5 Feb 2017

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS Buang Masa

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat

Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM.


Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan.

"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, Pas akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dipetik daripada kenyataan beliau semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, badan tertinggi yang memandu parti itu akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilapor menyifatkan kerjasama Pas dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana.

Beliau berkata, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih dahulu diteliti oleh Jawatankuasa Pas Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak (MSU).

"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," ujarnya.

Kelmarin, Pas dan PPBM bertemu dalam hasrat Presiden parti berlogokan bunga raya itu untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat usaha PPBM itu tidak lebih membuang masa memandangkan sikap Pas yang mahu menjadi "king maker" dalam politik negara.

Bahkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.

PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama tersebut disahkan sendiri Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan.

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Apa yang diucapkan oleh pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir lebih realistik. PAS berpusing-pusing dan PPBM perlu meninggalkan PAS, sebaliknya menyertai Pakatan Harapan.

Kini PAS u-turn lagi yang entah ke berapa kali. Kali ini, di dalam isu kerjasama PPBM-PAS, Presiden PAS menyatakan:



Sebelum ini pun sudah meinta semua parti pembangkang agar berhatihati dengan PAS, parti yang terkenal dengan tikam-belakang dan pengkhianat itu.

GB sudah mengulas:

Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai.

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya sendiri, Hj Abdul hadi Awang.

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".


Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:


Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:



Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 


Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri.

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya.





FEATURED ADS



27 ulasan:

Unknown berkata...

Betullah kata Anne dalam blognya Life of Annie,
PAS ibarat GADIS GATAL (SLUT) yang menawarkan khidmatnya
kepada lelaki yang sanggup membuat tawaran paling mahal.
Dua lelaki bodoh berusaha mati-matian nak menawan hati
gadis gatal ini. PPBM patut lupakan sahaja PAS.
Tumpukan perhatian untuk menawan hati PENGUNDI
di kawasan-kawasan perdalaman, terutama FELDA.
Kalaua sik nak main cinta dengan PAS,
sendangkan semua tahu, PAS main jual mahal,
sanggup bersekedudukan dengan sesiapa sahaja
yang memberi tawaran tinggi.
Macam ni Mukhriz & Mahyiddin masih percaya....???
Tak payahlah.

Malaysiabaru berkata...


RANCANGAN PIS MUDAH

BUANG MASA AHLI PAKATAN YG MENGHARAP TONGKAT PAS. SEDAR SEDAR DAH PRU14. KELAM KABUT PRIBUMI DAN PKR!!! BELUM BERSEDIA

MACAM BUDAK SPM DAN PERIKSA SPM TAPI TAK BUAT HOMEWORK. DOK HARAP SOALAN BOCOR !!! YG DIBEKALKAN PAS!!

MAKLUMAT TERBARU KAMI TERIMA DARI CIAm

Saudi wahabinalgilababi guna khidmat israel cybersecurity untuk lawan rakyatnya dan pembelotan Isis.

GAMAKNYA MACAM TULAH PAS UMNO BOLEH KERJASAMA WALAU DULU HUKUM.KAPIR.

I.S.A ( ISRAEL SAUDI ARABUA) KINI KERJASAMA DALAM ISU SEKURITI. - lapor bloomberg nyt dan wsj

Terbaek dari Saudi dan pas !!!!

Unknown berkata...

Salam:


Kenapa nak buang masa,masa itu emas,sepatutnya sekarang PH+PPBM,sudah memulakan perancangan strategy LAWAN lebih 2 penjuru.

4 Sebab kenapa PH+PPM SAMPAI KIAMATPUN takkan dapat bekerjasama DGN PAS.

1.Dah terang lagi bersuluh,Jika nak bersama PAS,kena dengar cakap PAS,erti kata-lain dia NAK JADI BOSS,walaupun ketua pemimpin PAS,hamPAS.

2.Selepas PR14,PAS berhak nak joint mana--mana parti hatta BN sekalipun.NAK JADI KING MAKER.
3.Selagi Hadi,Zuhdi dan beberapa kerat pemimpin PAS,menguasai PAS,Selama itu ,PAS,menjadi parti yg TIADA ARAH TUJUAN.
4.Selagi kes 9ojuta tiada penyelesaian,TIADA ADA APA2 HARAPAN LAGI DARI PAS.

SEKIAN

Tanpa Nama berkata...

Ahli pas patut buat undi tak percaya pada presiden. Singkirkan hadi, dia lah makhluk perosak parti pas. Aku percaya masih ramai yg istiqamah nak tumbangkan umno cuma hadi yg jadi penghalang. Bangunlah pak lebai, makhluk perosak tu wajib disingkir, pulihkan kepercayaan rakyat pada parti pas. Kalau hadi takde dlm parti, aku yakin parti pas akan kembali gagah mcm era arwah tg fadhil noor dan tg nik aziz.

Tanpa Nama berkata...

Udah lah tu klu Pas dh tk ndak jangan dipaksa.Pas adalah parti yang hanye nk jadi Penasihat Ugama jer.Parti yang Tiada Hala Tuju Politik .

Tanpa Nama berkata...


Mahatet ingat dia smart dia licik dia hebat..

Klu dah pernah jd bapak & "taik" FITNAH, itulah sebodoh2 keTOLOLAN yg sgt2 parah!

Kita WAJIB ingat: org yg suka buat "trick"/FITNAH adalah sbb dah menCURI @ RASUAH!! Ingat & wajib slalu diingat "trademark" yg nih!!!


Mahatet Jibgor dan Ady ahWANG 2x5 sama jer..
Akhirnya nanti mrk nih jd sebodoh2 seTOLOL2 & sebahlul2 spesis umat

Mrk lah bapak FITNAH, jadah FITNAH, lebai FITNAH..
Fitnah LIWAT-1 Fitnah LIWAT-2 Fitnah Broka& filkuda

Akidah mrk adalah "trick" berhelah tipu keliru putar belit rkyat!

Tuhan mrk adalah duit-WANG @ harta & kuasa!!

Tiada & TIADA smaskali "niat" mrk berjiwa membela rakyat!!!


DAN..


Klu ada yg betul2 nak bela rakyat..tengoklah pd sosok yg bernama Husam Rafizi & Anwar Ibrahim tu







Tanpa Nama berkata...

Dulu mat sabu pun jenuh dah kena mcm tu...dlm meeting dah setuju, bawak ke hadi terus kena cantas, suruh hadi pergi meeting dia tak mau... ini ke perangai hadi yg walaun bangga2kan... apa jenis walaun aku tak tahulah...

Tanpa Nama berkata...

Pas ni dah tua..60tahun dah..perasan lawa..dasar pelacur tua..sapa yg bagi lebih..dia sapu..bangsat punya lebai..

Tanpa Nama berkata...

Dulu pkr beria2 nk pas...skrg ppbm pulak tiru langkah sumbang pkr.. Kang kalau Amanah dan Dap yg keluar PH amacam????seronok main politik keji mcmtu??? Otak pemimpin pg ppbm sila gunakan jgn letak kat lutut spt passikulutut...Khalassss.malas nk ckp byk2.....ph ppbm pun sama mcm bnpas nampak mngecewakan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Tak usah lah ke Mekah. Baik ke Karbala je. Yg anti sgt dgn Saudi apa hal? Syiah Iran, Iraq & Syria yg mengganyang Sunni di sana hg tak condemn plak.

Tanpa Nama berkata...

Itulah taraf nkau tuan berahim...jadi macai hadi jer..apa saja kau kata..dia nafikan..

5sal berkata...

Sepatutnya TSMY kna sedar diri..dengar apa yg Tun M katakan tu..Hanya Tun M dan anak yg nampak mesra dengan PH..TSMY ada sikap..dengan saff kepimpinan PH..Jangan sampai ppbm masuk perangkap--->jd ekor..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Rupa-rupanya pemimpin PAS nampak gah dengan cakap-cakap agamanya. Tetapi penakut. Bukan mereka tidak tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Sekurang-kurangnya mereka tahu rakyat semakin terhimpit dalam kesusahan.

Untuk mengelak dari melepaskan apa yang mereka ada, berbagai alasan mereka berikan pada diri mereka sendiri seperti serah kepada Allah, bersabar dan wala.

Tuan Ibrahim memang tidak ada kuasa tetapi jika Tuan Ibrahim rela hati atau berani bodoh buat kerja berunding dengan PPBM, Tuan Ibrahim perlu ada sesuatu yang dia genggam dalam tangan.


Segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan oleh MSU.

Halangan nya ada pemimpin meletakkan syarat iaitu menolak kerjasama AMAMAH dan DAP. Tujuan rundingan pula ialah satu lawan satu.


Peluang Tuan Ibrahim untuk dapat restu dari MSU sangat tipis.

Apa senjata yang di sembunyi oleh Tuan Ibrahim apabila membawa perkara tersebut betul-betul sampai kepada MSU dan bukan setengah jalan? Dan apakah yang akan menyebabkan MSU menerima nya atau menolaknya dengan alasan yang munasabah?


Jawapannya berapa ramai yang akan bersama Tuan Ibrahim dan jika perlu sanggup keluar dari parti ?

.

Tanpa Nama berkata...

Dah bagi tahu tak payah sibuk nak bincang dengan parti gila talak tapi PBBM masih nak juga, habiskan masa saja. Kan lebih baik masa diguna untuk merancang startegi bersama PH untuk menghadapi PRU14, fikir untuk bagaimana meyakinkan pengundi bahawa PH adalah pengganti kerajaan BN yang korup.
PBBM dan PKR lupakan saja pas yang terang-terang bersekongkol dengan UMNO, jangan nanti pengundi naik meluat dengan perangai pemimpin parti kamu. Kepada pemimpin DAP dan AMANAH teruskan gerak kerja kamu untuk menghadapi PRU14 dan sediakan pelan B untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Lawan mesti lawan BN dan pas.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa mcm hj hadi awang dan beberapa org lg ni org UMNO yg di serapkan masuk ke dlm parti PAS la,,, akan di aktifkan pd masa UMNO dlm nazak spt skrg,,,

Unknown berkata...

Sebenar nya saya sudah bosan dengan cerita pengabungan di antara PAS dan BERSATU setelah PAS sendiri enggan berkerjasa dengan AMANAH dan DAP. Malang nya masih ada lagi mereka yang mengharapkan pengabungan itu. Lihat apa yang terjadi di antara pertemuan TITM dengan Mukriz. Setakat minum petang sahaja. Apa pula yang di perkatakan oleh Hadi Wang di dalam pertemuan tersebut!!! Daripada siaran berita melalui portal berita di internet(saya sudah lama tidak membeli akhbar dan menonton T.V I, II dan TV 3 1/4) saya di fahamkan bahawa Hadi (PIL KUDA) akan bertemu dengan Mahyuddin pula. Pada pendapat saya bahawa tiada apa apa keputusan yang akan di capai, percaya lah. Hanya untuk memanjang kan bicara sehingga ke PRU 14. Itu lah pun hasrat si Pil Kuda.

Elok lah BERSATU mempersiap kan pengabungan dengan AMANAH, PKR dan DAP, itu pun kalau benar benar nak menjatuh kan UMNO/BN dan menolong meringan kan bebanan rakyat terbanyak. Perlu di ingat bahawa setiap ceramah yang di
siarkan melalui U-Tube pehak PH kerap menyatakan bahawa mereka nak menjatuh kan Najib dengan mendedah kan keburukan beliau. Namun begitu rakyat terbanyak sudah muak kerana "DIA" masih di situ.

Ikhlas saya nyatakan bahawa elok lah di tinggal kan PAS yang dah PUS itu. Rangka lah kerjasama dan persefahaman yang erat diantara PH. Berikhtiarlah untuk menghilang kan mimpi ngeri yang masih membelenggu rakyat terbanyak. Yakin lah bahawa rakyat marhean di belakang kamu.

Tanpa Nama berkata...

malaysiabaru

pnyamaran kau makin terdedah. tkpyh nk jadi agen umnopas utk tabur racun nk memberi imej penyokong ph adalah syiah.pi pantau hadi yg syg syiah eran tu.

hormati tuan blog. kita komen mengenai politik malaysia.

Malaysiabaru berkata...

United nations have concluded that Saudi arabia is responsible for the deaths of innocent 4000 children and women in yemen. Malaysia soldiers and inteligence abetted Saudi in its war against yemen.

Tak Mau percaya United nations.. Malaysia keluar lah dari pertubuhan bangsa bangsa bersatu masuk geng mafia Arab!

Unknown berkata...

Hmmm... kesian kat TITM. Dah tau TGHH cengey dok begagah lawan buat apa. Len kali masa buat meeting ka perjumpaan ka, kalau TGHH tak buleh nak pi, buat la video call skali dgn TGHH. Kalu dia nak bangkang, dia bleh bangkang lalatu jugak. Kan senang. Tak payan nak cakap 2-3 kali.

Tanpa Nama berkata...

Masa kian suntuk... ph masih terkial kial menunggu kata putus pas yg entah bila akan kunjung tiba...dateline yg diberi sudah lenyap entah ke mana...bersatu yg baru brp hari jd pmbgkg dilihat cuba jd abg besar skrg... sesekali terlihat jugak bangangnya ph ni...

Tanpa Nama berkata...

Setuju! Aku pun tak paham kenapa PAS buang masa dengan parti nyamuk PPBM yang dipenuhi oleh bekas pemimpin2 UMNgOk yang banyak terpalit dengan pelbagai skandal!

matakanan berkata...

Bagaimana hendak tumbangkan BN, kalau asik duduk fikir hal PAS,
bagaimana pakatan pembangkang hendak maju.
Kalau asik Pkr dan Ppbm hendak bercinta dengan PAS.
Bagaimana rakyat hendak percaya pembangkang masih tak sehati.
Kalau kata hendak tumbangkan BN lupa akan hal bersama Pas.
Benar la satu lawan satu cerah BN kalah.
Tapi apa boleh diharapkan sangat pada Pas asik berpusing pusing dan sentiasa dekat dengan BN.

peratusan rakyat sokong pakatan,
ibarat api sedang yang menjulang membakar. Api itu panas membakar sifat nya jangan sampai nyalaan mengecil haba api semakin sejuk

Tun Perak berkata...

Kerja pas melewatkan waktu permainan...so acah2 je...timbalan presideng...gi mtg...zuhdi,tontovi...komen...presideng belasah...deris gi mtg...titm...komen...zuhdi belasah...sampai umngok ready...pembangkang terkangkang

Tanpa Nama berkata...

Dunia akhir zaman...mcm2 boleh jadi...

Tanpa Nama berkata...

Sampai bila nak tunggu berharap dgn pas ni? Kalau pun pas sudi bergabung dgn ph, yakin ke bila ditakdirkan pmbgkang menang pada pru nanti pas tidak akan tikam blkg dan berpaling tadah sptmana track rekod perangai tuan hj mereng dulu2? Udah2lah ph nak tunggu pas, biar kalah bmaruah drp menang tp dikhianati...itu lebih baik...

Tanpa Nama berkata...

Pas telah dihijacked..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sama seperti Umno, Pas juga dipimpin oleh seorang diktator. Keputusan parti secara mutlak menjadi hak milik persendirian presiden. Barisan kepimpinan Pas yang lain hanyalah boneka presiden sahaja. Tiada empowerman (penurunan kuasa) dalam Pas. Kesihan benar wakil-wakil parti yang diarah berunding dengan parti-parti lain, rupa-rupanya tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perundingan akhirnya saling tak tumpah seperti sembang-sembang kedai kopi sahaja. Wakil-wakil parti lain juga membuang masa bila berunding dengan wakil-wakil Pas, kerana segala resolusi dan keputusan pastinya akan ditolak mentah-mentah oleh bapak presiden. Presiden Pas pula hanya mahu "berunding" dengan syarat sedondon, sepentas dan sestadium dengan Piem. Seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, Presiden Pas sudah terhutang budi lantaran Piem telah memberikan dedak yang bernilai RM90j. Natizen menantikan dari bulan ke bulan agar Pas menyaman SR yang kononnya memfitnah, namun penantian itu seperti pungguk rindukan purnama.