2 Okt 2016

VIDEO & GAMBAR: Husam Seru Rakyat Kelantan Sertai BERSIH 5.0

Pelancaran konvoi BERSIH 5 di KB meriah

Pelancaran konvoi BERSIH 5 di Kota Bharu, Kelantan meriah apabila ia dihadiri kira-kira 300 orang yang menyertai sambutan berkenaan.

Orang ramai mula berkumpul di sekitar Padang Bank kira-kira jam 8.30 pagi dengan mengenakan baju-T berwarna kuning.

Malah acara pagi ini juga turut dimeriahkan dengan 10 buah beca yang dihiasi dengan perhiasan berwarna kuning.

Pada kira-kira jam 9 pagi, Pengerusi BERSIH, Maria China Abdullah tiba dan diikuti pula dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Sepuluh minit selepas itu, Maria dan Wan Azizah sambil diiringi pimpinan PKR negeri serta penyokong mula berjalan menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Acara kemudian disambung dengan para pimpinan termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan sebelum simbolik pelancaran konvoi iaitu nyalaan obor dilakukan.

Ketika berucap Maria menyeru supaya orang ramai menyokong tuntutan BERSIH yang mahukan pilihan raya adil dan bersih lebih-lebih lagi apabila persempadanan semula telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu, Husam pula ketika ditemui pemberita berkata, orang ramai terutama daripada bangsa Melayu patut menyokong BERSIH 5 walaupun tanpa PAS.

Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah melakukan perubahan terutama pada pucuk pimpinan negara.

"Kita tak boleh berhenti untuk melakukan perubahan terhadap Malaysia kerana PAS. Ada PAS atau tidak (dalam himpunan BERSIH 5), orang Melayu patut turun.

"Malaysia sangat-sangat memerlukan perubahan. Kalau PAS sertai, Alhamdulillah, kalau PAS tak sertai pula orang Melayu kena juga datang untuk menyokong," katanya.

Perhimpunan BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan dengan bertemakan "Satu Tenaga, Malaysia Baru!".

Himpunan itu antara lainnya meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian bagi melawan "rasuah besar" dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia.

Selain di Kota Bharu, turut diadakan pelancaran konvoi sama ialah di Lumut Perak yang dihadiri aktivisi Hishamuddin Rais, Kangar Perlis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Datuk S Ambiga yang berada di Johor Baru, Johor. -mk



VIDEO





FEATURED ADS


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kat manjung si celaka jamal pak tongkol jd samseng.

Unknown berkata...

Salam;

Selamat berjuang2 tuan/puan,BERHATI-HATI,kumpulan merah yg diketuai oleh Jamal,dan dibiayai oleh Najib,sedang berkempen dan membuat sabotage ala-samseng.

Kalau tak silap saya,beginilah teknik/Tactic yg digunakan sebelom 13 may,di kg baru dulu.Orang2 melayu ditakutkan dgn kejatuhan Selangor pada masa itu.DI KETUAI OLEH DATO' hARUN ,ATAS PENGETAHUAN BAPA nAJIB.Habis orang2 melayu dihasut,rupa2nya ada tactic kotor yg digunakan oleh bapa Najib untuk jatuhkan tunku abd Rahman,kempen kata tunku rahman bersama orang cina,kaki judi dan tanah melayu tergadai disebarkan seluas-luasnya.Malang sekali ketika itu tiada internet.Bila ramai orang melayu terasa tercabar dan membakar banyak kedai2 cina di chow-kit road..Yg ditungu-tungu telah tiba,pemerintahan 'MAGERAN' digunakan.perintah berkurung.Maka jatuhlah kerajaan tunku abd rahman.REALITYnya,sampai sekarang tak dengarpun keluarga tunku abd rahman yg membolot kekayaan dan tunku abd rahman anti-melayu dan membela orng cina.tUNKU ABD RAHMAN CUMA CUBA MEMBAWA DEMOKRASI TULIN DI MALAYSIA.

Sekarang ini,sebok najib nak dapatkan 'MAJLIS KESELAMATAN NEGARA' ALA 'MAGERAN BAPANYA DULU'..nAJIB ANYTIME,Berkuasa jika ada perbalahan antara -kaum berlaku.Ini berlaku jika BN kalah dlm pilihanraya.

KUASA INI NAJIB BOLEH BYPASS AGONG DAN RAJA2.

BERHATI-HATI TUAN/PUAN,JANGAN MELAWAN bila di PROVOKE OLEH GENG2 BAJU MERAH,orng2 kuat umno sponsor mereka.kALAU BOLEH IKUT CARA BERSIH 5 JOHOR,MINTA PERTOLONGAN POLIS DULU mengiringi convoi.

sEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

Jamal dilindungi oleh kerajaan MO1. Bgus tindakan jamal baju merah tu!! Di menimbulkan kebencian ramai org.

Kebencian kpd jamal akan diterjemah ke dlm peti undi nnt...! Utk menghapuskan kebiadapan jamal dan pemakan2 taik berbaju merah...maka wajib utk tumbangkan umno/bn/pas dlm pru14 nnt...!!

Tanpa Nama berkata...

bila samseng di angkat jd hero..
bila gangster di beri gelaran dato oleh pihak istana..
bila polis membela penyamun dan samseng..
maka jahanam lah malaysia di bawah pemerintahan ala mafia..

pergi mampus sama geng samseng..

Tanpa Nama berkata...

Samada PAS atau tidak ada PAS orang melayu mesti turun.

Kalau PAS buat kenyataan menghasut orang melayu jangan turun, nampak sangat PAS bermuka-muka ..

Jika tidak.. terima lah kenaikan minyak ikut suka dan terima lah GST tanpa rungutan.

Tanpa Nama berkata...

BERSIH 5 bergerak dari pelbagai arah. Jamal dengan geng tak mampu menahan kemaraan BERSIH 5.

BERSIH seperti air. Tutup alur air sini, mengalir di alur sana.

Tindakan Baju Merah tidak sepenuh hati, marah nya marah di buat-buat. Jangan layan sangat Baju Merah.

Kita kawal dan bertahan supaya BERSIH dapat berjalan dengan lancar.

Kita kumpul secara aman beratus ribu.. begitu lah kalau nak malukan Baju Merah.

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pe NYAYANG Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM....LURUS dan SUCI
Yg Kaseh Mem-BERI..."BERSIH" Pekerti
Yg Kaseh Mem-BERI..."BERSIH" Di Hati
Yg Kaseh Mem-BERI..."BERSIH" Nuurr Rani
Bak Bersinar "BERSIH"...Sang CAHAYA Mentari


"BERSIH" Pekerti..."BERSIH" Nuurr Rani
Menjadi BASEMENT...Cahaya ILAHI
Cahaya ILAHI...Tunas INSPIRASI
INSPIRASI yg Suci..."BERSIH" Ber Seri
INSPIRASI yg Suci...PUNCA-Melimpah Sgl Rezeki
INSPIRASI yg Suci...PUNCAK Destiny
The Miracle-SYSTEM...Universe-ETERNITY
Universe-ETERNITY...The Absolute-INTEGRITY
AHAD AHAD AHAD...SYSTEM-Deen-ILAHI


Yg "BERSIH" itu...Ibarat BAYI-Suci
Yg "BERSIH" itu...TAK Sklumit PentingDIRI
Yg "BERSIH" itu...TAKde Gelap-HITAM Tersembunyi


Yg "BERSIH" itu...Sehening SUCI SeKudus-Kabus Pagi
Se "BERSIH" Fitrah...Sang Kaseh Mem-BERI

FITRAH Syurgawi...Yg Meluncuur TINGGI








Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah tahniah Amanah..nampak Amanah semakin maju kehadapan...cuma dlm PH ni nmpak pkr bermasalah besar..Degil dan keras kepala..beria2 nak kejar pas padahal pkr sendiri menuju kehancuran...terbaru lajim ukim keluar..pkr makin merudum akibat tidak berprinsip.masih mau kepada parti pas yg kita tahu parti khianat.alih2 pkr sendiri terpalit busuk.kita lihat saja apa akan terjadi pada pkr..yg aku tau aku solid utk undi Amanah atau Dap ttp tidk utk pkr...kalau pkr vs umno..baik aku sokong umno sbg tanda protes kpd pkr..