18 Okt 2016

[VIDEO] Husam: Wajib Sertai BERSIH Seperti Saranan TGNA

Nik Aziz pesan wajib sertai BERSIH, kata Husam

Ahli PAS wajib menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan 19 November depan kerana ini adalah pesanan bekas mursyidul Am parti Islam itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pemimpin, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini, umum mengetahui Husam mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga menteri besar itu seringkali mempertahankannya dalam beberapa isu berbangkit.

"Saya nak ulang sekali lagi bagi yang was-was sampai BERSIH pun dia tak boleh hadir, minta maaf saya tak nak apologatik.


"Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir BERSIH masa dia hidup, ada orang kata dia lebih rapat dengan Tok Guru daripada Husam tapi dia lupa apa yang Tok Guru pesan," kata Husam.


Husam yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata demikian ketika ucapannya dalam majlis sambutan setahun AMANAH Selangor di Dewan Alamanda, Shah Alam, semalam.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilapor berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti itu pada masa kini.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

Solat berjemaah

Mengulas lanjut, Husam yang juga adalah bekas naib presiden PAS berkata beliau masih ingat setiap pesanan Nik Aziz agar kepimpinan parti itu mendokong perjuangan bekas rakan sekutunya sebelum ini.

"Tok Guru (Nik Aziz) pesan dan saya masih ingat, tuan-tuan juga masih ingat. Tok Guru pesan hadir BERSIH bawa air untuk wuduk di mana azan bergema di situ terus solat berjemaah.

"Tunjukkan kepada rakan kita dari Cina dan India disiplin seorang muslim dan AMANAH alhamdulillah pada pendapat saya mewarisi semangat perjuangan Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Malah, Husam berkata Islam itu bukan milik sesuatu kaum dan tidak membawa perseteruan dan persengketaan.

"Yang buruk itu buruk, yang baik itu baik, yang hitam itu hitam, yang putih itu putih dan yang paling penting Islam itu bukan milik kaum.

"Islam itu tidak boleh diikat dengan kelemahan satu-satu kaum, Islam itu adalah dalam framework multiracial all the time (rangka kerja berbilang kaum speanjang masa) membawa rahmat bukan membawa perseteruan dan persengketaan," katanya.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan BERSIH 5 dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

Malah, BERSIH kini mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk membina momentum menjelang perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November. -mk







FEATURED ADS


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasti ada penyokong PAS yang cakap itu BERSIH 3.. bukan BERSIH 5..

Bongok tak bongok nya dia orang..

Apa yang SPR buat lagi teruk dari dulu, kali ini UMNO pun bantah. Gerakan pun bantah. Teruk lah itu walau pun UMNO hanya berlakun..

BERSIH 3 - pengundi hantu, dakwat tak kekal, undi POS.

BERSIH 5 - persempadanan semula yang terang-terang memenangkan UMNO BN. Di tambah dengan 1MDB.

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS...Terang MENYULOH
Menyuloh yg PANDIR...Yg Tolol dan BODOH
Menyuloh ILUSI Khayalan...Yg Songsang dan RAPUH
Menyuloh Tipu-KELIRU....Fitnah-PONTENG-MAKI-Hamun yg ANGKUH
Menyuloh Gelap-HITAM-Pekat...Jiwa-KACAU Minda yg Menyimpan JAUH

Menyimpang JAUH...Berpusing2 Longgar Terbarai Rapuh dan ROBOH



Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
CAHAYA Menerangi...Jalan Yg'SATU
Di Jalan Yg'SATU...Minda Ter BUKA
Di Jalan Yg'SATU...Muafakat Di TEMU


Jalan Yg'SATU...Inspirasi Ber SEMI
Inspirasi Ber SEMI...Anugerah ILAHI
Inspirasi Menjulang...Ke Ufuk yg TINGGI
Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Di Situ Lah Khazanah...Solusi Yg PASTI


Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Ter PASAK Lah AMANAH...Integrity TRANSPARENCY
Meng GUNUNG Lah CINTA...Ke Agungan NYA ILAHI
CINTA dan Cita2...Hanyalah Kaseh Utk Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Oh! CINTA Kaseh Mem-BERI
CINTA Kaseh Mem-BERI...Ber Bunga Meruntun2 Di HATI
Kan Melimpah2 Lah REZEKI...TAK Terhitung TAK Ber HENTI2



DAN Ber "kubur" Lah Sang FITNAH...Yg U-Turn PONTENG Men CURI



Inspirasi MIRACLE...Unlimited INFINITY
Kolobrasi FITRAH....Universal AZALI
Greatest MIND Thinks Alike...Fitrah Yg SUCI
Meluncur TERBANG...Ke Makam Ter PUJI
Oh! Indahnya Kaseh Mem-BERI...Tasbih TAHMID Bergema Di Langit & BUMI


TAK Wujud Dendam KESUMAT...Rakus Ego-IBLIS Sombong DIRI
TAK Wujud lg PentingDIRI..."Rasa" Pandai-MEGAH Yg Membelengu INSANI
LENYAP Lah Kebodohan Budak2 HINGUSAN...Yg Kemaruk GLAMOR-Terkinja KINJI


Humble Humble Humble n Very7FREINDLY....Begitulah Indahnya FITRAH Syurgawi





Tanpa Nama berkata...

Berani PAS join BERSIH ?

Selepas Hudud diturunkan daripada senarai nombor empat kepada nombor tujuh ?

Awal-awal dah tahu, tak mungkin dapat dibentangkan sebab laluan diberi pada pembentangan bajet. Tetapi PAS seronok sebab UMNO letak nombor empat.

Dan bila turun ke nombor 7, Hadi diam dan tersenyum. Apalah dia belajar selama jadi ahli parlimen ?

Hudud Hadi macam kena spring... tooiing !

Tanpa Nama berkata...

Dulu selalu ponteng,sekarang ni rajin pulak datang parlimen.bukan dari dulu keje mung dok ponteng pegi parlimen ke wahai tuang presideng walaunta hadi wayang?..ooo lupa, sekarang ni nk bentang hudud baru pegi parlimen gitu ke tuang presideng?..hok bentang ruu ala hudud tu wajib,ponteng pegi kerja di parlimen tu tak wajib gitu ke tuang presideng?..

Tanpa Nama berkata...

Jgn salah paham.hadi bukan sengaja nk ponteng parlimen.byk keje dia kene buat,draf ruu355,tangkap org maksiat,tebang balak kelantan,bisnes pil kuda,keje sambilan tangkap sotong,luangkan masa utk bini ke 2..cari calon bini ke 3...mana ada masa nk dtg parlimen...blum kira jadual meeting dgn ulamak dunia lg tuh...

Tanpa Nama berkata...

Baso ulamak bengong

Tanpa Nama berkata...

Masa sebut draf hudud.. semua orang terkejut, macamana boleh baca di hari terakhir..

Tapi bila perkara tersebut jadi nombor 7.. semua orang tak terkejut..

Kenapa ?

Tanpa Nama berkata...

Wahai tuang presideng...
Mana muka mau tarok.....
Muka putar alam...

Lelakidicermin berkata...

Tuang presiden.. berapa kali kena kìncing.. awak tu ulamak taraf dunia.. bila kena kincing.. wartawar tanya.. senyum je.. itu lah dia parti pas skg.. rela dibodoh dan di perbodohkan... kalau persidang kali ini masih tak di bahaskan... nak tgk setiap satu muka pimpinan pas..bak kata nik abduh rakyat nak pilih.. yg menipu ke yg kena tipu. Ketawa aku tgk ulasan nik abduh ni... yg walaun2 tak payah cerita.. mengkafirkan org dulu.. takde perasaan bersalah pun..

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu tumpang lalu sikit.

Dalam dulang ada sirih.
Kunyah-kunyah air liur meleleh.
Mengata orang melebih-lebih.
Tak sedar diri semakin letih.

Tongkat kayu patah dua.
Habis Melayu dok kena jual ke siapa ?????

Pakcu belajar berpantun dengan budak-budak......

Tanpa Nama berkata...

Pakcu weh..melayu keno tipu ko melayu jugok..mu x kabar lagi ko pakcu bengong..

Tanpa Nama berkata...

Dalam dulang ada sirih.
Kunyah-kunyah air liur meleleh.
Dah ketua kamu bodohnya bertindih-tindih
Hukum Islam jangan lah di perleceh-liceh.

Tongkat kayu patah dua
Melayu terbela Islam di jaga.

Apa lah Pak Cu lebih pentingkan melayu dulu.. ini lah perjuangan PAS sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Abduh dakwa Husam hanya ikut cakap TGNA mengenai BERSIH. Tapi Husam tidak ikut bila TGNA kata terus kekal dengan PAS. Bukan itu sahaja yang TGNA kata. Yang menjadi punca perpecahan ialah bila PAS masuk dalam lubang yang sama dan di patuk oleh ular yang sama juga. Ini amaran dari TGNA. Husam bukan anak kandung TGNA..

Ini yang Abduh cakap.. " Yang BERSIH pada masa itu ada arahan daripada pimpinan. Tok Guru (Nik Aziz) sebut arahan PAS (supaya sertai BERSIH). Sekarang arahan PAS berbeza."

Kan PAS sekarang tak sama dengan PAS yang dulu.. bila orang cakap penyokong PAS bermatian-matian pertahankan Hj Hadi, konon PAS tak berubah.

Dan sepatutnya Abduh cakap macam ini 'Sekarang arahan PAS berbeza-beza' bukan 'Sekarang arahan PAS berbeza..'

Pemuda parit kings berkata...

Apahal la pokcu ni...jangan lah sampai begini daif dalam ilmu?melayu melayu melayu...

Sebelum merdeka sampai merdeka...siapa pemimpin Malaysia?melayu?

Siapa jual melayu?Bukankah melayu yang jual melayu???

Ulasan pokcu mencerminkan daifnya pokcu Dari maklumat yg sahih dan kurang mengunakan akal yg Allah beri...

Maaf pokcu...timing tinggi...