25 Dis 2016

[VIDEO] Hadi Kata Al-Qaradhawi Uzur, Mata Tak Nampak, Telinga Tak Berapa Dengar...

Hadi belum yakin teguran Qaradawi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".

Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.

"Beliau (Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.


Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.

Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.

Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.

Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.

Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.

Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat "kerana pimpinan lain" pun uzur dan tua-tua semuanya".

Mesti ada pendirian sendiri

Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan. Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.

Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.

Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua penerangan dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.

Katanya PAS mempunyai pendirian politik tersendiri bagi sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin.

"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan, malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas," katanya.

Menurut anggota parlimen Marang itu beliau menulis surat kepada Setiausaha Agung KUIS, Prof Dr Ali Qaradaghi, meminta supaya pertubuhan itu memberikan pandangan tanpa pengaruh pihak lain.

"Saya mahu KUIS ada pendirian sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar atau mana-mana negara," katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan bukan semua rakyat Iran berfahaman Syiah, malah "30 peratus daripada mereka" adalah penganut Sunni. -mk



ULASAN GB

Sampai macam tu sekali Hj.Hadi kata Al-Qardhawi hanya kerana meragui kenyataan KUIS baru-baru ini yang mengecam beliau menghadiri Tqarib di Teheran.

Sedangkan sudah jelas Al-Qaradhawi sememangnya TIDAK BERSETUJU malah mengisytiharkan "tiada taqrib Sunnai-Syiah".


Nak ragu apa lagi?

Gb terbaca satu status seorang rakan:



Dan ini pula dari seorang rakan yang lain


HADI TAK LAYAK JADI SAKSI YG ADIL KERANA BERCAKAP BOHONG

Pembohongan terbaru kononnya dia adalah mewakili kesatuan ulama sedunia ke Tehran. Kemudian dinafikan KUIS secara rasmi.

Takdirnya Hj Hadi terlibat dan diperlukan sebagai saksi dalam apa-apa perundangan islam......Dia tidak layak kerana dia pembohong dan tidak adil

Justifikasi aku yg lain:

Siri Pembohongan Hadi

1) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram. Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

Menurut Ust Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:

Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.

2) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawaan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

3) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP.

4) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor.

5) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government (UG) lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hj Hadi berbohong.

6) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya.

7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.

8) Dalam amanatnya, dia berkata, “Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”

Tetapi kini dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?

9) Hj Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri. Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan. Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!

Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

11) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda , komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada ma'lam berkenaan adalah berunsur fitnah. Dengar sendiri ucapannya di sini

12) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk meng UG kan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu !

Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hj Hadi adalah pengkhianat yang sebenarnya.

13) Hj Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen.

14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian ...." kat Hj Hadi.

Tapi dia kini semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hj Hadi pelawak besar! Baca di sini

15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hj Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."

Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

Hj Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP."

17) Hj Hadi kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat." Hj Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hj Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hj Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hj Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?

19) Ketika kempen pemilihan, Ust Ahmad Awang mencabar Hj Hadi sebagai presiden parti. Hj Hadi telah memfitnah Ust Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :

"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada Pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri. Vdionya ada di sini

20) Hj Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hj Hadi dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.

Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu. Ternyata Hj Hadi berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"

Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.

21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hj Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan Hudud....

22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hj Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Bagaimana mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?.

Hj Hadi berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.

23) “PAS bukan parti pengampu,” parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.Kata-kata Hj Hadi itu adalah bohong! Di Terengganu Hj Hadi dan PAS gagal melaksanakan ‘sistem semak dan imbang’ walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.

24) Hj Hadi berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!" Hj Hadi jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk.. ..

25) Hj Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah. Ternyata Hj Hadi berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tidak bukti!

26) Hj Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud. Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hj Hadi hanya berbohong nak tumbangkan Umno/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang Umno sebagaimana dia lakukan keatas Amanah dan DAP.

27) Hj Hadi menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukan sebarang bukti mengenainya. Hj Hadi adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno kerana mengambil aleh kerja-kerja Umno menyerang Amanah dan DAP.

28) Hj Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU355 di parlimen. Hj Hadi tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam. Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang perlaksanaannya.

Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan.Hj Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa

Sebagai penutup, ingin saya panjangkan pertanyaan dari seorang facebooker yang bertanyakan seperti berikut :

Betul ke, aku dengar cerita, Hadi Awang baru terima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu pacuan empat roda (4X4) Land Cruiser dan sebuah MPV Toyota Fortuner....

Anggaran nilainya lebih kurang RM700,000 sahaja.... Dia juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baru khusus untuk isteri keduanya. Betul ke...?

Apabila ditanya, Hadi Awang kata, 2 buah kenderaan mewah dan rumah baru itu adalah hadiah dari anak muridnya.

Macam bohong je...!!!

Dengar cerita lagi, setelah diselidiki, rupa-rupanya dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta, hasil pertolongan Hadi Awang yang melobi Najib melalui panggilan telefon.... Kerana itu, dia memberikan hadiah itu kepada Hadi Awang sebagai tanda ucapan terimakasih dan mahu membalas budi dan jasa Hadi Awang hingga dia berjaya dapat projek.... Betul ke...?

Saya tanya je.... takkan tanya pun sampai kena taubat nasuha?

Setelah kalian melihat siri pembohongan Hj Hadi di atas itu, apakah layak dia dianggap sebagai seorang ulama?

Layakkah Hj Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah ?

Jawapan itu hanya ada pada diri kalian.Buktikan apa yang saya dedahkan di atas adalah fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata.

Jangan taksub membabi buta....

Fikir-fikirlah bersama...
-WA






FEATURED ADS



32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan keuzuran tersebutlah maka Sheikh Dr.Yusof Qaradhawi membuat teguran itu melalui orang lain. Persoalannya mengapa Pas menyatakan yang kehadiran Predidennya bagi mewakili KUIS? Inilah persoalan penting tidak dijawab oleh Sheikh Presiden. Nampaknya beliau cuba menyalahkan orang lain. Diharap para netizen dapat menilai siapa sebenarnya Predidrn Pas ini.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa kau orang (kawan-kawan Hadi) biarkan orang tua tu 'terpesong'..?

Sepatut nya selepas Dewan Ulamak mengumumkan wakil PAS, selesai lah. Dah tak ada kena mengena dengan KUIS.

Sekarang macamana KUIS nak jawab sebab dah sah bukan wakil KUIS.

Sudah sudah lah...

Malaysiabaru berkata...

Beginilah

Maksud sebenar Hadi adalah

ASWJ adalah satu aliran kurang betul.. Saudi wahabi gilababi hantar senjata ke syria utk lawan asad. Bila Saudi bankrap minyak jatuh maka pejuang di tinggalkan mcm anak ayam di sembelih.. Inilah Saudi wahabi aswj

Di yemen wahabi bunoh org di kenduri kawin. 50% kematian di yaman adalah kanak kanak dek di bom wahabi ASWJ.

Inilah maksud hadi Aswj kurang cantik perangai ... Dan selalu kalah perang

Tapi syiah wal jamaah lebih cantik selalu menang perang . Apa rahsia syiah . INI YANG HADI NAK BELAJAR DARI AYATULLOH ROHULLAH AYAHCUCKOO

Hadi minat mendalam dengan amalan keturunan cicit nabi s.a.w dan saitidina ali ini..

Saudi takde duit nak hulur. Bajet defisit Saudi 350b lebih 300% gdp bebanding iran hanya 1.5% hebat betul syiah

Tahniah hadi kerana menemui ALIRAN baru dunia islam... Jangan lupa bawa fahaman dan amalan cicit saiyidina Ali ke Malaysia KAMI MENINGGU APA YG HADI DAH BELAJAR DI TEHRAN TOLONG CERITA SIKIt..

Jangan keliru maksud mat sabu.. Ianya sekadar lontaran soalan untuk hadi jawab... APA HADI DAH BELAJAR DARI KONGRES TAHUNAN ISLAM DI TEHRAN ???

JAWAB HADI !!! UNAT ISLAM DI MALAYSIA DAN PEMGIKIT RUSILA NAK TAHU !!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji.. cermin kat mata Tuan Haji tu semakin tebal. Ingat..,selalunya apa yang Tuan Haji kata, berbalik semula pada Tuan Haji.

Tanpa Nama berkata...

Greenboc ada penyakit. Semua Tuan Guru buat x betul. Elok sangat admin masuk politik. Hancur msia dgn dendam kesumat greenboc, mungkin dr specic yahudi laknatullah.

Tanpa Nama berkata...

Syurga dan neraka milik Allah..akhiran hidup hadi penuh dgn kezaliman dan pembohongan..sedangkan akhiran hidup tun mahathir ingin menyelamatkan rakyat dpd pemimipin zalim..Allahuakbar..

abrarmujahideen berkata...

Tuan Guru Allamah Hadi Awang lebih layak ganti Yusof Qaradhawi. Baru harum nama PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ingat ayatulah hadi assyiahi.....
Takabbuurrr...

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang ni jenis tak boleh duduk bawah orang...Ego dia tinggi..Dalam PAS, duduk bawah ATGNA, dia kata ATGNA tidur bila orang tengah meeting.. Dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat, berapa kali dia tak datang mesyuarat, siap kata suka hati dia lagi... Dalam Kesatuan Ulama, dah jual nama Kesatuan, dia boleh ajar Kesatuan supaya ada pendirian sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana negara...Siap kata Sheikh Qardhawi uzur telinga tak dengar dan mata tak nampak...

Bagi aku..*Molek dia pindah duduk dalam hutan,berkawan dengan beruk dan babi hutan!

Tanpa Nama berkata...

1 UNDI KPD PAS = 1 UNDI YOUR SOKONG AJARAN SESAT SYIAH BERKEMBANG DI M,SIA. REMEMBAR SYIAH ALSO 1 OF THE GOLONGAN YG MANA SATU HAPAK PERJANJIAN DAMAI YG DIAORG BUAT, WE SEBAGAI ORG ISLAM MUST SAID NO NO AND NO. PERJANJIAN KITA DGN SYIAH ONLY DIBENARKAN DENGAN PEDANG DGN PEDANG, KERETA KEBAL DGN KERETA KEBAL, ROCKET DENGAN ROCKET.REMEMBAR MUNAFIK AKA SYIAH DAN YAHUDI ADALAH MUSUH ALLAH SWT YG MANA ALLAH TIDAK AKN BERKEROMPONI DGN DIAORG. SO TO US. SINCE YOUR MR HADI DAHPUN NAMPAK SANGAT NAK BEKERJASAMA DGN SYIAH, WE WILL ENSURE DAT WE NEVER CO-OPERATE WITH YOUR N ENSURE 70 KERUSI KESAYANGAN U WE WILL TAKE OVER N KERUSI YG U LAYAK IALAH KERUSI BURUK YG ADA DI TONG SAMPAH SEDIA DIPUNGUT OLEH RAKYAT UTK DILUPUSKAN.

Malaysiabaru berkata...

Anon 4.39

Betul ko tak sayang mulut... Penyakit yg ada pd otak ko ni lebih haramjadah dari GB

Anon ..ko tak sedar penyakit wala dalam diri ko dan amalan sesat yg hadi dah enchroached dlm otak lutut ko ni lebih bahaya dari GB

Penyakit anon ni bakal jadi BAPAK SEGALA AJARAN SEDAT DI MALAYSIA DAN SETERUSNYA DI DUNIA. PENYAKIT AJARAN SESAT HADI AWANG BAKAL GEGAR DUNIA MENGALAHKAN

AYOH PING

ABUYA AL MAHDI ALARQAM

SERTA LEBIH BURUK DARI SYIAH ..

Anpn nak ubat penyakit ko boleh hubungi kami..

Tanpa Nama berkata...

Hadi bukan Hadi dulu.... sekarang ada juta juta maka Otak & Hati pun Juta Juta juga

Biasa nya bila ada Juta Juta , Hati senang ter TUTUP

Biasa lah

nick berkata...

Puak2 lebai bodoh sombong yang dah basah kuyup dikencing Najib dan UMNO sekarang sedang nak kencing atas kepala umat Islam dan rakyat Malaysia. PAS dibawah Hj Hadi bukanlah parti Islam tetapi parti assobiyah yang memakai jubah Islam bagi menyembunyikan sifat jahilliyah ketaksuban bangsa. Tempelak KUIS dan Sheikh Yusof sepatutnya dapat menyedarkan umat Islam akan perangai dan kepura-puraan tindakan Hj Hadi dan PAS. Mereka adalah contoh terburuk akhlak dan politik Islam. Mereka tak layak untuk diberikan amanah sebagai pemimpin apatah lagi diberi tanggungjawab untuk memperjuangkan Islam. Mereka adalah kembar UMNO dan Hj Hadi adalah ulamak kesayangan Najib. Kedua2nya berpura2 membela kaum Rohingya tetapi dalam masa yang sama langsung tak ambil peduli akan maslahat uamat Islam keseluruhannya (hanya mencari glamor dan menumpang publisiti bagi mencari laba dunia).

Nick.
Cape Tiger.

JAKA berkata...

4.39..

adalah contoh taksub syiah hadi. syiah ni hujahlah apapun..tunjuklah bukti apapun..sikit pun dia tkkn terima.

sbb matlamat hidup syiah nk menghancurkn islam dr dalam. pembohongan hadi bukan sesapa reka..bkn fitnah..

mulut takiyyah hadi sendiri yg bohong. sampai satu masa semua pemimpin pas pun tkde idea dh nk cover hadi. klu cover lbh2 akn menjatuhkn maruah sendiri.

hadi melayan kuis mcm melayan dap dn amanah. dituduhnya pemimpin kuis dh rabun uzur dll. dituduh pula kuis mewakili pendirian qatar. ni nk tuduh qardawila yg berasal qatar.

yg hadi tu mewakili sapa. najib? atau hadi mewakili syiah dlm kuis.

sama mcm dia tuduh amanah diperkuda dap. suka2 hati busuk syiah je dia tuduh fitnah org lain.

syiah memang suka org mcm ni. kelulusannya agama tp hatinya jauh dr kebenaran.

pentaksub hadi jgn nilai dari luaran. berapa byk org agama alim ulamak wali yg akhirnya sesat dn mati kufur.

punca utama kerana mazmumah ego sombong bongkak membawa tk ikhlas. bila tk ikhlas maka bertakhtalah iblis syaitan dlm hati.

maka agama akn digunakn sepuas2nya tnpa takut pd allah.

amat memalukn perangai hadi ini jauh dr akhlak nabi saw. tau kah hadi ada umat islam syria yg tetap pertahankn iman dn laillahaillah walaupun dia sedang dibunuh ditanam hidup2 dan dipaksa syiah tentera bashar utk mengucap laillahaillabashar.

mereka rela syahid disiksa dpd bertakiyyah walhal harus bertakiyyah ketika itu.

tp hadi ini demi kepentingan dunia sanggup bertakiyyah walhal tkde sapa nk jentik pun telinga dia.... demi membela syiah laknatullah

dan puak yg membunuh menyiksa dan cuba memurtadkn para syuhadak itula yg hadi peluk cium.

hadi u are very far from truth n iman. sedangkn abu muljam pembunuh saidina ali rdh lebih jauh alim dn warak dr hadi tp menemui suulkhatimah.

penyokong hadi... anda perjuang islam kerana allah dan rasul atau kerana taksub hadi.

jwb satu saja.... siapa yg akn mampu memberi syafaat pd anda di mahsyar nanti?

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya lakonan manusia fasik dan munafik bertopeng serban dan jubah.

Lelakidicermin berkata...

Tanpa nama 4.39.. 28 fakta kat atas bohong ke.. kalau GB bohong tak dtg kesan.. ini naib ulamak dunia.. dah lama 28 fakta berlegar di alam maya ni.. tak di jawab pun oleh setiausaha tuang presiden. Kau buat nisbah berapa blog pro tuang presiden.. berapa blog kontra tuang presiden.. kira sekali pelayar2nya kau akan dpt jawapan ulamak kesukaan kau di sukai ke di benci. solat 2 iman..sembelih org umno tak boleh di makan. Suami isteri bercerai.. peristiwa mamali.. kau ingat tuang presiden kau tak jawab dlm kubur nanti. semua lantaran amanat hadi. Kau boleh tgk sikap tuang presiden kau terhadap mat sabu.. kalau boleh tgk gak sikap mat sabu terhadap tuang presiden kau..cuma bg aku setiaausaha politik tuang presiden kau ngok. Walau pun jemputan di iran jemputan tahunan.. patut di tangguh dulu sbb perang di syria.. takkan itu pun tak boleh fikir.. begitu besar kuasa dan pengaruh tuang presiden kau.. boleh mempertikaikan jemputan british ke majlis negara arab. Sama gak spt yg di ucapkan di pentas pas..anjing menyalak bukit..takde kesan..aku rasa tak semua negara arab tak semua kenal tuang presiden kau tu.. begitu sombong nya tuang presiden kau tu bila berckp.. jawatan naib di kuis bukan dia yg mintak.. patut bila di beri jawatan besar.. hormatlah terima amanah yg kuis bagi tu.. ini berlagak..patut ke perangai tuang presiden kau tu..siap di canang2 kelemahan yusof qardawi tu. Patut ambik jln tgh..aku dpt rasa 80% jawatan tuang presiden di kuis akan di tamatkan..sampai kutuk2 ketua kuis mata tak nampak.. telinga kurang dengar..boleh ke uĺamak mengulas cara begitu..utk perhatian tanpa nama 4.39..kalau pun kau ckp GB gitu.. aku rasa dia tak pernah mengkafirkan org.. cara kau menulis.. aku rasa kau sama dgn walaun2 mengkafirkan org..kalau ya.. cepat2 mintak maaf.. takut merangkak2 kat SANA nanti cari org yg kau kafirkan tu..

Tanpa Nama berkata...

Bila dengar cakap hadi awang kita dapati beliau seorang yg sombong dan terasa macam fia maksum sangat. Semua org tak betul kecuali dia.

Tanpa Nama berkata...

UMNO sedah ketawa kegembiraan kerana Hadi Awang dapat hadiah kaw-kaw dari netizen diatas keceluparan mulutnya sendiri moga-moga hHadi Awang cepat sedar dari mimpi kepimpinannya sebab sekarang pengikut dan penyokong PAS yang luar dari Kelantan dan Terangganu telah mula buka mata yang Hadi Awanh sekarang sudah tidak releven lagi UMNO telah berjaya mendedakkan dengan hanya memberi projek melalui Hadi Awang walaupun bukan Hadi sendiri menerima projek tapi hasilnya amat lumayan sekali ini bermakna ulam tersohor telah menghalalkan rasuah patutlah Najib melawat SPRM untuk melunakkan para pegawai di SPRM terutama yang menjadi penyambut Najib tempoh hari.

Tanpa Nama berkata...

Allah swt berkuasa menterbalikkan hati seseorang.

Hadi sepatutnya terus berpura-pura dan terus berlakun seperti dulu sehingga benar-benar orang percaya dia baik dan lebih baik dari Almarhum TGNA. Hadi sepatutnya jangan tunjuk belang syiah nya sehingga orang benar-benar terpedaya dan angkat dia sebagai ulamak tersohor.

Namun apa yang dibuat lain, yang jadi nya pula lain. Begitulah Allah menterbalikkan hati Hadi.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Orang hilang ingatan mana boleh ganti orang yang cuma kurang pendengaran dan penglihatan.

Lagi Hadi ini cakap ada makna. Jangan ganti orang lain sebagai Presiden walaupun dia dah tak nampak, tak dengar dan biarpun terbaring atas katil hospital berbulan-bulan.

Tanpa Nama berkata...

Samada letak jawatan atau di pecat.. habis dah maruah Hj Hadi. Setempek .. setempek.. pep.. pep.. jatuh atas tanah.

Kalau terus jadi Naib Presiden Ulamak Dah jadi gila jawatan pulak. Samada di lantik atau tidak meminta jawatan kedua-dua nya perlu mendapat persetujuan dari dia sendiri. Dia sendiri tahu bagaimana perasaan menerima jawatan tersebut.

Hadi rasa dia masih muda dan yang lain-lain tua-tua semasa mempengerusikan mesyuarat. Jantung dah bermasalah dan masuk keluar hospital pun tak sedar diri sendiri pun dah tua.

Jika Hadi letak jawatan, sedekah 5 ikat pisang jumaat ini. Jika kena pecat, 15 ikat pisang. Dan jika tak letak jawatan, orang PAS lah sedekah pisang. Tahu nak makan jer.. mana boleh.

Tanpa Nama berkata...

Lebai bodoh.

Kata Al Qardhawi uzur. Telinga tak boleh dengar. Mata tak boleh nampak
Tapi hantar surat !

Pergi lah sana atau hantar lah Abduh ke Tantawi ke untuk bacakan surat dia depan Al Qardhawi.

Nanti kata orang yang bacakan surat pulak yang salah baca atau menipu.

Biar Abduh atau Tantawi baca kuat-kuat dan berulang-ulang sebab Al Qardhawi tak dengar sampai guna alat pun tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha.... Lebai Malang ni dah dimakan dek bai,ah sendiri. Serban tu macam pakai topi keledar ja. Pada yang taksub ngan Lebai Malang ni, dinasihatkan jangan jadi manusia.. Kahkahkahkah

Unknown berkata...

Salam:

Sekali sekala bagila ChAN,PEWALAQ 4.49 PAS,Nak dengar apa yg dia nak dengar/BACA.


Segala yg ditulis di atas adalah PALSU,Belaka,walaupun ada receipt tontonan TVPerview..

pADA TAHUN 1981,Mat sabulah yg buat AMANAT SABU.

Masa itu Hadi di Rusila, Hadi sdg sibuk nak meleraikan orang kg sembahyang 2 imam,Siapa kata, Hadi kata, Berjihad menentang umno,mati,mati sahid.semua itu FITNAH,Yang kata tu Mat sabu.Siapa kata ada orang pas mati di memali,mereka sdng main police -centryla.

Siapa kata president aku,ponteng di Parlimen..Semuanya FITNAH BELAKA,yg PONTENGtu Mat sabu. memanjang PONTENG.Walaupun mat sabu bukan MP.

mENGARUT,mENGARUT DAN mENGARUT, Yg SYIAH itu Mat Sabu...

FAIR kan anon 4.39,selamat BERHIBUR.

Tanpa Nama berkata...

Janagan terkejut dengan ulasan oleh ytanpa nama 4.39.otaknya dah dibasuh oleh HHadi.apa yang Hadi buat walaupn tidak betul mamat ni mesti kata betul.Mamat ni kalau Hadi kata sabun tu bolih dimakan sudah tentu berbuih mulutnya dia makan.saya tak mahu katakan sekiranya Hadi kata taik tu kek,mamat ni pasti kata itu kek padahal dia tahu itu tahi.itulah otak mamat tanpa nama 439.

Din berkata...

Tuan hj presiden pembohong bersiri. Ularmak apa ke benda..Dunia dia dlm sarban dia..

Din berkata...

4.39 tu yg tuli dn pekak.. spesis pashadi..pembohong bersiri.. berjubah bersarban tp perangai masya Allah..kaki gaduh...inilah kualiti peribadi yg ada pd semua pemimpin pashadi sekarang.

Din berkata...

Kahkahkah...betapa malang nya si lobai ni... punahsihat pembohong bersiri..

Tanpa Nama berkata...

Dengan syiah iran nak berbaik tp dengan sunni parti Amanah berkerat rotan. Apa punya ularmak daa..
Cakap pun dah macam takabbur.

Tanpa Nama berkata...

Dah pecah tembelang..sapa kawan karib syiah sebenarnya..ngata orang x ingat dunia..Allah dah tunjuk sikit2 sifat lebai takbur ni..

Anti Fitnah berkata...

Bila TG Hadi jawab yg Tok Guru Al Qardhawi tak berapa nampak dan juga dengar ... sebenar dia tuju kepada orang bawah dia seperti anon 4.39 tu. Ada mata ... buta, ada telinga ... pekak dan ada otak ... bebal.
Kalau tidak, buat apa TG Hadi hantar surat kepada Tok Guru Al Qardhawi? Ini bermakna Tok Guru Al Qardhawi tu bukan pun pekak maupun buta. Yang buta dan pekak tu "DEPA" tulah termasuklah tuan yang berhujah tu.
Maafkan saya kalau saya tersilap berhujah ni.
Yang baik datang daripada Allah swt dan yang jahat tu dari diri saya sendiri.

Pencolekhangek berkata...

Telinga kurang dengar tak ape. Ini pekak langsung. Tak mahu dengar cakap orang. Buat suka dia je. Tak dengar langsung cakap rakyat.