14 Feb 2017

[ULANGSIAR] Rakyat Tak Perlu Hiraukan Himpunan RUU, TGNA Pernah Tolak Pindaan RUU 355

PAS dilaporkan akan menganjurkan Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka.

Pihak berwajib bagaimanapun enggan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di situ, sebaliknya mencadangkan ia dibuat di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

PAS pernah diberi peluang dua kali untuk membentangkan usul persendirian RUU 355 di parlimen. Tetapi kedua-dua pembentangan itu berakhir dengan "mohon ditangguhkan" oleh pembentangnya sendiri iaitu Yang Berhormat Marang!

PAS dilihat menggunakan RUU 355 hanya untuk meraih sokongan politik terhadap partinya.


Sebenarnya, ahli parlimen dan umat Islam seluruhnya TIDAK WAJIB untuk memberikan sokongan kepada RUU 355 walaupun alasan yang diberikan PAS ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Ini kerana semakan terhadap Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan memberatkan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.

Cadangan pindaan itu pernah dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984

Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.

Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.

Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.

Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?

Sepastinya tidak!

Maka dengan itu tidaklah rosak iman seseorang kerana menolak pindaan yang digembar-gemburkan oleh PAS itu, apatah lagi ia bermotifkan politik kepartian.

Yang rosak iman ialah mereka yang menggunakan RUU355 untuk meraih kepentingan politik dan menggunakannya untuk mengkafir sana-sini.

PAS perlu hentikan segera retorik RUU 355 untuk mendapat sokongan orang Islam terhadap partinya dengan mengkafir mereka yang menolak usul persendirian berkenaan kerana RUU 355 bukan soal aqidah. Malah keseluruan RUU berkenaan adalah di bawah Perlembagaan Lord Reid, malah mengukuhkan RUU bererti mengukuhkan Perlembagaan Lord Reid yang ditentang oleh PAS sendiri.


AMANAT HADI

"Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir."

"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara- saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku."

Apa-apa pun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal terhukum kerana sikapnya yang melampau batas itu.

Sementelah lagi ramai yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO samada akan membenarkan Haji Hadi untuk membentangkan Bill Persendiriannya pada persidangan parlimen bulan Oktober depan setelah ditangguhkan sebaik saja ia dibacakan buat kali pertama pada persidangan parlimen yang lalu dan minta tangguh lagi selepas dibacakan untuk kali kedua pada November tahun lepas.


Allahyarham TGNA pernah tolak usul pindaan RUU355



TERBARU: Pesuruh Jaya PAS Perak, Razman Zakarian menyatakan "Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17, anda penyokong Ahok.

Sungguh gila. Apakah TGNA juga penyokong Ahok?


VIDEO BERKAITAN

Sikap Ghuluw (melampau batas) pemimpin PAS yang mengkafirkan 
mereka yang menolak Pindaan RUU 355





FEATURED ADS



12 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Mengikut Taki SU PAS,AHLI pas BERKURANGAN 20%,Sejak Amanah ditubukan,jadi bermakna secara logiknya ahli PAS,Sekarang tinggal 800,000 shj.

Memanglah inilah strategy PAS,nak tenguk kekuatan mereka sebenar berapa jumlah hardcore yg tinggal.

saya mengangarkan,dari kekuatan jentera PAS,dari pusat2 markas, tahfiz,tadika,ditambah pula sokongan keewangan dari selangor untuk menaja bus,minum pagi/petang dan duit poket saya menganggarkan yg keluar nanti mungkin 50% bersamaan 400,000 ribu ahli yg keluar.Agen2 pas seperti ustaz2 mereka yg berkempen habis2san di semua negeri semata-mata nak berdemo.

ini jangkaan saya,berdasarkan ahli2 nak menyelamatkan PAS dari berkubur.PAS mungkin mendapat publisiti dari media perdana ,terutamnya Utusan Malaysia.

Dengan hati terbuka,dan mendapat nasihat dari ulamak2 amanah,agar berlapang dada,meraikan ahli2 PAS.SELAMAT BEDEMO TUAN-PUAN,BERHATI-HATI DI JALANRAYA.

Sekian.

Malaysiabaru berkata...

Umum sudah tahu RUU 355,ini di hijack oleh ayoh hadi pin melalui Nik menyamar

Setelah jawatankuasa tekninakal pindaan ruu ini tidak di benarkan bawa ke parlimen

Apabila jamill kill berkonsipirasi bersama Nik.menyamar untuk beri laluan ayoh pin bawa ruu ini ke parlimen.

Tujuannya untuk ruu ini gagal Dan mencipta perbalahan antara mca mic dap Dan pkr. Sudahnya pas pun tak berjaya dapat kelulusan Dan menuding jari ke dap pkr mca mic pbb Sabah Sarawak. Apabila parlimen memgundi ruu ini.

Najib mahu menang pru atas dasar melayu Dan Islam. Tapi ruu 355 tak lulus pun najib tetap menang Besar pru14!! Apabila party melayu islam memyokongnya walau ruu tetap gagal d parlimen.

Pas dapat telor tapi BN tetap teguh setelah menang besar pru bersama kegagalan ruu355 !!!

matakanan berkata...

Menegakkan agama islam PAS kata mereka yang kuat berusaha semua patuh ajaran islam, dulunya hormat kepada ATGNA,aruah kata ru 355 bukan hudud oleh itu tak perlu kita turun . tidak lari pun akidah. hanya yang mempergunakan agama sahaja kata begitu.

Tanpa Nama berkata...

.

Nak kelentong orang lain boleh lah.

Rahman kata "Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17, anda penyokong Ahok."

Bukan tak sokong RUU anda penyokong Ahok. Piraaah.

Tak usah lah takut dengan ugutan 'Ahok' ini Kalau anda yakin dengan cara mainan PAS atau setuju dengan RUU pergilah. Jangan pergi semata-mata kerana tak pergi sama seperti menyokong Ahok.

Pergi kerana Lillahitaala. Dan Allah sebaik-baik pelindung.

Tun Perak berkata...

Ape yg pas dok kalut....bukan depa nak bentang pun...kerajaan kate depa takeover....pas tukang baca skrip je pas tu tangguh...2 kali tu...yg demo ni tujuan ape...kalau bn yg bentang...semua sokong lulus je...tak payah pembangkang pun...kalut malut betul la pas nih...gembang temberang je lebih...

Malaysiabaru berkata...

Minta maaf tuan d.h cik omar

PERTAMA KALI DLM SEJARAH ANA YAK SETUJU

Mana boleh anta kata 400 000 dan selamat bdemo????!!!

Org perlih kata hang gilakaa???

30 000 tak sampai.. Tu pun campur geng silat geng uniform dan baju merah.

Byk ahli pas dah jd neutral. Harum manis. Atau putih terus.

Kami dah survey satu Malaysia.. Ramai kecewa dgn tok guru bertentangan dgn apa yg mereka pelajari dari sunnah , fikh, syariat islam di kolej universiti dan d pondok.

Mungkin hanya amalan syiah yg paling hampir dgn ajaran tok guru. Caci maki hinaan thdap golongan sunnah adalah amalan syiah peringkat grassroot. Ini juga ajaran ayatolollah hadi pin.

Kalau taun omar betul 400k saya angkat tabik dan anggarkan melayu sudah bersama pm yg muslimin lagi mukmin!!

Tak perlu kita blog sebab propaganda kita dah gagal ?

Tanpa Nama berkata...

Pigs menjadi macai umngok...

Unknown berkata...

Alangkah baiknya kalau PAS bersungguh2 lawan penyelewengan dalam negara ni demi membela rakyat Malaysia sebagaimana depa pulun nak bentang RUU355 ni.

Lelakidicermin berkata...

Bagi aku tuang presiden dah jawab kenyataan Tun M.. tak payah tunggu sebulan.. satu jawapan penuh penghinaan utk BERSATU dan PKR..Apakah BERSATU dan PKR tidak terasa terhina.. sah2 jawapan PKR dan BERSATU dlm politik tiada kehinaan..susah aku nak ckp..PKR mcm dah sedar sikit mainan pak lebai ni.. bersatu je masih tak sedar..

Tun Perak berkata...

Kalau buat2 tak faham....memang mangkuklah...azmin camne....kalau tak de maruah komen2 yg manis buat abg adii tersayang

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

RUU 355 hanya boleh diluluskan dan digunapakai di mahkamah syariah melalui undi ahli-ahli parlimen. RUU 355 ini perlu dibentang dan dibahas terlebih dahulu sebelum MP2 parlimen membuat undian. Setelah dibuat undian, maka barulah diketahui MP2 parlimen dari parti mana yang menyokong atau menentang. Sekarang ini heboh juak-juak Pas menyatakan MP parti-parti tertentu yang menentang ran undang-undang ini, sedangkan pengundian di parlimen belum dilaksanakan lagi.

Amat aneh sekali Pas menangani isu ini. Demontran yang hadir pada hari Sabtu ini di Padang Merbok tidak ada kuasa untuk mengundi, sama ada menyokong atau menentang RUU 355 ini. Rakyat menjadi semakin keliru tindakan Pas yang menggesa supaya orang ramai hadir ke Padang Merbok sebagai tanda sokongan terhadap rang undang-undang ini. Ada walaun2 Pas yang menyatakan jika tidak hadir perhimpunan boleh mencacatkan akidah, dan Shahibul Fadhillah Razman Zakaria al-Kastami Pesuruhjaya Pas Perak melebel sesiapa yang tidak berada di lokasi demontrasi sebagai penyokong Ahock.

Sewajibnya Pas mengumpulkan semua ahli MP Malaysia yang berjumlamlah 222 orang di suatu lokasi yang sesuai. Terangkan secara terperinci RUU 355, dan pujuk mereka untuk menyokongnya. Jika sokongan di parlimen mencecah majoriti mudah, maka RUU 355 akan bertukar menjadi Akta 355 dan mahkamah syariah boleh mengimplementasikannya. Kesihan ahli-ahli Pas diperbodoh-bodohkan oleh pimpinan mereka untuk membuat kerja sia-sia. Ahli-ahli terpaksa menghabiskan masa sehari, tenaga, kos kenderaan dan kos makan semata-mata menurut "arahan jihad parti". Barangkali ada ahli-ahli yang taksuf terpaksa bergadai dan bergolok semata-mata untuk membuktikan kepatuhan kepada arahan parti.

Pada hakikatnya, kehadiran seramai mana sekali pun para demontran tidak membawa apa-apa signifikasi kepada RUU 355. Kehadiran itu nanti hanya sekadar menggambarkan sokongan kepada parti. Pas dilihat kian hari kian membingungkan rakyat, yang hanya heboh dengan RUU 355, sedangkan penderitaan kehidupan rakyat yang semakin meruncing di kesampingkan. Secara realitinya RUU 355 bukan Hukum Hudud, tetapi hanya berfungsi sekadar memperkasakan mahkamah syariah. Apa pun, selamat berdemontrasi kepada walaun2 Pas. Hati-hati di jalan raya dan di lebuh raya.

Tanpa Nama berkata...

WHY MUST SOKONGAN RUU 355 YG IN THE END AKAN IKUT UNDANG - UNDANG PENJAJAH, YANG MANA SEMUA HUKUMAN ADALAH PENJARA THE WORST PUNISHMENT YANG TAK BERI APA - APA PENGAJARAN. PAS SHOULD MUST LEARN, BUKA MATA SELUAS-LUASNYA AND SEE NEGARA AMERIKA SYARIKAT YG TAK TURUN-TURUN KADAR JENAYAH SAMPAI SEKARANG BAHKAN PENJENAYAH MENGAPAP PENJARA SEBAGAI RUMAH KEDUA. WE ONLY SOKONG RUU 355 DIBUBARKAN DAN DIGANTI TERUS DENGAN UNDANG -UNDANG 100% IKUT AL-QURAN DAN SUNNAH NABI IN ORDER WORD,IF NAJIB AND WANITA PUAKA MEROMPAK, HUKUMAN ADALAH POTONG TANGAN DI KHALAYAK RAKYAT MALAYSIA. INI BUKAN KEJAM SEBAB SUDAH DITETAPKAN OLEH AL-QURAN BAHKAN WE ALL TAK BOLEH TUDUH SEBARANGAN TANPA BUKTI ASAS AS IF MULUT GATAL SANGAT FITNAH ORANG SANA SINI HUKUMAN U WILL KENA SEBAT SEBAB MEMFITNAH. THIS RIGHT THING TO DO.