22 Dis 2016

Idea Gabungan AMANAH-PKR Untuk Bunuh AMANAH Sepertimana terbunuhnya PRSM...

Gabung PKR-AMANAH tak berbangkit, kata Salahuddin

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub berkata, isu penggabungan parti itu dengan PKR tidak berbangkit sama sekali.

Sambil menzahirkan rasa terima kasih kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas cadangan serta idea penggabungan tersebut, Salahuddin berkata, pihaknya mengharapkan hubungan yang kukuh akan kekal seutuhnya.

"AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).


"AMANAH bersama-sama rakan-rakan PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama HARAPAN menjadikan peranan AMANAH dan semua parti-parti dalam HARAPAN dan BERSATU semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan.

Semalam, ketika cadangan penggabungan parti ditolak mentah-mentah dua pemimpin PKR dan AMANAH, Azmin pula sebaliknya berkata, ia wajar dipertimbangkan.

Kata Azmin, ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

"Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).

"Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi," kata menteri besar Selangor itu di Shah Alam.

Azmin juga dilaporkan berkata, setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi" yang diharapkan. -mk

ULASAN GB

Tiba-tiba PKR muncul dengan cadangan supaya AMANAH bergabung dengan PKR.

Semua orang tahu bahawa PAS memang mengharapkan AMANAH berkubur. Ia adalah untuk menjustifikasikan kata-kata pemimpin mereka bahawa AMANAH tidak akan bertahan lama. Tetapi ternyata kata-kata pemimpin PAS itu tidak menjadi kenyataan. AMANAH terus berkembang dan rakyat dapat meliaht bendera berwarna oren berkibar di sana-sini.

Konvensyen Pertama AMANAH di SACC Shah Alam pada 10 Dis 2016 lalu adalah bukti nyata AMANAH kini sudah dewasa sekali usinya baru setahun.

Usaha PAS untuk melihat AMANAH berkubur sama-sekali tidak berjaya. Begitu sakitnya hati dan jiwa pemimpin dan ahli PAS melihat AMANAH gagah perkasa di arena politik negara bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan (PH) ditambah pula dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama PH sedangkan PAS masih di takuk lama bersama Ikatan yang ahlinya tak sampai 100 orang.

Lagi dilemparkan tuduhan, cacian, makian dan fitnah terhadap AMANAH, AMANAH terus berkembang dan yang semakin tersisih dan terpencil adalah PAS sendiri.

Apabila timbalan ketua pemuda PKR Dr Afif Bahardin mula mencadangkan Amanah bergabung dengan PKR di atas alasan PKR berkongsi nilai yang sama dengan AMANAH dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang, bertempik sorak orang-orang PAS "menyambut" cadangan itu kerana inilah peluang untuk melihat AMANAH berkubur.

Jika sebelum ini Dr.Afif ditempelak dan dicaci maki oleh PAS kerana isu RUU Babi di Pulau Pinang, tiba-tiba tempelakan itu hilang apabila Afif mencadangkan PKR dan AMANAH bergabung, malah Afif diberikan peluang untuk sepentas dengan pemimpin PAS di dalam satu ceramah mega di Kota Bharu kelantan.

Demikian terdesaknya PAS untuk melihat AMANAH berkubur.

Kemudian cadangan Afif disokong oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Lagilah bertempik sorak para ahli PAS di media sosial menyokong cadangan tersebut.

Selain PAS, rupa-rupanya PKR (kumpulan Azmin) juga gusar dan cemburu dengan perkembangan terkini AMANAH.

AMANAH dari hari sehari dilihat parti yang mendapat sokongan solid dari rakyat. Hampir semua kawasan DUN dan parlimen Selangor telah diorenkan.

Azmin mungkin melihat ia satu gugatan terhadap PKR sebagai parti dominan di dalam PH.

Maka sebab itu beliau bergegas menyatakan idea gabungan AMANAH-PKR wajar dipertimbangkan.

Hasratnya serupa dengan PAS: iaitu untuk membunuh AMANAH sepertimana PKR telah membunuh Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) setelah bergabung dengan PKR. Supaya AMANAH tidak menggugat PKR di dalam PH sebagai parti yang dominan.

Kedua, ia untuk menjayakan grand design PAS sendiri supaya AMANAH dapat dilenyapkan yang diusahakan oleh seekor singa tua yang telah patah gigi dan hilang kukunya di dalam PAS di dalam usaha untuk menjadikan presidennya sebagai PM yang tak kesampaian.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Walaupun diberikan alasan lunak terhadap idea penggabungan AMANAH-PKR, namun sifat dengki dan iri hati mereka tidak akan mematikan AMANAH sebaliknya yang berdengki dan yang irihati itulah yang akan terus mengerang kesakitan.

Allah swt telah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]






FEATURED ADS



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rupa bentuk dan citarasa AMANAH sama sekali tidak sama dengan PKR.

Dua chef memasak dengan bahan yang sama untuk resipi yang sama menjadikan nya satu makanan yang diletakkan di dalam pinggan tetap mempunyai rasa yang berlainan walaupun persembahan sajian nya sama.

Sikap dan perangai PKR kebelakangan ini juga tidak di sukai oleh ramai orang. PKR langsung tidak mengenang budi dua ahli nya iaitu Shaari dan Hasnul yang berpihak kepada PR.

Tumpuan PKR lebih kepada PAS se hingga PAS mengambil kesempatan menyekat program dan aktiviti AMANAH.

PAS memilih landasan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam. PKR memilih persaudaraan dan perpaduan masyarakat majmuk.

Jika faktor AMANAH dan PKR mempunyai nilai yang sama, mengapa PKR tidak meminta PPBM bergabung dengan PKR.

Adalah lebih baik PKR yang bergabung dengan AMANAH, kalau tidak menjadi sekurang-kurangnya menakutkan PAS yang degil untuk menerima satu lawan satu.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang suka PAS yang pernah dipimpin oleh Almarhum TGNA, tanpa sedikit keraguan pun mereka suka dan kasih pada AMANAH.

Tenguk lah apa sudah jadi pada PAS..

Mat Petaling berkata...

Tidak ada keperluan utk Amanah dibubar dan masuk PKR.

1. Amanah ramai pemimpin berwibawa. Jika masuk PKR maka terpaksa berbahagi kerusi dengan pemimpin PKR. Ini merugikan.

2. Amanah terpaksa akur dengan dasar PKR dan bisanya hilang untuk menghadapi PAS kerana kita yakin PAS merasakan mereka boleh menjinakkan PKR.

3. Agenda PAS ialah tidak mahu pemimpin progresif diberi ruang utk memimpin kerana doktrin wala taksub dan pro umno PAS itu sendiri.

4. PAS mahu dominan dgn label parti islam satu2nya dengan membubarkan Amanah. Sekarang Amanah membina imej islam inklusif yg menarik ramai penyokong. Ini memeningkan PAS.

5. Dalam BN byk parti komponen. Tidak ada masalah PH untuk byk komponen. Rakyat ada byk pilihan utk wadah yang mereka suka asalkan jelas matlamat utk menjatuhkan parti korup BN yg sudah bertaraf dinasor kenyang.

6. Sedangkan BERSATU pun hendak mempunyai wadah sendiri. Ada keperluan. Iaitu rakyat pro umno yg benci najib ada alternatif utk bersama pembangkang. Disamping pemimpin BERSATU adalah bekas pemimpin taraf Negara yg mampu menerajui satu wadah baru. Kerana jgn lupa dibelakang mereka ada ramai penyokong akar umbi.


Kesimpulan :

Amanah terus kekal tak perlu masuk PKR. PKR perlu pertajam dan tegas dengan pendirian dan mengutamakan PH daripada PAS.

Mengenai pemimpin PAS dalam kerajaan Selangor, tak mengapa. PRU14 mereka akan ketepi dengan sendirinya apabila PAS dijagka ditolak di Selangor.

Buat masa ini biarkan mereka buat kerja atas alasan mereka dipilih rakyat pada PRU13 dulu.

Sekian



Tanpa Nama berkata...

saya sedari dulu lg tak suka sama azmin..
kalau madey boleh gunakan ummi hafilda ali untuk jatuhkan DSAI...
masakan tidak dengan azmin..
azmin ali..
azwan ali..
ummi hafilda ali..
spesis tak boleh pakai..

Tanpa Nama berkata...

Biarlah sampai hilang pertaruhan sekali pun. AMANAH tetap sebagai parti yang unggul dengan Islam dan Iman.

Malaysiabaru berkata...

Masing masing ada pengikut dan kekuatan

Hampir 99% pakar analiza pilihanraya bersetuju pru14 adalah 4 penjuru..

Apa perancangan rafizi? Strategi dap pkr amanah pribumi?

APAAAAA TAKDE STRATEGI ???? !!!

CELAKO BETUL KORANG NIH TIDOR KAAA..

LEPAS NI JANGAN SEORANG PUN BAGI SUMBANGAN KPD GOLNGAN TOLOL INI PRU14...

P.S TAHNIAH AZMIN JADI JANTAN MACHO ROBOH JAMBAN HOSTEL PENDATANG DI SEKENCING SELANGOR... TEMPAT PENDATANG MENDARAT MELALUI LALUAN IKAN..

Tanpa Nama berkata...

Syabas AMANAH.

Terbukti kebijaksanaan pemimpin AMANAH sekali lagi.

Apa faktor yang menyebabkan PSRM terima pelawaan PKR? Itu lah yang membezakan AMANAH yang mampu berdikari.

Jika PSRM di gabungkan kerana beberapa kelemahan tetapi AMANAH kerana kehebatan nya.

Walaupun belum terserlah sangat, di mana-mana negeri ada AMANAH sedang kan PKR semakin lesu.

Setelah gagal memujuk PAS kini PKR beralih kepada gabungan dengan AMANAH. Lain kerja tak ada.


Tanpa Nama berkata...

Wooii en min...ko ingat tokoh2 dlm Amanah tu budak hingusan ke dlm sepak terajang politik...itu semua otai2 tahu tak...lagi pun mcmana nak bgabung...plembagaan ttinggi parti yg diguna pakai oleh pkr dan Amanah jauh bbeza samasekali...udah udahler duk tergilakan pas tu...atau takut ilang kerusi pd pru akan dtg...tak payah nak main silat lidahlah en min oooii...

Tun Perak berkata...

Gabung boleh bubarkan PKR...s3mua masuk amanah....amanah complete package...pemimpin dan jentera pilihanraya...pkr top heavy..pemimpin ade jentera tak cukup camno ni min

Tanpa Nama berkata...

Jgnlah diserang rakan dlm pakatan.... Ianya umpama beri peluru kpd musuh... Jgn la buruk sangka pd rakan... Selagi masih dalam pakatan, raikan perbezaan pandangan.. Itu cuma cdgnnya.. Boleh setuju, boleh xsetuju... Apa2 pun dia dan kita punya musuh dan matlamat yg sama... Semoga berdamai dan tidak menyerang sesama kita...

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga Dr. Afif kemukakan idea tu, sekurang2nya Allah dah tunjukkan siapa agen Azmin dan PAS dlm PH di Pulau Pinang.

Tanpa Nama berkata...

Ini mungkin agenda azmun dan pas urk kuburkan Amanah..azmin mungkin masih bermain kayu tiga dgn pas.