4 Nov 2016

Demi Keadilan, Polis Perlu Segera Tangkap Reza!

Kemunculan Riza Aziz dalam lawatan PM ke China memalukan, mengaibkan

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kewajaran Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut bersama dalam lawatan rasmi negara ke China.

"Kehadiran Riza Aziz dalam delegasi pelaburan negara sangat memalukan serta mengaibkan negara.

"PM Najib langsung tidak prihatin soal maruah negara yang tercalar kerana perbuatan anak tirinya itu.


"Sepatutnya PM Najib tidak melibatkan anak tirinya itu dalam siri lawatan rasmi ke China ini. Tiada keperluan untuk anak tirinya terlibat dalam urusan rasmi negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Riza Aziz antara nama yang dikaitkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai lalu kerana terbabit dalam siri pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB untuk menerbitkan filem 'Wolf of Wall Street' yang dilakonkan pelakon Hollywood Leornardo De Caprio.

DOJ menamakan 'Riza Aziz anak tiri MO1' dalam saman memohon untuk merampas beberapa aset bernilai lebih RM14.16 bilion yang berkaitan dengan dana 1MDB yang telah diselewengkan.

Gambar Riza Aziz yang turun dari pesawat bersama Datin Rosmah Mansor isteri perdana menteri menjadi viral apabila ramai pihak mempertikaikan kewajaran anak tiri Najib itu mengikuti lawatan rasmi negara ke China.

Justeru persoalannya ujar Mahfuz lagi, apakah keperluan untuk Najib membawa anak tirinya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) dalam kes kecurian wang 1MDB itu ke China.

"Apakah kelayakan untuk Riza Aziz menaiki pesawat tersebut?.

"Adakah Riza Aziz tersenarai dalam peraturan sebagai orang yang layak menaiki pesawat khas kerajaan yang dibiayai oleh wang rakyat?

"Apakah peranan Riza Aziz dalam deligasi PM Najib untuk menarik pelaburan dari negara China?.

"Adakah terdapat keperluan Riza Aziz terlibat dalam perundingan dan menandatangani mana-mana MOU dengan syarikat pelabur dari China yang bernilai RM144 bilion?

"Adakah Riza Aziz menyertai lawatan ke China ini sebab nak pinjam duit dari negara China atau mencari rakan kongsi baru untuk buat filem "Wolf of Wall Street 2".

"Maklumlah duit 1MDB dah habis diguna untuk berfoya, berjudi serta istana dan kondominium mewah di Amerika dah kena sita dan bank-bank seluruh dunia pun tidak mahu berurusan lagi dengan beliau," ujarnya.

Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah

GAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.

Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.

Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:

"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"

(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)



Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.


Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.


Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.

Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?

Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI? -
milosuam.net


ULASAN GB

Satu tandatanya besar. Kenapa gambar Reza itu dicrop sebaik saja diviralkan di media sosial.

Jika tak bersalah mestilah ianya dibiarkan. GB sudah ulas sebelum ini: Petikan:

Beliau kini sedang diburu di peringkat antarabangsa. Beliau tidak mungkin boleh bergerak bebas seperti dulu.

Oleh itu, ada kemungkinan beliau terpaksa mendapat "belas ikhsan" ibunya Rosmah dan Najib tumpang menaiki jet ke sana ke mari dengan menggunakan pass VVIP yang tidak ada gangguan siasatan apabila masuk dan keluar ke dalam mana-mana negara yang dilawatinya.

Satu hal lagi, Ketua Polis Negara sebelum ini menyatakan sukar untuk mengesan saksi-saksi 1MDB termasuk Reza sendiri.


Kini Reza terpampang di media. Sukarkah untuk menahannya atau sengaja beliau dibiarkan bebas? Mengapa ada pilih kasih di dalam menjalankan tugas mendaulatkan undang-undang dan melaksanakan keadilan?


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pandangan ulama pas suci mulia?

Tanpa Nama berkata...

Penguasa2 yg mcm ni lah yg menggelapkan jenayah

Lelakidicermin berkata...

Kalau di fikir2kan amerika lagi cekap.. awal2 amerika dah pegang najib. Jab. kehakiman amerika tak sebut najib PM malaysia. sekadar MO1.. amerika ambik jln tengah...siap tak sebut kesalahan. Najib pun buat lawatan ke china.. membuat pelabur2 china melabur kat malaysia berbelion2.. amerika telan air liur je.. tapi amerika ada MO1.. yg sengaja di senyapkan. Termetri je perjanjian berbelion2 tu.. satu dunia akan tahu sape MO1... siap di war2kan apa kesalahan MO1 tu.. kejap lagi malaysia dan rakyatnya sekali tersepit.. akibat najib salah percaturan.. china boleh melabur.. najib perlukan duit utk menutup kewangan 1mdb yg begitu parah.. amerika hanya pasang perangkap je.. dgn sehelai surat jab kehakiman yg ada nama MO1. kita rakyat malaysia tak boleh buat apa2.. ajak demo pun mcm nak tak nak.. cuma kita tgk sape yg checkmate.. amerika.. negara china atau najib..

Tanpa Nama berkata...

Malaikat maut tgk khalid skrg nie..

Tanpa Nama berkata...

anon 827..seb bek comment kat sini..kalau kat fb mesti die da soh pdrm siasat atas akta hasutan kerana menghasut malaikat maut..waakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Dulu Najib cakap "Apa lagi Cina Mahu". Sekarang "China mahu apa, kasi tau saja".

Tun Perak berkata...

Mana 4 saksi...jgn main tuduh je...nanti report you kat timbalan ulama sedonia....baru tau...hmmm

Malaysiabaru berkata...

Bertahlol sialsi dgn konunis ?

Mengadai harta Negara kpd komunis demi rm55b untuk tampung bajet deficit Negara

Dulu kata dap komunis

Hari Ni umnobn peluk bapak segala komunis... Bisnesz lagiii

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal-hal lain KPN lantang bercakap tidak ada sesiapa terkecuali dari undang-undang. Sekarang terbukti KPN telah tidak menjalankan tugas.

Macamana sekarang apabila anak tiri Najib di sorokkan oleh Najib dan Rosmah ?

Mereka yang hanya memakai lilit kepala IS dan hanya memiliki risalah IS, boleh di kesan dan di tangkap. Tapi Reza yang bersama Najib dan Rosmah yang dijaga keselamatan 24 jam oleh Polis, tidak dapat dikesan oleh si Khalid.

Polis boleh menghantar Pegawai berjumpa Mahathir untuk di ambil kenyataanya. Polis boleh serbu dan pecahkan pintu rumah Anwar selepas Anwar dipecat.

Polis boleh kejar budak bawa kereta tanpa lesen dan Polis boleh tangkap doktor yang lari ketakutan ..

Malah Polis boleh tunggu Jamal Jamban di lapangan terbang untuk di siasat. !

Tapi Polis tidak boleh buat apa-apa pada Reza.. kenapa ?

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang salah tetap salah. Hati tak kan senang bila hari-hari melihat yang salah di tunjuk di depan mata. Kalau bertindak mesti secara berkumpulan. Tak ramai yang nekad seperti Husni dan cara Husni tidak memberi impak yang kuat. Malangnya untuk bertindak secara berkumpulan sering kali gagal kerana salah seorang akan mengkhianati usaha tersebut kerana terlampau inginkan habuan besar dari Najib. Najib berjaya wujudkan syak wasangka di antara orang-orang yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakkan ke atas nya. Cubaan pertama gagal dan menjadi pengajaran kepada yang lain-lain.

Orang yang ada iman sahaja yang berani meletak jawatan dan tidak sanggup bersongkol dengan Najib-Rosmah.

Tanpa Nama berkata...

Aku selalu menung panjang pikir Malaysia ni ada undang2 ke tak?? Lebih kurang macam zaman Tarzan rimba je. Hadoi.....malu dengan negara luar.

Lebai Roger berkata...

Pendapat ulamak suci......takpe walaupun dikencing berkali2! Lbgt, liberal komunis, atheisma syiah semua dah ok sekarang, boleh join parti agama, cuma jgn komplen rumah Pas hancing, itu dikira melampau dan mengacau rumah tangga olamak suci. Suruh bekas mp dan Adun cerai bini talak tiga tak dikira campur tangan rumahtangga kerana olamak2 dikira soci dan maksum. Itu lah pendapat olamak soci.
Dengan syafaat Tok Guru, Bulan depan kita saman SR.

Lebai Roger berkata...

DAP tak mendapat restu olamak.....lain la Najib, direstui olamak tersohor nusantara.

Tanpa Nama berkata...



Rosmah pernah sound penerbit NTV7 direct.penerbit kena letak jawatan.
Rosmah pernah sound sultan selangor.sultan kelu Membisu

setakat khalid ini,sayoq jerr.

Najib pernah sound bini dia tak,tentang pakai tudung.Najib pun kecut perut.JADI SIAPA YG BERANI SOUND LaKI NAJIB/.

jADI CERITA Pemerintahan di Malaysia,upama cerita dongeng melayu dulu-dulu kala.

'Bangau-oo-Bangau...kenapa..



Last sekali....ini semuanya makanan 'laki najib'.

'LAKI-BINI;FAMILY AFFAIRS.

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu pas sepatutnya singkatannya PIS. Dan kerana telah dikencing beberapa kali ia menjadi PISS.
Parti gabungan PIGS PISS

Tanpa Nama berkata...

Amlau-amlau tu pun jangan lah bila dengan orang yang tak ada kuasa dan orang lemah tunjuk sangat macam berani dan adil sangat. Pada hal kamu tu penakut dan di sisi Tuhan, haiwan lebih mulia kerana sikap hipokrit dan sombong kamu di benci Tuhan kamu.

Yang ramai-ramai buat lapuran Polis pasal BERSIH dan pasal terima dana asing, mengapa jenayah yang terang-terang ini kamu semua senyapkan. Depan Tuhan nak mengaku hamba..?

Ingat, bukan semua orang yang berkuasa dan berpangkat akan tolong orang yang tak ada kuasa dan orang yang biasa-biasa. Kalau ada pun yang berkuasa jenis yang baik pun berapa kerat saja.

Sebab itu apabila dapati ada orang jual rokok seludup dan berniaga kecil-kecilan guna lah budi bicara. Kalau ketua kamu tangkap geng orang kaya dan berpangkat ingat ketua kamu bertindak macam kamu. Bekas ketua kamu yang lepas-lepas ada hubungan dengan ketua gengster sepertimana, kalau tak silap dua lapuran Polis telah di buat.

Begitu lah hal-hal lain dan pihak-pihak lain dalam Jabatan Kastam, Jabatan Immigresen, drebar konduktor bas yang bercakap kasar, penyambut tetamu yang buat tak reti jika yang datang tu lekeh...

Orang-orang biasa ini kamu kena lebih kurang dan bantu sebab kamu pun setaraf dengan dia orang.

Seorang kakitangan kaunter saman parking meminta seseorang menunggu kerana masalah mesin parking dan di beri surat saman, merayu supaya saman tersebut di batalkan. Kakitangan kaunter itu duduk tanpa ada pelanggan yang perlu di layani dan bangun beberapa kali jawab talipon kemudian nya membatalkan saman tersebut apabila datang lagi seorang pengadu dengan masalah yang sama. Bermakna masalah tersebut telah diketahui oleh kakitangan tersebut. Mengapa orang yang pertama perlu menunggu lama ?

Seseorang memandu kereta menyedari minyak kereta nya hampir kehabisan mengikut jalan laluan kiri dan kebetulan laluan kanan kereta berderet dan di pandu perlahan. Tiba-tiba pemandu menyedari ada road blok dan stesyen minyak tidak jauh (lebih kurang 100 meter dari pemeriksaan) terpaksa menghimpit kereta yang berbaris disebelah kanan. Apabila di jelaskan bahawa minyak kereta nya kehabisan dan tidak sangka ada sekatan jalan, sargen tua terus bertanya berberapa kali mengapa potong barisan. Menyedari sargen nak tunjuk kuasa, selepas memohon maaf baru lah di lepaskan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah kehebatan ciptaan allah swt. Mulut u najib blh menafikan bermcm-mcm but jari dan tangan yg klik delete takkan sesakali berbohong. People can speak liar to us but body languange will always speak the truth.

Tanpa Nama berkata...

Boleh dan mampu polis malaysia tangkap rezza ?

Hahahaha..semua balaci macai dedak umno bn ros jib tu