7 Okt 2016

Pakatan Harapan Perlu Yakin Dengan Kekuatan Sendiri, Jangan Hiraukan PAS...

Pakatan Harapan harus tanpa Pas oleh MUAMMAR QADDAFI

Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.

PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.

Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.


Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno?

Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?

Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat?

Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?

PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah.

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini?

Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan diperkukuhkan.


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri. Tidak perlu mengemis bantuan orang lain.

Ada yang mendakwa, tanpa PAS, PH Harapan tidak mungkin mencapai kemenangan. Lalu memetik keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu. Itu contoh, itu iktibar kata mereka.

Tetapi mereka lupakah mereka  pengkhianatan PAS sebelum ini terhadap PR?

Satu lawan satu jadi sandaran Tetapi PAS sendiri sudah membuat kenyataan tidak akan melepas kerusi-kerusi yang pernah ditandinginya kepada komponen-komponen yang mahu bekerjasama dengan mereka. Syarat yang dikenakan PAS itu tidak masuk akal dan sudah melambangkan ketidak-warasan dan ketidak-ikhlasan mereka di dalam memenuhi erti "kerjasama". Sementelah lagi, apa ertinya kemenangan nanti apabila ditikam lagi dari belakang oleh PAS? Biarkanlah mereka yang sombong dan angkuh itu dengan kesombongan dan keangkuhannya!

Ayuh, Pakatan Harapan, ayuh PPBM, kumpulkan dan perkukuhkan kekuatan sendiri. Tidak yakin dengan kekuatan sendiri itulah punca awal kekalahan. Fikirkan KAMU BOLEH!




FEATURED ADS


30 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar Ibrahim pun sokong...ajak berunding dengan PAS lagi..

Rafizi Ramli berkata kena ada garisan merah kalau nak berunding dengan PAS 1 lwn 1.

Pendapat aku, ini kira berunding/ajak PAS untuk buat kali terakhirlah....kalau PAS tolak tak mahu juga 1 lwn 1. Biarlah PAS dengan dunia imaginasi nya dalam berpolitik.

Kalau selepas ini...PKR atau Bersatu masih lagi nak ajak berunding
Dengan PAS...eloklah Amanah dan DAP keluar Pakatan Harapan.

Tanpa Nama berkata...

jgn percaya pada pas. dah terbukti mrk suka tikam dr blkg.

wlpn si lebai2 penipu tu bersetuju utk bkerjasama, tidak ada jaminan mrk tidak akan meletak calon2 pas dikerusi parti2 lain disaat2 akhir.

mrk sanggup jual hudud Allah agar pakatan hancur. skrg hudud dah tak ada. dah dipinda kpd ruu akta 355. dipentas ceramah hudud. tp diparlimen akta 355. kan menipu namanya!

org yg sanggup jual nama Allah utk dunia, bukanlah org yg boleh dijadikan rakan. mrk tak ingat mati.

aku tak harapkan pkr. aku tak akan undi pkr jika azmin masih lg calon.

diharap Amanah dan DAP boleh keluarkan senarai calon2 mrk dan kerusi yg akan ditandingi. mungkin ada masa utk tukar tpt undi kwsn Amanah atau DAP.

Unknown berkata...

Salam;

saya bersetuju dgn pendapat di atas.Cukup-cukuplah jangan buang masa yg terlalu berharga ini,jika tak silap paling minima najib akan bubar parlimen march 2017.Jika PH dan 'BERSATU' masih lagi nak bincang nampak gayanya,gerak kerja parti tunggang-langganglah.

Sepatutnya PH dan bersatu,sekarang ni sedang bergiat cergas mendapatkan ahli seramai mungkin dan mengembeling tenaga kerja PR14,secara bersama.

jangan termakan dgn kerja mudah mengandaikan pas mempunyai tenaga kerja yg ramai,betulkan ahli2 sendiri ini adalah lebih bermakna.

Selagi PAS diketuai oleh hadi,zuhdi DAN BEBERAPA RAMAI PEMIMPIN YG SEWAKTU DGNNNYA,selagi itulah PAS tak boleh bekerjasama dgn sesiapa yg tak ikut cakapnya.Takkan tak faham kot beberapa hari -lalu Hadi dah buat 'hints' dia/pas nak jadi ketua.

saya rela kalah,PR14,daripada menang PR14,akhirnya dikianati oleh PAS,semata-mata nak jadi ketua.kita mengandaikan PR14 nanti jika 50;50,DIMANA PAS BERSAMA PEMBANGKANG,kita tahu najib tentu tak mahu kuasanya hilang andaikata PAS dapat 10-15 kerusi,bila najib offer pas sebagai PM/ataupun membenarkan apa2 sahaja pas hendak...MASA itu pebangkang 'PUTIH MATA'...Menangis tak berlagu lagi..

Kuatkan jentera kita,pilih pakar2 dlm bidang masing2,strtegy yg mantap,bermuafakat bersama,kempen dimerata tempat,pergi ka seluruh cerok kampong,felda/semi-bandar/bandar/tunjuk ahklak yg baik..lagi dan lagi.LUPAKAN PAS,INSYALLAH akan berjaya akhirnya jika diizinkan allah.

kami akan bantu,sedaya yg mampu..

sekian.

Pemuda parit kings berkata...

Bagi pendapat saya selaku ahli amanah...tak usah buang masa dan berunding lagi...tumpukan kerja2 pH yg lebih manfaat..untuk rakyat...Bukan dok sibukkan diri dgn pas..biarlah pas dgn cara mereka...selagi kita main isu ni...selagi itulah pas akan berasa besar kepala...
Biarlah pas lihat kebolehan dan pencapaian pH semakin maju...
Sedarkan pas dgn cara kita bersatu tanpa mengharapkan bantuan Dari nya...
Selagi ada bunyi2 ingin memujuk pas...selagi itulah penggerak pH akan meluat dan menyampah!!!

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik!!!

Tanpa Nama berkata...

Membaca tulisan MSO mengenai pertemuan Muhyiddin-Anwar di mana dia seolah-olah tak mampu menceritakan keadaan PAS yang bergelora.. sehingga seorang penulis yang kental dan berpengalaman seperti dia memberi alasan malas.

Selalunya MSO akan tulis dengan mengatakan saya akan sentuh hal itu di lain kali bila ada kelapangan.. tetapi kali ini MSO tulis 'Titik'.

Anwar bersetuju Muhyiddin berunding dengan PAS. Mengapa? Bukan mereka berdua sahaja malah Panda yang baru mendapat anak tahu perangai PAS. Tetapi PAS ada sejarah penubuhannya sebab itu bagi pemimpin seperti Anwar dan Muhyiddin, mereka peru buat sesuatu.

Tidak boleh dibiarkan PAS bergelora dengan perangai 3, 4 orang pemimpin nya yang besar kepala. Siapa dalam PAS yang boleh bercakap dengan Presiden dan orang-orangnya? Husam yang begitu handal pun di singkirkan. Nak harap Pak Lah??

PAS memang bergelora dan untuk menyelamatkan PAS itu sudah jadi kerja Anwar dan Muhyiddin sekali pun PAS tetap berdegil untuk bersetuju dengan satu lawan satu.

Tetapi apabila ada segelintir pemimpin PH bersungguh-sungguh untuk bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi pilihanraya, itu membuat kan orang keciwa dan marah. Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada Subky Latif yang minta pemimpin PH lupakan PAS. Jadi mereka dalam PH perlu bertindak cara politik. Dalam politik, PAS tidak boleh dipercayai dan pernah khianati PR.

Berunding untuk satu lawan satu dengan berunding keadaan PAS yang sedang bergelora adalah dua hal yang tak sama. Untuk setuju satu lawan satu ada hadnya dan perlu diselesaikan segera. Untuk membantu PAS kembali atas sebab penubuhannya boleh ambil masa yang lama selagi Anwar dan Muhyiddin tidak berputus asa.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sampai hidung tak mancung, pipi pula di sorong.

Tinggalkan PAS sekarang. Kalau PAS tukar keputusan untuk berkerjasana, eloklah dan terima lah.

Tapi PH macam tak bergerak dan tak buat apa-apa sebab menunggu PAS ke?
Bila ada yang buat kenyataan mengenai peluang untuk satu lawan satu, PH yang sepatutnya bergerak secara berkumpulan tiba-tiba terhenti !

PKR menunjukkan lebih sayangnya pada PAS se hingga yang di kendong di lepaskan.

Tanpa Nama berkata...

PKR masih mengharap undi 1 juta ahli Pas. Pengorbanan mantan pemimpin kanan Pas untuk perjuangan baru Islam yang lebih ideal dipandang sepi.Apakah gelombang PH..hanya sandiwara politik Pkr dan semaunya bergantung kepada Pas? Keris terbesar Pas telah dihalakan kepada PH. Pkr masih bersedia dengan pulut kuning untuk ditusuk. Apa pun hujah Pkr...sejuta ahli Pas lebih bermakna daripada gelombang PH. Ke mana hala tuju Pkr? Ana musykil...P36.

Tanpa Nama berkata...

Dalam merealisasikan tuntutan politik, kerjasama mantap dan saling percaya adalah kunci. Tiada yang lebih perlu dari dua faktor ini. Jentera sebesar gunung, pengalaman bertahun seperti usia dinosour dan duit berlonggok tiada gunanya kalau saling tikam menikam. PAS hari ini bukanlah rakan yang diperlukan dalam sebarang perkongsian. Mereka telah hilang sokongan. Satu lawan satu tidak menjanjikan pengundi pembankang akan memangkah PAS. Mereka adalah gerombolan yang tidak boleh dipercayai. Mereka adalah gerombolan yang hanya tahu bercakap tapi tiada hasil. Mereka adalah gerombolan yang indah khabar dari rupa. Tong kosong dan yang paling menyedihkan mereka memberi gambaran jelek terhadap Islam. PH tiada harapan tanpa PAS adalah mitos. Penyelidik politik boleh memberikan pelbagai teori tapi realitinya PAS telah lama hilang. Janganlah terlalu taksub dengan teori penyelidik politik sehingga kita lupa denyut dan nadi pengundi yang telah jelak dengan tipu helah PAS. Kekuatan PAS adalah mitos, kehebatan PAS adalah mitos dan kerelevanan PAS dalam politik negara hari ini hanya wujud dalam minda fantasi para penyelidik politik yang bersembunyi di sebalik title profesor. Walhal mereka-mereka ini bukannya manusia yang bergelumang dengan jerit pekik masalah rakyat dan hanya membuat andaian dari dalam pejabat.

Tanpa Nama berkata...

PKR lebih takut hilang kerusi.

RamY berkata...

Buat tawaran & usaha terakhir utk bawa PAS brsama (bg mmnuhi hrpn sstngh org d PKR & BERSATU)... beri tempoh 1 minggu utk buat kputusn ... take it or leave it.
Mse dh suntuk ni.!!!

Unknown berkata...

Setuju...tinggalkan pas..move on and move forward

Tanpa Nama berkata...

Barangkali PKR kurang mukmin. Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang mukmin tersengat bisa dari lubang (binatang berbisa) yang sama sebanyak dua kali.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]

Tanpa Nama berkata...

PH klu nak menang kena letak calon kawasan majoriti cina.Sukar utk menang kawasan pas dan umno.
Kjsama dgn bekas musuh spt parti bersatu ada pro dan kontra.Yang berpegang dgn prinsip tak mampu melupakan perbuatan pengerusinya dan pgumuman bhw ts mhyidin sbg bakal pm nampaknya menyakitkan hati akar umbi.Kena kaji sebaik mgkin krn luka lama wlpun sembuh...parutnya tak akan hilang.

Tanpa Nama berkata...

PRU13 TGNA masih hidup, Hadi pun boleh kencingkan PKR @ PR. PRU14 TGNA dah tak ada, PH bukan dikencingkan lagi siap diberaknya.
Kepada pemimpin PH, lupakan saja kerjasama dengan pas. Kukuhkanlah PH.

Tanpa Nama berkata...

Entah lah.. Anwar pulak yang sampaikan salam pada Hj Hadi.

Dan doakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ini siapa yang ikut suruhan Nabi saw?

Dah tahu nak bentang RUU, jaga lah kesihatan dan kurangkan lah berceramah. Kata hukum Islam lebih penting...

Tanpa Nama berkata...

pkr dh terantok pn di sg besar dn k kangsar tp tk tengadah2 lg.kuatkn pelan ph tanpa pas untk mndapatkn penyokong tambahan 10000 lbih bg setiap prlimn. 3m kna krja kuat untk mndapt penyokong seramai itu. pas dh tk bolh harap lg.

Tanpa Nama berkata...

Jadilah PAS bersama pembangkang, satu lawan satu dengan UMNO. lagi senang UMNO menang dengan menyerang PAS. UMNO pulak yang dakwa PAS khianat. Dua kali PAS khianat. Semua orang tak suka pada pengkhianat jadi biarlah PAS bersama UMNO.

Jika bersama UMNO tidak, bersama PH BERSATU pun tidak. Lagi lah UMNO suka. UMNO bila suka jadi sangat pemurah.

Yang Pemimpin PAS yang lain kena fikirkan ia lah apa jadi dengan PAS selepas pilihanraya ?

Tanpa Nama berkata...

PAS SEKARANG AMAT BERBEZA DGN YANG DAHULU.
PAS KETANDUSAN ORANG ORANG YG PROFESNAL DALAM TAKBIR NEGARA.
PAS TAK MAMPU MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA.
PAS HANYA MAMPU JADI PEMBANGKANG.
PAS AKAN TERUS TERSISIH DARI PEMBANGKANG.
PAS LEBIH KEPADA BADAN PENASIHAT KERAJAAN BAGI BIDANG AGAMA.
PAS DAH JADI PARTI HAJI HADI.
PAS HANYA UNTUK ORANG MELAYU YG TAAT KPD HJ HADI.
HAJI HADI SEMAKIN TAAT DENGAN PEMERINTAH.​

Malaysiabaru berkata...

Anwar main wayang jer

Hadi main wayang maka Anwar pun main juger

Plan dah di atur oleh pkr nak bungkus pas dan umno

JANGAN RISAU... pru 14 pas umno bungkus skali

Tanpa Nama berkata...

Lawan 3 penjuru pun takpe. Kawasan tradisi Umno letak calon Bersatu. Kawasan tradisi Pas letak calon Amanah.

Kawasan bandar dan penduduk berbilang kaum letak calon PKR/DAP.

Zaman skrg bkn mcm zaman mengundi dulu2 perang poster dan ceramah. Rakyat semakin celik politik dan IT. Maklumat di hujung jari anda semua. Guna akal yg dikurniakan Allah.

Jgn percaya lg parti lebai munafik penjual agama. Gunting dlm lipatan yg tk boleh berkawan dgn sesiapa pun. Rasanya, umno pun tk percaya pd parti lebai ni.Pas is past.

Tanpa Nama berkata...

Nabi dah beri amaran 1,400 tahun dulu,jika ada puak2 yg membenarkan dan membantu kezaliman pemerintah maka puak itu bukan dari golongannya dan dia pun bukan dari golongan itu..bererti nabi tak mengaku umat bererti sekarang pas bukan lagi umat nabi jika ikut maksud hadis tu.

Tanpa Nama berkata...

Nabi tak mengaku umat bagi lebai2 penipu tu..penyokong dan pembantu kezaliman najib.

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh budak hingusan kata PAS parti kedua selepas UMNO dengan rasa bangga. Bermakna selama UMNO masih ada PAS akan terus jadi parti kedua lah.

Padahal Tengku Razaleigh baru cakap PAS lemah.

Ini susahnya nak berunding dengan PAS kerana PAS hanya perasan yang PAS kuat. Sedangkan yang dilawan yang sebenarnya ialah BN ia itu termasuk MCA dan MIC.

Yang menentukan kawasan persempadanan semula ialah UMNO yang sengaja memberi kemenangan mudah kepada PAS. UMNO itu pun kalau tak ada pertolongan spr tak kuat.

Samada kuat atau tidak adalah sangat penting jika semua pembangkang dapat bersatu. Tetapi ini tidak ada dalam kepala PAS dan selama-lama nya hendak menjadikan Islam satu rahmat dalam pemerintahan negara tidak akan tercapai.

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih rela tengok ph kalah secara bermaruah drp menang tapi terhegeh hegeh mengharapkan belas simpati pas dan akhirnya di tikam belakang oleh pigs sekali lagi...

Tanpa Nama berkata...

Yg tu kena tanya si azmin anak pak ali...aku pun takkan undi lg dia ni pada pru akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Setuju tuan...paling tidak bagi satu dateline terakhir kpd pigs utk pihak pembangkang terus bgerak samada dgn geng pigs atau tidak...yg ph ni pun satu...lembab...duk berpusing pusing dgn perangai pigs tak sudah2...

Tanpa Nama berkata...

Satu perkara utama yg pemimpin2 pembangkang terlepas pandang adalah mereka tidak benar2 berusaha lawan utk memulih atau meneutralkan sistem spr...kerana di situlah kunci utama utk dptkan kuasa...

Tanpa Nama berkata...

1 juta ahli hanyalah di atas kertas hakikatnya jumlahnya jauh berkurang dari itu...kebanyakan ahli2 yg keluar secara senyap2 dan tidak akan berurusan apa2 dgn pas lagi...kalau nk lebih yakin tunggu pru14 nanti, pas akan hilang 80% kerusi2 yg dimenangi pru lalu.

Tanpa Nama berkata...

PH klu menang nak letak siapa jadi pm?
DS Anwar atau muhidin?
Rakyat kena tahu utk menjamin kestabilan.Kalau tidak..akan berlaku perbalahan sebelum dan selepas pru14.
Akan berlaku parti2 dlm ph akan menagih simpati dpd pas bagi membentuk kerajaan.Jika ini berlaku makin seronoklah mereka membuli kita.Maka akan hilang kepercayaan rakyat terhadap ph krn di peringkat akar umbi sukar menerima kehadiran tun m.Menumbangkan bn satu hal...diketuai oleh org yg kita tak suka pun satu hal.Tolong kaji balik dan tetapkan perjanjian yg jelas demi kepercayaan peringkat akar umbi yg dh lama berjuang.