10 Dis 2016

[VIDEO] Nampaknya Universiti Di Malaysia Perlu Dijenamakan Semula Kepada Universiti UMNO

Aktivis siswa didapati bersalah anjur #TangkapMO1

Aktivis siswa Anis Syafiqah Mohd Yusof hari ini didapati bersalah atas 3 pertuduhan berkenaan menunjuk perasaan oleh Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM).

Beliau didapati bersalah: mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1; merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik UM kerana menyertai himpunan haram; dan merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib kerana menyertai himpunan tersebut.


“Setelah selesai sambungan prosiding selama 2 jam, pihak Panel Tatatertib UM telah memutuskan bahawa saya bersalah atas kesemua pertuduhan.”

“Hukuman tatatertib akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari sekarang,” kata Anis dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.

Beliau berdepan hukuman denda RM200, penggantungan, pemecatan atau amaran.

Pada September, pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia bersama 3 siswa lain diberi surat tunjuk sebab oleh pentadbiran Universiti Malaya susulan pembabitan mereka dalam tunjuk perasaan #TangkapMO1.

#TangkapMO1 bertujuan mendesak polis menyiasat dan menangkap individu misteri yang disebutkan sebagai Malaysian Official 1 dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Saman itu mendakwa berbilion dolar digelapkan daripada 1Malaysia Development Berhad, kes yang DoJ angkat sebagai peristiwa kleptokrasi terbesar dalam sejarah negara itu.

Tiga siswa UM lain yang berdepan tindakan tatatertib ialah Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim Fazli dan Suhail Wan Azahar.

Pada November, siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Asheeq Ali digantung 1 semester dan didenda RM200 juga kerana terbabit dalam #TangkapMO1.

“Saya sudah menjangka Anis akan didakwa dan didapati bersalah kerana saya tahu ia akan menjadi trend yang dimulakan UKM sebagai duluan untuk universiti lain,” kata Asheeq kepada FMT.

“Saya percaya panel teragak-agak dalam menjatuhkan hukuman pada masa itu juga kerana mereka tidak bebas sepenuhnya. Ada tekanan ke atas panel oleh pihak berkuasa atasan yang mengawal mereka.”

Asheeq juga didakwa memalukan nama baik universiti dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman (2012) kerana menyertai perhimpunan haram. -FMT



VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Nampaknya universiti-universiti di negara ini telah bertukar menjadi "universiti umno".

Kita merasa sedih kerana universiti yang dulunya menjadi ‘markas’ kepada aktivisme dan idealisme pelajar kini telah bertukar kepada tempat menjadikan pelajar hanya sebagai "robot-robot" untuk sebelah pihak sahaja dan matapelajaran "Critical Thinking" yang diajar di universiti hanya terkepung di bilik kuliah dan tidak boleh diterjemahkan di luar bilik kuliah.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Sungguh aneh dan menhairankan dengan alasan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa keterlibatan Anis Syafiqah dalam perhimpunan Tangkap MO1 “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sedangkan hak Anis Syafiqah atau mana-mana pelajar dijamin Perlembagaan

Ketara tindakan UM itu seperti menerima tekanan politik pihak tertentu, atau sememangnya ada kakitangan UM sudah menjadi kuda tunggangan politik untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Tindakan Anis Syafiqah disanjung tinggi oleh rakyat yang mahu integriti negara terjaga dan terbela. Nama UM melambung tinggi kerana tindakan Anis Syafiqah tersebut. Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif.

Tetapi tindakan UM menghantar surat cinta kepada Anis Syafiqah itulah yang sebenarnya yang telah “merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti”.

Sepatutnya UM menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi akademik universiti yang umum telah tahu bahawa prestasi UM telah merudum sehinggalah terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

Jika UM terus memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan di mana UM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan dunia.




FEATURED ADS



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang UM.. sikit hari tambah NO. Jadi apa ? Jadi UMNO.

Pendidikan peringkat awal ditambah baik dengan ada nya permata. Nak jaga budak pun mesti ada diploma. Peringkat rendah mengajar berfikir dan kumpul maklumat. Peringkat menengah membentuk individu bersedia menghadapi cabaran dan bersaing dengan dunia luar.

Tuo-tup. Masuk U. Jadi Ahmad Mazlan. Jadi Rahman Dahlan. Jadi Said Keruak. Jadi senator yang buat lapuran palsu.

Menang debat terbaik tapi sekadar berbangga kerana dapat piala.

Tangkap MO1 je bukan suruh di sosma pun. Tangkap untuk siasat. Dan apa kena mengena MO1 dengan pemimpin negara ?



Tanpa Nama berkata...

Dari Istana, Universiti sampai kekedai kopi pun nanti UMNgok sapu. Inilah gerak kerja SAPUMAN! Jantan TAK TAU MALU!

KESAPUAN berkata...

umno terkena sindrom KESIPUAN MELAMPAU dan perlu dilenyapkn

Tanpa Nama berkata...

apa lagi amanah bole employ budak nie anta tlg sponsor diorang .... org yg nk kedepan dlm umur cam nie esok2 bole jadi pelapis ... GO AMANAH GO

Malaysiabaru berkata...

Think out of the box'

Inilah yg akan buat mahasiswa mampu berfikir secara universal seperti tuntutan nabi... Cari ilmu sampai ke China (masa tu china bukan komunis)

Tapai uni Malaya dgn Prof dan pentadbir kepala lutut hanya mampu jadi uni dunia ketiga. Graduates pun macam tahik..

Kalau suruh makan tahik fi makannya sebab dalam buku Prof ada arahan kena makan tahik kalau tak makan fail subjek.. Inilah uni Malaya...

Taraf kepala lutut Prof konkang yg dulu pun ikut makan tahik bila disuruh naib candelor..

Haram nak maju... Di uni texas tiada tindakan thadap pelajar anjur white supremict.. Begitu juga di uitm bila penganjur anjur melayu supremict..

Perkauman di benarkan oleh uitm sebab tuhan mereka di Amerika pun buat sama..

KAMI TELA AMBIL MAHASISWA MYANWAR DAN BANGLA BEKERJA DI MALAYSIA DARI AL HARAMI MELAYU UNI MALAYA

Tanpa Nama berkata...

Hapuskan umno utk lenyapkan sindrom kontrol segala jabatan dan agensi. Itulah saja caranya. Harap yg ganti umno tak buat pula mcm ni. Pas dah ikut cara umno, jd tak boleh diterima

Tanpa Nama berkata...

Mmg ptut la indon panggil malaysia ni malingsia....umno bn asyik rembat je duit rkyat...kerja umno ni nk sapu apa yg ada kt negara kita ni...semoga Allah hancurkn umno di bumi malaysia ni...amin.

MATA KAIL berkata...

Um = unviversiti umnongok.Kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Anis Syafiqah semoga anda tabah menghadapi dugaan ini nasib kita ditentukan oleh Allah bukan ramai yang berani bersuara seperti anda termasuk prof mereka takut nanti kena buang tak makan pulak mereka lupa rezeki datang dari Allah

Tanpa Nama berkata...

Cadangan menggantung pelajar kes buli selama setahun (maaf kalau tersilap) di tentang oleh berbagai-bagai pihak. Sedang kan ada kes buli memberi kesan yang teruk pada mangsa secara psychology. Ya, nama pun mendidik. Anak-anak kecil perlu di berikan pendidikan walau pun sejahat mana.

Adalah tidak masuk akal anak-anak yang meningkat dewasa yang mengikuti pendidikan di U dan kolej masih lagi terlibat dengan membuli.

Peringkat ini mereka di galakkan berfikir dan bertindak secara rasional terhadap isu-isi sekeliling mereka. Bukan semua, hanya segelintir pelajar yang berminat dan sanggup melibatkan diri dalam perkara begini. Mereka mengerakkan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar yang lain.

Oleh itu menghalang dan menghukum mereka adalah sama seperti pelajar nakal di sekolah rendah yang bermasaalah yang membuli pelajar lain.


Anis Syafiqah Asheeq Ali Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim Fazli dan Suhail Wan Azahar ADA LAH MANGSA BULI !


2nd attempt..

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA ADALAH NEGARA PALING PELIK SEKALI DI DUNIA. NEGARA LUAR ORG YG AKTIF DAN CIRI-CIRI LEADERSHIP SERTA ALERT DGN ISU SEMASA USUALLY DIPANDANG TINGGI DAN GOLONGAN NI JUGA YG SELALU DIBERI KEUTAMAAN JAWATAN PENTING DLM KERAJAAN. TAPI DI M,SIA THIS IS NOTHING, YG PENTING U MENGAMPU AND KALAU TAK ADA DEGREE JUST BELI SHJ DEGREE, THEN U BLH DAPAT KERJA KERAJAAN DAN MEMEGANG JAWATAN PENTING. REMEMBER PENJENAYAH AND PENGAMPU DIUTAMAKN, MAHASISWA LAYAK KERJA BURUH KASAR SHJ. BETUL TAK TPM? I NEVER FORGET WHAT ARE U SAYING WALAUPUN SUDAH BERTAHUN LAMANYA.

Tanpa Nama berkata...

Buat university bari UDM..university dedak Malaysia

Tanpa Nama berkata...

beramai2 lah buat solat hajat mohon Allah tunjuk kebenaran..insyaAllah makbul doa org teraniaya..doa lah dgn niat yg ikhlas dan bkn dgn niat berdendam. jika benar segala kesalahan,InsyaAllah akan ada jalannya...