30 Nov 2016

[VIDEO] PAS & UMNO Masing-Masing Telah Berpecah...

Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur, dakwa Khalid Samad

Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.


"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.

"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.

Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi. (Video di bawah adalah sedutan ceramahnya di Alor Gajah pada 25 Nov 2016 mengenai hal yang sama)

Khalid yang menjadi penceramah utama berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.

"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang,"
kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.

Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.

Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.

Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi. -


VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54:

"Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang"

Itulah keyakinan orang-orang beriman.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap terserlah juga. Bahawa perjuangan Islam itu bukan untuk memenangkan parti Islam atau umat Islam tetapi memenangkan Islam.

Ada beza kedua-duanya. Islam itu berpaksikan kebenaran dan keadilan sedangkan umat Islam dan parti Islam boleh sahaja kesasar dari landasan Islam itu sendiri.

Kita tidak pertahankan umat Islam sekalipun dia mencuri, merompak dan menyamun. Islam adalah satu agama yang benar dan adil. Yang bersalah tetap dihukum di dalam Islam tanpa mengira bangsa dan agama seseorang itu.

Ini tercatat indah di dalam  beberapa hadith sahih yang mafhumnya:

"Hanyasanya yang menyebabkan binasa orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang dari kalngan terhormat mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang bawahan dari mereka mencuri mereka laksanakan hukuman.
Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya. [Riwayat Muslim]

“Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi golongan bukan-muslim ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang kepada sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud).





FEATURED ADS



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klu yb khalid sebarkan fitnah harap jaguh2 pas tlg saman beliau. Jgn tangguh1, tangguh2 dan......jgn jd mcm saman SR!

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya lebai hadi...
Dia tahu tak cerita..
Aku confirm lebai hadi tak cerita apa.
Kau org nak tahu sbb apa?
Sbb suka memomteng laaaa..

Tanpa Nama berkata...

Beberapa tahun dulu berlaku satu kes amat merbahaya hampir melibatkan nyawa. Laporan polis telah dibuat memohon keadilan tetapi tiada tindakan. Ia juga ada melibatkan salah guna kuasa atasan penguatkuasa, ugutan dan rasuah.

Media suratkahabar mempamerkan semuka coretan hadapan beberapa hari kemudian. Juga tiada tindakan. Wisma Darul Iman adalah tempat terakhir memohon keadilan. Percahayalah, kerja yang atas2 sana.... cari makan. Kehebatan paling hebat ialah membelit dan tarik tolak masa.

Jesteru selepas ramai kawan2 atasan tidak mampu buat apa2, terpaksalah memcuba pembangkang. Dahlah YB PAS amat susah dihubung, dah dapat beberapa ketul langsung tak balas.

Hairan berhari mencari2, YB Khalid Samad yang paling mudah dapat dalam PAS. Tak sampai sejam selepas mesej menerangkan apa yang berlaku, beliau membalas.

Itulah baiknya YB Khalid Samad. Tak kiralah dia parti apa2 pun, memang hebat. Dari KL sanggup menolong yang jauh di Terengganu.

Lihatlah sekarang apa dah jadi pada KT. Bayi yang jumpa bolehlah kira, yang tak jumpa entah bertimbung. Di KL ratusan ribu pelancong sehari, di bandaraya Hadi Awang nak dapat seribu pun susah. Itupun sebahagian besar hanya transit ke pulau2 peranginan. Selepas bermesra sealam dengan BN, tempat maksiat padat bertumbuh di bandaraya Ulamak Tuan Haji Hadi, untuk siapa sebenarnya.

Malaysiabaru berkata...

Sesunguhnya janji Allah itu benar

Tapi Najib dgn angkuh berkata

Pilihaneaya serawak bn menang walau ada gst 60b

Pilihanraya umum akan bn menang walau ada kemelesatan ekonomi...

Yakin betul Najib

Bila gabenor kelenting najis dgn chart dan graph katakan ringgit kukuh banding matawang lain .. Maka najibullah laknatullah percaya gabenor rambut celup putih

Iusd 4.47 rm

100 bhat : 14rm

100 riyal Saudi : 13rm

1usd : 49.90 Filipina peso

Taraf ringgit sama taraf Filipina dan papua new guine dalam 4.5 +++/--

1usd : 1.41 sing/aus/nz

Kita terima aje lah ringgit dalam kategory pariah sebab pak lebai hadi suruh sokong Najib jgn jatuhkan najib !!! Hudud dah lulus di parlimen pada sesi parlimen lepas!! Tahniah pas

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini masing-masing parti baik PAS dan UMNO ada kekuatan tersendiri. Namun semakin lama, UMNO semakin lemah sebelum diikuti oleh PAS. UMNO lemah kerana menghadapi keadaan yang sukar sebagai peneraju negara. Yang PAS pula lemah kerana menumpang kelemahan UMNO.

UMNO dari lemah menjadi semakin lemah dan yang PAS dari kuat memilih dengan rela untuk menjadikan PAS lemah. Ini lah kerja gila Hj Hadi.

UMNO mula lemah semasa Pak Lah dan semakin lemah apabila ditambahkan lagi dengan skandal kepincangan urusan wang negara oleh Najib.

Namun PAS menjadi lemah sebab di perdaya dengan mudah oleh pujuk rayu UMNO. Selepas ketiadaan TGNA, PAS menukar haluan dan kini PAS di pimpin oleh seorang Lebai yang sangat ingin menunjukan kehebatan politik nya yang tak kemana-mana.

Itu yang menyebabkan perpecahan pada UMNO dan pada PAS. Bila berlakunya perpecahan sehingga keluar parti, pasti nya kedua-dua nya tidak lagi kuat dan besar seperti dulu.

Kesannya tak sama jika pemimpin AMANAH dan Bersatu menentang barisan kepimpinan parti dengan masih kekal parti.

UMNO tidak menduga bekas pemimpin mereka akan menubuh parti baru setelah Semangat 46 parti Ku Li gagal.

Penyatuan dan kerjasama UMNO PAS adalah kerana kedua-dua parti tersebut lemah dan akan memberi kesan buruk kepada ahli-ahli parti yang tidak sehaluan selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Bubarkan PAS dan semua masuk UMNO.

Nazri kan kata PAS gagal Islam kan Kelantan sebab itu UMNO tolong PAS untuk melaksanakan hukum hudud.

Bila PAS kata RUU bukan hudud, ramai tak dapat terima tapi bila Najib cakap bukan hudud tapi ianya RUU ramai faham dan terima.

Sebab itu lah ahli PAS kena presiden kan Najib.

Tanpa Nama berkata...

Bila tubuh PKR sibuk pemimpin UMNO kata melayu jangan berpecah. Melayu mesti kuat dan bersatu tapi bila PAS berpecah tubuh AMANAH dan UMNO berpecah lagi tubuh puluh Bersatu, tak ada pemimpin yang menyeru supaya melayu bersatu. Semakin berpecah lagi ada lah di sebabkan hudud yang di sibuk kan oleh Hj Hadi. Yang ada yang cakap ialah pasal UMNO. Kalau ada pemimpin yang cakap pun sebab risaukan nasib UMNO pada PRU akan datang bukan pasal nasib dan kehidupan orang melayu.

UMNO bukan lagi pilihan dan PAS bukan lagi boleh diharap oleh orang melayu dan orang Islam.

Selamat kan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Betul,setuju pas dah jadi rakan umno..ph nk tunggu apa lagi?mcm xmalu pulak ph xda pendirian.spt hidung xmancung,pp tersorong2..segeralah buat keputusan tinggalkan pas dn bergerak kehadapan..jgn bermain tarik tali lagi.ketahuilah rakyat sedang sakit hati dgn perangai ph.jgn smpi rakyat bosan dgn ph pulak..

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Dalam suasana yang mana pecahan kerusi telah dikasifikasikan bertujuan kearah kemenangan UMNO AP/DUN tetap mereka berada dalam keadaan selesa.Hj.Hadi seorang pemimpin yang tidak layak berjihad dibidangnya kerana aturcara poligami disini dikait amalan sunah maka jutaan melemahkan lagi taraf jutawan?