55 peguam Kanun tawar bantuan guaman Bersih 5
Menjelang himpunan Bersih 5, Amanah hari ini mengumumkan seramai 55 peguam Biro Undang-undang parti itu (Kanun) akan bertugas di lapangan pada Sabtu nanti.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, 50 pegawai perubatan daripada ARIF Medical Team turut dijadualkan bertugas pada himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.
Menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Amanah menyertai himpunan berkenaan, beliau memberitahu pasukan wartawan rakyat terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar juga akan berada di lokasi perhimpunan aman itu.
“Mereka akan bertugas dan merakam peristiwa bersejarah yang dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Beliau turut mengumumkan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan sebagai koordinator Amanah untuk himpunan Bersih 5 serta Bilik Gerakan Bersih 5 bagi parti itu yang akan beroperasi di ibu pejabat Amanah.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tawaran khidmat guaman di pihaknya juga tidak terhad kepada ahli Amanah sahaja.
“Tawaran Kanun juga terbuka kepada semua peserta himpunan Bersih tanpa mengira parti politik mahupun individu.
“Kami juga menyeru pihak berkuasa menghormati hak untuk rakyat berhimpun seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
Penganjur Bersih 5 menetapkan dua tempat berhimpun bagi peserta perhimpunan iaitu di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan masjid Negara sebelum bergerak memghampiri Dataran Merdeka. -mk
FEATURED ADS
Menjelang himpunan Bersih 5, Amanah hari ini mengumumkan seramai 55 peguam Biro Undang-undang parti itu (Kanun) akan bertugas di lapangan pada Sabtu nanti.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, 50 pegawai perubatan daripada ARIF Medical Team turut dijadualkan bertugas pada himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.
Menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Amanah menyertai himpunan berkenaan, beliau memberitahu pasukan wartawan rakyat terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar juga akan berada di lokasi perhimpunan aman itu.
“Mereka akan bertugas dan merakam peristiwa bersejarah yang dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Beliau turut mengumumkan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan sebagai koordinator Amanah untuk himpunan Bersih 5 serta Bilik Gerakan Bersih 5 bagi parti itu yang akan beroperasi di ibu pejabat Amanah.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tawaran khidmat guaman di pihaknya juga tidak terhad kepada ahli Amanah sahaja.
“Tawaran Kanun juga terbuka kepada semua peserta himpunan Bersih tanpa mengira parti politik mahupun individu.
“Kami juga menyeru pihak berkuasa menghormati hak untuk rakyat berhimpun seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
Penganjur Bersih 5 menetapkan dua tempat berhimpun bagi peserta perhimpunan iaitu di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan masjid Negara sebelum bergerak memghampiri Dataran Merdeka. -mk
VIDEO BERKAITAN
17 ulasan:
Memerabgi pemimpin zalim adalah asas ajaran islam
Jihad tumbangkan maharakus ala ala komunis 55b
Tidak ada yg lebih baik dari mati tumbangkan pak haji yang korup yg bersekobgkol dgn najibullah laknatullah komunis
Berjuanglah untuk bentuk sebuah Malaysia baru demi anak cucu kita dan masa depan agama kita..
P.s ringgit jatuh lagi 4.34 .. Nak buyar hutang pun Malaysia tak mampu... Mintak tolong Jepun sang penjajah keretapi 30b
Pada harga rm5.10 nak makan makanan impor tak mampu nak pakai levis tak mampu... I phone dah naik harga rm3800 sebiji
Malaysia bukan baru tapi Malaysia lama 50 tahun kebelakang
Hanya dap amanah harapan rakyat
Kita tak perlu terlalu berani. Tapi jika takut atau malas dengan berbagai-bagai alasan adalah sesuatu yang memberi gambaran siapa diri kita.
Kita pergi untuk meramaikan seramai yang boleh sehingga menakutkan pemimpin BN UMNO.
Anwar Ibrahim dalam penjara. Rafizi akan ke penjara. Penganjur di ugut. Najib menambahkan hutang demi hutang. Menambah hutang bererti kehidupan rakyat semakin bertambah susah. Ringgit jatuh. Yang mana kah yang paling menakutkan ?
Kali ini Polis akan bertindak tidak sesewenangnya. Mereka perlu mengikut peraturan bukan kerana Polis baik tetapi setiap pemedih mata yang di tembak dan setiap lori pancut air di gunakan adalah kos. Polis perlu berjimat kerana kerajaan Najib dah tak ada duit. Cuma para pendemo jangan mengganas dan bertindak liar.
Ada kemungkinan juga semua peralatan dan kemudahan Polis terpaksa dijimatkan untuk menghadapi pergolakan selepas mengundi.
Selamatkan Malaysia. Demi masa hadapan yang lebih sejahtera.
Jangan ambil lewa atas kemungkaran dan keburukan Najib dan orang yang menyokong dia..
Hari ini kotak di simpan dan di kutip untuk di jual pada penjual 'surat khabar lama' tapi esok-esok kotak menjadi rebutan bukan untuk di jual tetapi untuk diguna sebagai tempat tidur di bawah jembatan.
Mahu kah kita melihat anak-anak kita hidup merempat di negara sendiri ?
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR.Semoga niat yang baik mendapat perlindungan nya.Amin.
ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR.Semoga niat yang baik mendapat perlindungan nya.Amin.
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR .Semoga niat yang baik mendapat perlindungan.
Pakcu masuk mencelah sikit ....tuan Greenboc,
Dalam bab ni Pakcu bukan nak suruh juga tak larang. Cuma Pakcu teringat Geng Ahmad Nisfu dan Pendekar Mustar bertemu . Masing-masing punyai niat dan mesej tersendiri.
Cuma yang perlu diawasi jangan sampai mulut terlalu celupar. Bimbang pula Pakcu kalau -kalau ada yang panjang tangan kot-kot lempar batu kena dahi kat kepala Ajib tu..... pendekar profesional pun tak sempat tangkis..weh...
Kita boleh bersedia 55 orang peguam..tapi dia hanya menyediakan seorang hakim yg pro UMNO..
Siapa memang..!!
Kenapa Saya Turun Bersih 5..?
Dari FB Saiful Islam
KENAPA SAYA TURUN BERSIH 5 ?
1) Saya demonstran Bersih 1 (10 Nov 2007), Bersih 2 (09 Julai 2011), Bersih 3 (28 April 2012) dan Bersih 4 (29-30 Ogos 2015).
2) Bersih 1 saya masih mahasiswa tahun 3 di KIAS Nilam Puri, Kelantan. Bersama sekitar 10 teman mahasiswa, kami naiki bas dari Nilam Puri dan sampai ke Hentian Putra, KL, seterusnya berehat sebentar pagi itu di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut. Kami bergerak bersama Pemuda PAS Pusat menuju Dataran Merdeka dan selamat dari sekatan FRU di situ, terus menuju Istana Negara melalui Masjid Negara dan membentuk gabungan yang cukup besar dengan pergerakan dari tempat-tempat lain.
3) Bersih 2 saya baru sahaja berkahwin sekitar 1 bulan. Saya bersama isteri, adik perempuan dan seorang sahabat Pemuda PAS Lembah Pantai, Sdr. Khalil Zawawi dan isterinya. Kami menaiki LRT. Saya bersama pergerakan dari Jln.Pudu-Pudu Sentral, antara lokasi tembakan gas pemedih mata yang cukup menyakitkan. Kali pertama saya dan isteri menyedut gas itu. Saya saksikan beberapa teman dibelasah teruk berdekatan sebuah hospital Cina di situ.
4) Bersih 3 saya bertugas bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) dari Brickfield menuju Masjid Jamek. Kami ditembak dengan gas pemedih mata bertalu-talu diantara Masjid Jamek dan bank-bank di hadapannya. Himpunan paling dahsyat saya saksikan dan tangkapan paling besar, iaitu 512 tangkapan. Bukan sahaja 'darah tumpah' dari hidung seperti Jamal, tetapi puluhan yang cedera dibelasah polis di bawa ke hospital.
5) Bersih 4 saya beranikan diri untuk turun juga bersendirian ke Dataran Merdeka walaupun parti saya tidak turut serta. Hari kedua, saya bawa isteri dan anak-anak kerana melihat situasi himpunan yang sangat aman tanpa gangguan dan provokasi liar dari mana-mana pihak walaupun mendapat sedikit sindiran dari teman-teman yang taat tidak mahu sertai.
6) 19 Nov 2016 Sabtu ini, Bersih 5. Sekali lagi saya nekad akan sertai insya'Allah, walaupun pergi berseorangan tanpa ada kawan-kawan yang mahu turut serta kerana 'tiada arahan'. Kenapa saya akan sertai?
i) Ustaz-ustaz dan murabbi saya yang telah mentarbiyyah saya dan kawan-kawan bahawa kita menerima sistem demokrasi (termasuk pilihanraya) untuk mengambil alih kerajaan secara damai (muwajahah bis silmiyyah) demi membentuk sebuah negara yang baik dan dipimpin oleh orang yang baik. Maka, pilihanraya mesti bersih dan adil untuk memastikan kita mendapat kemenangan.
Saya diajar dengan kaedah Fiqh: [Tidak sempurna perkara wajib melainkan dengan adanya ia, maka perkara itu juga menjadi wajib]. Menegakkan negara yang baik itu wajib. Memasuki pilihanraya itu wajib. Menuntut pilihanraya bersih dan adil itu wajib. Turun beramai-ramai meluahkan tuntutan itu wajib.
Mereka ajar saya.
ii) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya, diam dari menyatakan kebenaran adalah syaitan bisu (Mafhum Hadith). Saya dengar dan belajar dari mereka bahawa, Allah akan mengazab kaum yang melihat kezaliman, tetapi mereka diam. Bercakap yang benar dihadapan pemimpin zalim adalah jihad. Jika dibunuh, syahid. Lidi sebatang boleh dipatah, seberkas lidi agak susah. Seorang bersuara, kerajaan pekakkan telinga, ramai-ramai bersuara kerajaan boleh mengalah. Selemah-lemah iman cegah mungkar dengan hati dan lain-lain.
Saya tidak pasti apakah masih ada yang tidak merasakan kerajaan yang ada pada hari ini melakukan sekian banyak mungkar dan kezaliman atau tidak terasa betapa bebannya hidup di Malaysia saat ini. Saya merasai keperitan itu. Maka saya perlu sertai himpunan ini.
iii) Bersih dipimpin oleh Ambiga (Non Muslim) dan kelompok tidak berfikrah Islam (Maria Chin dll)?
Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah saya dengan kisah Nabi s.a.w turut serta dalam Hilful Fudhul di rumah Abdullah bin Jud'an sewaktu Nabi masih kecil dalam misi menyelamatkan satu puak yang dizalimi, walaupun perjanjian itu dimeterai bersama oleh pemimpin jahiliyyah. (Sila baca Sirah Nabi - jangan jadi aktivis dakwah pemalas ).
Saya diulang berkali-kali tentang sikap Nabi terima bantuan dari orang kafir dalam perkara kebaikan seperti Abu Talib, Abdullah bin Uraiqit (musyrik membantu hijrah) dan jiran Abu Bakar non Muslim yang banyak membelanya.
Dimana salah dan haramnya terlibat melawan kezaliman dan penindasan jika dipimpin oleh non-Muslim? Dan salahkan jika non Muslim yang ramai hadir mendominasi himpunan ini? Anda yang tidak mahu sertai, lalu anda mempersoalkan kenapa ramai non-Muslim (Cina dll). Apakah anda beranggapan Melayu, Muslim sahaja yang rasa terbeban dengan keadaan negara pada hari ini?
iv) Ustaz-ustaz dan murabbi saya tarbiyyah, Allah tidak tanya apa hasil perjuangan, tetapi berjuang atau tidak. Dibawakan kisah burung memadam api yang membakar Nabi Ibrahim ( ada yang menyebut ini kisah Israiliyat, tetapi boleh diambil pengajarannya). Lalu saya difahamkan, memang kerajaan atau SPR khasnya tidak peduli semua tuntutan kita, tetapi setidak-tidaknya mereka terima satu dan paling penting, kita sudah melakukan usaha yang terdaya.
Bahkan bagi yang memperlecehkan usaha berhimpun dari Bersih 1-4 tidak membawa perubahan langsung, ini dakwaan mereka yang buta politik dan sebenarnya tidak membaca pun hasil himpunan Bersih terhadap PRU 2008 dan PRU 2013. Dakwat kekal antara yang berjaya diperjuangkan walaupun masih tidak dijalankan secara baik.
v) Matlamat Bersih sudah lari, terima dana dari pihak asing, pijak gambar pimpinan, provokasi, kekasaran dan lain-lain.
Saya tidak tahu disudut apa matlamat Bersih sudah lari. Jika tuntutan-tuntutan Bersih ada perubahan, seperti dakwat kekal tidak dimasukkan lagi kerana ia sudah dilaksanakan. Maka dimasukkan tuntutan-tuntutan baru yang masih dalam lingkungan 'pilihanraya bersih'.
Terima dana dari asing saya tidak tahu dimana sumber maklumatnya. Yang pasti isu dana asing ini doktrin TV3, Utusan dan pemimpin Umno sejak Bersih 1 lagi.
Ustaz-ustaz dan murabbi saya selalu peringatkan agar hati-hati dengan provokasi untuk burukkan himpunan Bersih. Mungkin ada pihak yang diupah atau SB yang melakukan aksi-aksi radikal untuk burukkan himpunan termasuk memijak gambar mana-mana pimpinan negara atau parti-parti tertentu. Saya yakin pijak gambar pimpinan bukan restu penganjur Bersih dan jika benar itu peserta Bersih, penganjur sudah memberi kerjasama agar pihak keselamatan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
------------------------------------------------
Cukuplah 5 alasan saya ini, saya akan sertai Bersih 5. Saya hormati anda yang memang ada strategi atau pendekatan lain yang diyakini lebih syar'ie bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Dan anda jangan kecam saya yang mahu turun!
Saya tidak ada lagi alasan untuk tidak turun di usia 30 tahun yang muda dan masih ada kekuatan ini. Saya mempelawa semua kawan-kawan yang bersama saya pada Bersih 1, 2, 3 & 4 untuk turut serta pada 19 Nov! Jangan lupa saat indah sewaktu tangan kita pernah bersilang erat dulu demi negara yang lebih baik!
Saya turun sebagai rakyat Malaysia!
- Abi Sumayyah -
16 Nov 2016 : Kuala Lumpur
Tak suruh tak larang tapi nampak gaya macam mengugut dan menghasut, weh.
Yang panjang tangan ialah orang yang kuat mencuri dan menyamun.
Kalau yang baling batu itu si panjang tangan kena dahi Ajib, padan lah. Jamal Nafsu baling terkena pendekar Ajib, biarkan lah.
Itu sebab Polis kena jaga keselamatan kedua-dua pihak dengan memastikan jarak antara kedua-dua nya kalau di baling objek keras seperti batu, tak sampai ke pihak satu lagi.
Dan apabila BERSIH telah sampai di kawasan mereka tetapi Jamal Nafsu terus mara, maka ini bermakna batu atau apa sahaja yang melayang akan di baling. Oleh kerana sekarang hujan jadi payung lah jadi perisai.
Yang menjadi rebutan ialah Dataran Merdeka. Tetapi Jamal Nafsu sebenarnya membantu BERSIH sebab yang penting bagi BERSIH ia lah mesej dan bilangan yang datang melebihi dari Baju Merah.
Lagi senang untuk BERSIH sekiranya Baju Merah turut demo kerana BERSIH boleh dakwa mereka berjaya sekiranya bilangan Baju Merah tidak ramai.
Untuk tidak di malukan itu sebab Annuar Musa tak halang ahli sokong Baju Merah.
30000 ahli akan turun, cayalah, jangan takut dgn jamal
Hanya Allah saja yg mampu membalas jasa2 saudara..selamatkan negara dpd pemimpin zalim
Peguam hanya mempercepatkan proses di tahan dan di ambil keterangan. Sekiranya ada tangkapan pihak Polis melambat-lambatkan semua proses. Makan-minum dan kesihatan masa di tahan kena di jaga. Peguam-peguam ini lah yang akan buat semua untuk peserta.
Setakat ini, semua kes berhimpun yang ke mahkamah membebaskan peserta demo kecuali insiden di mana parti telah belot semasa rampasan di Perak.
Insyaallah. Undang-undang di pihak BERSIH dan Allah melindungi rakyat semua. Amin.
Saya menyertai BERSIH kerana angka '5' nya menyerupai huruf 'S'.
S ialah Selamatkan Malaysia.
S ialah Satukan Tenaga.
S ialah SPR mesti Adil.
S ialah Sayang semua.
S ialah Saya tidak takut !
Ok lah. Cukup ada lima huruf S.
Hasil dari 4 kali BERSIH, 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang. Selangor dan P. Pinang terus maju dan aman dibwh pentadbiran PKR dan DAP.
BERSIH 5, Putrajaya dan negeri2 Semenanjung akan jatuh ke tangan PH. SELAMATKAN MALAYSIA dari Najib dan penyamun2 negara.
Kita turun tanda kita menentang kezaliman. Kita turun tanda kita pernah bersetuju dengan cara Najib menyalah guna duit orang awam. Dan kita turun sebab ini saja cara harmoni yang ada untuk menyatakan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Jom kita turun sahabat!
Catat Ulasan