menang agaknyer....kekadang tindakan macam owg tak beragama....suker suker jer ngata owg tak se Islam macam kome tu.... percayalah...kome tu takan kemana kalau begini... tak payahlah guna kun fa ya kun kome tu...tak da nyer Allah nak beri kemenangan kat komer..ken main pun masih tak sedor... apa oun samdul ker kome nie....

Tanpa Nama berkata...

Tingkah laku dh tahap baghal dah puak2 lebai nih..

Tanpa Nama berkata...


kami bersetuju... bukan kami nak menolak RUU355...

mohon yang bertanggungjawab tidak hanya berkata ~ "kami dah laksanakan tanggung jawab" dan mengharapkan sokongan sepenuhnya tanpa membuat pemerkasaaan terhadap cadangan...

mohon pihak pencadang memperhalusi perkara ini... dan berlapang dada dalam menjawab segala isu yang dibangkitkan... kita sama2 muslim... mohon diselesaikan secara muslim...


Tanpa Nama berkata...

kalau benarlah boleh jadi kafir kalau tolak hukum manusia ini, adakah tidak jatuh kafir menangguh2kannya tanpa alasan?

kalau ruu dunia, boleh dibahaskan hingga 5 pagi, knp ruu Islam hanya boleh tahan hingga 4 ptg, itupun setelah hampir 2 jam dikuliahkan?

wahai umat, lihatlah betapa pentingnya ruu dunia kpd mrk2 ini dr ruu Islam.

tp yg pelik, knp org2 yg gegak gempita mengkafir, berdemo senyap menikus bila ditangguhkan? adakah krn takut terlepas solat asar?

Tanpa Nama berkata...

Sudah kenyang makan dedak.8 bulan sudah berlalu bila nak saman Serawak Reports.

Tanpa Nama berkata...


Kaki fitnah phillkhodda, fitnah barua n broka..
Kaki maki hamun anjing babi taik dll..
Kaki ponteng U-turn tangguh..
Khianat curi juta2..
Tipu hudud-RUU..

Walauns2 siku lutot patut wajib mnjd SAKSI...tlh pun trjd kpd sorang bekas MB geng lobai org kuat philkoddha olarrmak donia..

--Allah dah pun sungkur/lingkopkan krajaannya pd pru13 tup2 terus dia pitam dan jatuh koma betul2 tepat sekali ibarat jatuh ditimpa tangga!

--Simbolik trajis & lebih hina lg gara2 mainan hudud "TIPU" yg mrk canangkan ddlm niat mrk itu, lalu Allah hududkan kedua2(DUA2) belah kaki kanan dan kaki kiri nya sekali-gus-CASH!!

--Dia kena hudud kedua2 kaki terlebih dahulu pastu barulah dia meninggal

--mrk coba meNIPU Allah..ttpi adakah walauns2 dpt mnjd SAKSI bgmn trajis dan simboliknya Allah beri CASH kpd hudud @ RUU mainan "TIPU" mrk itu!?

DAN..

Yg memberi "restu" supaya DUA2 belah kaki nya itu "dihudud" adalah si ahWANG Ardy itu sendiri sbg rakan kamcing nya yg sejati--SYIMBOLIK hudud awal2 lg dah pun makan/kena kat geng sendiri!?
...maha besar SYIMBOLIK Mu yaa Allah!

Semoga slps kedua2 belah kaki kanan dan kiri yg dgn SYIMBOLIK tlh pun di "hudud" itu, akan ada lg SYIMBOLIK2 yg lebih trajis agar dpt membuka mata HATI walauns2 yg dgn terang2 tlh ditipu serta terTIPU dgn 'mainan' hudud dan RUU dusta lg amat2 palsu itu..

..kot2 ada pulak lg kaki2 geng lobai yg akan dipotong @ mungkin kedua2 tangan pulak yg akan putus(dihudud) secara SYMBOLIK-Cash drp Tuhan gara2 menCURI hak rkyat-dedak 90juta itu!

Sama2 kita tunggu..

Tanpa Nama berkata...



Betul tu anon 10:20... saya sokong sangat hujah tuan tu...

mereka umpama tidak pasti yang manakah utama, yg manakah penting dan yang manakah yang perlu didahulukan...

mereka perlu belajar tentang pengurusan masalah (problem management)... mereka gagal dalam hal pentadbiran... bercita-cita besar dalam mentadbir negara... semoga direhatkan mereka semua ni...


Tanpa Nama berkata...

.
.

Isu nya bukan mengenai pembentangan atau tiada perbahasan untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah..

Najib dan Hadi sengaja mencipta kelompongan yang besar. Hukuman yang di putuskan oleh Najib dan Hadi tidak masuk akal. 30 tahun dan denda RM 100,000.. atas kesalahan yang sengaja tidak di senaraikan.

Apabila pemimpin pembangkang mempersoalkan tentang hukuman tersebut maka di katakan mereka menghalang RUU tersebut, sedang kan mereka membantah kerana pembentangan RUU tersebut tidak mengikut aturan.

Hadi menjelaskan dalam Islam hukuman rotan berlainan dengan sivil. Jika pesalah kurus maka akan di kumpul 100 ranting untuk di sebat ke atas pesalah. Bukan kah pandangan Khalid lebih baik iaitu di ganti dengan kerja khidmat masyarakat at. Jika setakat untuk memalukan rasanya cukup lah di hebahkan di kawasan setempat pesalah.

Bagaimana kesalahan yang sama antara orang kaya dengan orang susah? Adalah denda mengikut kesalahan?

Najib dan Hadi dengan niat jahat telah sengaja menawarkan satu hukuman yang tidak masuk akal supaya perbalahan mengenai RUU berterusan.

Mudah-mudahan Allah menterbalikkan kejahatan Najib dan Hadi pada diri mereka sendiri. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Ruu ni umpama tong oksigen hj hdi je.... cuma ni je senjata yg p@$ ada utk menghukum musuh potiknya yg tak sehaluan dgn idealogy Hj hdi.. senjata yg membuatkan dia rasa lebih islam dari org lain...baginya sape yg setuju dgnnya semua dihukum dgn gelaran takfiri... jangan kata org awam... mufti pun sanggup disekeh kepala kepala...