8 Jan 2017

Budaya Takfiri Bawaan PAS Bakal Hancurkan Parti Itu Sendiri...

LUCU: STATUS USIN CEROI PALING WIN

Semalam lepas mencandat sotong, sambil berjalan balik sama guru tok, tok bertanya satu soklan kat guru tok.

"Tuan Guru Ayatollah Almarangi, benarkah jika sudah ada satu parti Islam dlm negara kita, haram diwujudkan satu lagi parti yg lain?". Soal tok.

"Na'am. Betul. Harang tubuh parti islang laing, sebab kite doh molek ade parti Islang yg kita anuti sekarang. Wat mende bebanyok parti Islang? Cukup se...". Jawab guru tok.


Tok senyap seketika. Untuk kepastian, tok tanya lagi, " Contohnya, kite doh ade bini molek doh, haram juga la kita berbini lagi, Tuan Guru?". Soal tok dengan serius.

Tiba2 muka guru tok bertukar jadi merah macam sotong mengawan nak sampai klimaks.

"Mung ni using...nak soal sungguh2 ke atau nak mengate kat ambe?". Jerkah guru tok sambil menggenggam batu karbala.

Tok dengan laju melangkah jauh dari guru tok mengelak dari terkena lontaran batu karbala, " Maapkan saya, Tuan Guru....Ampunkan saya...penunggu gua, errr... tuan guru... saya tak teringat Tuan Guru pun ada lebih bini...". Kata tok terketar2. -FB TUC


ULASAN GB

Saja GB bawa status fb Tok Usin Ceroi di atas sebagai bahan untuk renungan semula.

Perkara pokok yang GB nak ulas ialah Presiden PAS di dalam ucapan penggulungan di Muktamar Pas 2016 telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya.


Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang akidahnya.

Malah Presiden PAS itu mendakwa di dalam satu capannya di Tumpat pada Oktober 2015, kononnya Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Yusof Al-Qaradhwi menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

"Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi.

Bagaimana pun, kenyataan Hadi itu jelas bercanggah dengan pandangan Yusuf sendiri yang sebelum ini pernah menyatakan hukumnya tidak sebegitu.

Menurut Yusuf dalam kitabnya, fatwa mendakwa kumpulannya saja yang Islam dan kumpulan ditubuhkan selepasnya terbubar merupakan pintu kejahatan dan merosakkan agama.


Said Hawa, penulis dan pengarang kitab "Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan" yang ada menjadikannya teks usrah PAS selama ini, telah keluar dari jemaah Ikhwanul-Muslimin dan menubuhkan Ikhwan Qutri. Begitu juga Sheikh Said Syaban telah menubuhkan Ikhwan Jihadi kerana tidak bersetuju dengan Fathi Yakan (Pengarang "Mengapa Saya Menganut Islam").

Tidak takutkah Said Hawa dan Said Syaban terhadap ancaman "jatuh kafir" kerana memisahkan diri dari jemaah Islam Ikhwanul- Muslimin?

Kita lihat apa pandangan Hassan Al-Bana menegnainya:


PAS nampaknya semakin haru-biru, semakin tertekan apabila semakin ramai yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH.

Budaya TAKFIRI yang diamalkan oleh Presiden PAS selama ini menyebabkan para pengikut taksubnya turut terjebak apabila mereka menjadi samseng-samseng dengan mengeluarkan pelbagai ugutan dan ancaman, kata-kata kesat, maki hamun malah sampai ke peringkat mencarut.

Apakah PAS masih layak memakai nama "Parti Islam" dan membicarakan soal pengukuhan syariat Islam yang dicanangkan melalui RUU?

Hukum kebenaran dan keadilan sednag berjalan. Yang nyata budaya takfiri yang dibawa oleh PAS itu kini semakin mereputkan parti itu sendiri.

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



23 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

TERHIBUR dgn telatah TUC NI,thanks gb.

Akhir Zaman ini,DUIT,DUIT & DUIT,adalah MATLAMAT UTAMA,Manusia,tak kiralah yg BERAGAMA atau ATHIES.Sebab itulah dalam Al-Quran /Hadith MENITIK-BERATkan IMAN,contoh dari Nabi allah Adam sehingga Rasulallah S.A.W.tanpa iman,Manusia akan TERGELINCIR dari JALAN yg LURUS.

BERBALIK Pada PAS,Yang Yagng BERBANGGA,Menyatakan Parti itu BERPAKSIkan Al-Quran dan Hadith,Sehingga SANGGUP,MELETAKan Parti POLITIK itu sebagai AGAMA,AGAMA pula sebagai Parti PAS.

TETAPI Jika kita PERHATIKAN amalan-amalannya,BERTENTANGAN dgn Apa yg dikatakan.Sudah menjadi"AMAL MUNGKAR,NAHI MAARUF".

FAKTA Amalan,yg KETARA diAMALKAN oleh PAS,PINPINAN hADI,

pertama:bersama dgn pemimpin yg SHAH melakukan KEMUNGKARAN.
Kedua:Amalan RASUAH 90juta,sampai sekarang tak saman-saman,serupa dgn idiola mereka tak saman-saman WSJ.
Ketiga:Amalan commision 10juta lombong sampai sekarang TIADA,JAWAPAN.
KEEMPAT:rASUAH balak-YG menjadi-jadi,walaupun LAPORAN SUDAH DIBUAT DEKAT sprm,tAPI DISEBABKAN hai/najib "BERSEDONDON"Sampai sekarang TIADATINDAKKAN,Cuba bayangkan jika laporan ini kena batang hidung LGE,dgn secepat-kilat tindakkan akan dilakukan.
ke-lima:BUdaya "KAFIR-MENGKAFIR"Jika tak sependapat,seperti apa yg berlaku pada kak Wan.
ke-enam:Pemimpin-pemimpinnya suka "BERBOHONG",seperti disebutkan di-atas.
ke-tujuh:Hadi menunjukkan dia sendiri tidak WALAQ pada ketuannya,yusuf Qardhawi,MEMANDAI-MANDAI pergi ka jemputan SYIAH.
ke-lapan:Parti yg suka U-TURN,TAK TAHU,kemana Arah nak dituju,ke-utara?ka-selatan?ka-timur?ka-barat?atau ditengah-tengah?TAPI YG NAMPAKNYA-MAKAN "KELILING"Dimana ada "SUMBER DUIT..Seperti di Selangor,"Dap yg haram tu menjadi halal.

Jadi,yg JELAS,Sekarang,matalamat parti PAS,HANYA MEMENTINGkan,"APA YG MEREKA DAPAT..Sahaja..dan "MELANGAR APA YG MEREKA TULIS DLM PERLEMBAGAAN MEREKA"Contoh yg paling "KETARA" ialah AMANAT HADI "1981".Dan yg terbaru Hadi,menelephone najib untuk jalan short cut,dapatkan contract sesaorang >600juta,Akibatnya,si "yg mendapat contract,hasil jalan yg tak Amanah"MENHADIAHKAN HADI,Rumah dan keinderaan pada isteri kedua"."tiada Bantahan hadi tentang ini.

JADI,APA LAGI,YG TINGGAL DALAM PAS,SAYA SIMPULKAN,AMANAT HADI SUDAH DITERBALIKan ayat-ayat al-quran MENJADI"amar mungkar,nahi maaruf".

Wallah'ualam.


Tanpa Nama berkata...

Parti PIS reput jumud dan lenyap dari bumi malaysia pun apa yg lobai hadi nak kesah.. dah kaya, rm90juta dah masuk bawah jubah. Kalau kalah boleh tutup kedai, gi makan anging dengang bini baru, duit byk wehhh!

Tanpa Nama berkata...

Asalam sahabat...
bagi mereka yang sememangnya telah terjebak dan mula terpalit dengan kemungkaran akan mencari segala ayat2 dan hadis yang bersesuaian bagi menghalalkan cara dengan tindak tanduk penyimpangan yang telah mereka lakukan.

Mereka bolih saja menutup dengan ayat dan hadis kerana mereka orang bidang agama. Yang pastinya mereka belum tentu pengamal agama yang benar dan baik.

Bagi orang yang berakal sempurna melihat saja duduk laku dan tindak tanduk kecelaruan pada pimpinan PAS dan ahlinya telah mengkhabarkan dengan nyata apa yang tersirat dari tersurat.Bukankah perlakuan jasad itu perkhabaran Zat si pelaku....Wallahhualam.

Unknown berkata...

Semasa di form 3, aku dah berjinak jinak dengan gereja. Di sana aku ketemui pelbagai ragam manusia yang berlainan agama walau pun pada hakikat nya mereka ke gereja bukan sebagai penganut agama kristian tetapi sekadar untuk menerima "ALMS" bila tiba musim nya. Aku pula masih setia dengan pegangan ku - ISLAM walau pun pelbagai cara pehak gereja usahakan.

Tujuan aku bukan untuk membicara kan hal tersebut tetapi jawapan yang aku terima dari semua penganut agama lain bila aku aju kan soalan berkaitan dengan kecurian, minum arak, berzina, main judi, menipu dan sebagai nya. Jawapan yang aku terima bahawa kesemua soalan yang aku aju kan "TIDAK DI BENAR KAN" oleh kesemua agama.

Malang nya apabila di tinjau kesemua dosa itu turut di lakukan oleh orang ISLAM juga. Malah ketua negara, se setengah mereka yang bergelar Ustaz dan para agamawan juga turut melakukan nya. Lantas aku membuat kesimpulan bahawa iblis dan DAJJAL laknatulah telah berjaya dalam misi mereka. Akhir nya ISLAM hanya tinggal pada nama - kosong pada segi amalan. Walau pun pada awal nya puak puak laknatullah ini menghajatkan agar orang ISLAM meninggalkan suruhan ALLAH dan sunnah Rasulullah S.A.W. Namun begitu puak puak laknatukkah ini agak berpuas hati bila ISLAM hanya tinggal nama. Yang terbaru bila Parti yang konon nya memperjuangan kan kesucian ISLAM telah bersekongkol dengan para pemimpin yang penuh dengan noda dan dosa. Sepatut nya mereka yang di kata kan memperjuang kan ISLAM menegur perbuatan mungkir tersebut. Itu lah rupa wajah ISLAM akhir akhir ini.

Ir Anonymous berkata...

Hanya omongan kosong belaka.. syukurlah tghh masih di tempat yg selayaknya..

Kami amat berharap agar pan dapat terus berkhidmat kpd dap.. percayalah kami tidak akan sesekali menghalangnya kerana memang perspektif sebegitulah yg kami inginkan agar rakyat marhaen terutamanya warga islam dan melayu khususnya dapat menilai sebaik mungkin akan peranan pan membantu dap utk mencapai cita2 malaysian malaysianya sebelum pru14 nanti..

Pan tak perlu rasa malu atau kesipuan utk terus berada di dalam situasi yg sedemikian kerana bukankah pan sendiri yg memilih utk bersama dap? Kalaulah ianya situasi yg memalukan atau mensipukan, mana mungkin pan akan sanggup ibarat tunduk atau lebih tepat memperhambakan diri kpd dap sepertimana sekarang!

Pas tidak pernah membuat keputusan utk pan agar memilih dap utk berkhidmat kpdnya..

Terima kasih kerana tidak langsung menafikan akan penglibatan pan dlm memberi perkhidmatan tanpa syarat kpd dap..

Sekian..

Tanpa Nama berkata...

Budaya takfiri tu identikal dgn pemikiran ala wahabiyah-khawarij.
Masih lagi terperangkap dlm fikrah wahabiyah-khawarij.

Tanpa Nama berkata...

Ir Anonymous ni walaunta darjat tertinggi.
Tulisannya sama dgn species UMNO, lebih memupuk fahaman perkauman.

Sedangkan umum mengtahui melalui keputusan PRU13 yang lalu, majoriti (hampir 80%) kaum Cina mengundi / menyokong DAP. Parti-parti lain seperti MCA dan Gerakan sudah menjadi parti hidup segan mati tak mahu.

Justeru itu untuk menjadikan sebuah negara yang bersatu-padu, hubungan baik dengan DAP (yg majoriti kaun Cina menyokongnya), perlu dijalin dan dikekalkan dan itulah yang dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Tak timbul siapa khidmat untuk siapa jauh sekali siapa balaci kepada siapa seperti tuduhan hadi Awang terhadap Amanah.

AMANAH dan Pakatan Harapan sedang berada di landasan yang betul untuk sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum makmur dan harmoni.

rakyat bakal kuburkan UMNO dan PAS yang kini lebih bersifat assabiyah.

awekaste berkata...

Selamat Tinggal Pas

Tanpa Nama berkata...

Sesekali bagus jugak GB siarkan cerita lawak sindiran seperti Tok Usin Ceroi. Sebab ianya lebih berkesan dari penyampaian secara terus-lurus. Orang PAS kalau kena sindir dia orang cepat faham.

Ini nak tanya pada Ir Anonymous8 Januari 2017 7:48 PG, sejak bila Qardhawi jadi ahli DAP?

"percayalah kami tidak akan sesekali menghalangnya kerana memang perspektif sebegitulah yg kami inginkan" Tapi bagi Kami AMANAH sebagai orang Islam sesekali tidak akan biarkan saudara Kami dalam PAS berbaik-baik dengan UMNO dan di tipu oleh UMNO. Malangnya bukan sahaja UMNO yang menipu ahli PAS tetapi Presidennya sendiri yang menipu ahli-ahli PAS.


Bagaimana?

AMANAH akan buat cara AMANAH dan PAS buat lah cara PAS.

PAS terpalit dengan dakwaan 90 juta dan komisyen lombong 10 juta.

PAS membalak secara haram tetapi berani menzalimi orang asal.

PAS yang menukar perjuangan asal dari hudud kepada RUU.

PAS menghukum Saifuddin kerana di lantik sebagai penasihat oleh DAP sebagai dedak tetapi tidak pula dihukum sebagai pemakan dedak bila Saifuddin di lantik penasihat oleh PAS.

PAS mengesahkan Hadi mewakili parti tetapi beberapa pemimpin berbangga mengatakan Hadi mewakili Persatuan Ulamak.

PAS sebenarnya tidak pernah buat apa-apa keputusan langsung selain berkecuali. Bagaimana PAS nak buat keputusan untuk AMANAH samada boleh memilih DAP bahkan keputusan PAS semasa pemilihan pun di tolak oleh pemimpin AMANAH. PAS tidak ada erti nilai nya pada AMANAH.


Penglibatan AMANAH dengan DAP adalah kerjasama dalam Pakatan Harapan sebagaimana PKR memberi kerjasama pada DAP dalam hubungan Pakatan Harapan.

Untuk membuktikan nya dan untuk rakyat menilai yang manakah yang lebih murni Islamnya AMAMAH akan bertanding di kerusi PAS bukan di kerusi DAP. Jika bertanding di kerusi DAP samada kalah atau menang, bererti AMANAH akan tunduk dan berkhidmat untuk DAP.

Semoga penjelasan tersebut memberi penerangan kepada PAS mengapa PAS bertanding di semua kerusi PAS.

Wassallam.

Tanpa Nama berkata...

1 UNDI DGN PAS = AGAMA SESAT BARU BERKEMBANG DI M,SIA. DAN 1 UNDI KPD PAS = U SKG AJARAN SYIAH BERKEMBANG DI M,SIA. ALL NI BERPUNCA APABILA SATU PARTI HANYA PERJUANGAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU BUT BANGSA LAIN YG BERAGAMA ISLAM DIANGGAP HARAM JADAH. SEJAK PEMERGIAN USTAZ FADIL DAN TGNA, TIADA LAGI YG TEGAS DAN BERANI UTK TEGAH PERKARA NI DARI BERLAKU. SO I OUR JOB TO ENSURE PARTI WARNA HIJAU DAN BIRU TUA DITUMBANGKAN TO ENSURE NO AJARAN SESAT BERKEMBANG AND ENSURE KEADILAN DPT DILAKSANAKAN.

Din berkata...

Tok sarban al marangi tu klu buka mulut bxakap pasal politik jgn la kita percaya, sebab apa yg dicakapkan tu adalah utk kepwntingan dia dan jemaahjumud dia... Akar umbi pashadi keliru dgn perkataan dn perbuatan dia. Pashadi adalah parti pembohong bersiri dn dunia dia dlm sarban dia.. ditempat aku pashadi dn tinggal nyawa2 ikan..

Tanpa Nama berkata...

Memang tepat pandangan anon 9.28pg.akan tetapi saya merasa sangat dukacita dengan sikap pemimpin Amanah yang masih tidak bersungguh menjelaskan/memandaikan kebanyakan ahli akar umbi PAS yang masih tertipu oleh tipu helah pemimpin PAS sekarang.
Para pemimpin Pas sekarang dalam proses menghancurkan Pas demi untuk menyelamatkan umno.

Tanpa Nama berkata...

LUCU: STATUS USIN CEROI PALING WIN

Semalam lepas mencandat sotong, sambil berjalan balik sama guru tok, tok bertanya satu soklan kat guru tok.

"Tuan Guru Ayatollah Almarangi, benarkah jika sudah ada satu parti Islam dlm negara kita, haram diwujudkan satu lagi parti yg lain?". Soal tok.

"Na'am. Betul. Harang tubuh parti islang laing, sebab kite doh molek ade parti Islang yg kita anuti sekarang. Wat mende bebanyok parti Islang? Cukup se...". Jawab guru tok.


Tok senyap seketika. Untuk kepastian, tok tanya lagi, " Contohnya, kite doh ade bini molek doh, haram juga la kita berbini lagi, Tuan Guru?". Soal tok dengan serius.

Tiba2 muka guru tok bertukar jadi merah macam sotong mengawan nak sampai klimaks.

"Mung ni using...nak soal sungguh2 ke atau nak mengate kat ambe?". Jerkah guru tok sambil menggenggam batu karbala.

Tok dengan laju melangkah jauh dari guru tok mengelak dari terkena lontaran batu karbala, " Maapkan saya, Tuan Guru....Ampunkan saya...penunggu gua, errr... tuan guru... saya tak teringat Tuan Guru pun ada lebih bini...". Kata tok terketar2. -FB TUC

Tanpa Nama berkata...

ir ni banyak sngt membuat andaian ditakuti rekabentuk yg dibuatnya tk bolh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baik mana pun parti Islam, tetap tidak menjadi salah jika ada yang tubuh parti baru. Ini kan pulak parti yang menyokong pemimpin yang membuat rakyat hidup susah dengan hutang dan yang mengaku menerima derma 2.6 BILLION.

Pemimpin Islam yang cakap putar belit dan bersenang lenang semasa rakyat dalam kesusahan tidak menjadi kutukan PAS sebaliknya yang hanya keluar parti yang tidak memberi apa-apa kesan pada rakyat yang jadi serangan PAS.

Hasil minum teh di London maka di aturkan lah satu perhimpunan mengenai RUU untuk tujuan memberi penerangan mengenai RUU. Jika ada pemimpin pembangkang Islam yang tidak hadir, maka kerja PAS lah untuk menuduh mereka sebagai pengkhianat dan menjadi hamba kepada parti cina DAP.

Pemimpin PAS bukan lagi mengunakan Islam untuk menjadikan diri mereka sebagai insan sepertimana yang dituntut Islam tetapi menguna Islam mempertahankan ego dan sifat kepartian yang sangat tebal.

Malaysiabaru berkata...

Ha aha ha

Kalau MALAYSIA ADA JES 2.6B

IRAN PULAK KES 2.8B

DAN DYIT INI DI LARILAN KE LUAR NEGARA TERMASUK MALAYSIA

MALAYSIA TEMPAT DUIT HARAM???

PATUTLAH HADI PEGI IRAN RUPANYA NAK INTAI RM2.8B?

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah.korang jgn layan si ir anonymous sbb die masak kene bantai kat blog agen dsai.smpi die xda hujah mula lah dia mencarut bagai.kahkahkah.die jenis anggap hadi sbg tuhan manakala pas sbg agama islam...paling best dia kata ada bukti video matsabu kata tolak hudud.bila aku.mintaal bukti video terus die menggelupur mcm cacing kepanasan cari alasan. Smpi skrg masih lagi aku tuntut video tu tp xda lagi dkt setahun dah kot.Kahkahkah.pas dan fitnah berpisah tiada...

Anti Ponteng berkata...

Ir (Ir..ihati?)

menganggap amanah tunduk kpd dap adalah menghinaan terhadap pemimpin pas terdahulu..tgna.

sebb tgna juga berbaik dgn dap malah menyantuni karpal singh yg menolak hudud lantaran ketidakfahaman.

begitulah pengkhianat pas terhadap pemimpin terdahulu. seolah kematian beliau sesuatu yg ditunggu utk hadi menunjukkan perangai sebenar. ketika itu tgna sgt marah pada nasharudin isa kerana sekongkol dgn umno dibelakang.

ini soalan politik. bukan soal solat dan haji yg mana politik boleh diketepikan atas dasar sesame islam. tp dlm amanat hadi menolak total termasuk dlm solat dll dgn umno. tapi soal politik kita sepatutnya menolak pemerintah yg zalim dan menyeleweng dan masih blh bersama dalam soal ibadah.

mengapa berbaik dgn dap saja dianggap tunduk pada dap? kenapa membesar2kan dap? seolah semua org islam ni bodoh asyik kena tunduk dgn dap yg tidak berkuasa itu. pas yg takut berbaik dgn dap takut tertunduk dgn dap. lemah sungguh akidah pas.

setiakawan dlm perkara yg betul dan baik bukan tunduk kepada sesiapa. kalau dap mengkafirkan amanah atau dapat rompak wang rakyat 42b.. sudah tentu amanah akan lawan. kalau guan eng ajak amanah sembahyang di kuil sudah tentu amanah akan lawan.

akhirnya penyokong pas buanglah retorik bodoh 'tunduk pada dap' dlm menghadapi amanah. tak guna ada Ir (kununnya engineer la tu) kalau dalam otak penuh aIr.

wasalam





matakanan berkata...

Kepada ahli Amanah banyak kan bersabar tingkatkan usah bagi penerangan kepada seluruh rakyat tua dan muda,lelaki serta perempuan terutama di kampung kampung... Abaikan sikap sikap buruk yang di bawa oleh golongan PAS sekarang,jauhilah bertengkar lidah dengan golongan PAS tiada hasilnya....bagi saya golongan atas pagar yang cinta pada cara agama islam yang di amalkan oleh ATGNA.... in shaa allah bonus buat AMANAH

Mohamed noor berkata...

Part yang sotong mengawan nak sampai klinak tu aku tak leh angkat siot,Dari smalam sampai la ni bila aku baca senak perut seh asyik ketawa.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah pun ditolak rakyat... maka berkokoklah ayam yang ekornya dah bergelumang dengan tahi.

PAS hanya wadah politik, tetapi presiden kepala masuk air dok kelentong rakyat seolah-olah PAS tu macam agama. Rakyat bukan bodoh.

PAS dah tercabut ekor... sokongan dari bukan Melayu di tahap 0 sekarang. Sokongan dari Melayu pula kurang dari 8%. Jadi PAS sekarang berpusing-pusing ke sana ke mari cari simpati rakyat. Tapi kerana cakapan bodoh yang keluar dari mulut UKARmak PAS... semakin terhakis kredibiliti PAS.

PAS boleh survive hanya dengan tendang buang golongan yang pakai saki atas kepala. Rakyat dah arif benar dengan tembelang golongan yang kepala tak kena matahari ni.....

Tanpa Nama berkata...

Pas nk adakan himpunan RUU355.McA dan Gerakan awal2 membantah..aku cadangkan PKR DAP AMANAH BERSATU xperlu keluarkan apa2 komen.Biarkan saja mrk gaduh sesama sendiri..Walau ditekan sekalipun PH perlu memberi jwpn bijak jgn spt dulu seolah2 PH jelas tolak Hudud.Ia byk memberi kesan terutama pd penduduk kampung makcik pakcik felda.. Jgn pula PH terperangkap dgn prmainan Pas kali ni..

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku ir anonimous ini bukan ahli pas tapi adalah cybertrooper umno.. ayat dia ayat umno.. dia dibayar alaun utk itu..