31 Jan 2017

Salahuddin Berkalibar & Berpotensi Sebagai MB Johor

Masyarakat Tionghua gembira menyambut kedatangan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Tuan Haji Salahuddin Ayub beberapa hari sebelum hari Tahun Baru Cina di Rumah Orang-orang Tionghua Rosevelle Pontian Johor baru-baru ini. Salahuddin sewaktu itu sedang mengedar limau untuk masyarakat Tionghua di sekitar bandar Pontian.

Salahuddin adalah seorang anak jati Johor, dilahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Pengalaman beliau di dalam politik bermula pada tahun 1983 dimana ketika itu beliau telah dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pontian setelah berkecimpung di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selama tiga tahun sebelumnya (1981-1983).


Salehuddin dilihat berkalibar dan berpotensi besar untuk menjadi Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan berjaya merampas negwri tersebut dari UMNO BN di dalam PRU14 nanti.

Salahuddin kelihatan sedang menolong seorang tua menolak kereta tolak di Pontian baru-baru ini. Terasa simpati di lubuk hatinya dan terus memberhentikan kereta dan terus menolong.


Pengalaman beliau selama dua penggal sebagai ahli parlimen Kubang Kerian sewaktu Almarhum TG Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan telah membuka peluang untuk Salahuddin menunjukkan dan membuktikan kepimpinan dan kebolehannya menyelesaikan banyak isu-isu rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Pertama kali Salahuddin diturunkan di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi Kubang Kerian pada Mac 2008.

Pada waktu itu, Allahyarham Nik Aziz berkata "dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar."

Selain Salahuddin, antara pemimpin luar yang menjadi ahli Parlimen di Kelantan ialah bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok dan Bendahari PAS semasa itu Dr Hatta Ramli di Kuala Krai.

Salahuddin pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009) dan kemudian sebagai Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015).

Sewaktu beliau menjadi Naib Presiden PAS, beliau telah berjaya melebarkan pengaruh PAS di Johor dan beberapa orang pimpinan PAS telah menang di dalam pilihanraya pada tahun 2014.

Semasa beliau menjadi ahli parlimen Salahuddin telah menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006.

Beliau pernah mengetuai misi kemanusiaan ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).

Beliau juga pernah mewakil Kerajaan Malaysia untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.

Beliau juga menganggotai International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Pada 2015, Salahuddin menyertai beberapa orang pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh di dalam muktamar melalui satu perancangan licik geng ulama bagi membentuk Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya melahirkan Parti Amanah Negara dengan beliau terpilih sebagai timbalan presidennya.

Sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin menggalas tugas besar untuk membawa partinya ke seluruh pelusuk negara, khususnya di negerinya sendiri itu Johor.

Baru-baru ini, di dalam kontroversi diantara Sultan Johor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Salahuddin telah mengambil pendekatan sederhana tetapi dengan bijaksana, menggesa semua pihak supaya mematuhi prinsip asas Perlembagaan Persekutuan sebagai jalan keluar terbaik demi mengekalkan keharmonian antara institusi istana dan rakyat.

Ketika membuat gesaan itu, Salahuddin berkata tiada ada sesiapa yang mengatasi undang-undang.

“Sama ada ia melibatkan institusi istana yang diwakili oleh Raja-Raja Melayu atau golongan rakyat biasa yang diwakili oleh pimpinan politik yang dipilih melalui proses demokrasi berparlimen, semuanya harus menjaga kaki mereka supaya jangan terbabas masuk ke dalam garisan pemisah yang telah digariskan oleh perlembagaan negara," ujarnya.

Mengenai isu 1MDB, beliau berpandangan bahawa ia merupakan satu malapetaka besar buat negara. Katanya, sejak skandal itu dibongkar, imej negara tercemar di mata dunia malah keadaan negara menjadi rosak lantarannya. Justeru itu beliau telah menggesa rakyat bertindak untuk menghukum mereka yang terlibat dengan skandal tersebut melalui proses perundangan dan selebihnya melalui peti undi di dalam pilihanray yang ke 14 akan datang.

Bagi rakyat Johor, inilah masa dan ketika yang terbaik untuk memilih Salahuddin memimpin negeri Johor dengan lebih amanah, progresif dan peduli disamping mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti menggantikan UMNO BN yang sinonim dengan korupsi dan kleptokrasi.

GB sendiri sebelum ini di dalam stau entri bi blog ini pada tahun 2009 lagi bertajuk PULANGLAH PERANTAU pernah menyatakan iaitu semenjak beliau diura-urakan oleh PAS untuk tidak terpilih bertanding di Kelantan, supaya Salahuddin kembali ke Johor untuk memimpin negeri Johor.

Yang utama, perjuangan diteruskan dan ingatlah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Juteru itu, jom Salahuddin, tanggalkan kot dan talilehermu sebentar, kita harung kampung-kampung seperti dulu-dulu, meredah jawa-jawa yang ada diantaranya masih pekat birunya di Johor itu
.


Apa yang GB tulis 18 tahun yang lalu kini menjadi kenyataan, bezanya kini Salahuddin memakai baju oren!

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salahudin mmg terbaik dan ramai rakan2 spt husam, khalid samad, dr hatta dan ramai lagi pemimpin berkaliber dlm Amanah.Wajar di angkat sbg pemimpin sebenar menggantikan pemimpin kleptokrasi skrg.. Cuma ph perlu Fokus melaksanakan visi dan misi rakyat...Tp apa yg rakyat nampak Ph masih main drama king dgn pas.Dr dlu smpi skrg sama je perangai ph terutama pkr. Ajak rakyat berubah "jom Ubah" tp ph sendiri xnk berubah.Sampai bila nk mcm ni Igtlah Nik Aziz dan DFN dah tiada. Pas bukan mcm dulu.pas parti dedak skrg ni.Terima lah kenyataan.Move on tanpa pas. Rakyat pun dah muak dgn pas.Moga pimpinan ps cpt buat keputusan kalau tidak tgu lah nt keputusan rakyat pada next pru menolak ph....

Malaysiabaru berkata...

Mengikut RISIKAN CIAm

JOHOR MELAKA KEDAH SUDAH PASTI TUMBANG .

ISU CHINA REMBAT BARANG MALAYSIA JADI SIULAN DAN KETAKUTAN RAKYAT MELATA

YANG PENAH SOKONG UMNO KECEWA TERUS.. BILA SEJARAH RIWAYAT KESULTANAN DI BUKA DAN DI HEBOH KPD RAKYAT... LEMAH LONLAI ORG UMNO MENDENGAR BAGAIMANA SINGAPURA PENANG DI GADAI...

$$$$$$$%$%$$$$$$$ YUAN YUAN YUAN

INILAH YANG AKAN GANTI KEPALA AGONG. RINGGIT TAK LAKU DI MEKAH? MATAWANG THAILAND DAH ATASI MALAYSIA DAN FILIPINA BAKAL MENYUSUR.. WANG INDON PUN DAH JADI SEPARUH BUKAN 2/3 MACAM DULU....

HARAM JADAH BANK TIDOR NEGARA. KEMENTERIAN KEWANGAN JADI PASAR GELAP ... 1MDB JADI GAJAH PUTIH...

MELAYU akan PROTES UMNO !!!

Selamat tinggal JOHOR MELAKA KEDAH !!!

SampoernaHijau berkata...

iya tuan hj salahudin memang beliau terbaik.pernah aku bercerita pd seseorang,kisah seorang ibu tunggal.seseorang ni sampaikan pd beliau.beliau bank in rm500 utk ibu tunggal tu melalui saya.kisah ni di kuala lumpur.ibu tunggal tersebut nak bayar semula selepas beberapa bulan.beliau tolak.dan minta wang rm500 di bahagi dua.masuk dlm tabung utk bantu imam Zaaba dan saudara Mazlan Aliman.

Tanpa Nama berkata...

Insyallah...menang pribumi warisan harapan...insyallah mb baru kerajaan baru...hidup johor...negara johor..amin

Tanpa Nama berkata...

Kalau Perdana Menteri, orang nya berintegriti dan ada tokoh pemimpin yang bijak dan jujur lagi amanah, Perdana Menteri itu dapat memimpin ke arah kebaikan kepada rakyat.


Kalau Perdana Menteri nya penyamun dan guna kuasa duit, dia telah merosakkan negara.

Busuk nya ikan dari kepala !

Semua negeri bukan sahaja Johor perlu tukar MB sepertimana Malysia perlu tukar Perdana Menteri.

Untuk memilih Ketua yang terbaik sebagai pemimpin (MB) tidak boleh memilih calun tersebut sahaja tetapi kena beri pada parti.

Untuk memudahkan rakyat membuat keputusan... ketepi kan atau tolak sahaja PAS dari pilihan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tak gila jawatan dan berterusan berjuang demi kesejahteraan rakyat .. dan rasa nya tak banyak benda yang di jadikan modal oleh penyokong Hj Hadi samada untukbmenfitnah, mengutuk atau memaki Salahuddin..

Dia antara pemimpin AMANAH yang clean.

Apakah ada bantahan dari PAS untuk menjadikan Salahuddin sebagai MB Johor ?

Jika benar ada rundingan antara PPBM PAS, berikan Johor pada AMANAH.

Lelakidicermin berkata...

Kita sebenar tak terfikir kesan jangka panjang yg telah di buat oleh arwah TGNA calun luar bertanding di kelantan dulu..rupanya kesannya amat besar dan berkesan benar.. contohnya salahuddin ni. Tanpa salahuddin rasanya dimana pas di kedudukan kubu kuat umno tu.susah pas nak dpt sagunya.. salahuddin yg ruyungnya..

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan harapan melihat Salahuddin menjadi MB Johor menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Ya Allah jadikan lah AMANAH sebagai pentadbir negeri Johor.

Amin.

Tanpa Nama berkata...

Susah juga bro.masyarakat kampung masih pemikiran otak bwh tpurung...ditambah pula undi hantu drp bangla,myanmar,nepal indonesia dan terbaru 700k china rasanya BN menang besar terutama johor....

Tanpa Nama berkata...

Ramai calon dlm Ph terutamanya Amanah yg berkaliber dan berpengalaman...tapi bila masuk pru ramai yg kecundang... sebab utama adalah sistem pengundian yg senget sebelah...lihat saja sudut media, pagi ptg siang mlm asyik duk tayang kekasih gelap pigs...slot 5 minit utk pmbgkg sikit pun tak ada... tp geng pigs kata itu dah cukup adil... bengong punya walaun pigs...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) adalah parti serpihan Pas, namun parti yang berusia setahun ini mampunyai kelebihan tersendiri. Amanah mempunyai barisan kepimpinan yang berkaliber dan berkualiti, walaupun keahliannya belum mampu menandingi kuantiti ahli Pas.Pas mempunytai ramai ahli yang bertaraf walaun, namun dibarisi kepimpinan yang hilang kewibawaan lantaran hilang pendirian semata-mata kerana dikaitkan dengan pemberian dedak. Pas sudah 60 tahun berseteru kerana tidak sehaluan dalam isu-isu keagamaan dan kepincaangan pemerintahan Umno. Pas kini menjadi bisu dan pekak dalam isu 1MDB kerana terhutang budi dengan pemberi dedak. Siakap senohong, gelama ikan belanak, bercakap bohong kerana termakan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Greenboc ada apa2 info ttg prbincangan PAS-BERSATU? Tolong update memandangkan PAN dan DAP xdijemput. Just nk tau apa sebenarnya

Tun Perak berkata...

Amanah parti masa depan....kiranya pas dan ppbm ujudkan pakatan baru yg menyusahkan ....tolak kedua2nya

Tanpa Nama berkata...

Saya suka dgn ulasan tuan, harap tuan dpt ulas mengenai kerjasama pas dan bersatu, secara x langsung saya nampak seolah ada tarik tali antara pas dan amanah-dap utk memiliki pkr dan bersatu...amanah-dap ternampak seakan terpinggir apabila pas hanya setuju kerjasama dgn pkr dan bersatu...

Tanpa Nama berkata...

Kerjasama pas-bersatu tetapi menolak amanah-dap, ni kerjasama jenis apa namanya ni? Nampak seolah pas ingin merebut kasih pkr dan bersatu utk bersamanya dan secara x langsung amanah-dap dgn sendirinya akan terpinggir...betul tak telahan politik aku ni...hehehee...

Tanpa Nama berkata...

Yea betul tu...walaupun amanah akan bertanding sendirian, aku tetap akan pilih amanah...sebab pemimpinnya setakat ini adalah org2 yg istiqamah dlm perjuangan dulu kini dan in shaa Allah selamanya...

Tanpa Nama berkata...

Dgn keadaan pembgkang yg tidak bersatu ada kemungkinan ke boleh menang? Itu belum ambik kira perangai pigs lagi tu...kesian rakyat malaya...