13 Dis 2016

[VIDEO] Tun Mahathir Akui Silap Nilai Mat Sabu Sebelum Ini

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mengakui kesilapannya menilai Mat Sabu sebelum ini.

Di dalam satu wawancara yang diadakan oleh Media Oren Nasional, sebuah organ media milik parti Amanah Negara di pejabatnya, Tun Mahathir berkata kini beliau melihat partinya (Amanah) adalah rasional dan akui ada "understanding" diantaranya dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pada awalnya Tun Mahathir menyatakan beliau tidak begitu faham apa yang berlaku kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan percaya PAS merupakan parti yang solid kerana ahli-ahlinya setia kepada parti.


Tetapi kemudian katanya, beliau mendapat tahu ada ahli-ahli PAS yang keluar parti dan menubuhkan sebuah parti baharu.

"Sekarang ini saya berpeluang berjumpa dengan Mohamad Sabu dan saya dapati dia tidak seperti yang saya tahu/dengar dulu. Partinya rasional dan selama yang saya berjumpa dengan dia, saya dapati kita boleh ada understanding antara saya dengan dia," ujar Tun.

Tun juga berpendapat bahawa perjuangan PAS tidak akan memberi kemenangan kepada PAS ataupun kepada orang Melayu atau (membantu) menyelesaikan banyak masalah negara," tambahnya lagi.

Sementara itu, Mohamad di dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen Parti Amanah Negara kali Pertama di SACC Shah Alam Sabtu lalu dimana Tun turut hadir, sempat secara berseloroh menyatakan (di bawah pemerintahan Mahathir) ISA sepatutnya digunakan untuk menangkap komunis, tetapi (telah) digunakan untuk menangkapnya.

Namun beliau menggangap kisah lalu sebagai hiasan sejarah dan kini beliau berkata kita bersama untuk menghadapi masa depan disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan dan pemerhati konvensyen.

Mohamad berkata penangkapanya di bawah ISA oleh Tun Mahathir merupakan sejarah lalu dan menyatakan di dalam politik ini tidak ada rakan atau musuh yang kekal.

"Mana nak sangka kita boleh bersama dengan Tun Mahathir dan rakan-rakannya hari ini, mana pula nak sangka orang yang kita sanjung pulak belah sana," merujuk kepada PAS yang kini sudah bersama-sama dengan UMNO BN.

Untuk rekod, Mohamad telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu pada 1984 sehingga 1986 dan penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989 bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.

Mohamad kini menjadi Presiden Parti Amanah Negara setelah kumpulan progresif di dalam PAS disingkirkan melalui grand design geng ulama di dalam parti itu di Muktamar PAS yang ke 61 yang diadakan di Kuala Selangor. Ramai pemerhati politik berpendapat pemilihan pemimpin di dalam muktamar berkenaan sebagai yang paling buruk dalam sejarah PAS.


Manakala Tun Mahathir pula menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah beberapa pemimpin tertinggi UMNO meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Mohd Yassin, Dato Mukhriz Mahathir dan beberapa invidu dan pemimpin NGO lain sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak

PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini. -Greenboc



VIDEO BERKAITAN









FEATURED ADS



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya Allah bantulah hamba2 mu yg menegakkan kebenaran didlm kumpulan/parti Amanah ini ...amin

Tanpa Nama berkata...

Harap ustaz2 muda pas yg rasa dia hebat sgt belajar sikit drp pengalaman hidup org spt bang mat. Jgn asyik fikir nak pakai kereta berjenama tp dok laungkan perjuangan islam!

Tanpa Nama berkata...

Mana ada ulamak dlm pas..yg ada cuma walaunta2 bangang..

Tanpa Nama berkata...

Macam-macam PAS telah buat menyebabkan PR huru-hara sehingga Selangor hampir-hampir di dikongsikan dengan UMNO. Bukan itu sahaja hubungan Istana dengan Anwar Ibrahim pun keruh dan gelaran yang di beri pada Anwar Ibrahim di tarik balik ! Wan Azizah jadi Ketua Pembangkang tak jadi masalah tapi dicalunkan sebagai MB PAS pandang rendah.

Bersetuju bentuk pakatan tetapi boleh buat sesuka hati. Jangan kan seperfahaman nak diseragamkan tindak-tanduk ikut kepala masing-masing. Tak cukup sekadar cakap nak tumbang kan UMNO tapi berbaik dengan kawan UMNO.

Apa faedah kepada PH sekiranya PKR menyertai ceramah mega PAS?

Yang AMANAH ucapkan semasa konvensyen ialah meraikan AMAMAH bukan pasal nak jawatan tetapi kerana dihalang mengunakan dewan dan mesjid untuk memberi ceramah. Mengapa di biarkan PAS membuat perkara yang dulu-dulu PKR dan Anwar Ibrahim kutuk habis-habis.

Jika pergaduhan antara PAS dengan AMANAH dan DAP tidak ada kaitan dengan PKR dan jika AMANAH tidak boleh heret Kerajaan dalam hal masalah parti LEBIH BAIK AMANAH DAN DAP buat blok sendiri.

Tidak ada beza sebab kedua-dua iaitu berbaik dengan PAS dengan mengenepikan soal rakan-rakan lain dan dengan membuat blok sendiri (AMANAH-DAP), kedua-dua senario tersebut memberi kesan yang sama. Iaitu Najib dan UMNO terus berkuasa.

Apa guna menang beberapa kerusi tapi masih terus menerus jadi pembangkang? Kalau Selangor tak menunjukkan kehebatan PH, bukan mudah untuk menang di Johor.

PAS bagi pilihan pada PKR dan PPBM, mengapa AMANAH dan DAP tak bagi pilihan pada PKR dan PPBM?

Mahathir sendiri cakap PAS tak berguna tak boleh selesaikan masalah negara, itu pun PKR nak ada hubungan dengan UMNO. Jawab lah.. dengan memuji PAS dan kebaikan PAS dengan berkecuali nya, dengan memontengnya, dengan tebang balak nya, dengan membawa isu akta RUU yang sepatutnya dibawa oleh Kerajaan Pusat dan dengan mengatakan BERSIH membuang masa.

Mengapa Mohamad Sabu yang kena ISA dua kali boleh duduk bersebelahan dengan Mahathir ? Jika Mohamad Sabu boleh duduk dengan Mahathir, tentu Mohamad Sabu boleh duduk dengan pemimpin PAS.

Bila PAS ada masalah dengan DAP, PKR berusaha menjadi orang tengah, berita-iya. Tapi bila ada masalah antara PAS AMANAH, PKR tutup mata. Kerana PKR lah PAS dan DAP dapat duduk bersama. Tapi sekarang PKR lebih pentingkan hubungan PKR dengan PAS sahaja.

Saya pengundi di Kota Damansara dan Subang memberi undi pada PKR yang menetap di Seremban. Saya nak ucapkan binawe lah kamu PKR.

Malaysiabaru berkata...

KAJI SELIDIK TERKINI

SETELAH PAS BERPECAH DUA KEPADA AMANAH KAJIAN DAPATI

1. LEBIH 250 000 AHLI PAS KLUAR PARTI
2. LEBIH 500 000 AHLI PAS PUTUS ADA LEMAH SEMANGAT DAB TIDAK INGIN LAGI MENANG PILIHANRAYA
3. MAJORITT AHLI PIS KINI BERGANTUNG HARAP KPD UMBO UNTUK SURCIVAL POLITIK
4. BANYAK CAWANGAN PUS LUMPUH DI JOHOR MELAKA SELANGOT KEDAH PERAK
5. TIDAK ADA LAGI DALAM PIS AHLI YG WALA ATAU AHLI YG SETIA ATAU AHLI YG BUAT KERJA FREE BILA PRU

KESINPULAN

PAS PIS PUS BUKAN LAGI PARTY HEBAT. PIS SETARAF PARTY KAUM MELAYU ISLAM. PUS JUGA TIADA AHLI SANGGUP MATI BEESANA SOSMA ATAU MATI KERANA AGAMA BANGSA NEGARA... PAS KINI HARAP 100% KPD UMNO UTK SURVIVAL.

KINI AHLI PAS HANYA AKAN MENOTOKONG PARTT BILA DYIT ATAU DEDAK MASTUUUUK. DUIT ADALAH TUHAN BAGI AHLI PAS PIS PUS...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang Ilmu agama adalah untuk cari makan. Tengok lah untuk 1 sessi kuliah kadang2 sampai beribu2 kena bayar.

Kalau tak jangan mimpi nak jemput.

Tanpa Nama berkata...

Betui tu tuan gb.mmg dr dulu aku respect matsabu ni.cekal dlm perjuangan Walaupun mcm2 cabaran fitnah dsb

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...Jalan yg LURUS
Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Terang Ber Cahaya...Telus dan TEMBUS
Kudus-TEMBUS-Telus...Terang-JELAS Sgl2 NYA


Kudus-TEMBUS-Telus...Terang Sgl2 NYA
Rakyat Wajib "NAMPAK"...Rakyat Wajib MERASA
Yg Ber Gelar LEADER...TAKleh Besar KEPALA
Yg Ber Gelar LEADER...Wajib Humble SeHumble7NYA
Yg Ber Gelar LEADER...Jgn Sesekali Sorok RAHSIA
Yg Ber Gelar LEADER...Jgn Songlap Pastu Reka CERITA
Jgn Sesekali U-Turn PONTENG...FITNAH Khianat CURI JUTA2
Jgn Sesekali "Main-Wayang" Lg...Mcm Kes-LIWAT Mcm Kes-PILKUDA


Sapekah Dalang...Kes-LIWAT yg PERTAMA?
Maseh Kah TAK Serik2...Maseh Kah Lg Besaq KEPALA?
Maseh Kah Lg PRASAN Hebat...Maseh Kah Lg Merancang AUTA??
Jgn Asyik Usik 1MDB Shj...Perwaja Bakun PKFZ & IPP tu Apa CERITA??
Klu Betul2 Demi-RAKYAT...Surrender-OPEN-Pasrahkan Lah Sgl2 NYA!
Klu Sjujur2 Nya Utk-RAYAT...Kristal-TRANSPARENCY Lah Kpd SEMUA!!
Jgn Lg Ada "NIAT-Dusta-AUTA"...Melingkaq2 Dok Dlm Dada Dok Ataih KAPLA!!!
Apa?..Itu Juta2 Biliyun2 Trillion2...Maseh Ada "Niat" Nak PULUN Lg Ka!!?



Kembalilah SeTOTAL7 Nya...Ke Jalan yg LURUS
Tak Wujud Lg AUTA....Tolol-Rakus-TAMAK-Fitnah menCURI
Kembalilah SeTOTAL Nya...Kpd Kudus-Telus-TEMBUS
Semangat Telus TEMBUS...Yg Kaseh Mem-BERI

Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Kristal-TRANSPARENCY
Yg Kaseh Mem-BERI...Se Indah2 Sepenuh7 HATI
Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Kaseh Langit & BUMI
Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Mentari yg FREE MeNYINARI


Yg Kaseh Mem-BERI...Bak NAFAS-Oksigen yg Kau Hirup FREE FREE FREE


Adakah Bilyun & Trilion..Mampu Mengganti NAFAS-Oksigen Bila Dah Berhenti?


Klu Langit & BUMI...Kaseh Mem-BERI, Mem-BERIkan NAFAS-Oksigen Mu FREE


Tak MALU Kah Kamu yg Di Beri AKAL itu..Rakus-TAMAK-AUTA-Fitnah-menCURI?


Tau kah Kamu Apakah "RAHSIA" ajaib Kaseh Mem-BERI Itu?



Semakin..semakin..Kaseh Mem-BERI...Kan Berganda7 lg Akan DiLIMPAHI



AMANAH..

AMANAH AMANAH..

AMANAH itu adalah AMANAH demi Kaseh Mem-BERI = Sprt AMANAH Sbnar7AMANAH Kaseh Mem-BERI yg tlh & Sedang dipamer oleh Mentari-LANGIT-Dan-BUMI..hihi


























Tanpa Nama berkata...

Betul tu. PAS la puncan masa nk PRN kat Sarawak tetiba DAP Sarawak kluar gabungan. dari APU, BA dan baru2 ni PR pun mereka keluar, sampai PH bertembung juga dgn PKR sbb salah PAS belaka. Cuba lihat terang2 dan teliti lah wahai org yg mengaku ISLAM di mulut, betapa mereka memainkan anda sesuka hati, demi survival parti mereka. Yg mana tiada kepentingan mereka tiba2 saja tinggalkan. Itulah hakikat mungkin PAS tindak mahu lg bersekongkol dgn parti yg senang2 melanggar perjajian, tetapi mengaku lebih baik. Pandang saja TPPA, bila LGE sokong 120% sampai sign di NZ juga salah PAS. Tapi walaun PAN diam 1000 bahasa. Itu sgt yg mereka sokong. Semua salah PAS kan? elok lah kalian yg tek bersetuju, ikut parti tersebut secara berterusan. Moga dia org dapat hidayah hasil ikutan anda yg bersetuju.

Tanpa Nama berkata...



Woit! spot on..Anon 12:42ptg

Ada peronah ker mentari langit dan bumi yg sentiasa kaseh "memberi" itu peronah klepet rembat MENCURI apa shj yg peronah kita miliki? Nehi nehi TIDAK peronah yeop!

woi..
puak2 azmin madey dan najib serta lebai2 sotong wajib merenong dan pikior bnyk2 kali yer, itu pun klu masih buleh mampu nak pikior ler!

Tanpa Nama berkata...

Sambung skit...

Yg Ber Gelar LEADER... Jgn ada hidden agenda...
Yg Ber Gelar LEADER... Jgn berdolak-dalik bila ditanya...
Yg Ber Gelar LEADER... Jgn lupa sifat Baginda(Nabi SAW tiada maki nista)...
Yg Ber Gelar LEADER... Biar cukup dan betul ibadahnya...
Yg Ber Gelar LEADER... Ingat kepatuhan kita pada Yang Maha Esa...

Tanpa Nama berkata...

Saya pula akui telah sama-sekali tersilap menilai Hj Hadi selama ini.

Saya ingatkan orang yang berserban dan berjubah tak monyeng, tak U-turn dan sebagai nya ...

Lain Mahathir dia sangka Mat Sabu bersifat tak baik dan orang nya gila jawatan dan pengaruh. Tapi sebaliknya Mat Sabu bukan macam itu.

Yang di sangka baik sebab agama nya pulak yang kejar kedudukan dan pengaruh.

Hati Mahathir bersulam suka.
Hati saya berulamkan duka.

Tanpa Nama berkata...

Memberi tempuh rundingan sehingga tahun depan kepada PAS sama lah macam tak ada tempuh had masa.

PRU dijangkakan tahun depan antara Mac - Apr. Perkara satu lawan satu sepatutnya dah selesai hari ini !

Nak runding apa ? Kalau bersyarat sedang kan DAP dan AMANAH ujud dalam PH. Bagi tempuh pun tak guna kalau tak bersetuju untuk genjatan senjata. Lagi tak guna bila PAS UMNO terus bermesra ..

Tanpa Nama berkata...

Ada juga sokong dari berkecuali yang langsung tak bertanggungjawab pada amanah yang dipikul. Setuju kata setuju. Tak setuju kata tak setuju.

APU dan BA tak sama sebab tak ada perancangan rapi, nama je angkatan tapi hala tuju masing-masing. Ceramah pun sendiri-sendiri punya. Manifesto pun tak ada. Titik persamaan langsung tak nampak.

Tapi PR dah elok-elok dan PAS telah menang banyak kerusi di luar jangkaan. Dulu kalau PAS keluar BA ke atau APU ke.. rakyat tak marah sebab tak banyak mana pun cuma di Kelantan. Berapa lama PR bertahan dan berapa lama BA dan APU bertahan? Kalau tak pasal Hj Hadi bukak tembelang di Selangor dan Ustaz Ahamad Awang dedah yang dia terima arahan supaya berkongsi dengan UMNO termasuklah buat hudud tapi jadi kerja Najib yang dah sepatutnya, PR sampai sekarang bertambah kukuh.

Alhamdulillah setakat ini dia orang dapat hidayah dengan terbina nya Hospital bercirikan Islam. Huhuhu.