11 Feb 2017

Husam Pertahan Dakwaan, Sedia Ke Mahkamah!

Husam pertahan ucapan, tindakan mahkamah boleh buktikan kebenaran

Datuk Husam Musa mempertahankan apa yang beliau ucapkan dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada Pas.

Sehubungan itu, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan, kata Husam dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi Husam, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu menyaman beliau ekoran kenyataannya itu dibuat tanpa penelitian.


"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden Pas adalah tanpa penelitian, serta mungkin beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit," katanya.

Husam juga berkata, beliau tidak dapat memastikan apakah kenyataan Tuan Ibrahim itu kenyataan pribadi atau pendirian rasmi Pas.

"Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas," katanya.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Pas menerima dana RM90 juta dari Umno dan ia dibuat melalui Affin Bank sebagaimana didakwa Husam.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai jahat dan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat Amanah Kelantan itu.

Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik.

Husam dalam satu majlis ceramah di Kelantan mendakwa Pas menerima dana dari Umno melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

Ogos tahun lalu (2016) Sarawak Report mendakwa, Pas menerima dana RM90 juta dari Umno.

Ekoran itu, Pas berkata, pihaknya akan menyaman laman berita ang berpangkalan di London itu.

Pada 13 Disember lalu, PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Surat berkenaan dihantar kepada Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.

"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

Namun sehingga kini tidak ada sebarang saman yang difailkan oleh Pas terhadap Clare. -MD



PAS belum failkan saman terhadap Sarawak Report


PAS belum menyerahkan tuntutan kepada Sarawak Report meskipun tarikh akhir menarik balik artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berlalu.

Editor Clare Rewcastle Brown, dalam emel kepada FMT berkata, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya.

“Tiada,” katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah.


Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya.

Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember.

Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti.

Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.

Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas.

Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS.

Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya.

Peguam S N Nair berkata litigan yang menghantar notis akan menunjukkan keseriusan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

“Jika tidak, ia sekadar ancaman kosong yang tidak menunjukkan keseriusan kerosakan yang didakwa itu,” katanya.

Katanya, sesetengah peguam, bergantung kepada kerumitan kes dan faktor lain, lazimnya akan memfailkan saman secepat mungkin.

Nair menjelaskan tindakan susulan tidak boleh dilambatkan terlalu lama kerana kejelikan fitnah akan berkurangan dari masa ke semasa.

“Malah mahkamah juga tidak akan mengambil plaintif dengan serius kerana melambatkan saman kecuali alasan yang baik diberikan,” katanya.

Nair menambah ia bukan suatu keperluan undang-undang, cuma berdasarkan logik.
-FMT
VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

TITM telah mengancam untuk membawa kes ini ke mahkamah. Bagus. Tetapi seperti di dalam kes saman terhadap Sarawak Report, TITM juga dahulu membuat ancaman yang serupa:

Sarawak Report mendakwa sejumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke akaun pimpinan kanan PAS.

Transaksi itu, katanya, antara usaha Najib untuk memikat kepimpinan PAS agar menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikecam pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan berniat buruk itu kerana mencemarkan nama baik parti dan dasar Islamnya.
-petikan FMT

Lalu apa yang berlaku?

Takiyuddin sebelum ini berkata peguam di United Kingdom sudah menghantar surat tuntutan kepada Sarawak Report pada 13 Disember.

Menurut beliau, surat itu mengandungi 3 tuntutan menuntut Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, dan membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui parti.

Tuntutan ketiga mahu Sarawak Report membuat akujanji untuk tidak lagi menyiarkan tuduhan palsu di masa depan.

Tempoh 7 hari kata dua itu luput 20 Disember lepas.

Hanya tuntutan supaya SR tarik balik artikel berkenaan dan berakujanji untuk tidak menyiarkan tuduhan yang dikatakn palsu itu.

Itu pun Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, berkata tiada sebarang dokumen diserahkan kepadanya.

“Tiada,” katanya menjawab soalan sama ada peguam PAS sudah menghantar writ dan dokumen lain yang menunjukkan mereka mahu berjumpa di mahkamah.


Takiyuddin terus mendiamkan diri selepas itu!

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan belum lagi menjawab soalan FMT, meskipun mesej WhatsApp sudah dihantar, dan panggilan dibuat kepada nombor telefon bimbitnya.

Lebom besar nampaknya.

Berbalik ke kes Husam Muasa. Husam tidak pun menuduh secara melulu tetapi cukup berhati-hati di dalam ceramahnya dan tidak menyebut nama parti iaitu PAS di dalam isu RM90 juta itu.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank,"


Husam mungkin ada sedikit maklumat mengenai RM90 juta itu dan beliau menyatakan "Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank".

Jika itu sahaja kenyataan Husam, bagaimana hendak samannya ke mahkamah sedangkan beliau TIDAK mengungkapkan secara pasti dan jelas wang itu melalui Affin Bank? Beliau menggunakan ungkapan: "ambo teka" dan "Betul ke dok"!

Jika Husam ada maklumat mengenai transaksi di Affin Bank ia mungkin terbongkar nanti jika mahkamah memilih untuk mendengar dan membicarakan kes berkenaan. Lagi teruk nasib PAS.

Namun dari segi meritnya, ia lansung tiada kes.

Bagaimana nak ada kes sedangkan nama PAS pun disebut? Itu pandangan dari seorang peguam yang dapat GB hubungi..





FEATURED ADS



21 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.

STATEMENT"Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan."

kESIHAN titm,nampak gayanya,titm tertinggal keretapi lagi.

Banyak-banyaklah "berdoa"meminta Allah tunjukkan jalan yg lurus.

Kita sebagai Manusia biasa,bukan nabi/Rasul yg "Maksum",sama-samalah kita bertaubat dan berdoa meminta keampunan pada "ALLAH",TIADA APA2 YG DIKEJARKAN DI DUNIA INI,kita akan mati tinggal sebatang kara,hanya kekal di akhirat kelak/jika amalan soleh diterima dan diRAHMATI ALLAH KA SYURGALAH KITA,jika tidak nauzubillah.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Ambo teringin sgt nok dengar ulasan tn hj hadi berkenaan tuduhan ni, tp senyap tupah joo...ada di luar negaro ko?

Lebai Roger berkata...

TITM SETAKAT JADI KALDEI JE........hina nya Pas memperkudakan olamak!

Tanpa Nama berkata...

Harga PAS 90 juta je.... murahnya!

nur berkata...

Pas penipu besarq. suh SR tarik balik dakwaan tak sama dengan dah tuntut saman malu terhadap SR. mcm bumi ngn langit bezanya. pas tu pulak dah masuk 2 bulan tk saman pong lagi, tapi aku yaqin, ramai lg melayu PAS bodo yg konpius. membaca malas, otak letak kat lutut.

Tanpa Nama berkata...

klu 2.6b dikatakn derma arab..utk menentang isis dn membela sunni.

maka 90j akan dikatakn derma iran...utk menentang sunni.. kot gitu. takkn hadi yg anti saudi nk kt ia derma saudi utk ruu.

2.6 kata jgn takut la wahai 90j. aku dh masuk akaun lagi..pun masih blh disucikan. US pun tk berani sebut nama aku.

kau baru dpt 90j dh panik. husam tu dok main teka teki bank affin tu.. bukan dia tuduh pun.

kau jgnlh cepat gelabah 90j. kau tgk doj dedahkn hal aku. aku buat bodoh je. aku blh ugut lg klu depa bg menang aku akn pulangkn 2.6b tu.

kau ikut jela cara aku 90j. dont worry everything will be fine.

Tanpa Nama berkata...

Ni parti beragama dan sokong koruptor terbesar dunia. Malukan Nama agama.

Tanpa Nama berkata...

.

Harga UMNO 2.6 Billion !

Kira lah berapa kali ganda harga ilmu agama dengan ilmu putar alam ..

Lagi teruk harga agama terlalu sikit dengan kad kredit yang di belanja di Taiwan.


Tanpa Nama berkata...

.
.

Kalau PAS saman SR tak ada lah rantaian fitnah.

Orang sentiasa ingin tahu dan bertanya. Kalau Husam tanya samada RM90 juta akaun nya ialah Affin Bank, macamana kalau orang lain jawab bukan, bukan Affin Bank.. Bank Islam.. yang orang tanya bank mana ?

TI sepatutnya semaklah samada parti ada akaun dengan Affin Bank dan kalau ada berapa jumlah duit dalam akaun tersebut ?


SPRM pulak siasat salah seorang AMK PKR yang memiliki kekayaan tetapi mengapa SPRM tidak siasat RM90 juta yang masuk ke akaun PAS sekira nya atas nama individu.


Masalah nya jika bukan akaun parti ke akaun siapa duit tersebut di masukkan di Bank Affin ?

Walaupun Husam hanya bertanya ia nya tetap satu tuduhan fitnah sebab apa sahaja yang Husam tanyakan atau apa yang Husam minta di perjelaskan malah jika Husam buat cadangan bagi PAS ianya ada lah fitnah !

Tanpa Nama berkata...

.

Silap PAS ialah ketara sangat berbaik dengan UMNO. PAS berubah secara tiba-tiba. Garang, kasar bahasa dan sombong

Sepatutnya jangan tinggalkan pakatan apabila terima duit dan jangan mainkan isu hudud-RUU. Ini bila duit masuk dah tak sabar-sabar nak joli.

Kalau masih dalam pakatan PAS nak duduk senyap dan buat tak tahu pun tak boleh juga sebab ada Khalid Samad, Mat Sabu, Mujahid, Salahuddin dan lain-lain..

Hendak tak hendak, kena lah saman.

Majlis Ulamak PAS kena siasat betul ke tidak, sebab bukan sahaja nak selamatkan diri mereka semasa dalam kubur nanti ..

Anti Fitnah berkata...

Teringat akan peribahasa Melayu ...
Siapa yang makan cili, maka dia yang terasa pedas ...
Tak Betul Tak Melatah ...
Ambo respek Musa ... baru cubit sikit kat betis ... PAS dah melatah ... Ini belum lagi pahanya ...

Daud berkata...

Satu perkara malang yg menjadi fitnah adalah, ramai yg berjuang kerana manusia yg di panggil Tok Guru dan Ustaz2. Walau apa pun meteka ini kata atau buat hatta bercanggah dgn lslam, pengikut akan ikut secara membuta.
Akhirnya Tok Guru masuk parit, mereka pun masuk sama.
Di akhirat saja baru sedar.....

Daud berkata...

Satu lagi, mereka merasa orang2 yg mati dlm PAS ada lah orang yg mati dlm perjuangan, mati dlm lslam, mati dlm lman.
Yg penting mati dlm PAS, baru dirasa beriman dan lslam......
???????

Tanpa Nama berkata...

.

Tidak tahu hujung pangkal.

Sebab terlalu menganggap seseorang terlalu maksum. Pada hal belang jahat terserlah sedikit demi sedikit.

Macamana orang seperti TI boleh terperdaya ?

Kalau kita telah terpedaya dengan yang batil bererti kesilapan kita ialah iman kita tidak betul duduknya . Iman bukan hanya bererti percaya kepada Allah tetapi sebagai panduan untuk kita menentukan yang mana yang benar dan yang mana yang tidak.

Daud berkata...

Dont worry brother, lslam meraikan perbezaan pandangan sebagai suatu yg baik utk perkembangan lslam & umatnya. Mazhab pun berbilang banyaulknya, sampai soal solat pun mereka berbeza pendapat....tak jadi masalah pun. Semua orang terima....so, takkan lah dlm hal parti politik kita hanya diberi satu pilihan saja?
Berdasar soal mazhab yg lebih dari satu ni, saya rasalah kalau parti lslam ada lebih dari satu lebih baik.
Tiada lah monopoly.
Rahmat Allah luas, jangan nak monopoly sorang je......

Tanpa Nama berkata...

Terbaek husam.mmg macaipas selalu kutuk2 husam kuasa 10....skrg tgk mmg btl2 husam punya penangan mmg kuasa 10....siap pas buat ceramah mega tolak husam menunjukkan betapa kuatnya power husam...

Tanpa Nama berkata...

.

Memang saudara betul.

Tapi semua perbezaan pendapat malah apa jua tindakan menjaga akhlak dan mengikut adab dengan teliti.

Kalau berbeza pendapat yang membawa kerosakan pasti akhlaknya buruk dan adab nya menyinggung orang.

Sehingga menunjukkan sikap sebagai diktaktor ugama.

Tanpa Nama berkata...

.

Mula-muka buat kenyataan akan saman.

Kemudian akan diputuskan oleh jawatankuasa se belum menyerahkan ke Majlis Syura kerana ini lah pusat segala pusat yang menentukan hala arah parti, yang menimbang mengikut hukum dan yang membuat keputusan muktamad.

Tengah-tengah, ada suara. Suara yang memandang remeh usaha menjaga nama parti. Suara itu hanya menafikan dakwaan RM90 juta begitu sahaja dengan ayat-ayat Allah.


Tanpa Nama berkata...

Dah ramai dah yg keluar pas dan sokong amanah tapi tak mau declare dan tunjuk secara terang terangan sebab bnyk hati yg perlu dijaga terutama atuk dan nenek yg mmg dah sebati dgn pas dulu kini dan selamanya...pas akan dpt rasa penangan silent voters ni in shaa Allah pada pru akan dtg...tunggu dan lihatlah...

Tanpa Nama berkata...

TI tu bekas pensyarah aku masa di ITM dulu...kebelakangan ni terlihat raut wajahnya semakin kusam dan mcm susah hati...kesian...

Tanpa Nama berkata...

Alamak pas kena panggil ribu2 utk lawan husam seorg... so, salah sgtlah husam kuasa 10, patutnya husam kuasa 1000 baru betul...hehehee...